BAB 20

Romance Completed 36812

'Good morning mummy daddy,ucap Asyaa seperti tidak bersemangat.Kerusi meja makan ditarik perlahan.Dia melabuhkan punggung.'

Nasi goreng yang terhidang di atas meja dicedok lalu diletakkan ke dalam pinggannya sebelum disuakan ke mulut.Kelakuan Asyaa hanya diperhatikan oleh mummy dan daddynya.

'Kamu ni kenapa muka masam je macam mati anak?soal Dato Zainal dengan riak serius.'

'Ish abang ni tak boleh tanya elok-elok ke?Asyik nak cari gaduh je,balas Datin Zana.Lengan suaminya dicuit.'

Asyaa masih mendiamkan diri.Dia tidak berkata apa-apa.Nasi goreng dikunyah perlahan seperti orang tiada selera makan.

'Asyaa ok tak ni? Nampak macam tak sihat je,soal Datin Zana.Jelas terpampar riak kerisauan di wajahnya.Tangan Asyaa disentuh lembut.Matanya kelihatan seperti mata panda kerana terlalu kuat menangis.'

'Asyaa ok je.Cuma Asyaa takde mood,jawab Asyaa perlahan.Dia lantas bangun sebelum mengambil tempat di depan tv.Satu keluhan dilepaskan.'

Datin Zana memandang suaminya tajam.Dato Zainal angkat bahu.Dia buat muka selamba sebelum sambung makan.

Telefon Asyaa berbunyi yang menandakan panggilan masuk.Dengan malas dia mencapai handphonenya yang terletak di atas meja hadapannya.Butang hijau ditekan.

'Assalamualaikum Asyaa.Kau apa khabar?Lama tak dengar berita,soal Farah kawan baiknya.Dia senyum lebar.'

Waalaikumussalam alhamdulillah aku ok je,jawab Asyaa malas.Dia senyum nipis.

'Kau ni kenapa?Aku dengar suara kau macam tak sihat je,soal Farah lagi.Wajahnya berubah serius.'

'Takde apalah,balas Asyaa ringkas.'

'Kalau macam tu jom keluar.Lama tak jumpa kau.Rindu sangat,ujar Farah teruja.Dia berharap agar Asyaa bersetuju.'

Asyaa diam sejenak.Keluhan kecil dilepaskan.Kalau aku tak pergikan merajuk pulak,omel Asyaa.

'Ermmm... yelah.Aku nak pergi bersiap jap.Nanti jumpa kat tempat biasa,jawab Asyaa.Dia segera bangkit dari sofa sebelum mendaki anak tangga munuju ke biliknya yang terletak di tingkat dua.'

Bedak disapu nipis.Gincu dicalit sekadar menampakkan warna sahaja.Shawl di dalam almari dicapai sebelum dililit ala kadar sahaja.Dah ok kut macam ni,getus Asyaa.Kunci kereta yang berada atas meja solek dicapai.

'Asyaa nak pergi mana ni?Tak payah keluarlah.Mummy risaulah tengok keadaan Asyaa macam ni,ujar Datin Zana dengan wajah serius.Dia sangat bimbangkan keselamatan anaknya itu.'

Asyaa nak jumpa Farah sekejap.Dah lama Asyaa tak jumpa dia.Mummy tak payah risaulah.Asyaa boleh jaga diri,balas Asyaa lembut sebelum mencium tangan mummynya.

Kaki melangkah keluar.Pintu utama dibuka.Enjin kereta mini coopernya dihidupkan.Dalam sekelip mata keretanya hilang dari perkarangan rumah.Setelah sampai dia meletakkan kereta betul-betul di hadapan kafe.Farah senyum lebar sampai ke telinga apabila nampak susuk tubuh Asyaa.Dia meluru ke arah kawan baiknya itu.Batang tubuh Asyaa dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan.Asyaa berasa rimas.

'Dahlah malulah orang lain tengok,Farah meleraikan pelukan.'

'Kau tak happy ke dapat jumpa aku?soal Farah dengam muka sedih.Bibir dimuncungkan.'

'Mestilah aku happy.Kau kan bff aku.Aku pun rindu sangat kat kau,ujar Asyaa sambil menarik kerusi.Punggung dilabuhkan.'

'Habistu kenapa muka kau nampak muram je macam ada masalah?teka Farah.Dia dapat mengagak seperti ada sesuatu yang tak kena.Kawannya yang dulu sentiasa happy go lucky kini tiada lagi.Wajah sugul Asyaa direnung lama.'

Keluhan kecil dilepaskan sebelum Asyaa memulakan bicara.

'Kau tahu tak minggu lepas ada mamat sewel yang culik aku?soal Asyaa dengan muka marah.'

'Whattt!? Kena culik? Jerit Farah sehingga semua pelanggan di dalam kafe memandang mereka.'

'Ishhh kau ni perlahanlah sikit suara tu.Buat malu aku jelah,marah Asyaa sambil menepuk lengan Farah.Farah mengaduh kesakitan.Lengannya digosok-gosok'.

'Ok ok sorry.But seriously?Farah bagai tidak percaya.Dia inginkan kepastian daripada Asyaa.Wajahnya kelihatan serius.'

'Nope,aku gurau je sebab lama dah tak bergurau dengan kau macam ni,jawab Asyaa bersahaja.Sempat lagi dia menyindir Farah.Tangan disilangkan ke dada.'

'Asyaa bagi tahulah aku betul-betul.Aku serious ni.Boleh pulak kau bergurau dengan perkara macam ni,ujar Farah dengan muka merajuk.Mata dipandang ke arah lain.Bibir dimuncungkan seperti Angelina Jolie.'

Sudahhh.Merajuk pulak.Asyaa tepuk dahi.Sepatutnya aku yang merajuk ni tak dia pulak yang merajuk.Lagipun aku cakap benda betul tapi dia yang tak percaya,bebel hati kecil Asyaa.Keluhan kecil dilepaskan.Wajah masam kawannya direnung lama.Senyuman nakal terukir di bibir.

'Farah aku nampak Lee Min Ho lah,ujar Asyaa selamba.'

'Mana...mana?soal Farah dengan teruja.Wajah dipalingkan ke kiri kanan untuk mencari kelibat idol kpop kesayangannya itu.'

Asyaa yang hanya menjadi pemerhati dari tadi tidak dapat menahan gelak.Tawanya meletus serta merta.Farah mencerlung tajam.Asyaa telan air liur.Mulutnya segera ditekup dengan tapak tangan.

'Sorrylah aku gurau je.Tapi kau pun agak-agaklah takkan Lee Min Ho nak datang sini pulak.Apa ke jadahnya?jawab Asyaa.'

Farah pasrah.Memang mustahil untuk dia berjumpa Lee Min Ho.Dalam mimpi jelah.Or dalam mimpi pun dia tak datang.

'Tadi kau cakap kau kena culik.Apa cerita?Farah mengubah topik.Wajahnya kembali serius.Dia ingin mendengar cerita sebenar dari mulut Asyaa.Asyaa membetulkan duduknya.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience