BAB 10

Romance Completed 36812

Asyaa memanggil Mak Mah namun tidak bersahut.Dia mencari di setiap sudut rumah tetapi tiada orang kelihatan.Selepas menyiapkan sarapan dan kemas rumah, Mak Mah ke pasar untuk membeli barang dapur yang hampir kehabisan.Raqib Syah pula bertolak ke tempat kerjanya sesudah sarapan.Raqib memang selalu bersarapan di rumah, kadang-kadang je sarapan kat ofis kalau kejar masa.Raqib ni memang agak cermat orangnya.Tak suka membazir.

Asyaa mengatur langkah ke bilik air untuk mencuci baju seperti yang diarahkan Raqib.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dipandangnya.Terbeliak biji mata! Kelihatan dua besen besar yang bertimbun dengan baju kotor.Gila! Ni memang kerja gila.Takkan aku nak cuci semua pakaian ni guna tangan?! Boleh tergeliat tangan aku macam ni.Kau ni kan, memang sengaja nak kenakan, kan? Kalau satu hari tak menyusahkan hidup aku, memang tak sah agaknya! Baju di dalam besen itu dikepal.

Mulut aku ni pun satu.Yang gatal pergi cakap sanggup buat apa saja kalau dia betul tu, kenapa? Dia menampar bibirnya.

'Sabar Asyaa, sabar...Tiga hari...je lagi kau tinggal kat sini.Lepas ni, mamat tu akan hilang terus dari hidup kau dan lenyap dari ingatan.Ujar Asyaa perlahan kepada dirinya sambil mengurut dada.

Baju di dalam besen itu ditarik satu persatu sebelum disental dengan berus.Lenguh, ya ampun! Tuhan je yang tahu rasanya.

Raqib Syah gembira kerana rancangan jahatnya pagi tadi berjaya.Dia senyum senget.Dia tidak dapat membayangkan keadaan Asyaa yang terpaksa mencuci baju bertimbun itu.Sengaja nak buat dia marah.Raqib suka benar melihat Asyaa marah.Padam muka kau! Semalam kau kenakan aku kan? Hari ni, giliran aku pulak.Padahal dia sengaja mencampakkan baju-bajunya yang tidak kotor ke dalam besen untuk membalas dendam kepada Asyaa.Mesin basuh pun elok je.Tak ada masalah apa.Asyaa pun satu, mudah sangat termakan tipu helah Raqib.

Dah tak betul agaknya mamat penculik sewel tu.Tapi kalau dah sewel, memanglah tak betul, bebel Asyaa.

Mak Mah yang baru pulang dari pasar terus ke dapur.Barang-barang diletakkan atas meja.Dia kemudian, dapat menangkap sesuatu bunyi dari bilik air.Kakinya segera menapak.Bulat mata Mak Mah apabila melihat Asyaa yang sedang bersusah payah membasuh dua besen baju.

'Ya Allah! Kenapa Cik Asyaa cuci baju guna tangan? Mesin basuhkan ada.Lagipun banyak yang nak kena cuci tu.'Ujar Mak Mah sambil melihat Asyaa duduk bercangkung dalam bilik air.

'Tuan Mak Mah cakap, mesin basuh rosak.So, dia suruh Asyaa cuci dengan tangan.'Jawab Asyaa sambil mengukir senyum walaupun hatinya sedang panas.

'La, ya ke? Bila mesin basuh tu rosak?'

'Entah, Asyaa pun tak tahu.'

'Setahu Mak Mah, mesin tu okey aje.Baru semalam Mak Mah guna.Macam mana boleh rosak pulak?'

'Aik, betul ke Mak Mah?'

Mak Mah angguk kepala.

'Oh...macam tu ya.Takpelah, nanti Asyaa pergi tengok.Kut kut dah boleh guna ke.'

'Hmm...Yalah.Mak Mah pergi dapur dulu ya? Nak masak.Kalau Cik Asyaa perlu apa-apa, bagitahu aje kat Mak Mah.'

Asyaa ketap gigi.Geram dengan sikap Raqib yang suka membulinya.Menipu pulak tu.Kau tipu aku ya? Tak guna punya penculik! Dah nak habis satu besen baju aku cuci, baru tahu yang mesin tak rosak.Raqib!! Jerit Asyaa dalam hati kecilnya untuk melepaskan kemarahan.Baju yang dipegangnya diramas kasar dan dibaling atas lantai.

Asyaa mengelus-elus dagunya.Dia memikirkan rancangan yang sesuai untuk membalas balik apa yang dilakukan Raqib.Tiba-tiba dia terpandang baju t-shirt berwarna putih di dalam besen.Ni mesti baju mamat tak guna tu.Ideanya muncul.Bibirnya mengukir senyuman lebar.Lantas dia bangun menuju ke dapur.Pintu almari dibuka.Dia menggapai beberapa pewarna makanan.Tanpa berfikir panjang, semua pewarna makanan itu dicurahkan ke atas baju t-shirt putih milik Raqib.Gembira hatinya apabila melihat baju yang asalnya putih itu sudah bertukar warna.Seperti warna pelangi.Cantik! getus Asyaa.

Dia mengatur langkah ke mesin basuh dengan membawa semua baju kotor termasuk t-shirt itu dan dicampakkan ke dalamnya.Mesin basuh dihidupkan.Dia kemudiannya melelapkan mata di dalam bilik untuk menghilangkan penat.Penat membuat kerja yang sia-sia.Setelah tersedar daripada tidur, dia segera ke ampaian untuk menjemur pakaian yang sudah dibasuh.T-shirt warna warni itu ditenung lama.Dia ketawa kecil.Cutenya! Sesuai sangatlah kalau kau yang pakai.

Tok...tok...tok.Pintu bilik Raqib diketuk.Dia segera bangun dari katil dan menolak daun pintu.Tersembul wajah Asyaa sambil memegang sebakul pakaian milik Raqib yang telah dikeringkan.

'Nah, pakaian kau! Nanti kau lipatlah sendiri.'Asyaa menolak bakul baju itu ke dada Raqib.Lantas dia berpaling dan menuju ke biliknya.Raqib terpinga-pinga melihat kelakuan Asyaa.

'Seke...'

Minah tu dah kenapa? Takkan aku kena lipat sendiri kut.Aku mana biasa dengan kerja-kerja macam ni.Kalau kerja kat office,aku tahulah.Hish! Raqib cuba melipat bajunya walaupun dia tidak berapa mahir.Baju yang telah dilipat itu ditenung.Dah macam tepung gomak aku tengok.Ah! Lantak dialah.Eh, ni baju siapa pulak? Tak pernah nampak pun.Seingat aku, aku takde baju warna-warni macam ni.Dia membelek-belek baju itu.Penumbuk dikepal.Gigi diketap menahan marah bercampur geram.

Pintu bilik Asyaa diketuk bertalu-talu.Asyaa mendengus kasar lantas turun dari katil.Dengan kasar daun pintu ditarik.Terkejut Asyaa melihat wajah Raqib seperti singa kelaparan.Gulp! Air liur ditelan.

'Kau...'Belum sempat Asyaa naik angin, Raqib terlebih dahulu memarahinya.

'Kau buat apa ni, hah?! Ni kerja bodoh kau kan?! Soal Raqib garang sambil menunjukkan bajunya yang berubah warna itu.Bahu Asyaa terangkat.

Mak aih mamat ni, garang betul! Baju t-shirt aje pun.Tu pun nak kecoh ke?Berlambak lagi kat kedai, baju macam tu.Apa susahnya? Beli ajelah yang baru.Setakat baju lima hinggit, tu pun nak bising bagai, gumam Asyaa dalam hatinya.

'Kau ingat, ni baju bundle yang lima ringgit tu, ke? Hah!'

Asyaa diam.Pandai pulak Raqib membaca fikirannya.Melihat muka Raqib yang sedang menyinga, tak berani dia nak menjawab.

'Woi, aku bukan cakap dengan dinding! Apasal kau diam? Memang betulkan tekaan aku?'

'Pandai kau teka.Kalau masuk exam ni, confirm lulus!'Sempat lagi Asyaa bergurau.

Raqib senyum sumbing.'Kau jangan buat lawak bodoh, boleh tak? Not funny, okey?!

Tak pernah lagi Asyaa tengok Raqib mengamuk teruk macam ni.Takut, tak payah cakap! Rasa nak tercabut nyawa!

'Dah kau garang sangat.Aku cuma nak buat kau senyum aje.'

'Tak payah! Kau ingat, aku ada masa nak senyum ke sekarang ni?'

Laju Asyaa geleng.

'Tahu takpe.So, macam mana sekarang?'

'Macam mana apa?' Soal Asyaa balik.

'Pasal apa lagi? Baju aku nilah!'

'Oh, pasal tu...'

'Aku nak kau bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat.You must pay for that!'

Asyaa mendengus.'Yalah...Yalah...Sepuluh ringgit aje pun.Tu pun nak berkira.'Gumam Asyaa perlahan namun cukup untuk didengari oleh telinga Raqib.

'Mana kau tahu sepuluh ringgit?'

Asyaa tergamam.

'Dah tadi kau cakap bukan lima ringgit? Takkanlah baju macam ni pun boleh sampai puluh-puluh ke, ratus-ratus ke...Tak padan langsung dengan baju.'Perli Asyaa.

'Kalau ratus-ratus, kau nak cakap apa?'

'Well...'

Raqib jongket kening.

'Fine! Aku bayar!' Balasnya.Seraya itu, pintu ditutup kuat.

Terpanar Raqib.Nasib tak tercabut pintu.Kalau rumah kayu, mahunya roboh!

Raqib masuk ke dalam biliknya.Baju itu digumpal.Tidak semena-mena baju itu dilemparkan ke lantai.Sakit hati bila melihat bajunya yang telah dirosakkan oleh Asyaa.Atau lebih tepat, ditambah pewarna supaya lagi cantik.

Raqib meletakkan kedua-dua tapak tangan dibelakang kepala.Siling putih dipandang.Otak lincah memikirkan cara untuk membalas balik perbuatan Asyaa.Tidak sampai satu minit, idea mula bermain-main dalam fikirannya.Raqib senyum senget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience