BAB 49

Romance Completed 36813

'Wait ma, ni bukan rumah uncle Omar ke? Kita buat apa kat sini?' Soal Raqib yang masih keliru.Pintu kereta ditutup.

'Hish budak ni.Takkan kamu tak faham-faham lagi? Dahlah, mama dengan papa masuk dulu.Nanti lambat pula.Kamu tunggu kat luar sekejap,' Ujar Datin Aisyah.

'Assalamualaikum,' Dato Omar memberi salam.

'Waalaikumussalam,' Sahut Dato Zainal dari dalam.Senyuman jelas terukir di bibirnya.

'Ha, dah sampai pun rombongannya.Jemputlah masuk,' Pelawa Datin Zana setelah keluar dari dapur.Wajahnya jelas kelihatan sangat gembira.Gembira untuk anaknya.

Mereka bersalaman sebelum mengambil tempat di atas sofa.

'Wow cantiknya semua hiasan ni.Dah macam nak kahwin pulak.Kalau majlis kahwin nanti tak tahulah macam mana.Kalah anak raja,' Dato Omar terpegun melihat keindahan dan kecantikan dekorasi di hari pertunanngan Asyaa dan anaknya Raqib.

'Mestilah...Tengok siapa yang pilih,' Gurau Datin Aisyah.Mulut Dato Omar dah memuncung.Mereka semua ketawa kecil.

Asyaa berdiri di depan cermin.Mukanya ditatap lama.Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.Aku harap keputusan yang aku buat ni betul.Aku kena teruskan dengan kehidupan aku dan buang nama Raqib Shah dalam hidup aku tu jauh-jauh.Ya, itulah yang sepatutnya aku buat dari dulu lagi.Aku tak boleh nak seksa jiwa aku disebabkan dia.Aku kena kuat, omel Asyaa.

'Asyaa, jom turun.Semua orang dah sampai kat bawah tu.Besan kamu pun dah tak sabar nak tengok kamu ni,' Lamunan Asyaa terhenti kerana disergah oleh Datin Zana dari belakang.

'Baiklah mummy,' Jawab Asyaa.

Asyaa bangkit.Tangan mummynya digenggam erat.Dia berjalan perlahan meniti anak tangga.Asyaa kelihatan sungguh anggun dan menawan walaupun hanya mengenakan persalinan yang ringkas tetapi masih kelihatan eksklusif dengan perincian batu permata pada bajunya.Walau pun sekadar majlis pertunangan, tapi entah mengapa Asyaa merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.Mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku.Rasa debar di dadanya masih belum hilang.

Dengan sopan Asyaa melabuhkan punggungnya di sebelah Datin Aisyah.Dia senyum lebar.

'MasyaAllah...tak sangka menantu auntie ni cantik sangat macam bidadari,' Puji Datin Aisyah melambung.

Sekejap, apa?! Menantu?

'Apa maksud auntie?' Kedua-dua kening Asyaa bertaut.

'Yelah, Asyaa kan bakal menantu auntie,' Jelas Datin Aisyah.

What?! Maksudnya...a...aku bertunang dengan Raqib Shah? Terasa seperti batu yang jatuh menghempap kepalanya.Lidahnya kelu.

Tanpa berlengah lagi, dengan berhati-hati Datin Aisyah menyarungkan sebentuk cincin dengan emas permata di jari manis Asyaa.Jari Asyaa bertambah seri apabila mengenakan cincin pertunangan yang berkilat itu di jarinya.Tangan bakal mentuanya itu dikucup lembut.

Asyaa tidak mampu untuk membantah lagi.Dia tidak ingin memalukan dirinya termasuk keluarga dan bakal mentuanya.Walaupun ini seperti satu tamparan hebat untuknya, tetapi apa kan daya.Dia terpaksa terima jua demi orang tuanya.

'Raqib, kenapa kau tercegat je kat luar ni? Bakal mentua kau tak panggil lagi ke?' Soal Hadif disertakan gurauan.Bahu Raqib dicuit.

'Jap, macam mana kau boleh ada kat sini jugak? And apa maksud kau? Bakal mentua aku?' Soal Raqib yang masih tidak tahu dengan apa yang sedang terjadi.Dia terpinga-pinga.

'Raqib, jom masuk cepat,' Panggil Dato Zainal sebelum sempat Hadif menjelaskannya.

Dengan laju Raqib melangkah ke arahnya.'Kenapa uncle?'

'Tak nak tengok ke tunang kamu tu hah? Bukan main cantik lagi.Dah lama dia tunggu tu,' Ujar Dato Zainal.

Hah?! Tu...tunang aku? Uncle biar betul? Tapi kenapa aku bertunang kat sini?

Raqib melangkah masuk ke dalam rumah dengan segera.Dia ingin tahu apakah yang dimaksudkan oleh unclenya itu.

What?! Buntang mata dibuatnya.Nasib baik tak tersembul keluar.Asyaa yang berada di atas pelamin dipandang lama.Dia tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

Dengan pantas, tangan mamanya ditarik dan dibawa ke satu sudut.'Ma, what happen? Explain to me now! Dada Raqib turun naik menahan marah.

'She's your fiance now.I'm so happy.Tak sabar nak tunggu dia bakal jadi menantu mama yang sah,' Ujar Datin Aisyah tanpa rasa bersalah.Wajah Raqib yang garang menyinga itu tidak dipedulikan.

'Ma, kenapa mama tak cakap yang mama nak tunangkan Raqib dengan perempuan tu!'

'Raqib, what is your problem? Didn't you agree already right with my choice? And please, don't call her like that.She has a name okay? Asyaa,' Datin Aisyah tidak suka dengan cara percakapan Raqib yang kurang sopan itu.Dia tidak pernah mengajar Raqib untuk kurang ajar seperti itu.

'Yes, I know but...'

'No.Takde tapi tapi...Sekarang Raqib dengan Asyaa dah sah mengikat tali pertunangan.Kamu jangan cuba nak timbulkan apa-apa masalah ye? Jangan sesekali cuba nak malukan mama dan papa.Dah, pergi bergambar dengan dia sekarang.Kalau kamu takde nanti apa pula dia orang cakap,' Datin Aisyah berjalan neninggalkan Raqib seorang diri di situ.

Muka diraup kasar.Nafas dihela.Dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi.Buat masa sekarang dia hanya mampu menurut kata-kata mamanya.

Dengan rasa berat dia melangkah menghampiri Asyaa.Mereka mengenakan pakaian sedondon yang berwarna krim lembut.Asyaa dan Raqib berdiri sebelah-menyebelah untuk mengambil gambar.Raqib hanya senyum nipis.Kebanyakan tetamu yang hadir semuanya terdiri daripada saudara-mara dan kawan-kawan rapat sahaja.Fara dan Hadif juga turut hadir.

Usai majlis, Raqib pulang ke rumah dengan rasa marah yang membara.Pintu bilik dihempas.Nasib tak tercabut.Kenapa mesti dia?! Kenapa dengan minah lampir tu? Kenapa? Dah takde perempuan lain ke atas dunia ni hah?! Argh...jerit hati kecil Raqib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience