BAB 47

Romance Completed 36812

Asyaa meletakkan kereta Mini Cooper nya di bawah pokok besar yang rendang.Enjin dimatikan.Suasana di taman pada petang itu sungguh mendamaikan dan dapat menenangkan jiwa.

Dari jauh dia sudah nampak susuk tubuh Hadif.Langkah diatur menuju ke arahnya.

'Hai, maaf lambat.Awak dah lama sampai ke?'

'Eh, takpe Cik Asyaa.Saya pun baru je sampai.Jemputlah duduk,' pelawa Hadif menunjukkan tempat duduk di sebelahnya sambil senyum lebar.

'Awak tak payahlah panggil Cik Asyaa.Panggil je Asyaa lagi selesa.Lagi pun saya dah anggap awak sebagai kawan saya,' Ujar Asyaa lembut.Kaki disilangkan.

Hadif membalas dengan senyuman.Tiba-tiba dia terasa agak kekok apabila keluar berdua dengan Asyaa.Yelah, masa first time jumpa pun Fara ada sekali.Jadi takdelah rasa tak selesa macam tu.

'So, apa benda penting yang awak cakap nak bagi tahu saya tu?' Asyaa tertunggu-tunggu.Dadanya tiba-tiba terasa berdebar.Dia seperti dapat mengagak yang Hadif ingin memberitahunya sesuatu yang pastinya ada kaitan dengan Raqib.

'Saya dah tahu semua yang berlaku antara Asyaa dengan Raqib kat ofis hari tu.Sebagai kawan dia, saya nak minta maaf sebab dia buat Asyaa macam tu,'

'No need to apologize.That's not your fault.Kalau betul dia rasa bersalah, biar dia datang jumpa saya sendiri,' Asyaa berjeda.Dia mengeluh sendiri.

'Tapi saya pun salah juga sebab saya dah ganggu hidup dia walaupun saya dah tahu yang dia tak sukakan saya.Lepas tu siap buat plan bodoh semua tu.Semuanya buang masa je.Susahkan diri untuk orang yang tak pernah nak hargai kita.Kenapalah saya tak sedar tentang perkara ni awal-awal? Kalau tak, semua masalah ni takkan berlaku,' Ujar Asyaa penuh perasaan.Perasaan sedih yang jauh terpendam di lubuk hatinya.

'Asyaa tak boleh cakap macam tu.Semua yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya.Lagi pun semua yang terjadi ni dapat menjadi pengajaran untuk kita sama-sama perbaiki diri.Setiap orang ada masalah mereka sendiri.Mungkin apa yang berlaku ni dapat menjadikan Asyaa lebih matang dalam perkara macam ni,'

'Yes, you're right',balas Asyaa pendek.

'Sebenarnya saya ajak Asyaa jumpa ni sebab saya nak bagi tahu tentang Raqib.Cerita yang Raqib tak pernah bagi tahu kat orang lain kecuali saya dengan parents dia je yang tahu sebab dia tak suka cerita kat orang lain tentang kehidupan dia.Especially about his private life.Dia memang banyak berahsia,'

'Jadi, kenapa awak nak cerita kat saya tentang dia kalau dia sendiri pun tak nak sesiapa tahu? Lagi pun semua tu dah tak penting bagi saya.Saya dengan dia takde hubungan apa-apa dah sekarang even dia sendiri pun tak pernah sudi untuk anggap saya sebagai kawan.So, buat apa lagi saya nak ambil tahu tentang dia.Lebih baik kalau kita orang buat hal sendiri je.Dia denga hidup dia, saya dengan hidup saya,' balas Asyaa laju.

'Asyaa tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap.Saya pasti perkara ni bukan seperti yang Asyaa fikirkan.Saya tak nak Asyaa salah anggap tentang Raqib,'

Asyaa senyum sumbing.

'Nope.Saya tak pernah salah anggap tentang dia.Apa yang saya rasa memang betul.Saya pun dah kenal perangai dia macam mana.Saya terima kalau dia tak nak kat saya,'

'Raqib jadi macam tu ada sebab.'

'Sebab kenapa? Sebab dia rasa yang perempuan ni menyusahkan? Banyak bagi masalah kat dia? Or nak ambil kesempatan atas harta dia? Macam tu ke maksud awak?' Soal Asyaa bertalu-talu.

'Yes! Dia jadi macam tu disebabkan perempuan.Perempuan yang telah menghancurkan hidup dia setelah dia banyak berkorban kat perempuan tu termasuk hati dia,' jawab Hadi perlahan.Kepalanya ditunduk ke bawah.

'Maksud awak, dia pernah bercintalah sebelum ni?'

Balas Hadif dengan anggukan.

Mulut Asyaa bulat.Asyaa agak terkejut dengan kenyataan yang diberitahu oleh Hadif.Seperti sukar untuk dipercayai.Dia tidak sangka Raqib hati batu yang dia kenal pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang.

'Walaupun mereka bercinta tak sampai setahun, tapi Raqib dah serahkan hati dia kat perempuan tu.Mereka banyak meluagkan masa bersama.Tapi, lepas beberapa bulan dia orang couple, ex dia terbang ke London untuk mengejar impian dia sebagai seorang model.Mereka tak berjumpa lebih kurang tiga tahun pada masa tu.Raqib ada cakap yang dia orang dah plan untuk melangsungkan majlis pertunangan selepas ex-girlfriend dia balik sini.Tapi...'Hadif diam sejenak.Dengusan kedengaran di cuping telinga Asyaa.

Bila diingatkan balik, dia sendiri pun berasa sangat sedih dan terkesan dengan apa yang dah dilalui oleh sahabatnya itu.Walaupun dia tidak pernah berada di tempat Raqib, tapi dia dapat rasa kesakitan yang Raqib hadapi.Sejak kejadian itu, Hadiflah rakannya yang banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat kepadanya sehingga sekarang.

'Kalau awak tak nak cerita pun takpelah.Saya tahu mesti berat untuk awak katakan.'

'Tapi selepas tiga tahun kat sana, perempuan tu balik sini dengan seorang lelaki,' sambung Hadif.

'Lelaki? Siapa?' Soal Asyaa laju.Dia benar-benar ingin tahu cerita yang sebenar.

'Suami dia.Dia orang dah kahwin pada masa yang sama perempuan tu ke sana untuk jadi model.Entah apa yang dia berkenan sangat kat mat saleh tu pun saya tak tahu.Sampai sanggup dia seksa Raqib macam ni,' Hadif tiba-tiba berasa marah bila diingatkan balik dengan apa yang perempuan tu dah buat.Gigi diketap.

Mata Asyaa bulat.Mulutnya ternganga luas.Dia menekup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangan.Terasa seperti batu yang menghempap kepalanya.Dia tak sangka begitu berat sekali dugaan yang telah dilalui oleh Raqib.Walaupun dari luaran dia nampak seperti seorang yang tenang, tiada masalah...Rupanya apa yang Raqib lalui lagi pedih daripada dirinya.Tanpa sedar mutiara jernih menitis di pipi gebu Asyaa. Namun cepat-cepat disapu dengan jemarinya.

'Disebabkan itulah, Raqib berubah seperti sekarang ni.Dalam hati dia hanya ada rasa benci untuk perempuan.Dia dulu seorang yang baik hati, sopan, lemah lembut sekarang semua tu dah takde lagi.Dia jadi sebaliknya,'

'Kenapa awak bagi tahu semua benda ni?'

'Saya tak nak awak fikir yang Raqib memang selalu berkasar atau layan perempuan macam tu dan tak suka kat perempuan.Dia buat macam tu semua bersebab,'

'Tapi...'

'Saya tahu apa yang dia buat salah.Kita pun tak boleh nak salahkan dia.Bagilah dia masa untuk berubah seperti dulu balik sebab dia pun macam susah untuk lupakan semua perkara ni.Saya harap Asyaa dapat sama-sama beri kata-kata semangat dan pujuk dia untuk berubah,' rayu Hadif.

'InsyaAllah.Kalau dia betul-betul nak berubah, semuanya pasti akan dipermudahkan,' mereka sama-sama mengaminkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience