BAB 58

Romance Completed 36813

Pagi itu, Raqib membawa Asyaa untuk berpindah ke rumah baru mereka.Raqib telah membeli sebuah banglo dua tingkat yang terletak di kawasan taman perumahan.Sungguh besar dan cantik-cantik belaka.

Asyaa sangat teruja bila kereta sudah berhenti di depan pagar rumah mereka.Bonet kereta dibuka.Raqib mengeluarkan semua beg-beg pakaian mereka.

Asyaa tersenyum sendiri sambil melihat pemandangan yang sungguh cantik di rumah itu.Matanya tiba-tiba menangkap tanaman pokok-pokok bunga yang terletak di tepi pagar rumah.Sungguh indah untuk dipandang dan menambahkan lagi seri di halaman rumah.

'Kau tak terasa nak tolong aku ke?' Suara Raqib merosakkan mod bahagia Asyaa.

'Ya...Nak tolonglah ni,' jawab Asyaa malas.

'Seronok sangat ke tengok pokok-pokok bunga tu sampai lupa suami sendiri?'

'Kenapa? You jeles ke?"

"Jeles dengan pokok bunga buat apa?'

'Ermm...You tanam ke semua pokok-pokok bunga ni?'

'Sebelum tanya tengoklah orang dulu! Nah, kunci rumah.Kau pergi buka pintu cepat sikit.Banyak lagi barang kat dalam kereta tu."

Asyaa muncungkan bibir.Dia segera membuka kunci pintu.Asyaa sekali lagi terpegun apabila melihat susun atur perabot dan semua perhiasan yang terletak cantik di dalam banglo itu.Semuanya disusun rapi dan perhiasannya juga tidak terlalu sarat.Warna dinding yang putih juga membuatkan ruang di dalam rumah itu kelihatan luas.Tak jemu Asyaa memandang.

'Wah! Cantiknya..." ujar Asyaa tanpa sedar.Matanya meneliti setiap sudut di dalam rumah itu.

'I nak cakap something boleh tak?"

'Apa?'

'Tak sangka pulak I yang you ada bakat terpendam.' Asyaa cuba menahan dirinya daripada ketawa.

'Bakat apa?'

'Ni, hias rumah.I pun tak sehebat macam you.'

Raqib sudah mencerun Asyaa tajam.

Asyaa buat tak nampak.'Bunga yang atas meja tu you ke yang gubah?' Tawa Asyaa sudah tidak boleh ditahan lagi.

Minah lampir ni memang nak kena agaknya! Dia ingat aku ni pereka dalaman rumah ke?

'Jangan mengarut boleh tak? Memang tak lah aku nak buat semua ni.Bukan bidang kerja aku.'

'Habis tu, siapa yang buat?'

'Aku upah orang,' balas Raqib pendek.

Oo...Asyaa bulatkan bibir.

'Sampai bila kau nak berdiri kat situ? Cepatlah tolong aku angkat semua barang ni naik atas.'

'Baiklah Tuan Raqib,' Asyaa mengambil beg pakaiannya dan dibawa ke tingkat atas.

Aduh, laparnya...Perut yang asyik berkeroncong itu dipegang.Kakinya ringan melangkah ke dapur.Pintu kabinet dibuka.Berharap semoga ada makanan untuk mengisi perutnya.Kosong! Kemudian dia berjalan ke arah peti ais.Hanya ada beberapa air kotak soya sahaja yang tinggal.

Dia mengeluh.Aku nak makan apa malam ni? Takkan minum air kosong aje.Boleh kembung perut aku nanti, rungut Asyaa sendiri.

'Kau lapar ke?' Asyaa terkejut dengan sergahan Raqib yang tiba-tiba.

Hisy dia ni! Dah lah tinggal aku sorang-sorang dalam rumah besar macam ni.Lepas tu tiba-tiba aje muncul.Boleh kena heart attack aku!

'Ni, aku dah belikan char kuew teow untuk kau.Kalau kau nak makan, makanlah.Aku letak atas meja.'

'Tak nak,' Asyaa pura-pura merajuk.

'Kalau kau tak nak, biar aku je yang habiskan.' Ugut Raqib.

Asyaa telan liur.Char kuew teow yang masih panas itu dipandang tanpa berkelip.Raqib tahu yang Asyaa asyik merenung char kuew teow itu.

'Dah lah.Kau makanlah cepat.Nanti sejuk tak sedap.Lagipun kau belum makan lagi dari siang tadi.Nanti kalau perut kau masuk angin, aku jugak yang susah.'

Tanpa menunggu lama, Asyaa segera mencapai sudu dan garpu dalam kabinet.Bekas char kuew teow ditarik.Penutup dibuka.Dengan berselera dia makan tanpa pandang kiri kanan.Raqib tersenyum melihat gelagat si isteri.

'Berhenti!' Arah Raqib.Kaki Asyaa automatik berhenti.Dia menoleh ke belakang.

'Kenapa?'

'Kau nak pergi mana?'

'Nak masuk biliklah.You tak nampak ke?' Selamba Asyaa menjawab.

'Itu bilik aku.Bilik kau sebelah sana.'

'Kenapa pulak ni bilik you? Ada tulis nama Raqib Shah ke kat pintu ni?'

'Kalau takde pun, kenapa? Ada masalah ke?'

'Memanglah.I yang datang dulu.So, ini bilik I.You ajelah yang pergi tidur bilik sebelah sana,' jawab Asyaa berani.

Raqib sudah menahan marah.Berani pulak minah lampir ni melawan cakap aku.Tak boleh jadi ni.

'Kau sepatutnya bersyukur sebab aku tak suruh kau tidur kat luar.'

Asyaa mendengus.Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Raqib sebelum pergi.Raqib tersenyum puas.Kemenangan milik dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience