BAB 2

Romance Completed 36812

'Hei!! Lepaskan akulah.Apa masalah kau ni hah tiba-tiba nak culik aku? Apa salah aku? Kenapa aku yang jadi mangsa kau?' Lelaki itu diserang dengan soalan yang bertubi-tubi.Dada Asyaa turun naik menahan marah.Mukanya menyinga.Matanya tajam merenung lelaki disebelahnya itu.

Hisy minah ni! Tak boleh cakap elok-elok ke apa? Bingit telinga tahu tak? Nasib baik tak pecah gegendang telinga aku.Boleh mati aku kalau hari-hari dengar suara dia yang macam puntianak ni.Bebelnya di dalam hati kerana terpaksa menahan amarahnya yang sedang membara.Stering kereta digenggam erat.

'Hoi penculik! Aku cakap dengan kau ni! Kenapa kau diam!' Tengking Asyaa.Dia tidak berpuas hati apabila lelaki itu tidak menjawab pertanyaannya.

Lelaki itu berpaling ke arahnya dengan renungan mata yang tajam.Asyaa telan air liur.Peluh mula memercik membasahi dahi.Lelaki itu mendekatkan wajahnya dengan Asyaa.Dia diam tidak berkata apa-apa.

'Kau ni, harap muka je cantik tapi sayangnya tak ada adab.' Kata lelaki itu dengan nada perlahan sambil tersenyum senget.

Dada Asyaa berdebar-debar seperti gunung berapi hendak memuntahkan larvanya.Tetapi dia tetap beranikan diri untuk menjawab.Dia tidak mahu kalah.

'Kenapa aku kena beradab pulak masa bercakap dengan penculik macam kau ni?Kau rasa, ada ke penculik dengan mangsanya duduk bincang elok-elok hah?' Asyaa menyindir lelaki itu dengan kata-katanya.

Raqib senyum sinis setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Asyaa.

'Boleh tak kau jangan panggil aku 'penculik'? Untuk pengetahuan kau, aku ni ni bukan penculik yang macam kat luar sana tu.So, kau boleh tak jaga mulut bila bercakap?! Katanya sambil mengetap gigi.

Arghahahahaha.Asyaa ketawa terbahak-bahak setelah mendengar kata-kata daripada mulut Raqib.Dia ketawa sepuas-puasnya seperti tak ingat dunia.Dia menyapu air mata dek kerana ketawa terlalu kuat.Kasihan orang di sebelahnya yang terpaksa mendengar hantu raya mengilai di siang hari.Penjahat zaman sekarang memang pandai buat lawak macam ni ke? Ada ke patut dia tak mengaku yang dia tu penculik? Sewel betullah mamat ni.

'Woi minah! Kau dah habis ketawa ke?Kenapa kau tak ketawa je sampai hilang suara tu, nasib baik tak pekak telinga aku dengar kau mengilai mengalahkan hantu lampir! Sinis Raqib berkata.

'Sorry, aku tak ingat pulak ada penculik disebelah aku ni.Asyaa menekankan perkataan penculik itu.'

'Kau ni memang tak dengar kata kan? Don't call me like that again!'

'Dah kau culik aku.Memang penculiklah namanya.Nak panggil apa lagi?'

'Kau jangan sampai aku hilang sabar.'

'Kenapa? Kau nak buat apa?'

'Kalau kau sayang diri kau, lebih baik kau shut up.Or not, kau tahulah apa aku akan buat.'

Asyaa terus diam tak terkutik.Seram betul.Kalau dah namanya penculik, tak mustahil dia boleh buat benda bukan-bukan.Daripada perkara buruk berlaku kepada dirinya, lebih baik dia ambil langkah berdiam diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience