BAB 16

Romance Completed 36813

Selepas makan tengahari Asyaa terus menghadap kaca tv.Dia ralit menonton drama rancangan kegemarannya.Tiba-tiba dia terdengar seseorang memberi salam.

'Assalamualaikum, kedengaran suara seseorang memberi salam dari luar.'

Tanpa berlengah lagi, Asyaa terus ke muka pintu.Daun pintu dikuak perlahan.Gembira bukan main kepalang dia bila tersembul wajah Dato Zainal dan Datin Zana setelah pintu dibuka.Asyaa tidak dapat menggambarkan kegembiraannya.Mutiara jernih menitis di pipi gebunya.Asyaa terus melulu memeluk mummy dan daddynya.

'Kenapa mummy dengan daddy tinggal Asyaa?Asyaa rindu sangat mummy and daddy,' ujar Asyaa dengan sedu-sedan.Dia tidak dapat menahan tangisnya.

'Mummy minta maaf sayang.Mummy pun rindu sangat-sangat kamu,' balas Datin Zana.Pelukan Asyaa dengan mummynya semakin erat seperti tidak mahu dilepaskan.

Dato Zainal geleng kepala melihat mereka berdua.Nilah orang perempuan, kuat sangat beremosi.Nak buat macam mana? Sebab Asyaa ialah satu-satunya anak tunggal mereka.Berjauhan seminggu bagai setahun rasanya.

'Dah dahlah tu.Tak payah nak buat drama air mata kat sini.Buat malu kat Raqib je.Oh ya, Raqib mana?' soal Dato Zainal sambil mengusik isteri dan anaknya itu.

'Tuan Raqib belum balik lagi.Mungkin sekejap lagi balik lah tu.Dato dengan Datin duduklah dulu.Nanti Mak Mah buatkan minuman,' ujar mak Mah.

'Tak payah susah-susahlah Mak Mah.Kita orang dah nak balik terus.Lagipun Asyaa dah siap kemas barang,' tutur Asyaa sebelum sempat Mak Mah melangkah ke dapur.

'Kenapa pulak macam tu? Tak elok pulak kalau tak bagitahu Raqib dulu sebelum balik,' jawab Dato Zainal dengan riak serius.

'Alah, tak penting pun nak bagitahu dia.Jomlah balik.Asyaa penat ni dari tadi Asyaa tunggu mummy dengan daddy,' rungut Asyaa dengan suara manja.

'Tapi...'Asyaa memintas terlebih dahulu sebelum sempat Dato Zainal menghabiskan ayatnya.

'Please...daddy.Nanti daddy call ajelah dia bagitahu,' pujuk Asyaa.Bibir dimuncungkan.

Dato Zainal mengeluh kecil.Degil betullah anak aku ni.Ada anak sorang ni pun dah cukup buat aku sakit kepala, omel Dato Zainal.

'Yalah kalau macam tu.Mak Mah, kami balik dululah.InsyaAllah, lain kali pulak kami singgah,' ujar Dato Zainal sebelum mengatur langkah keluar.

Drivernya setia menunggu di dalam kereta setelah menjemput Datin Zana dan Dato Zainal di airport.
'Terima kasihlah Mak Mah sebab tolong jagakan anak saya ni.Minta maaf kalau dia ada menyusahkan Mak Mah,' tutur Datin Zana lemah lembut dengan senyuman di bibir sebelum menyalami Mak Mah.

'Takde apalah.Lagipun Mak Mah dah anggap Cik Asyaa macam anak sendiri.Dia pun rajin tolong Mak Mah' ,ujar Mak Mak dengan membalas senyuman.

'Mak Mah, Asyaa pergi dulu eh? Nanti ada masa, kita jumpa lagi.Asyaa minta maaf kalau Asyaa ada silap,' ujar Asyaa sebelum memeluk tubuh tuanya.

Mak Mah mengangguk.Pelukan dibalas.Rasa sedih pula nak berpisah walaupun baru seminggu kenal.

'Asyaa kenapa tak nak tunggu Raqib balik dulu?Nanti apa pulak dia kata.Asyaa sepatutnya bersyukur sebab ada orang yang sudi jagakan kamu,' bebel Dato Zainal yang memecah kesunyian dalam kereta.

'Dahlah abang.Tak ada gunanya nak marah-marah,' Datin Zana bersuara.

'Apa kata kita ajak Raqib datang rumah untuk makan malam sebagai tanda terima kasih sebab jaga Asyaa,' cadang Datin Zana.

'Betul juga apa yang awak cakap tu.Saya setuju sangat.Nanti malam esok kita ajak dia.'

'What! Tapi...'

'Kamu jangan nak membantah cakap mummy dan daddy,' tegas Dato Zainal. Jari ditunjukkan kepada Asyaa.

Asyaa melepaskan keluhan kecil. Aku tahulah daddy dah lama kenal mamat tu, tapi tak payahlah siap ajak datang makan kat rumah bagai.Lagipun dia bukan ada kaitan apa-apa pun dengan keluarga aku, bebel Asyaa dalam hati.Gigi diketap.

Setibanya di rumah Asyaa terus meluru masuk biliknya.Pintu dihempas kasar.Punggung dihenyakkan atas katil.Takpe,aku ada plan baik punya untuk kau, getus Asyaa.

'Awak tahu apa masalah anak kita sorang tu?' soal Dato Zainal kepada isterinya.

'Saya pun tak tahu.Nanti saya cuba cakap dengan dia,' Datin Zana mengatur langkah ke bilik Asyaa.Kakinya segera mendaki anak tangga.

Pintu diketuk dari luar.Dengan perlahan-lahan Datin Zana menolak daun pintu.Dia tersenyum melihat wajah masam anak kesayangannya itu.Dia melabuhkan punggung di birai katil.Tangan Asyaa diraih.

'Kenapa dengan anak mummy ni? Asyaa ada masalah ke?.Sharelah dengan mummy.Mana tahu mummy dapat tolong,' pujuk Datin Zana.Dia cuba mencari tahu masalah anaknya itu.

Asyaa mengeluh kecil.Wajah mummynya ditenung lama sebelum memulakan bicara.

'Kenapa daddy baik sangat dengan anak kawan dia tu?soal Asyaa dengan wajah masam mencuka.'

'Maksud kamu Raqib ke?soal Datin Zana semula.'

'Entah.Asyaa tak ambil tahu pun nama dia apa,jawab Asyaa ringkas.'

Datin Zana geleng kepala melihat perangai anaknya itu.Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum menceritakan kepada Asyaa.

'Sebenarnya daddy kamu dengan ayah Raqib selalu buat kontrak sekali.Tapi selalunya Raqib yang ambil alih bila ayah dia busy.Sejak itulah daddy kamu rapat dengan Raqib,tutur Datin Zana dengan jelas.'

'Ooo... macam tu rupanya,mulut Asyaa dimuncungkan persis itik dalam kolam.'

'Tapikan mummy bangga dengan dia sebab muda-muda lagi dah pandai uruskan company ayah dia.Betul tak?bahu Asyaa dicuit.Datin Zana memuji Raqib dalam masa sama cuba menyindir anaknya.'

'Ermmm... mummy Asyaa penatlah.Asyaa nak lelapkan mata jap eh?Asyaa memberi alasan.Dia selalu cuba mengelak jika mummy dengan daddynya cakap pasal kerja di company keluarganya.'

'Yelah,tapi jangan bangun lambat pulak,pesan Datin Zana.'

'Ok mummy,balas Asyaa sambil tersengih menayangkan barisan giginya yang tersusun rapi itu.'

Setakat tolong uruskan syarikat ayah kau aku pun boleh lah.Menyampah betul aku asyik dengar mummy dengan daddy puji kau.Macamlah bagus sangat,getus Asyaa.Dia tidak berpuas hati dengan Raqib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience