BAB 4

Romance Completed 36813

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi.Raqib segera bangun menuju ke bilik air untuk mandi dan solat subuh.Lantas, dia bersiap-siap untuk ke ofis.Tali lehernya dibetulkan di hadapan cermin sebelum turun untuk bersarapan.Raqib menuruni anak tangga sambil menjinjit beg kerjanya.

'Selamat pagi Tuan Raqib.Jemput duduk.' Sapa mak Mah dengan lembut sambil menuang kopi ke dalam cawan.Bulat mata Raqib apabila melihat hidangan yang tersedia di atas meja.Ada nasi goreng dan macam-macam jenis kuih.Karipap, ketayap, seri muka, dan roti goreng.Air pula, kopi dan teh.

'Tuan Raqib, kenapa berdiri je kat situ? Jemputlah makan.'Tegur Mak Mah.

'Kenapa Mak Mah masak banyak sangat ni? Ada orang nak datang ke?' Soal Raqib ingin tahu.

Mak Mah ketawa kecil.

'Tuan Raqib lupa ke? Kan Tuan Raqib ada bawa balik tetamu semalam.Sebab tulah Mak Mah masak macam-macam.'

Ha'ah lah, macam mana aku boleh lupa pulak pasal minah tu? Soal Raqib dalam hatinya sambil menepuk dahi.Nak cakap tetamu pun tak jugak.Mungkin tetamu tak diundang.

'Tetamu pun sorang je Mak Mah.Lain kali tak payah lah masak banyak macam ni. Nanti membazir pulak.Lagipun mama dan papa kan takde.' Sekarang, hanya tinggal mereka bertiga sahaja di rumah besar itu.Jadi, Raqiblah yang berkuasa sekarang.

'Oh ya, nanti Mak Mah jangan bagi perempuan tu keluar ya? Kalau tak, habis saya.' Tutur Raqib dengan sopan.

'Baiklah Tuan Raqib.Tapi apa maksud tuan sebenarnya?'

Raqib hanya memberikan senyuman manisnya yang mampu mencairkan hati semua perempuan.Mak Mak pun tak terkecuali.Tanpa menjawab soalan Mak Mah, dia meminta diri ke tempat kerja.

Lagu di telefon Asyaa berbunyi yang menandakan ada panggilan masuk.Dia yang masih lena diulik mimpi tersedar dari tidur.Sambil menggosok-gosok matanya, dia menggapai telefon yang terletak di atas meja sebelah katilnya.

'Assalamualaikum, anak mummy apa khabar?' Soal Datin Zana lembut.Ada nada kerisauan dalam suaranya.

Terus cerah mata Asyaa apabil mendengar suara yang amat dikenalinya itu.

'Waalaikumussalam, mummy tolong Asyaa! Asyaa kena culik.Asyaa takut....
Mummy dengan daddy kat mana?' Adu Asyaa kepada ibunya sambil menangis teresak-esak.

Terlopong mulut Datin Zana apabila dapat tahu yang anaknya kena culik.Dia mula gelisah memikirkan keselamatan anaknya itu.

'What! Ya Allah, Asyaa.Asyaa kat mana sekarang? Asyaa tunggu sana.Nanti mummy dengan daddy datang.Asyaa bertenang ya? Ujar Datin Zana dengan wajah yang cemas.Dia segera mendapatkan suaminya.

'Awak ni dah kenapa? Macam nampak hantu je saya tengok.Cuba bawa bertenang dan cerita kat saya apa sebenarnya yang terjadi.' Kata dato Zainal.

'Abang! Anak kita kena culik.Baru sebentar tadi dia bagitahu saya.Apa kita nak buat ni bang?' Soal Datin Zana sambil jalan ke hulu ke hilir.

Dato Zainal berfikir sejenak.Kena culik? Takkanlah kut.Kan aku dah minta tolong dia untuk jagakan anak aku.Bukannya dia sorang-sorang kat rumah.Dato Zainal segera mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menekan nombor telefon yang tertera nama Raqib Syah.Kelakuannya itu hanya diperhatikan si isteri.

'Assalamualaikum Raqib.Uncle ada benda nak tanya ni.' Kata dato Zainal dengan perasaan ingin tahu.

'Waalaikumussalam uncle.Ada apa?' Soal Raqib pelik.

'Aunty bagitahu yang Asyaa kena culik, betul ke?'

'Kena culik? Eh, mana ada uncle.Siapa yang cakap macam tu?'

'Tadi, masa mummy dia call dia cakap yang dia kena culik.Tapi kamu cakap bukan.Yang mana satu betul ni? Uncle peninglah.'

'Dia selamat je kat rumah saya, uncle.Semalam saya baru ajak dia tinggal sini.Mungkin dia cakap macam tu sebab dia tak kenal saya kut.Ni kan first time saya jumpa dia.' Tutur Raqib lembut.

'Mungkin betul jugak apa yang kamu cakap.Apa-apa pun, syukurlah yang dia tak tak apa-apa.'

'Uncle jangan risau, dia selamat dengan saya.Dan saya janji yang saya tak akan buat benda-benda tak elok kat dia.Lagipun, Mak Mak tinggal kat sini jugak.'

'Uncle percayakan kamu.Bukan apa, aunty tu risau sangat bila tahu yang Asyaa kena culik.Ke hulu ke hilir.Serabut uncle yang menengoknya.'

Raqib ketawa di hujung talian.

'Raqib, uncle amanahkan kamu untuk jagakan dia ya sementara kami outstation ni?' Pesan Dato Zainal kepadanya.

'InsyaAllah uncle, saya akan jaga dia dengan baik.Uncle jangan risau.Nanti kirim salam kat aunty sekali.'Balas Raqib sebelum menamatkan panggilan.

Tak sempat-sempat, Datin Zana terus menyogok suaminya dengan soalan.'Anak kita macam mana ni bang? Kita nak buat apa? Abang buatlah repot polis.Kalau jadi apa-apa kat dia, macam mana? Saya risau ni.'

'Cuba bawa bertenang.Jangan nak kalut sangat.'

'Abang, macam mana saya nak bertenang? Anak kita kena culik, tapi kita sekarang ni kat luar negara.Jauh daripada dia.Saya memang tak boleh nak bertenang dalam situasi sekarang ni.'

Dato Zainal mengeluh.Susah betul nak memujuknya.Tak tahu lagi cerita sebenar, tapi dah kecoh.

'Dia tak kena culik.'

'Apa maksud abang? Tadi dia cakap...'

'Dia tak apa-apa...Abang dah minta anak buah abang tolong tengokkan dia.'

'Sekejap, tadi abang telefon siapa?'

'Telefon dialah.'

'Dia tu siapa? Abang ni buat saya peninglah.'

'Raqib Syah.Anak Dato Muhaimin.Dia yang jaga Asyaa kat sana.Sekarang ni, Asyaa tinggal kat rumah dialah.'

'Ha?! Tapi kan...'

'Mereka bukan tinggal berdua.Pembantu rumah diorang pun ada sekali.Awak tak payah risaulah.Raqib takkan buat benda yang tak senonoh kat anak kita tu.Saya kenal dia macam mana.'

Lapang dada rasanya bila dah tahu yang anaknya dalam keadaan baik-baik sahaja.'Syukur Alhamdulillah.Lega saya mendengarnya.Tapi kenapa Asyaa cakap dia kena culik?'

'Yang tu, awak tanyalah dia sendiri.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience