BAB 51

Romance Completed 36812

'Raqib, lupa pulak mama nak bagi tahu semalam yang kamu dengan Asyaa kena pergi fitting baju kahwin nanti.Mama dah bincang dengan owner butik tu.Nanti esok kamu pergi ya dengan Asyaa? Ni kad butik tu.'Kad yang tertera alamat dan nama butik perkahwinan itu dihulurkan ke Raqib.

'Kenapa bukan mama je yang pergi?'

'Hisy, yang nak kahwin tu kamu, bukannya mama! Takkanlah baju kahwin kamu tu nak ukur saiz badan mama pulak? Apa punya soalan lah kamu ni,' marah Datin Aisyah.Bahu Raqib dicubit.

Raqib menggosok bahunya yang sakit itu.Ya tak ya jugak eh.Raqib...Raqib.
'Takpelah, kalau macam tu nanti Raqib pergi dengan Hadif ajelah.'

'Kenapa kamu nak pergi dengan Hadif pulak? Kamu tu nak kahwin dengan Asyaa, bukannya dengan Hadif.Jadi, kamu kenalah pergi dengan Asyaa.Yang kamu pelik sangat hari ni dah kenapa? Asyik cakap merapu je,' Datin Aisyah menutup majalah yang sedang dibacanya.Wajah Raqib dipandang.

Raqib malu sendiri.Kepala yang tidak gatal digaru-garu.Dia sendiri pun tidak faham dengan dirinya.

'Kalau macam tu, apa kata mama je yang pergi dengan dia tu.Raqib boleh suruh Hadif temankan nanti.Malaslah Raqib nak pergi dengan perempuan tu,'

Datin Aisyah menikam tepat anak mata Raqib.Raqib telan liur.Aku ada salah cakap ke? Kenapa mama pandang aku semacam je ni?

'I told you already Raqib! Don't call her like that.Tak baik.Lagi pun, Asyaa tu bukannya orang lain, bakal isteri kamu jugak nanti.Cubalah kamu tu bercakap biar sopan sikit dengan orang.Nanti kalau dia dengar, kecil hati dia,' tegur Datin Aisyah.

'Yalah ma...'Balas Raqib acuh tak acuh.

'Yang kamu tak nak pergi fitting baju kahwin dengan dia, kenapa? Bukan semalam kamu jugak ke yang dah setuju nak kahwin dengan dia?'

'I know, but kita orang kan sama-sama busy kat ofis tu.Kena urus kompeni masing-masing.Mungkin kita orang tak sempat nak pergi sekali.'

'Nonsense.Kalau pasal kerja, sampai bila-bila pun tak sudah.Bagi jelah orang lain yang ganti tempat kamu tu buat sementara.Bukannya lama pun.'

'Okeylah ma...'

'Ha, nanti jangan lupa tu pesan mama.'

'Ya ma, Raqib tak lupa.Nanti Raqib suruh PA Raqib cek masa free untuk pergi fitting, ya?'

'Hmm.Bukan yang tu aje.Jangan panggil dia dengan gelaran macam tu lagi, faham?'Pesan Datin Aisyah cuba mengingatkan lagi.

Raqib angguk.Tangan mamanya disalami.

Jaket kulit disarungkan ke tubuhnya.Enjin kereta Porche dihidupkan.Belum sempat dia memegang stereng kereta, telefonnya pula berdering.Tak lain tak bukan, ni mesti Hadif, tebak Raqib.Tapi yang peliknya, tiada pula nama sesiapa yang tertera pada skrin telefonnya.Hanya nombor sahaja.Tanpa teragak-agak Raqib menjawab panggilan itu.

'Assalamualaikum, you ingat I lagi tak?'

'I tu siapa? Sorry, saya tak kenal.Saya rasa cik salah dah nombor.'Niat ingin mematikan panggilan tetapi sempat dihalang oleh Asyaa.

'Sekejap.Ni I lah...Asyaa.'

'Oh, minah lampir.Ha! Kau mimpi apa ni tiba-tiba call aku?' Kasar suara Raqib kedengaran.

'I tak ada masalah nak gaduh dengan you,' jawab Asyaa geram.

'Habis tu, kau ingat aku tengah free kr sekarang nak gaduh dengan kau?' Balas Raqib pantas.

Hisy, mamat penculik ni! Aku telefon cara baik kut.Cakap tu elok-eloklah sikit.Asyik nak marah aje tahu.

'I call ni sebab I nak jumpa you sekejap.Ada benda I nak tanya,' Asyaa kembali serius.

'Kau tanya jelah sekarang.Buat apa nak jumpa bagai? Aku sibuk,'

Asyaa buat muka menyampah.Itu sajalah alasan yang selalu diberi setiap kali Asyaa ajak jumpa.Tak busy, sibuk.Tak sibuk, busy.

'Tak boleh.Perkara ni penting.Kena jumpa jugak!' Asyaa bertegas.

'Kalau aku tak nak jumpa?'

'I pergi rumah you!'

'Okey...Okey.Kau nak jumpa kat mana? Mengada betullah kau ni! Cakaplah cepat!'

Asyaa sudah senyum di hujung talian.Tapi dalam hati sebenarnya masih belum tenteram sejak bertunang dengan Raqib.Banyak persoalan yang bermain-main dalam benaknya sekarang.Kenapa Raqib setuju untuk bertunang dengan dia? Kenapa Raqib tak cakap apa-apa pun pasal tu? Kenapa Raqib tak marah kat dia? Kenapa Raqib tak nak batalkan je pertunangan tu? Asyaa sendiri pun dah pening asyik fikirkan perkara tu.Dah hampir seminggu.Tapi hari ni, semua persoalan tu akan terjawab.

'Ha! Kau nak tanya apa?' Soal Raqib sebaik sahaja sampai.Tangan sudah disilangkan.

Terkejut Asyaa dibuatnya.Tiba-tiba sahaja dia berasa gementar untuk bersemuka dengan lelaki yang sedang berdiri dihadapannya kini.Jantungnya berdegup laju.Asyaa menundukkan kepalanya.Setelah agak lama tidak bertemu, kini mereka saling berhadapan.Jumpa waktu bertunang pun, sekejap sangat.Tak sempat nak cakap apa-apa.

'Kenapa kau diam aje? Tadi beria sangat nak ajak jumpa.Sekarang?' Soal Raqib lagi setelah Asyaa tidak bersuara.

'Ke...Kau rindu nak tengok muka aku yang hensem ni?'

Wekkk! Perasannya.Lain kali kalau nak perasan hensem pun, biarlah bertempat sikit.Daripada tengok muka kau, better aku tengok muka oppa aku kat dalam tv tu.Berganda-ganda lagi hensem daripada kau, kutuk Asyaa.

'Kenapa you setuju bertunang dengan I?'Dia mula bersuara.

Bibir Raqib mengukir senyum.

'Bagus soalan kau tu.Actually, aku pun nak tanya soalan yang sama jugak kat kau,' ujar Raqib sambil mengangkat-ngangkat keningnya.

'Tu sebab I...'

'Oh...Aku dah tahu kenapa.Sebab kau memang sukakan aku dari dulu lagi kan? So, bila kau tahu yang kau akan bertunang dengan aku, then kau ambil kesempatan and terus setuju.Am I right Cik Asyaa?' Duga Raqib tanpa memberi peluang kepada Asyaa untuk menjelaskan kepadanya terlebih dahulu.

'No! Mana ada.You jangan nak perasan sangat boleh tak, Encik Raqib?' Dengan pantas Asyaa menjawab.

Raqib senyum sumbing.

'For your information, aku tak tahu pun yang mama aku nak tunangkan aku dengan kau.Kalau dari dulu lagi aku tahu, memang tak akan terjadilah semua benda ni.Faham?'

'I pun nak bagi tahu you perkara yang sama.I memang tak tahu apa-apa pun tentang perkara ni, and I pun terkejut bila tahu yang I akan ditunangkan dengan you.So, lepas ni you jangan nak salahkan I lagi pasal semua yang jadi ni.'

'Boleh ke aku percaya cakap kau ni?'

'Suka hati you lah nak percaya ke tak nak.Tu hak you.Yang I tahu sekarang ni, pasal pertunangan kita ni bukan I yang rancang pun okey? I tak terlibat apa-apa pun dalam hal ni.Ni semua parents you and I yang buat,' terang Asyaa.Raqib dikerling.

'Bukan hari tu kau juga ke yang tergila-gilakan aku?'

'Ya, sebab masa tu I bodoh.I menagih cinta dari orang yang salah,' akui Asyaa.

Raqib buat tak endah.

'Okey, kalau betul bukan kau yang plan pasal benda ni.So sekarang, kau nak buat apa?'

'I nak kita putuskan pertunangan ni,' ujar Asyaa tanpa teragak-agak.

Mulut Raqib terlopong.Namun, dia cuba sembunyikan rasa terkejutnya itu.Dia tidak sangka yang Asyaa akan cakap begitu.Biar betul minah lampir ni? Dia tengah khayal ke apa?

'Kau cakap apa tadi?' Soal Raqib cuba mendapatkan kepastian.

'You memang tak dengar ke buat-buat tak dengar hah? I cakap...'

Belum sempat Asyaa menjawab, Raqib terlebih dahulu bersuara.

'My answer is no! I have made my decision.Hujung bulan ni, kita kahwin.'

What?! Buntang mata Asyaa.Mulutnya ternganga luas.Dia hilang kata-kata.

'Kenapa you buat keputusan tanpa berbincang dengan I dulu? Kenapa you pandai-pandai nak buat keputusan sendiri hah?!' Suara Asyaa sedikit meninggi.Marah dengan Raqib yang memandai buat keputusan sendiri.

'Why? What's the problem?' Soal Raqib.Tiada langsung riak bersalah pada wajahnya itu.Sebaliknya, Asyaa pula yang tengah naik angin sekarang.

'Masalahnya sekarang, I nak kita putuskan hubungan kita ni.But now, you nak ajak kahwin pulak? Apa rancangan you sebenarnya? Sengaja nak sakitkan hati I?'

Sambungnya lagi.'Ya, dulu memang I terkejar-kejarkan you.Tapi sekarang, I dah boleh terima takdir yang you tu bukan untuk I.Dan I dah buang rasa cinta I untuk you.'

'Maknanya, kau nak cakap yang kau dah tak cintakan akulah? Macam tu?'

'Yes!' Matanya menjeling Raqib di sebelah.

Raqib diam.

'Lagi satu, you cakap yang kita akan kahwin hujung bulan ni? That's crazy you know?!'

'Not for me.Lagipun...Our parents tengah prepare for our wedding.'

'You bergurau ke apa?!'

'Kau ada nampak aku tengah bergelak ketawa ke sekarang? Takde kan? Then, I'm serious.'

'Kalau macam tu, you kahwinlah sorang-sorang.I tak nak!'

'Kalau kau tak nak, aku buat secara paksa.'

'Ha? Apa maksud you?'

'Kita pergi pejabat agama.'

'What? Are you out of your mind?!'Jerit Asyaa.

'That's the only way.'

Asyaa ketap gigi.Geram sungguh dengan sikap Raqib yang suka memaksa.Dari dulu, tak pernah berubah.Asyaa jugaklah yang terpaksa mengalah.

'So, what's your answer?'

'Tapi...'

'Okey.Aku dah tahu apa jawapan kau.Jumpa esok,' jawab Raqib sebelum pergi.

Sekali lagi, mulut Asyaa terlopong melihat tindakan Raqib itu.Dia boleh cakap macam tu aje? Dia ni robot ke apa, hah? Takde perasaan! Takkan tu aje kut jawapan dia? Aku tak percaya betullah dengan mamat ni.Kakinya menyepak batu-batu kecil di atas pasir itu demi melepaskan rasa marahnya yang sedang menguasai diri.

Asyaa betul-betul rasa tidak puas hati sekarang.Tidak puas hati sebab Raqib buat keputusan kahwin tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.Tidak puas hati sebab dia terpaksa memilih, sama ada kahwin secara rela, atau secara paksa.Asyaa buntu.Namun, dia tetap perlu memilih salah satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience