BAB 35

Romance Completed 36812

Mata Asyaa melilau mencari kelibat seseorang.Dari tadi dia tak senang duduk.Ke hulu dan ke hilir tak ubah seperti orang sedang berkawad.

Hish! Mana pulak dia ni tak datang-datang pun lagi.Takkan tak boleh datang pulak kut.Kaki aku pun dah lenguh ni dari tadi asyik berdiri je,Asyaa mengomel sendiri.

'Woi! Kau cari siapa tu? Dari tadi aku tengok dah macam cacing kepanasan kau ni.Aku datang pun kau tak perasan.Hari tu kau juga yang bersungguh-sungguh nak aku datang,'sergah Fara disertakan bebelan.Bibir dijuihkan.

'Alahhh sorrylah.Aku tak perasan pun kau datang.Lagipun ni kan malam.Tak berapa nampak sangat,'Asyaa cuba memberi alasan.

'Macam-macamlah kau ni.Ha,kau tu duk tunggu siapa.Terjenguk-jenguk dah macam leher zirafah pun ada,'perli Fara.

'Hish,kau ni! Bising betullah.Apa kata kau pergi makan dulu.Lagipun kau mesti laparkan?'marah Asyaa.

'No! Kau kena teman aku makan sekali.Kalau tak aku tak nak makan,'Fara buat-buat merajuk.Tangan disilangkan ke dada.

Asyaa mengalah.Dia mendengus.Dah tua pun perangai macam budak-budak.Mereka berdua berjalan beriringan untuk mengambil makanan yang sudah terhidang sebelum mengambil tempat duduk di tepi kolam.

'Sedapnyaaa! Siapa yang masak ni Asyaa?Takkan kau kut,'sindir Fara.Mulutnya sudah penuh dengan roti jala yang dicicah bersama kari ayam.

Asyaa menjeling.

'Sempat lagi kau perli aku eah.Kau ingat aku ni tak pandai masak ke? Kalau kau nak makan kuih muih yang ada kat Malaysia ni kau cakap je.Aku boleh buatkan.Lagipun aku memang terer bab-bab ni,'ujar Asyaa panjang lebar.

'Ooo.Habistu kari ayam ni siapa yang masak?'

'Maid aku yang masak.Aku tolong buatkan roti jala je,'balas Asyaa selamba sehingga mengundang tawa Fara.

'Lah,aku ingatkan kau yang masak.'

Pinggan Fara sudah licin.Dia bangkit dari kerusi untuk pergi menambah makanan.Kalau boleh semua dia nak sapu.Tapi memikirkan masih ada tetamu yang baru sampai dia terus membatalkan niatnya.Kali ini dia mengambil beberapa cucuk sate pula.Ditambah nasi impit dengan kuah kacang.Perghhh! Meleleh air liur.

Tiba-tiba matanya terpandang tetamu yang baru sampai.Mereka bersalaman sambil berpelukan.Tengok gaya macam dah lama kenal.Mungkin kawan daddy Asyaa kut,gumam Fara.Dia kembali ke tempat duduknya.

Asyaa asyik bermain-main dengan makanan di dalam pingganya.Tulang ayam dikuis-kuis.Dia seperti tiada selera makan.Fikirannya jauh melayang entah ke mana.Mungkin dah sampai oversea kut.Satu keluhan dilepaskan.Haih,bila mamat penculik tu nak sampai ni? Batang hidung pun tak nampak.Kalau dia dengan parents dia tak datang mesti mummy akan bagitahu.Ni tak.Senyap je,bebel Asyaa seorang diri.

'Yang muka kau ni dah macam tapai basi kenapa? Dari tadi asyik mengeluh je.Serabut aku tengok tahu tak?'Fara melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelum menyambung makan.

Perbuatannya terhenti.

'Ha,aku baru teringat.Tadi aku nampak ada tetamu baru datang.Bukan main mesra lagi dengan parents kau.Siap berpelukan,'cerita Fara bersungguh-sungguh.

Asyaa berfikir sejenak.Dahinya berkerut-kerut.Siapa? Soalnya kepada diri sendiri.

'Kau nak pergi mana?'

'Aku nak pergi jumpa diorang jap.Nak tengok siapa yang datang,'balas Asyaa pendek.

Yes! Datang pun kau.Asyaa sudah bersorak riang dalam hati apabila melihat raut wajah yang dinanti-nantikan dari tadi.Dengan sopan dia mengatur langkah ke arah mereka.

'Hai uncle aunty.Apa khabar?'sapa Asyaa lembut sambil bersalaman.Senyuman manis dihadiahkan.

'Alhamdulillah sihat,'jawab mereka serentak.

'Bukan main cantik Asyaa malam ni ye.Dah macam princess,'puji Datin Nora melambung.Asyaa tersipu-sipu malu.Orang lain tersenyum mendengar kata-katanya kecuali Raqib.Dari tadi muka asyik masam mencuka apabila melihat Asyaa.Rasa nak balik pun ada.

'Dahlah tu berborak nanti habis pula makanan.Jemputlah makan.Ha,Raqib pergilah makan.Kalau tak cukup jangan segan-segan nak tambah ye,'ujar Dato Zainal.

Raqib mengangguk.Langkah diatur untuk mengambil makanan.Tanpa membuang masa Asyaa terus mengikut langkah Raqib dari belakang.Bibirnya tak lekang dari senyuman.

'Hai,you nak makan apa? Biar I tolong ambilkan,'ujar Asyaa lembut tidak seperti kebiasaannya.Ada nada lain kedengaran.

Raqib buat muka menyampah.

'Tak payah.Aku boleh ambil sendiri,'balas Raqib tegas.

Jual mahal eah.Takpe.Ni baru permulaan Raqib.

Asyaa menghulurkan pinggan yang berada di tangannya ke Raqib.

'Buat apa kau hulur aku pinggan tu?'Soal Raqib pendek.

Hish,kenapalah susah sangat nak faham.Patutlah single sampai sekarang.Tapi kau bernasib baik sebab masih ada lagi orang yang nak kat kau,omel Asyaa.

'Tolong ambilkan kuah tu untuk I,'bibir Asyaa mengukir senyum.

'Yang ni?'

Laju Asyaa mengangguk.

'Boleh.Boleh blah,'balas Raqib bersahaja.Tiada langsung riak bersalah di wajahnya yang tampan itu.

Serta merta senyumnya hilang.Mata tajam memandang Raqib.

Eee...geramnya aku dengan dia ni.Nak jugak aku luku-luku kepala tu baru puas hati.It's okay Asyaa.Kau kena banyak bersabar.Lagipun kau juga yang pilih jalan ni.So,kau kena teruskan.Never give up.Asyaa cuba memberi semangat kepada dirinya.Nafas ditarik dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan.

'Alah tolonglah ambilkan untuk I.Lagipun kuah tu ada depan you je kan?'rayu Asyaa.Dia tayang muka sedih.

Raqib mendengus kasar.Tidak terkesan langsung dengan lakonan Asyaa.Makin menyampah adalah.

'Kenapa kau tak boleh ambil je sendiri? Berat sangat ke sudip tu? Boleh patah tangan kau? Ke kau takde tangan?'Asyaa diserang dengan soalan yang tak masuk dek akal.

Apa yang mamat penculik ni mengarut pulak.Soalan apa yang dia tanya.Otaknya cuba mencerna.

'Please...'

'Kau jangan sampai aku siram kau dengan kuah ni pulak,'marah Raqib.Tidak tahan dengan perangai Asyaa yang suka menyusahkan dirinya.

Asyaa ketap gigi.Mukanya merah menahan marah.Arghhh...Keras kepala betullah mamat penculik ni! Aku nak minta tolong tak boleh.Aku nak tolong dia pun tak boleh.Habis tu apa yang boleh kalau dah semua pun tak boleh? Kalau diikutkan perangai aku dulu memang dah lama kau aku kerjakan.Silap-silap semua tetamu yang hadir ni dah boleh tengok perlawanan gusti malam ni,Asyaa membentak dalam diam.

Sabar Asyaa.Kau tak boleh mengalah.Lagipun kau dah lama plan semua ni.Kalau tak sia-sia je semua rancangan kau.I know you can do it! Asyaa tidak mahu mengalah.

Dia mengambil tempat di hadapan Raqib.Raqib yang tengah khusyuk makan sendirian tidak perasan langsung dengan kehadirannya.

Haih,manalah pulak minah ni pergi.Tadi cakap sekejap aje.Ni dah nak dekat setengah jam aku tunggu bayang pun tak nampak.Takkan dia dah tak ingat aku kat sini kut,Fara tidak puas hati.Dia jadi tidak senang duduk.Dia bingkas bangun sebelum membasuh tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience