BAB 39

Romance Completed 36812

'Saya nak bagi cadangan untuk kita buat pengubahsuaian pada pelan cawangan baru yang akan dibuka nanti.Setuju tak Encik Raqib Shah?'Soal Asyaa sambil menjongket-jongketkan keningnya.

Raqib sudah memandang Asyaa dengan rasa tidak puas hati.Pagi-pagi dah nak buat aku panas!

Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus perlahan.

'Cik Asyaa, saya kita dah tak perlu nak buat ubah suai apa-apa sebab saya dengan Dato Zainal dah selesai bincang tentang perkara ni,' ujar Raqib dengan penuh rasa sabar di dada.Gigi diketap.

'Tapi sekarang saya yang dah ambil alih syarikat ni, bukan Dato Zainal lagi.So, saya berhaklah nak buat keputusan apa-apa pun.Betul tak semua?' Ujar Asyaa dengan senyuman yang melakar di bibirnya.

Semua pekerja yang berada di dalam bilik mesyuarat itu menganggukkan kepala.

'Tapi Cik Asyaa tak boleh nak buat keputusan sesuka hati tanpa berbincang dengan dengan saya terlebih dahulu sebab ini adalah projek antara syarikat kita bersama,bukannya projek company Cik Asyaa sorang.Ada faham?' Balas Raqib dengan bunyi sinis.Sengaja ingin menaikkan api kemarahan Asyaa.

'Habistu, Encik Raqib ingat kita sedang buat apa sekarang ni? Sedang melepak kat kedai mamak ke?' Sindir Asyaa.Tangan disilangkan ke dada.

Raqib dan Asyaa sudah berbalas kata.Dah macam debat pun ada.Bila-bila masa je mencetuskan perang dunia ke empat.

'Still, saya tak setuju dengan keputusan Cik Asyaa.Lagi pun bukan mudah nak ubah rancangan yang telah dibuat.Perkara ni melibatkan banyak pihak and saya rasa orang lain pun takkan setuju.Tapi kalau Cik Asyaa tetap dengan keputusan tu, Cik Asyaa buatlah sorang-sorang ye.Saya tak nak terlibat,' balas Raqib panjang sebelum mengangkat punggung dan beredar dari situ.

Muka Asyaa sudah merah menahan marah dan malu di depan pekerja-pekerjanya.Semua mata tertumpu pada Asyaa.Dia bingkas bangun lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya.Tangan dikepal seperti penumbuk.Raqib!!! Laung Asyaa yang cuba melepaskan rasa amarahnya.Kau tunggulah...aku akan pastikan kau tunduk kat aku.

'Bro, macam mana meeting dengan anak kepada Dato Zainal tu? Ok tak? Mesti cantik orangnya kan?' Soal Hadif dengan tesengih-sengih seperti kerang busuk.

Cantik?! Aku tengok sebiji tak ubah macam minah lampir adalah! Omel hati kecil Raqib.

'Hoi! Aku cakap dengan kau ni bukannya dengan tunggul kayu.Kau ada masalah ke? Dari tadi aku tengok muka kau dah macam cuka masamnya,' soal Hadif serius sambil memandang wajah Raqib.

'Kau nak tahu tak apa yang jadi masa meeting tadi?'

'Jadi apa?' Soal Hadif pendek.

'Ada ke patut minah tu nak tukar plan asal tentang projek yang kita sedang jalankan ni? Lagipun aku dengan Dato Zainal dah settle bincang tentang hal ni tahu tak?! Suka hati dia mak lampir dia je nak main ubah-ubah.'

Minah? Minah mana pulak ni? Takkan nama anak Dato Zainal tu Minah pulak?!Mungkin Aminah kut.Soal Hadif kepada dirinya sendiri sambil menggosok-gosok dagunya yang sedikit berjanggut.

Raqib memalingkan wajahnya kepada Hadif yang berdiri disebelahnya apabila tidak mendengar apa-apa respon dari kawannya itu.

Kenapa kau diam je? Kau dengar tak apa yang aku cerita?! Marah Raqib.

'Ha...dengar dengar,' jawab Hadif dengan terpinga-pinga.

Raqib geleng kepala.Mereka berdua kemudian masuk ke dalam restoren yang selalu dikunjungi untuk makan tengah hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience