BAB 22

Romance Completed 36812

'Raqib,jangan lupa petang nanti kamu ada meeting dengan dato Zainal,pesan dato Omar yang cuba mengingatkan anaknya.'

'Baiklah pa,balas Raqib pendek.Stokin hitam disarung.Dia menyalami tangan papanya.

Seperti biasa dia sampai awal ke tempat kerja.Kereta diparking.Enjin kereta dimatikan.Baru dia hendak membuka pintu kereta terlebih dahulu pintu keretanya ditarik.Tersembul wajah poyo Hadif Danial.

'Bro jom pergi breakfast,pelawa Hadif.Tangan diletakkan atas bumbung kereta.'

'Sorry bro hari ni aku busy sikit sebab petang nanti ada meeting.So sekarang aku nak siapkan apa yang patut,jawab Raqib sambil menepuk-nepuk bahu Hadif.Hadif ditinggalkan seorang diri di situ.'

Jam menjengah ke angka tiga petang.Sekejap lagi meeting akan bermula.Raqib Syah awal-awal lagi dia sudah tiba di syarikat dato Zainal.Kereta diparking dekat dengan pintu masuk.

'Uncle apa khabar?Raqib cuba berbasa basi sambil menyalami tangan dato Zainal.'

'Alhamdulillah,uncle sihat je,jawab dato Zainal pendek sambil tersenyum.'

'Jomlah kita masuk dalam bilik meeting dulu,Raqib memberi laluan kepada dato Zainal.'

Akhirnya meeting telah tamat selepas hampir setengah jam berlangsung.Dato Zainal kagum dengan kepetahan Raqib Syah dalam menyuarakan pendapatnya tentang projek yang akan dijalankan.Raqib juga sentiasa memberikan idea-idea yang yang bijak semasa dalam perbincangan projek.

'Syabas Raqib.Uncle bangga sangat dengan kamu.Jom kita pergi makan.Uncle belanja,pelawa dato Zainal.Bibirnya sentiasa mengukir senyuman.'

'Eh,tak payahlah uncle.Sepatutnya Raqib yang belanja uncle makan,balas Raqib.Dia berasa segan untuk menerima pelawaan dato Zainal walaupun telah lama kenal.'

'Takpe,kamu anggap je uncle belanja makan ni sebagai tanda terima kasih uncle pada kamu kerana sudi untuk buat projek bersama company kami,jelas dato Zainal sambil menepuk lembut bahu Raqib.'

Raqib hanya mengangguk sambil
tersenyum.

'Raqib,kamu tak payahlah segan dengan uncle.Macam tak biasa pulak.Lagipun kamu tu dah macam anak buah uncle dah.Tapi..., kata-kata dato Zainal berhenti seketika.'

Raqib berasa pelik.Dahinya berkerut seribu.

'Tapi apa uncle?soal Raqib pendek.Air yang tinggal separuh dihirup.'

Dato Zainal menghalakan pandangannya kepada Raqib.Raqib telan air liur.Kenapa uncle tiba-tiba pandang aku macam tu pulak? Seram sejuk dibuatnya.Aku ada buat salah ke? Soal Raqib kepada dirinya.

Tapi uncle lagi suka kalau kamu jadi menan..Belum sempat dato Zainal menghabiskan ayatnya,Raqib sudah tersedak.

Uhukk...uhuk...

'Raqib kamu tak apa-apa ke? Muka Raqib kelihatan merah.Risau dato Zainal dibuatnya.'

'Raqib ok uncle,jawab Raqib sambil batuk-batuk kecil.'

'Kalau macam tu jomlah uncle hantar kamu balik.Kereta kamu kat office tu nanti uncle uruskan,kata dato Zainal.'

Raqib hanya menurut tanpa berkata apa-apa.

Usai solat,Raqib merebahkan dirinya di atas katil.Tangan diletakkan atas dahi.Apa yang uncle cuba sampaikan sebenarnya?Kenapa aku rasa macam aku dapat teka apa yang uncle nak cakapkan? No no no,benda tu takkan pernah terjadi,Raqib bermonolog dalam hatinya sambil mrnggelengkan kepala.

Asyaa dengan mummynya khusyuk menonton drama korea disebabkan terpengaruh oleh anakya itu.

'Assalamualaikum'.

'Waalaikumussalam,jawab Asyaa dan mummynya serentak.'

Lambat abang balik.Abang ada singgah tempat lain ke? soal datin Zana.Matanya masih tak dari televisyen.

'Abang keluar makan dengan Raqib sekejap lepas meeting.Untung dato Omar dapat anak yang rajin macam diakan? Pandai pulak tu uruskan syarikat ayah dia,dato Zainal puji Raqib meninggi.'

'Yalah abangkan.Bertuahnya siapa dapat jadi isteri dia,tambah datin Zana.'

Asyaa yang setia mendengar dari tadi buat tidak tahu.Dia malas untuk masuk campur bila dengar nama Raqib disebut.

Bertuahlah sangat, lagi malang adalah,omel Asyaa dalam hati.Dia gelak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience