BAB 3

Romance Completed 36812

Kereta Raqib laju memasuki perkarangan rumahnya.Setelah mematikan enjin kereta, dia segera membuka pintu di tempat duduk Asyaa dan menariknya masuk ke dalam rumah mewah itu.Asyaa menampar-nampar tangan Raqib minta untuk dilepaskan namun langsung tidak memberi kesan kepadanya.Dalam masa yang sama, Asyaa juga terpegun apabila melihat banglo mewah itu.

Namun, fikirnya ini semua mungkin hasil daripada kerja kotornya.Culik orang lepastu ambil semua barang mereka yang berharga.Sebab itulah dia boleh hidup mewah macam ni.Dan mungkin itulah yang sedang terjadi pada dirinya sekarang.Dia dijadikan sasaran lelaki itu sebab dia anak kepada Dato Zainal.Pemilik Global Berhad.

Raqib menolak daun pintu rumahnya dan memaksa Asyaa masuk.Dia menggosok-gosok pergelangan tangannya yang sedikit merah itu akibat dipegang erat oleh Raqib.

'Mak Mah! Ooo... Mak Mah!'Jerit Raqib untuk memanggil pembantu rumahnya.

Mak Mah yang keluar dari dapur berjalan terkocoh-kocoh apabila terdengar suara Raqib yang melaung memanggilnya.Bergema satu rumah.

'Ya Tuan Raqib, ada apa?'

'Buat sementara ni, dia akan tinggal kat sini.Jadi, saya nak Mak Mah jaga dia elok-elok.Jangan bagi dia lari pulak! Faham?'Pesan Raqib dengan nada yang tegas hingga pembantu rumahnya itu pun kecut perut mendengarnya.

'Baiklah Tuan Raqib.Mak Mah akan ikut seperti yang diarahkan.'Balasnya.

Terlopong mulut Asyaa dibuatnya bila dengar yang dia akan tinggal kat rumah lelaki yang tak dikenalinya itu.Dia segera membantah.Mana boleh duduk diam je.

'Apa! Tinggal kat sini?! Aku salah dengar ke kau yang salah cakap? Kau jangan haraplah aku akan tinggal kat sini dengan penculik sewel macam kau ni!' Marah Asyaa.

'Suka hati kaulah nak cakap apa pun.Nak ke tak nak, kau tetap akan tinggal di sini.Dengan aku!'

'Aku cakap tak nak, tak naklah! Kau ingat kau sorang je ke yang ada rumah? Aku pun adalah.For your information, aku tak inginlah tinggal dengan kau.Penculik!'

'Buat sakit kepala otak aku je layan kau lama-lama.Lebih baik aku layan orang gila kat tepi jalan.'Balas Raqib berseloroh.

'Baguslah.Sesuai sangat kalau kau berkawan dengan diorang tu.Dah sama-sama gila!' Tempelak Asyaa.

'Kalau aku memang gila, mulut kau tu dah lama aku jahit.Cakap tak reti nak berlapik!'

Asyaa ketap gigi.Rasa nak digigit saja lelaki itu.

Raqib kemudian mendekatkan bibirnya di telinga Asyaa.

'Walau macam mana pun, kau takkan dapat keluar dari sini.You will stay here.'Bisik Raqib sambil senyum sumbing.

'Siapa cakap? Kau ingat aku tak berani ke nak lari dari sini?' Selar Asyaa.

'Kalau berani, kau buatlah.Tapi aku tak jamin keselamatan kau.Lagipun, aku tak rasa yang kau boleh cuba keluar dari sini.Tapi kalau kau rasa kau tak sayang nyawa, silakan terjun dari tingkap tu.Kalau kau berjaya keluar pun, setakat depan pintu depan tu...aje.Sebab nanti, kau akan patah balik masuk dalam rumah jugak.Ada faham cik adik?'

Asyaa dah mati kutu.Mungkin ada betulnya apa yang Raqib beritahu.

'Aku rasa, tinggal dengan kau lagi tak selamat.Yalah, penculik macam kau ni kalau nak buat sesuatu mana fikir dulu.Ikut nak puaskan kehendak kau aje.Mana tahu kut-kut nanti kau bunuh aku ke, samun ke, ro...'

'Kenapa berhenti?' Mata Raqib lama merenungnya.Asyaa diserang rasa gelisah.Pipinya bahang.

Mulut dikunci rapat-rapat.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Lelaki ini bukan boleh dijangka apa yang ada dalam fikiran mereka.Mereka akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang mereka nak.

Asyaa tidak boleh berdiam diri.Dia tetap akan cuba mendapatkan jawapan dari mulut lelaki itu.Biarpun dia harus memaksa dengan apa cara sekalipun.Dia tidak faham mengapa dirinya yang menjadi mangsa lelaki itu? Apa yang lelaki itu mahu darinya? Selagi dia tidak tahu sebabnya, selagi itulah jiwanya tidak akan tenang.

Raqib bersandar pada sofa sambil kaki bersilang.Dia sedang seronok menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya, Manchester United.Asyaa kini berdiri di sebelahnya.

'Kalau nak ajak gaduh, sambung esok.Sekarang ni, kau jangan kacau aku nak tengok tv.Syuh, pergi main jauh-jauh.'

'Aku takkan pergi selagi kau tak bagitahu aku kenapa kau bawa aku datang sini.' Asyaa tidak gentar untuk berhadapan dengan lelaki itu selagi dia belum dapat apa yang diinginkan.

'It's up to you.Kalau kau tak lenguh, berdirilah kat situ sampai besok.'

Asyaa mencerlung Raqib tajam.

'Susah sangat ke kau nak bagitahu aku? Cakap jelah kenapa kau culik aku.That's it.'Asyaa tidak dapat bersabar lagi.

'Penting sangat ke kau nak tahu kenapa?'

'Mestilah! Tentu ada sebab kenapa kau buat aku macam ni.Takkan saja-saja kut.Kau ingat aku ni barang, suka hati kau je nak bawak balik rumah.'

'Kalau saja-saja pun, apa salahnya?'

'Tapi kenapa aku? Ramai lagi kut perempuan lain kat luar sana yang lebih cantik, seksi, bergaya...Takkan aku yang bertudung ni jugak kau nak dijadikan korban.Kenapa?' Kedengaran tangisan halus pada telinga Raqib.Dia berpaling memandang Asyaa.

'This is not my fault.'

'Kau jangan nak nafi apa yang kau buat boleh tak? Dah jelas-jelas kau yang bersalah dalam perkara ni.'

'I don't.Because this is not my plan.'

'Apa maksud kau? Tolonglah jangan nak putar belit fakta.Kau sengaja nak buat aku konfiuskan? Sebab kau nak mengelak daripada kesalahan kau.'

Raqib mengeluh.Susah nak cakap kalau bukti takde depan mata.'Kalau kau tak percaya, suka hati.Tapi jawapan ada pada Dato Zainal.'

Asyaa kerut dahi.Air mata disapu dengan hujung lengan baju-T nya.

'Macam mana kau boleh tahu nama daddy aku? Apa yang kau dah buat kat dia? Kalau kau berani apa-apakan daddy aku, siap kau!' Asyaa memberi amaran keras.

Raqib tayang muka selambanya.Bagi dia, setakat ugutan daripada perempuan macam tu, apalah sangat.Tak menggerunkan langsung.Budak pun tak takut.

Share this novel

Norbaya Shafie
2020-10-05 17:47:13 

P\aqäwwww pw


NovelPlus Premium

The best ads free experience