BAB 33

Romance Completed 36812

Asyaa bangun lebih awal dari kebiasaannya.Baju yang tersangkut di dalam almari dicapai lalu disarung ke badannya.Shawl dililit kemas di atas kepala.Kemudian langkah diatur ke meja solek.Gincu berwarna merah jambu dicalit nipis di bibir munggilnya.Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum.Semakin lama semakin lebar.Dia malu sendiri.Asyaa seperti orang sedang angau bercinta.Pipinya ditepuk-tepuk lembut untuk menyedarkan dirinya dari lamunan itu.Handbag yang terletak di atas meja dicapai lalu langkah diatur menuruni anak tangga.

'Asyaa bila kamu nak mula kerja kat syarikat daddy?'soal Dato Zainal.Kopi panas disuakan ke bibirnya.

'Bila-bila pun boleh.Lagipun hari ni last day Asyaa kerja kat sana.Lepas tu ada nak kemas-kemas barang sikit,'roti bakar yang terletak di hadapannya dicapai sebelum dibawa ke mulut.

Dato Zainal mengangguk kepala sebagai tanda faham.'Kalau macam tu kamu mula kerja minggu depan jelah.Dalam dua tiga hari ni kamu rehat dulu.Siapkan apa yang patut,'ujar Dato Zainal.

'Ok,daddy.'Asyaa senyum gembira.Roti bakar yang berada di tangannya dimakan sampai habis.

'Oh ya,sekejap lagi daddy tolong hantarkan kamu ke tempat kerja ye.'

'Kenapa daddy?'soal Asyaa pendek.

'Kereta kamu kan rosak semalam.'

'Ha'a lah.Asyaa lupa,'dia menepuk dahinya sendiri.Dato Zainal geleng kepala melihat perangai anak perempuannya itu.

Setelah hampir 30 minit menempuh perjalanan,kereta milik Dato Zainal berhenti di hadapan syarikat Global Entertainment.Asyaa menyalami tangan daddy sebelum melangkah keluar dari perut kereta.

'Siapa yang hantar kau tadi? Suami kau ke? Kau tak jemput pun aku ke majlis perkahwinan kau,'sapa Alisa apabila bertembung dengan Asyaa di depan pintu lif.Bibir dicebikkan.

'Kau ni pagi-pagi dah buat aku hilang mood tahu tak?! Tadi tu daddy aku yang hantarkan sebab kereta aku masuk bengkel,'jelas Asyaa.Dia dan Alisa sama-sama melangkah masuk ke dalam lif apabila pintunya sudah terbuka.

Pintu bilik Encik Rahman diketuk.Masuk.

'Selamat pagi bos,'sapa Asyaa disertakan senyuman.Kerusi ditarik.Dia duduk berhadapan Encik Rahman.

Encik Rahman turut membalas dengan senyuman.

'Bos,ni tugasan saya yang bos minta hari tu.'Fail yang mengandungi kertas kerja itu dihulurkan kepada Encik Rahman.Fail itu bertukar tangan lalu diletakkan di atas mejanya.

'So,kamu dah ready ke untuk kerja di syarikat ayah kamu?'soal Encik Rahman.

'InsyaAllah bos.Saya dah ready,'jawab Asyaa pendek.Dia berjeda sejenak.

'Bos,saya nak minta maaf kalau selama saya kerja kat sini saya ada buat salah,'sambung Asyaa.

'It's okay.Semua orang ada buat salah.Yang penting kita kena berubah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama,'ujar Encik Rahman.

'Baiklah bos.Kalau takde apa-apa lagi saya keluar dulu ye?'Encik Rahman hanya membalas dengan anggukan.Dia menghantar pemergian Asyaa dengan matanya.

'Asyaa,kau buat apa dalam bilik bos? Kau kena marah dengan bos lagi ke?'soal Alisa apabila melihat Asyaa baru sahaja melangkah keluar dari bilik Encik Rahman.

'Mana ada.Kau nak air apa-apa tak? Aku tolong buatkan,'Asyaa menjawab soalan Alisa dengan soalan.Kakinya ringan sahaja melangkah ke pantri.Alisa turut mengikut rentak langkahnya dari belakang.Dia tidak berpuas hati selagi Asyaa tidak menjawab pertanyaannya.

'Asyaa bagitahulah aku,'pujuk Alisa sambil duduk menongkat dagu di atas meja.Dia hanya memandang belakang Asyaa yang dari tadi membelakanginya.Tangan Asyaa ligat membancuh dua cawan kopi panas.

'Nah,'Alisa menyambut huluran Asyaa.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Alisa.

Alisa sudah tidak sabar untuk mendengar jawapan yang keluar dari mulut kawannya itu.Dia memusingkan badannya menghadap Asyaa.

Asyaa berfikir sejenak.Dia senyum kelat.

'Firstly aku nak minta maaf sebab tak bagitahu kau perkara ni awal-awal,'ujar Asyaa setelah lama mendiamkan diri.

'Bagitahu apa?' soal Alisa ingin tahu.Dahinya berkerut seribu.

'Actually...aku dah resign,'jawab Asyaa dengan teragak-agak.Dia berasa berat hati untuk mengatakannya.Terbit rasa bersalah dalam dirinya.Dia menggenggam tangan Alisa dengan erat.

'What?! Apa maksud kau yang kau dah resign? Kenapa aku tak tahu apa-apa pun?' suara Alisa sedikit meninggi.Dia agak terkejut mendengar pengakuan dari mulut Asyaa.

'Aku tahu aku salah sebab rahsiakan benda ni dari kau.Aku cuma tak nak kau sedih je.Lagipun aku rasa dah tiba masa untuk aku kerja dengan daddy aku dan pikul tanggungjawab yang lebih besar,'ujar Asyaa dengan sayu.

Alisa mendapatkan Asyaa.Tubuh kurus kawan baiknya itu didakap erat.Lama mereka berpelukan.Air mata yang bertakung di birai mata segera diseka.

'Takpe.Aku faham situasi kau.Dahlah,tak payah nak sedih-sedih.Nanti cair pulak makeup,'pujuk Alisa diselitkan gurauan.Mereka ketawa kecil.

'Jom aku tolong kau kemaskan barang-barang kau,'ajak Alisa.Mereka berjalan menuju ke meja Asyaa.Fail-fail yang bertimbun di atas meja dimasukkan ke dalam kotak.

'Nanti kau balik naik apa? Ayah kau datang ambil ke?'soal Alisa.

'Entahlah.Aku pun tak tahu lagi,'jawab Asyaa pendek.Tangannya ligat menyusun kertas-kertas yang berselerak di atas meja.

'Kalau macam tu aku tolong hantar kau balik jelah.'

Asyaa berfikir sejenak.Dagunya yang licin itu diusap-usap.Dia berfikir sesuatu.Tiba-tiba ideanya muncul.Bibirnya mengukir senyum.

'Takpelah.Aku tak nak susahkan kau.Aku boleh balik sendiri,'balas Asyaa diselitkan senyuman yang penuh makna.

'Okeylah kalau kau dah cakap macam tu.Oh,kebetulan dah nak masuk waktu lunch ni.Jom lunch sekali,'jam di dinding dipandang sekilas.Jarum sudah menginjak ke 1 tengah hari.

'Ok.'Alisa membantu Asyaa membawa barang-barangnya.Mereka melangkah masuk ke restoren yang menjadi tempat mereka selalu berkunjung.

Setelah mengambil pesanan pelayan itu pun beredar.

'Sekejap lagi dah takdelah orang nak teman aku pergi lunch sama-sama,nak berborak sama-sama,'ujar Alisa setelah mendiamkan diri.Bibirnya muncung panjang sedepa.

'Alolo...kesiannya kawan aku ni.Kau tak payahlah risau.Lagipun syarikat daddy aku tak jauh sangat pun dari sini.Tak sampai 10 minit pun.So,kita bolehlah keluar lunch sama-sama nanti,'pujuk Asyaa lembut disertakan senyuman manis.

Mereka berborak-borak sambil menikmati makanan masing-masing.Setelah selesai makan,Alisa terus masuk ofis.

Asyaa mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan.Nombor seseorang didail.Dia membetulkan suaranya.Tidak sampai beberapa saat panggilannya masuk.

'Assalamualaikum.'

'Waalaikumussalam.Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?'soal Raqib pelik apabila melihat panggilan dari orang yang tidak dikenalinya.Dahinya berkerut.

'Ni kawan mama kamu.Aunty call ni sebab nak minta tolong.Boleh tak?'

'Oh,kawan mama.Boleh.Aunty nak minta tolong apa?'soal Raqib pendek.Dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

'Tolong ambil aunty kat depan syarikat Global Entertainment boleh? Sebab kereta aunty rosak.So mama kamu suruh aunty call kamu.Katanya tempat kamu kerja dengan kat sini dekat je,'ujar Asyaa.Dia membuat bunyi suara seperti orang tua.

'Ok aunty.Sekejap lagi saya sampai,'balas Raqib.Kereta dipandu menuju ke Global Entertainment.

Tidak sampai 5 minit Raqib pun tiba di perkarangan Global Entertainment.Dia memberhentikan keretanya di depan pintu utama syarikat itu.Mana pulak kawan mama ni? Aku bukannya kenal sangat pun,getus Raqib.Matanya melilau mencari-cari kelibat kawan mamanya itu.Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar.Nombor kawan mamanya itu didail.Namun panggilannya itu tidak dijawab.

Ha,sampai pun kau,getus Asyaa.Kotak yang mengandungi barang-barang kerjanya itu diangkat.Termengah-mengah dibuatnya.Tanpa berlengah lagi dia segera mengatur langkah ke kereta Raqib.Pintu tempat duduk belakang dibuka sebelum meletakkan kotak yang berada di tangannya itu.

Raqib berpaling ke belakang.Matanya terkebil-kebil melihat tindakan Asyaa yang diluar kawalan itu.Mulutnya ternganga luas.Persis seperti harimau yang sedang mengaum.Setelah meletakkan barangnya Asyaa dengan selambanya membuka pintu penumpang hadapan sebelum melabuhkan punggungnya.

'Woi,minah lampir! Kau dah buang tebiat ke apa hah?! Kenapa kau masuk dalam kereta aku?! Kau ingat ni teksi ke apa?! Kau keluar sekarang!'arah Raqib kasar.Suaranya meninggi.Mukanya merah padam menahan marah.

'Kenapa aku kena keluar pulak? Tadi kau jugak yang setuju untuk datang ambil aku,'balas Asyaa dengan berani.Tangannya disilangkan ke dada.Dia tayang muka selamba badak.

Nak juga aku ganyang-ganyang mulut minah lampir ni.Aku cakap asyik nak menjawab je kerjanya,omel Raqib dalam hati.

'Bila masa pulak aku cakap macam tu? Aku rasa telinga kau tu yang bermasalah,'tingkah Raqib.

'Tadi aku kan ada call kau.Kau dah lupa ke?'soal Asyaa sambil mengangkat-angkat keningnya.

'Bila masa pulak kau call aku? Nombor telefon aku pun kau takde,'balas Raqib.Dia senyum sinis.

Asyaa mendengus perlahan.Apa ke lembap sangat mamat sebelah aku ni? Aku dah bagi petunjuk pun dia tak dapat tangkap lagi? Habistu yang daddy asyik puji sangat pasal mamat penculik ni apa hal? Asyaa geleng kepala.

'Kalau kau nak tahu,kawan mama kau tu akulah orangnya,'jawab Asyaa selamba.Dia senyum nipis.

Mulut Raqib terlopong.Gigi diketap menahan geram.Stereng kereta digenggam erat.Tawa Asyaa meletus apabila melihat reaksi daripada Raqib.

'Kau ni...memang...'

'Memang bijakkan?'sambung Asyaa.Dia masih tidak berhenti ketawa.

Muka Raqib sudah membahang menahan marah.

'Kau keluar sekarang!'tengking Raqib.Jarinya lurus menuding ke luar pintu.

Bahu Asyaa sedikit terangkat.Dia terkejut dengan tengkingan daripada Raqib.

'Alah,kau tolonglah hantar aku balik.Bukan susah pun.Lagi pun kereta aku belum siap dibaiki lagi,'rayu Asyaa.Dia tayang muka sedih.

'Kau ingat aku akan termakan dengan lakonan kau tu?'Memang taklah! Sebelum keluar kau ambil sekali barang-barang kau tu.Buat semak kereta aku je,sembur Raqib.

Asyaa mengeluh kecil.Nak minta tolong sikit pun tak boleh.Bukannya aku suruh kau gendong aku pun.

'Takpelah kalau kau cakap macam tu.Nanti aku minta tolong dengan daddy aku jelah,'balas Asyaa sayu.Dia cuba memujuk Raqib.Telefon dikeluarkan dari beg tangannya.Nombor telefon daddynya didail

Kalau dia call uncle nanti mesti uncle akan call aku balik.Haish...kusutlah kepala aku macam ni,omel Raqib.Mukanya diraup kasar dengan tapak tangan.

'Ok! Aku hantar kau.Tapi ni last warning daripada aku eah.Lain kali kau jangan ganggu aku lagi dan aku tak nak tengok pun muka kau.Faham?!'marah Raqib.

Asyaa buat tidak endah dengan arahan Raqib itu.Dalam hatinya dia bersorak riang kerana rancangannya berjalan seperti yang dirancang.Dia senyum sumbing.Good job Asyaa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience