BAB 57

Romance Completed 36812

Setelah tiga hari dua malam berhoneymoon di Pulau Pangkor, kini mereka pulang ke rumah.

Biasanya, orang kalau pergi honeymoon mesti lama.Paling tidak pun seminggu.Yalah, bila lagi nak luangkan masa bersama kalau bukan sekarang.Nanti kalau dah ada anak, lagi susah.Kena lebihkan perhatian pada anak pula.

Tapi apakan daya, mereka pergi honeymoon pun sebab kena paksa dengan Datin Aisyah.Kalau tidak, memang tak merasa honeymoonlah agaknya.

Asyaa dan Raqib menyalami tangan Datin Aisyah setelah masuk ke dalam rumah.Datin Aisyah kerut dahi.

'Cepatnya kamu berdua balik.Takkan dah habis berhoneymoon kut? Baru tiga hari pergi.'Raqib malas nak menjawab soalan-soalan mamanya.Dia segera ke kereta untuk mengangkat barang-barang mereka.Dia buat tidak tahu bila Asyaa memandangnya.

Asyaa garu kepala yang berlapik dengan tudung.Memikirkan jawapan yang terbaik untuk diberitahu kepada ibu mertuanya.

'Err...Sebenarnya kita orang ada banyak kerja kat ofis, sebab tu tak boleh ambik cuti lama.Dah tiga minggu kami cuti.Rasa tak sedaplah pulak bila tinggal ofis lama-lama macam tu.Jadi, minggu depan kita orang dah nak masuk kerja.Mama tak kisah, kan?'Jelasnya panjang lebar.

'Mama okey je.Cuma mama kasihankan kamu.Raqib tu pun satu, ada ke patut dia bawak kamu pergi honeymoon tiga hari je? Buat hal betullah anak mama seorang tu.'

'It's okay ma.Asyaa pun tak nak pergi lama-lama.Nanti Asyaa rindu kat ibu mertua kesayangan Asyaa ni, macam mana?'Bahu Datin Aisyah dipeluk.
m.
'Tapi sekejap sangat tu.Orang lain pergi berminggu-minggu tahu? Ni mesti Raqib yang nak balik cepat, kan? Mama kenal sangat dengan perangai dia tu.'

'Eh, taklah ma...Kita orang memang dah bincang pasal hal ni.Lagipun, Asyaa tak kisahlah walaupun kita orang pergi honeymoon sekejap aje.Tiga hari tu pun dah cukup buat Asyaa.Asyaa gembira sangat.Terima kasih ya mama?'Tangan ibu mertuanya digenggam.

Datin Aisyah senyum.'Raqib layan Asyaa macam mana kat sana? Okey?'

Nak kata okey, tak jugak.Nak kata tak okey, pun tak jugak.Asyaa sengih.'Hmm...Okey.Dia layan Asyaa baik.Lagipun, masa kat sana dia selalu jaga Asyaa.Kenapa mama tanya macam tu?'

'Takde apalah.Mana tahu masa kamu berdua kat sana dia jadi lagi romantik ke, kan?'

Asyaa hanya senyum.Bagi dia, tiada langsung ciri-ciri lelaki romantik pada Raqib.Kalau menyakitkan hati, adalah.

'Sebelum Asyaa lupa, ni Asyaa ada belikan cenderamata untuk mama dengan papa.Tapi biasa-biasa je.Asyaa harap mama dan papa sukalah.Lagipun Asyaa tak tahu nak beli apa untuk mama dengan papa.'Plastik hitam itu disuakan kepada Datin Aisyah.

'Terima kasih...Ingat jugak Asyaa kat mama dan papa.Mama tak kisah pun apa yang Asyaa beli.Mama hargai semua pemberian menantu mama ni."

"You, jom turun makan.Mama dengan papa tengah tunggu kita kat bawah tu."

Raqib buat tidak dengar.Dia asyik bermain-main dengan telefon pintarnya sambil duduk berlunjur di atas sofa.

Haih suami aku ni, ada masalah telinga ke? Cakap dengan suami macam cakap dengan patung.Suka hati dialah nak makan ke tak.Yang lapar dia, bukan aku.

"Kau cakap apa kat mama tadi?" Raqib mula buka mulut bila Asyaa ingin melangkah keluar dari bilik.

"Cakap apa, apa?" soal Asyaa balik.

Raqib merenung Asyaa lama.Boleh dia tanya aku balik soalan bodoh macam tu? Haih, nasib dah jadi bini aku.Kalau tidak, lama dah kena hempuk dahi tu, omel Raqib.

"Pasal honeymoon," jawab Raqib pendek.

"Oo...pasal tu.You tak payah risaulah.I dah uruskan.I cakap yang kita ada banyak kerja kat ofis and tak boleh ambil cuti lama."

"Good." Raqib bangkit untuk ke dapur.

"Sekejap! You puji I ke? I tak salah dengar kan?" Senyuman Asyaa melebar.

"Nope!"

"Yes! You baru je cakap tadi."

"I said, no." Nafi Raqib lagi.

"Yes! Ni first time tau penculik puji I! Thank you!" Jerit Asyaa bila Raqib sudah keluar dari bilik.

Eleh.Malu lettew...

Raqib menarik kerusi di meja makan."Apa yang kamu berdua bualkan tadi? Lama kita orang tunggu.Papa kamu pun dah kebulur tu."

"Takde apa pun.Jomlah kita makan," jawab Raqib sambil tangan ingin mencapai sudu untuk mencedok lauk, namun Asyaa terlebih dahulu merampasnya.

Raqib menjegilkan matanya.

Asyaa senyum."Awak nak lauk yang ni ke? Biar saya ambilkan." Raqib menghulurkan pinggannya.

"Kalau awak nak tambah apa-apa, cakap je.Saya boleh ambilkan." Raqib tiba-tiba berasa pelik dengan layanan Asyaa itu.Dah buang tebiat ke apa isteri aku ni?

Dato Muhaimin dan Datin Aisyah cukup senang melihat kemesraan yang ditunjukkan anak dan menantunya.Tapi mereka berharap semoga ianya akan berkekalan sampai ke tua, bukan hanya selepas kahwin saja.

"Amboi! Saja nak buat papa jeles ke?"

Asyaa ketawa."Kenapa papa nak jeles pulak?"

"Sebab takde orang yang nak tolong cedokkan lauk untuk papa." Dato Muhaimin pura-pura merajuk.

"Orang sebelah papa kan ada.Kan mama?"

"Malaslah mama nak layan perangai papa kamu yang macam budak kecil ni," ujar Datin Aisyah selamba sehingga bergema satu dapur dengan hilai tawa mereka.

Kecuali Raqib.Yang sememangnya susah nak mengukir senyum.Namun, dalam hati siapa yang tahu? Sesungguhnya dia berasa cukup gembira apabila melihat mereka begitu.Sudah lama dia tidak merasa suasana seperti ini.

Tapi sekarang, Asyaa telah mengembalikan semula keceriaan di dalam rumahnya.Melihat mama dan papanya tersenyum gembira, itu pun sudah memadai.Kerana hanya itu yang dia inginkan untuk mereka.

"Mama, papa, kita orang ada benda nak cakap.Minggu depan kami nak pindah."

Mata Asyaa bulat seperti bola.Pindah?! Aku tak tahu pun.Bila dia cakap dengan aku? Memang nak kena laki aku ni!

"Tapi, kamu dah beli rumah ke? Bila kamu beli?" Tanya Datin Aisyah.

"Ha'ah, papa tak tahu pun." Sokong Dato Muhaimin.

"Sebenarnya dah lama Raqib beli.Lepas kita orang bertunang."

"Laa, ye ke? Tapi takpe, mama tak kisah pun.Baguslah kalau kamu dah beli awal-awal.Tak payahlah susah-susah nak cari rumah dah lepas ni."

Raqib menepuk-nepuk bantal sebelum meletakkan kepalanya.Asyaa yang baru sahaja selesai menolong Mak Mah mencuci pinggan di dapur terus masuk ke dalam bilik.

"You nak tidur macam tu aje?"

"Yalah, macam mana lagi?" Balas Raqib sambil mata terpejam rapat.

"I nak you jelaskan pada I apa yang you cakap tadi!" Ujar Asyaa tegas.

"Jelaskan apa?"

Asyaa mendengus geram!

"You ni kan, memang I kenal sangat.Kalau nak buat apa-apa, mesti you tak tanya pendapat I! Kenapa you tak cakap pun kat I yang kita nak pindah minggu depan? Dan I tak tahu pun yang you dah beli rumah.Dengan mama dan papa pun you tak bagitahu?"

"Kan aku dah bagitahu semua orang tadi.Yang kau nak bising malam-malam ni kenapa? Nak tidur pun tak senang."

Asyaa senyum sinis."Dekat nak pindah baru nak cakap?!"

"Salah ke?" Raqib menekup mulutnya yang menguap besar.

"Memang salah!

"Kenapa?"

"Sebab..."

"Stop! Kau sambung esok jelah.Sekarang ni dah malam.Aku nak tidur.Kalau kau nak membebel sampai ke esok pagi, suka hati kaulah.Malas aku layan."

Asyaa cekak pinggang.

"I tak habis..."

"Good night," potong Raqib.Bantal peluk ditarik ke dalam dakapannya.

Mata Asyaa seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Dia ketap gigi.Geram dengan sikap Raqib seperti orang yang tidak bersalah itu.Dengan rasa sebal, selimut ditarik kasar.Mimpi indah telah melenyapkan semua rasa marahnya pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience