BAB 60

Romance Completed 36812

60-Raqib bangun awal untuk menyediakan sarapan bagi isterinya yang tercinta.Dari tadi bunyi kelentang-kelentung di dapur.Selesai solat subuh, terus dia sediakan bahan-bahan untuk memasak.Dan menunya mestilah yang berkhasiat.

Sejak dua minggu kebelakangan ni, Raqib selalu merajinkan diri untuk membantu isterinya itu.Dari membasuh pakaian, memasak sampailah mengemas rumah.Namun, dia tidak pernah sekalipun merungut malah dia berasa sangat senang hati kerana dapat mengambil alih kerja-kerja isterinya itu.Kini, baru dia tahu bagaimana penatnya si isteri menguruskan kerja-kerja di rumah.Raqib tabik kepada isterinya itu.

Melihat Asyaa yang masih baring, Raqib masuk ke dalam bilik sambil menatang dulang yang berisi susu dan sepinggan nasi goreng.Isterinya itu cuba dikejutkan.

'Sayang, abang dah bawakan sarapan ni.Jom makan,' Asyaa senyum dan Raqib turut membalasnya.

Tangan encik suami digenggam dan wajahnya ditatap penuh kasih sayang.

'Lain kali abang tak payahlah susah-susah nak bawakan sarapan untuk saya.Kasihan pula saya tengok abang buat semua ni.Lagipun ini kan tugas saya sebagai seorang isteri.Sepatutnya saya yang buat semua kerja ni,' Suara Asyaa kedengaran sayu.

'Tak susah pun sayang.Selagi mampu, abang akan buat apa sahaja untuk isteri abang ni.Lagipun, tugas yang sayang pikul sekarang ni lagi berat daripada apa yang abang buat ni.Abang minta maaf sebab sayang terpaksa tanggung sorang-sorang.'

'Abang, ni kan dah memang tugas seorang isteri.Abang tak payahlah minta maaf.Lagipun abang sanggup ke kalau perut abang tu bulat macam bola? Apa yang abang buat ni pun dah cukup menggembirakan saya.Saya bertuah tahu tak dapat suami macam abang ni?'

'Betul ke?' Wajah Raqib dah ceria.

'Betullah.Cuma dia aje yang jual mahal.Bukan main susah lagi saya nak pikat dia,' Gurau Asyaa.Tapi memang itulah kenyataannya.

Raqib melepaskan tawa.

Jiwa Asyaa akan berasa sungguh tenang setiap kali melihat insan di depannya ini tersenyum dan ketawa kerananya.Sudah lama dia ingin melihat senyuman ikhlas itu.Dan sekarang, Raqib lebih murah dengan senyuman setiap kali bersamanya.Tidak lagi bermasam muka seperti dulu.

'Sayang nak pergi mana ni?' Soal Raqib apabila melihat isterinya bersusah-payah untuk bangun.

'Saya nak pergi mandi kejap.Abang pergilah tengok tv dulu,'

'Tak nak.Abang nak ikut sayang boleh?' Mata dikerdipkan beberapa kali.

Asyaa menjegilkan matanya.'Hish, abang ni! Jangan nak mengada boleh tak?! Abang pergilah berehat.Mesti abang penat sebab dah buat kerja kat dapur tadi,'

Raqib menjuihkan bibirnya.

'Tapi tak salah pun sayang kan?' Raqib sudah senyum nakal.Inilah perangai sebenar Raqib.Suka sangat menyakat isterinya itu.Sebelum apa-apa jadi, cepat-cepat Asyaa melarikan diri ke dalam bilik air.Tawa Raqib meletus bila melihat isterinya itu terkocoh-kocoh berlari sambil membawa perutnya yang besar.

"Sayang! Jangan lari.Nanti terberanak kat situ, susah pulak abang."

'Siapa suruh abang tu gatal sangat?' balas Asyaa dari dalam bilik air.

Asyaa berdiri di balkoni.Langsir diselak.Angin sepoi-sepoi meniup lembut wajahnya.Perut yang semakin memboyot itu dipegang.Kini, kandungan Asyaa sudah mencecah ke enam bulan.'Sayang, nanti cepat-cepat keluar tau.Kasihan papa takde kawan.Kalau sayang keluar nanti, takdelah papa bosan.Kalau tak, papa asyik nak berkepit dengan mama aje,' Hati Asyaa bersuara.Dia senyum sendiri.

Raqib berjalan menghampiri sang isteri.Laju sahaja tangan kekarnya melingkar di pinggang isterinya itu.Dagu diletakkan atas bahu Asyaa.

'Kenapa sayang senyum sorang-sorang?'

'Takde apa-apa.Saja saya nak senyum.Senyum tu kan sedekah.'

'Betul tu.Setiap kali abang tengok sayang senyum, hati abang terus melting.Tapi betul ke takde apa-apa? Takkan saja-saja boleh senyum macam tu? Mesti sayang ada sembunyikan sesuatu daripada abang kan? Bagitahu cepat!'

Pipi Raqib diusap.'Abang, saya bersyukur sangat dengan kehidupan kita sekarang.Abang pun dah banyak berubah.Saya bersyukur sangat-sangat kepada yang Maha Esa.Saya harap abang akan selalu layan saya macam ni sampai bila-bila.Sampai hujung hayat saya.'

'Sayang, jangan cakap macam ni lagi.Abang tak nak dengar sayang sebut perkara tu.Abang janji selagi abang masih bernafas, abang tak kan sia-siakan sayang.Abang takkan buat sayang menangis.Dan abang akan cuba untuk menjadi suami yang terbaik buat sayang.InsyaAllah...'

Perut isterinya diusap-usap.'Anak papa, tak bosan ke lama-lama duk kat dalam tu? Papa dengan mama dah tak sabar ni nak tengok.Nanti anak papa ni mesti manis macam mama kan?'

Asyaa ketawa.'Manis? Kenapa manis pulak? Bukan comel ke?'

'Manis dan comel.Manis tu sebab mama dia selalu mengidam nak makan coklat masa pregnant ni.Itu pun, semalam baru aje makan.Satu kotak papa beli tau.Tapi semua mama habiskan.Sampai papa pun tak sempat nak makan,' adu Raqib kepada anaknya yang masih di dalam perut.

'Yalah, saya ni kan tengah pregnantkan anak abang jugak.Jadi abang kenalah dahulukan saya ni yang mengidam nak makan macam-macam.'

'Baiklah sayang.Sayang cakap je nak makan apa, biar abang belikan.Nanti kalau cik isteri dah merajuk, susah pulak encik suami ni nak pujuk.Kan?' Usik Raqib.

'Tahu takpe.'

Raqib sudah mengilai.

Setiap ayat yang keluar dari mulut si isteri pasti akan membuatkannya ketawa kerana bagi Raqib sekarang, Asyaa adalah kebahagiaannya.Kebahagiaan yang tak boleh digantikan dengan yang lain kecuali ajal dan maut yang memisahkan.

'Abang nak bagi nama apa kat anak kita nanti?'

'Hermm...kalau perempuan abang nak letak nama Zuhairah.Kalau lelaki...Zuhair.'

'Saya sukalah nama tu bang.Apa maksud dia?'

'Dua-dua maksudnya bunga.'

'Pandai abang pilih.Ringkas dan cantik,' puji Asyaa sambil menggosok rambut Raqib.

Raqib sengih tersipu malu.Dia mengeratkan lagi dakapannya.

Selagi jantung masih berdegup, selagi hayat dikandung badan, tiada apa yang dapat merubah perasaan Raqib kepada Asyaa.Hari demi hari berlalu, semakin kuat rasa cinta, kasih dan sayang Raqib kepada si isteri.Betullah kata orang, bercinta lepas kahwin itu lebih indah.Bagi Raqib, keputusan yang dibuat dalam keterpaksaan untuk mengahwini Asyaa adalah keputusan yang paling tepat dalam hidupnya.Jika peluang itu dilepaskan begitu saja, mungkin dia tidak dapat merasai nikmat seperti sekarang.


-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience