BAB 50

Romance Completed 36812

'Raqib, apasal kau balik awal sangat semalam? Lepas bergambar, terus hilang.Kau pergi mana? Kasihan Asyaa sorang-sorang.Lagi pun kau kan baru aje bertunang dengan dia,' Tangan diselukkan ke dalam poket seluar.

'Buat apa kau nak kasihankan dia? Sepatutnya kau kena kasihankan aku tahu tak?! Sebab dalam hal ni, aku yang jadi mangsa dia.'

'Kau cakap apa ni Raqib? Siapa yang jadi mangsa siap sekarang? Aku rasa, Asyaa yang jadi mangsa dalam hal ni,' bantah Hadif.

'Kenapa kau cakap macam tu?' Raqib merenung Hadif garang.

'Yalah, sebab dia dah pilih orang yang salah untuk bersama dalam hidup dia.Lagi pun, kau mana cintakan.Sikit pun tak.Cuma dia aje yang banyak menaruh harapan kat kau selama ni.Tapi kau...Kau buat apa? Kau layan dia macam dia tu anak patung, takde perasaan.Kau tak pernah fikir ke tentang perkara tu selama ni?' Terang Hadif panjang.Ayatnya benar-benar menusuk hingga ke jantung.

Kan dah makan diri sendiri.Kata-kata Hadif itu benar-benar memberi kesan kepada Raqib.Dia malu sendiri.Namun, dia tetap dengan pendiriannya.Dia tidak mahu mengaku kalah.

'Salah dia jugak.Siapa suruh ada perasaan kat aku? Sedangkan aku tak pernah sikit pun ada rasa cinta kat dia,' Ujar Raqib sombong.

Hadif senyum sumbing.

'Betul ke yang kau tak pernah ada sekelumit pun rasa cinta kat dia? Kau jangan nak yakin sangat Raqib.Jodoh tu terletak kat tangan yang Maha Esa.Kalau Dia kata Asyaa tu jodoh kau, kau nak buat apa? Cuba kau bagi tahu aku,' Sekali lagi kata-kata Hadif memberi tamparan yang hebat pada Raqib.

'Aku yakin 100%.'

Hadif geleng kepala.Keras hati betul kawan aku ni.Bukan main susah nak nasihatkan dia, getus Hadif.

'Raqib, kau pernah dengar tak kata orang tua-tua? Mula-mula benci lama-lama sayang.'

Raqib senyum senget.Dia rasa kelakar dengan kenyataan Hadif itu.'Apa maksud kau?'

'Maksud aku, mungkin sekarang kau boleh cakap yang kau benci dialah, tak cintakan dialah...tapi mana tahu suatu hari nanti, kalau orang yang kau tak suka itulah yang akan jadi orang yang paling kau cinta dan paling bermakna dalam hidup kau.'Terang Hadif lagi.Tepat dan padat.

'Pandai eh kau sekarang nasihatkan aku bab-bab cinta ni? Ayat kau bukan main power lagi.Kau dah ada pengalaman berapa tahun jadi doktor cinta?'

Hadif sengih.'Mana ada.Aku cakap apa yang aku rasa betul aje.'Balasnya. Pandangan dihalakan ke arah sekumpulan budak yang sedang seronok bermain gelongsor.

'Tapi kau tahu tak, yang aku betul-betul terkejut bila tahu yang mama dan papa aku nak tunangkan aku dengan perempuan tu?'

'Apa nak terkejutnya? Dari awal lagi aku tengok kau dengan dia memang sepadan sangat.Dua-dua keras kepala.Bila bergabung, mesti meletop!'

'Apa yang kau mengarut ni? Aku cakap benda lain, kau cakap benda lain.Buat penat aku jelah cerita kat kau.'

'Habis, kau nak aku cakap apa?'

Raqib megeluh.'Kalau aku tahu dari awal...'

'Kalau kau tahu, kau nak buat apa?'

'Aku takkan setuju dengan cadangan mama dan papa aku.'

'Kenapa? Apa yang kau tak suka sangat kat budak tu? Apa salah dia kat kau? Aku tengok, elok...baik...je budak tu.Takde masalah apa pun.'Wajah Raqib dipandang.

'Bagi kau, memanglah takde masalah apa.Tapi bagi aku ni, banyak masalah kau tahu?'

'Dahlah Raqib.Tak payahlah nak bagi banyak alasan.Cuba kau lembutkan hati kau yang keras macam batu tu untuk terima perempuan dalam hidup kau.Tak salah kan kalau kau buka pintu hati kau tu luas-luas untuk dia.Cuba kau bagi peluang biar dia buktikan yang dia tu bukan perempuan yang macam kau sangka selama ni.Aku yakin, perlahan-lahan nanti kau akan boleh terima dia.Percayalah cakap aku,' Hadif tidak pernah jemu untuk menasihati sahabatnya itu.Bahu Raqib ditepuk perlahan.

Kunci kereta diletakkan atas meja.Badan dihempaskan atas katil.Dia tidur meniarap.Baru perasan yang dia berasa sangat penat hari ni.Niat ingin melelapkan mata sekejap tetapi entah mengapa matanya tidak ingin tertutup.Tiba-tiba dia teringatkan nasihat-nasihat Hadif siang tadi.Dia tidak menafikan apa Hadif cakap semua itu memang ada betulnya.Lama Raqib termenung.Cuba memahami apa yang dimaksudkan Hadif.

Tidak lama kemudian, pantas dia turun mendapatkan mamanya.

'Ma, Raqib nak mama uruskan semua persiapan kahwin Raqib secepat mungkin.'

Datin Aisyah terkejut dengan kenyataan itu.'Betul ke apa yang mama dengar ni?Mama tak salah dengar, kan?'

'Ya ma.Mama tak salah dengar.'

'Alhamdulillah....Mama bersyukur sangat-sangat.'Ujar Datin Aisyah teruja.Dia mengucap syukur.Akhirnya Raqib setuju juga untuk disatukan dengan Asyaa.

Dahinya tiba-tiba berkerut.

'Kenapa pulak ni ma?'

'Taklah, mama pelik.Kenapa kamu tiba-tiba setuju nak kahwin dengan Asyaa? Bukan kamu tak suka dia ke? Lepastu, nak percepatkan pulak majlis nikah kamu berdua.'

'Takde apa yang pelik pun ma.Saja, Raqib nak percepatkan pernikahan ni.Lagipun, benda yang baik tak elok tangguh lama-lama, kan?'

'Ha, saya setuju.Lagi cepat, lagi bagus.Kita pun tak nak dengar cerita-cerita yang tak elok tentang mereka nanti.Kalau masing-masing dah setuju, eloklah kita percepatkan semuanya.'Sampuk Dato Muhaimin.

'Abang ni, saya tanya anak kita.Bukan tanya awak.'

'Betullah apa yang papa cakap tu.Kalau dah halal kan, lagi baik.'

'Betul ni? Kalau betul, I'm so...happy for you, my son Nanti esok juga mama jumpa perancang untuk majlis nikah kamu ya?'

'Baiklah ma.' Raqib senyum yang memberi makna penuh tersirat.Hanya dia saja yang tahu apa yang sedang difikirkan.

'Tak sabarnya mama nak timang cucu.Mesti comel-comel, kan?'

Dato Muhaimin ketawa.'Awak ni pun, nikah pun belum dah nak timang cucu.Cuba sabar sikit.Bagi anak kita tu masa.'

'Cucu? Mama nak berapa orang?' Soal Raqib teruja.

'Ada ke patut kamu tanya mama kamu macam tu pulak?'

'Hisy, biarlah bang.Raqib, mama tak kisah berapa berapa orang pun.Semua terletak pada tangan Dia.Yang penting, cucu-cucu mama sihat belaka.Itu je yang mama nak.'

'InsyaAllah ma.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience