BAB 41

Romance Completed 36812

Asyaa menongkat dagunya sambil termenung melihat ke luar tingkap.Fikirannya jauh melayang entah ke mana.Angin petang meniup lembut wajahnya.Sesekali dia mengeluh.Macam manalah aku nak ambil hati mamat tu? Payah sangat ke dia nak terima aku dalam hidup dia? Kenapa dia benci sangat kat aku?! Hishh, tak faham betullah aku dengan lelaki ni! Tapi takpe,walau apa pun cabaran mendatang aku takkan putus asa! You can do it Asyaa! Asyaa cuba menyalurkan semangat kepada dirinya.

Telefon dicapai lalu nombor Fara didail.

'Hello Fara.Kau kat mana? Boleh tak aku nak jumpa kau sekejap?'

'Aku ada je kat rumah ni hah.Kau nak jumpa kat mana?'

'Kat tempat biasalah.'

Selendang yang di tersidai di atas katil diambil lalu dililitkan di kepalanya.Gincu yang berwarna merah jambu itu dicalit nipis.Bedak ditepek-tepek di wajahnya yang gebu itu.

Setelah beberapa minit perjalanan Asyaa pun sampai.Dia melangkah masuk ke dalam kafe yang selalu menjadi tempatnya melepak bersama kawan-kawannya dan antara pencuci mulut yang selalu dipesannya adalah kek coklat.Untuk siapa yang tak kenal Nor Asyaa, dialah hantu segala coklat.Semua dia telan.Kek coklat? Coklat cadbury? Minuman coklat? Sekelip mata je lesap.

'Sorrylah aku lambat sikit.By the way, kenapa kau nak jumpa aku? Macam beria-ria je aku dengar suara kau nak ajak jumpa,' soal Fara dengan rasa ingin tahu yang mendalam.

'Kau ingat lagi tak pasal mamat yang aku cerita kat kau hari tu?' Alah... yang kau jumpa dia malam tu kat rumah aku.

'Ooo...ingat ingat.Kenapa dengan dia?' Soal Fara kehairanan.

'Sebenarnya aku nak minta tolong kau boleh?'

'Tolong apa? Kau ni buat aku suspen jelah!Bagitahulah cepat, Fara sabar menunggu perkataan yang akan keluar dari mulut Asyaa.Air sirap dihirup.

'Aku nak kau bantu aku untuk buat mamat tu su...suka kat aku,' ujar Asyaa tergagap-gagap.Dia tahu pasti Fara akan gelakkannya.Macamlah dia tak kenal kawan baik sendiri macam mana.Rapat dah macam adik-beradik lah katakan.

'What?! Seriously Asyaa? Hahaha!' Soal Fara disertakan gelak ketawanya.Memang betul tebakkan dari Asyaa.Dia pasti akan diketawakan juga nanti.

Asyaa mendengus kasar.Geram pula melihat Fara yang dari tadi tak berhenti ketawakannya.Macamlah Asyaa ada buat lawak.Kalau tak dah lama dia jadi pelawak yang macam dalam rancangan Maharaja Lawak Mega kat dalam tv tu!

'Fara, aku seriuslah! Boleh tak kau jangan main-main.Lagipun dengan kau seorang je aku boleh minta tolong.Kalau tak, dengan siapa lagi? Tapi kalau kau tak sudi pun takpelah.Aku tak kisah,' ujar Asyaa sayu dengan cebikan di bibir.Nampak gaya macam minta dipujuk ni.Kalau budak-budak senanglah, boleh disogok dengan gula-gula je.Tapi kalau yang tua merajuk? Pandai-pandai sendirilah pujuk.

'Okey aku serius.Tapi perlu ke kau buat sampai macam ni sekali? Kau memang betul-betul dah jatuh cinta kat dia ke? Bak kata orang, cinta pandang pertama,' Fara berhenti ketawa.Wajahnya kembali serius.Dia melontarkan soalan yang Asyaa sendiri pun tak tahu nak jawab.Kerana dia pun tak sedar sejak bila perasaan itu hadir dalam dirinya.Perasaan yang lain daripada lain dan tidak pernah dirasainya sebelum ini.Rasa itu semakin lama semakin kuat menguasai dirinya.

Lagi pun Asyaa sendiri akui yang dia tidak pernah bercinta atau jatuh cinta dengan sesiapa sampai serius macam ni sekali.Dah macam orang mabuk bercinta.Kalau nak tahu, masa zaman belajar kat universiti dulu memang berduyun-duyun lelaki yang cuba memikat Asyaa tapi semuanya kena reject.Alasannya? Dia mahu fokus pada pelajarannya terlebih dahulu dan tidak mahu hanya sekadar menjalinkan hubungan seperti cinta monyet macam budak-budak sekolah.Yelah, manakan tidak.Bercinta sekejap...putus, bercinta...putus.Buang masa je.Usia pun muda lagi, buat apa nak fikir pasal semua tu.

Bercinta? Berkahwin? Berkeluarga? Semua tu akan datang sendiri bila masanya dah tiba dan bila dah jumpa dengan seseorang yang dapat menjadi imam kita serta dapat memimpin keluarga hingga ke syurga.InsyaAllah.

'Okey, first kita kena ada plan.'

'So, apa plan kau? Kau dah fikir ke?'

'Belum.Hehehe...'ujar Asyaa tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya.Mulutnya herot-merot memikirkan rancangan yang perlu dibuat untuk menjayakan rancangannya.Rancangan untuk membuat Raqib Shah terpikat dengannya.

'Aduhai kau ni, aku ingatkan kau dah fikir pasal plan kau tu masak-masak! Rupanya belum ada plan lagi.Habistu, macam mana sekarang ni? Perkara ni bukannya boleh dibuat main-main.Kita kena plan betul-betul.Kalau tak, sampai ke tua lah kau membujang,' Aiii sindir nampak.Sempat lagi Fara memberi nasihat diselitkan sindiran kepada Asyaa.Dia sudah ketawa kecil apabila melihat muka cemberut Asyaa yang tak ubah macam tapai basi.

'Kalau ye pun tak payahlah kau nak sindir aku macam tu.Kau ingat aku ni takde orang nak ke? Yang kau tu pun tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang apa hal?' Pakkk! Kan dah kena batang hidung sendiri.Tu lah cakap tak guna akal, guna lagi kepala lutut tu.Tak pasal-pasal diri sendiri yang dapat malu.

Tadi ajak jumpa nak cakap benda lain, sekarang ni dah terlajak sampai bab-bab kahwin pula.Calon suami pun belum ada lagi.Kenalah cari yang sesuai dulu Cik Asyaa oii.Ingat bakal suami tu boleh jatuh dari langit ke? Macam dalam cerita Suamiku Jatuh Dari Langit lakonan Nora Danish dan Qi Razali.Yang tu lainlah dalam filem, ni realiti bukannya di alam fantasi.

'Dah dahlah gaduh.Sekarang ni kau ada apa-apa plan tak? Aku pun dah buntu ni,' satu keluhan dilepaskan.Fara duduk sambil meningkat dagu.Dah penat perah otak tapi satu idea bernas pun tak nak keluar.

'Chop! Aku rasa aku tahu apa yang kita perlu buat,' ujar Fara perlahan sambil menggosok-gosok dagunya.Bola mata dikecilkan.Fara dan Asyaa sama-sama senyum nipis.Perempuan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience