BAB 48

Romance Completed 36813

Raqib dari tadi asyik menggelisah semacam.Sekejap pusing kanan sekejap pusing kiri.Tak tenang dibuatnya.Tangan diletakkan di bawah kepala.Mata memandang kipas yang sedang berpusing.Sama seperti otaknya juga.Kakinya melunjur sambil bersilang.'Kau tak boleh nak samakan semua perempuan macam yang kau pernah kenal dulu'.Kata-kata Hadif dua hari lepas masih terngiang-ngiang di telinganya.Fikirannya berserabut.Tidur tak lena.Makan pun tak berselera.Dah macam hilang bini.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka perlahan.'Tuan Raqib, Datin panggil kat bawah.Dia kata ada benda nak bincang,' Ujar Mak Mah lembut.

'Ok Mak Mah.Sekejap lagi saya turun,' Balas Raqib.

Mak Mah menuju ke dapur kembali untuk mengemas meja makan selepas makan malam tadi.

Raqib melangkah menuruni anak tangga.

'Ma, pa.Ada apa ni? Lain macam je Raqib tengok,' Soal Raqib sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Datin Aisyah.

Datin Aisyah dan Dato Omar saling berpandangan sambil mengukir senyuman yang penuh makna.

Raqib memandang mereka pelik.'Macam ada yang tak kena je ni.Mesti mereka ada plan apa-apa,' getus Raqib.

'Lepas ni kamu tak payah dah pening-pening nak fikir pasal calon isteri sebab mama dah carikan untuk kamu,' Ujar Datin Aisyah tanpa berbasa-basi.

'Hah?! Seriously ma, pa? Raqib terus bangkit dari tempat duduknya.Dia berdiri sambil mencekak pinggang.Suaranya sedikit meninggi.

'Of course.We're not kidding about this.You should be grateful you know.She's such a beautiful person and good girl.I like her,' Ujar Datin Aisyah selamba.

'Ma pa kenapa buat Raqib macam ni?Kenapa tak bincang dengan Raqib dulu sebelum mama dan papa buat pilihan untuk Raqib? I'm not ready for this yet.I need some time.Lagi pun buat masa sekarang Raqib nak fokus kat syarikat tu dulu.Raqib tak nak fikir lagi pasal benda ni,'

'Raqib, listen.Sampai bila kamu nak membujang macam ni? Sampai ke tua macam tu? Apa yang papa dan mama buat ni semuanya demi masa depan kamu jugak.Ni je yang papa dan mama minta,' celah Dato Omar.

Raqib meraup mukanya kasar.

'Tapi Raqib tak kenal pun siapa perempuan tu.Mana boleh main kahwin je.Kalau dia tak sesuai dengan Raqib macam mana? Biarlah Raqib buat pilihan Raqib sendiri ma pa,' Rayu Raqib.

'Bukan dia yang tak sesuai dengan kamu, tapi kamu yang belum tentu cukup sesuai untuk dia,' Ujar Dato Omar lagi.

Raqib beralih kepada mamanya.

'Please ma...Raqib tak nak kahwin lagi,' Pujuk Raqib lagi.Tangan mamanya dipegang.

'Raqib, mama tahu kamu masih tak boleh nak lupakan pasal masa silam kamu.Sebab tulah mama dan papa buat keputusan sendiri untuk carikan calon isteri untuk kamu.Kami yakin yang dia dapat bantu kamu untuk berubah jadi lebih baik dan lupakan semua perkara yang lepas.Mama tak nak disebabkan perkara tu kamu tak nak kahwin,' Nasihat Datin Aisyah panjang.

Datin Aisyah mendengar keluhan yang dilepaskan Raqib.

'Raqib kamu tu masih muda.Panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuhi.Sebab tu kamu kena fikir pasal masa depan.Lagi pun mama dan papa dah makin tua.Kalau boleh kami nak sangat tengok kamu berkahwin, ada keluarga, ada anak sebelum...

'Ma, please don't say like that.Ok...I will married,' Satu keluhan kecil dilepaskan.Walaupun berat untuk Raqib katakan, namum dia terpaksa setuju demi kedua-dua orang tuanya.Raqib tak nak mengecewakan mama dan papanya kerana dia satu-satunya anak tunggal mereka.Dia juga faham yang setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak mereka naik pelamin dan menimang cucu.

'Hujung minggu kita akan pergi rumah bakal mentua kamu untuk majlis pertunangan kamu berdua nanti kat sana.Pasal baju pertunangan kamu tak perlu risau sebab mama dah uruskan.Tunggu pakai je,' Ujar Datin Aisyah gembira.

'Yelah ma,' balas Raqib pendek.

'Asyaa, mummy ada something nak bagi tahu ni,' Datin Zana mengambil tempat di sebelah Asyaa.

'Apa dia mummy?' Soal Asyaa.Mulutnya tak henti-henti mengunyah kerepek dari tadi.Matanya tertumpu pada televisyen.

'Hujung minggu ni ada orang datang nak masuk meminang kamu,' Ujar Datin Zana tanpa berkias.

Uhuk uhuk...'Biar betul mummy?!' Asyaa terbatuk-batuk dek kerana terkejut.Sisa kerepek yang dikunyah tersembur keluar.Bola mata pantas dikalihkan ke arah mummynya.Bulat.

'Ya, sayang.Asyaa tak perlu risau tentang semua barang untuk majlis pertunangan nanti sebab mummy dah bereskan semuanya.Yang tinggal Asyaa dengan bakal menantu mummy je,' Ujar Datin Zana sambil senyum lebar.

'What are you doing mommy? Kenapa Asyaa tak tahu apa-apa pun tentang perkara ni? Kenapa mummy tak bagi tahu Asyaa awal-awal?' Soal Asyaa seperti peluru berpandu.

'Mummy memang dah lama nak bagi tahu tapi Asyaa tu yang selalu busy dengan kerja kat ofis.Sampai tak lekat kat rumah.Mummy pun terkejut jugak sebenarnya sebab dia orang bagi tahu ni pun last minit.Tapi nasib baik kita orang sempat sempat tempah baju untuk Asyaa dengan bakal tunang Asyaa sebelum majlis pertunangan nanti,' Asyaa hilang kata-kata.Dia terasa seperti sedang bermimpi.

'Tapi takkan mummy terus terima dia macam tu je? Tak tanya Asyaa dulu pun setuju ke tak,' Soal Asyaa.

'Asyaa, mummy tahu yang Asyaa terkejut dengan apa yang mummy cakap.Tapi mummy harap yang Asyaa sudi untuk melangsungkan majlis pertunangan tu selepas dia orang datang meminang nanti.Mummy nak sangat tengok anak mummy sorang ni naik pelamin dan ada orang yang boleh jaga Asyaa suatu hari nanti.Mummy dengan daddy bukannya boleh selalu ada dengan Asyaa.Lagi pun Asyaa dah besar panjang.So, Asyaa kenalah pandai jaga diri dan berdikari ya sayang?' Sambung Datin Zana.Tangan Asyaa digenggam.Wajah ayu anaknya itu ditatap lama.

Lama Asyaa diam.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Dalam hatinya ingin menolak tetapi melihat wajah mummy yang begitu berharap agar dia menerima pinangan tersebut, Asyaa dipagut rasa bersalah.Dia seperti dilema.Ingin terima atau pun tidak.

'Asyaa fikirlah dulu ya baik-baik? Mummy dengan daddy tak marah pun kalau Asyaa tak nak teruskan dengan majlis pertunangan tu.Asyaa berhak buat keputusan untuk diri Asyaa.Apa pun jawapan daripada Asyaa, mummy terima,' ujar Datin Zana.

'Asyaa tak perlu fikir dulu.Asyaa terima,' Jawab Asyaa setelah lama membisu.Dia senyum nipis.Wajah mummynya dipandang.Aku yakin keputusan yang aku buat ni adalah betul.Mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk aku lupakan Raqib.Sebab itu yang memang dia nak.Lagi pun aku sendiri tahu yang dia takkan pernah terima aku dalam hidup dia sampai bila-bila.Aku redha andai jodoh aku bukan dengan dia.Mungkin aku ditakdirkan dengan orang yang lebih baik daripada dia, bisik hati kecil Asyaa.Satu keluhan kecil dilepaskan.

Lantas, Datin Zana menarik anaknya itu ke dalam pelukannya.

'Asyaa tahu apa yang mummy dan daddy buat ni semuanya yang terbaik untuk Asyaa.Asyaa terima walau siapa pun dia kalau mummy dengan daddy dah setuju.Asyaa cuma nak tengok mummy dengan daddy happy je,' Ujar Asyaa sayu.Air mata sudah mula bergenang di birai mata.Ni dah terover pulak.Bukannya kena paksa kahwin pun, baru nak bertunang je.Dah menangis bagai.Drama queen betullah si Asyaa ni.

'Mummy happy sangat kalau Asyaa cakap macam tu.Mummy sayang Asyaa sangat-sangat,' Ujar Datin Zana dengan esakan.

Pelukan dileraikan.Laju Asyaa menyapu sisa air mata di pipinya.Dia duduk bersila sambil menghadap mummynya.

'Tapi Asyaa peliklah,' Kening dikerutkan.

'Apa yang pelik?'

'Yelah.Biasanya kalau parents yang tolong carikan calon isteri atau suami untuk anaknya, mesti dia orang kena paksa kahwin terus.Tapi kenapa mummy suruh Asyaa bertunang dulu?' Rasa ingin tahu membuak-buak.

'Sebab mummy tak nak paksa Asyaa kahwin dengan orang yang Asyaa tak suka.Lagi pun ini kan tentang hidup Asyaa.Jadi mummy nak Asyaa yang buat keputusan sendiri.Dalam tempoh pertunangan ni nanti, Asyaa boleh lah kenal-kenal dengan tunang Asyaa tu dulu,' Jelas Datin Zana.

Ooo...Bulat mulut Asyaa.Kepala dianggukan.

'Habis tu, kenapa mummy terus terima lamaran dia orang kalau mummy tahu yang mungkin Asyaa tak suka?'

'Sebab bagi mummy and daddy, kita orang yakin yang dia dapat jadi suami yang terbaik untuk Asyaa.Tapi mummy tak tahulah apa pandangan Asyaa tentang dia,' Terang Datin Zana lagi.

'Thanks mummy sebab faham Asyaa.I love you sooo much,' Mummynya didakap erat.Nasib baik ada ruang lagi untuk bernafas.Kalau tak, dah pengsan gamaknya sebab tak cukup ruang udara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience