BAB 17

Romance Completed 36812

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi.Asyaa masih membuta melayan tidurnya.Selimut melayang entah ke mana.Bantal-bantal berterabur di atas lantai.Buas betul dia tidur.Kalau ada orang di sebelahnya silap hari bulan orang tu akan jadi mangsa tendangannya.

Pintu yang diketuk dari luar bertalu-talu tidak diendahkan.

'Asyaa!Bangun sayang,dah pukul berapa ni?Sampai bila kamu nak tidur hah?laung Datin Zana dari luar namun tidak bersahut.Pintu dikuak perlahan.'

Terbuntang mata Datin Zana bila melihat keadaan bilik anaknya yang berselerak itu.MasyaAllah,ni bilik orang ke kandang gajah.Datin Zana melepaskan keluhan kecil.Haish,Asyaa...Asyaa...Ada anak sorang ni pun dah tak larat nak jaga,bebel Datin Zana dalam hati kecilnya.

Dia mengatur langkah ke tingkap.Langsir diselak.Cahaya pagi menerangi biliknya.Dahi Asyaa berkerut seribu dek silau matahari.

'Asyaa bagun cepat.Dah pukul 10 ni.Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan daddy kamu pulak,paha Asyaa ditepuk-tepuk lembut.'

Asyaa menguap.Mulutnya terbuka luas seperti badak air ketika menguap.Mata ditenyeh-tenyeh.

'Cepat pergi mandi dan bersiap-siap.Lepastu turun sarapan,pesan Datin Zana.'

'Yelah...jawab Asyaa malas-malas.'

Setelah membersihkan diri dia mengatur langkah menuruni anak tangga sebelum menuju ke dapur.Dia berasa pelik apabila mak Nab tak kelihatan.

'Mummy,mak Nab tak datang kerja lagi ke?laung Asyaa dari dapur.Roti di atas meja dicapai lalu disapu jem blueberry.'

'Mak Nab baru je datang pagi tadi tapi dia keluar beli barang dapur sekejap kat pasar,balas mummynya.'

'Ooo...mulut Asyaa dibulatkan.Roti dimasukkan ke dalam mulutnya.'

'Assalamualaikum,Dato Zainal memberi salam.Kakinya terus melangkah masuk dalam rumah.'

'Waalaikumussalam,abang pergi mana pagi-pagi ni?soal Datin Zana.'

'Abang pergi jumpa kawan jap.Lepastu pergi office sebab ada kerja sikit.Tadi Saya dah call Raqib suruh makan malam kat sini,ujar Dato Zainal.'

'Betul ke?Habistu dia cakap apa?Setuju tak?pelbagai persoalan yang keluar dari mulut Datin Zana.Bagai peluru berpandu.'

Asyaa melekapkan telinganya ke dinding.Sejak tadi Asyaa menjadi pendengar setia tentang perkara yang dibualkan oleh mummy dan daddynya di sebalik dinding.Roti yang belum habis dimakan terus disumbat ke dalam mulutnya.Cepatlah cakap.Asyaa nak tahu ni,omel Asyaa dalam hati.

'Yes,dia setuju,jawab Dato Zainal ringkas.Dia mengukirkan senyuman nipis.'

'Baguslah kalau macam tu.Nanti saya suruh mak Nab masak sedap-sedap,Datin Zana teruja.'

What!!!Mamat sewel tu setuju. Aish,menyampah betullah aku.Asyik nak kena hadap muka dia je.Kat rumah dia memang sah-sahlah hari-hari dia ada kat rumah aku pun ada jugak.Asyaa tepuk dahi.

Mummy dengan daddy pun satu yang beria-ria sangat nak ajak mamat tu dah kenapa?Macam nak jumpa menantu pulak.Wait,wait..aku cakap menantu.Wekkk...memang tak lah.Kalau dapat suami macam dia last-last aku pulak jadi sewel macam dia.Kalau dia takpelah sebab dah memang sewel sejak kecil lagi kut.Tambah dengan muka garang mengalahkan harimau.Eee,bebel Asyaa panjang lebar dalam hatinya.

Mak Nab yang baru pulang dari pasar membawa beg plastik sampai penuh tangan.Dia berjalan terhinjut-hinjut untuk melangkah ke dapur.Maklumlah sudah tua.

'Banyaknya mak Nab beli barang dapur.Mak Nab nak masak apa untuk malam ni?soal Asyaa ketika mak Nab sedang menyusun barang dapur.'

Mak Nab nak buat ikan 3 rasa,tom yam,paprik ayam dengan telur dadar.Cik Asyaa rasa cukup tak?soal mak Nab.

'Erk...Asyaa rasa dah lebih daripada cukup tu.Buat apa mak Nab masak banyak-banyak?Lagipun tetamu kita sorang je.Kalau tak habis nanti membazir pulak,ujar Asyaa.Dia tidak berpuas hati dengan layanan baik yang keluarganya berikan kepada Raqib.'

'Yeke?Tapi mak Nab rasa dah ok tu.Lagipun Datin Zana yang suruh mak Nab masak semua ni,kata mak Nab.Tangannya cekap menyiang ikan.Lengan baju disingsing terlebih dahulu.'

Arhhh...kenapa semua orang selalu sebelahkan mamat sewel tu?Apa yang bagus sangat pasal dia?Dahlah asyik kenakan aku je hari tu.Tak puas hati betullah aku macam ni,marah Asyaa dalam hatinya.Dia mendengus kasar.Tak pe,aku ada plan baik punya malam ni.Special untuk kau mamat sewel.Asyaa senyum nakal.Dalam kepalanya ligat memikirkan cara untuk kenakan Raqib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience