BAB 44

Romance Completed 36813

Rancangan Asyaa untuk menawan hati Raqib masih diteruskan.Dah macam-macam yang mereka buat tapi keadaan masih tetap sama.Raqib tetap dengan egonya yang setinggi gunung.Tidak mahu kalah untuk cuba berbaik-baik dengan Asyaa.Hari ni dah masuk ke plan yang entah ke berapa kali pun tak tahulah.Tak terkira.Mana taknya, hampir setiap hari Asyaa cuba memujuk Raqib.Namun, semuanya gagal.

Asyaa merenung plastik yang berisi dua bungkus makanan itu sambil tersenyum lebar.Hatinya berasa gembira.Harap-haraplah dia suka makanan yang aku beli ni, omel Asyaa sendirian.

'Saya nak jumpa Encik Raqib Shah.Dia ada tak?' Soal Asyaa sopan kepada penyambut tetamu.

'Cik ada buat appointment tak? Kalau belum, cik tak boleh jumpa dia.'

Asyaa menggelengkan kepalanya sambil tersengih menayangkan barisan giginya yang putih itu.

'Kalau macam tu, maaf cik kena tunggu dia habis kerja dulu,' ujar penyambut tetamu sambil membalas senyuman.

'Takpelah, kalau macam tu saya tunggu kat sini jelah,' Asyaa menyandarkan badannya pada sofa.Dia bermain-main dengan iphonenya sementara menunggu kehadiran Raqib.Sesekali matanya mencari-cari lelaki yang bertubuh tegap itu.

Mana pulak mamat ni? Tak turun-turun pun lagi.Dah masuk waktu lunch ni.Takkan dia tak pergi lunch kut? Aku pulak yang lapar duk menunggu dia, bebel hati kecil Asyaa.Sekali lagi dia menoleh ke sebelah kanan.Tiba-tiba bibirnya perlahan mengukir senyum.Dia mula berasa teruja.Akhirnya figura yang ditunggu-tunggu muncul juga.Asyaa lekas bangun dan menapak ke arah Raqib.Wajahnya kelihatan sangat ceria.Tangan kanannya membibit plastik makanan yang berwarna merah itu.

Baru sahaja Asyaa hendak menyapa, Raqib terlebih dahulu bersuara.'Again?What are you doing here?!' Soal Raqib dingin.Dia berasa tidak senang dengan kehadiran Asyaa di situ.

'Yes, me again.Happy to see you!' jawab Asyaa dengan nada gembira.Tengok dari riak wajah Raqib, Asyaa tahu yang Raqib sebenarnya tak suka tengok muka dia, pasti air mukanya akan berubah.Tapi dia buat tidak tahu.Walaupun dalam hati hanya dia saja yang dapat merasainya dan berasa berasa kecewa.

'I sebenarnya datang sini sebab...'

'Sebab kau nak ajak aku pergi lunch? My answer is no! Kau tak payahlah susah payah nak sibuk hal aku.Kau jaga je hal kau sendiri.'

'I datang sini bukan nak ajak you pergi lunchlah.Nah, I dah belikan makanan untuk you.Jom makan kat pantri ofis you,' balas Asyaa sambil menayangkan makanan di depan muka Raqib.

'Habis tu, apa bezanya dengan apa yang aku cakap tadi hah?! Sama jelah.Kau tak payah nak putar belitkan fakta boleh tak?' Raqib cuba mengawal suaranya.Gigi diketap.

'Better you leave now! Sebelum aku suruh security guard heret kau keluar,' arah Raqib sambil jarinya menghala ke pintu keluar.

'I datang sini bukannya nak ajak gaduh dengan you.I cuma nak ajak you makan je.Susah sangat ke?'

'That's not the problem.What I want now is you to get out of my office! Don't ever you dare to come here again,' tengking Raqib.Dia sudah hilang sabar.Terangkat bahu Asyaa dek kerana terkejut.Dia tak sangka yang Raqib akan memarahinya sampai begitu sekali.Orang lain yang berada di situ juga tidak lepas dari memandang mereka berdua.Ada juga yang berbisik sesama mereka.

Raqib mengatur langkah keluar dari ofis.Pintu utama pejabat ditolak kasar.Langkahnya terhenti di luar pintu setelah mendengar namanya dipanggil.

Raqib!

'Kenapa you benci sangat kat I? Kenapa you payah nak terima I dalam hidup you? Apa salah I kat you sampai you sanggup layan I macam ni? I cuma nak berbaik je.I takde terfikir niat jahat pun.I ikhlas...'ujar Asyaa sayu.Mutiara jernih mula menitis membasahi kedua-dua belah pipinya.

'I tahu dulu I buat macam-macam kat you, buat you marah, tapi sekarang dah lain.I tak macam dulu lagi.I dah berubah sebab I...I...,'Asyaa tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia menjadi semakin sebak.Tangisannya cuba ditahan.Bahunya terhenjut-henjut.

Raqib hanya menjadi pendengar setia terhadap apa yang cuba diluahkan oleh Asyaa.Tapi dia langsung tidak rasa bersalah dan tetap dengan ego lelakinya.Dia mendengus kasar.

'Ikhlas?' Raqib senyum sumbing.Dia seperti mengejek cakap Asyaa.

'For your information, I'm not interested to have a relationship with any woman.They are all same! So, please get out of my life!' Raqib melangkah laju meninggalkan Asyaa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience