BAB 34

Romance Completed 36812

Mata Datin Zana melilau mencari Asyaa.Jam yang melekat di dinding dipandang sekilas.Jarum sudah menunjukkan jam 12 tengah hari.

'Mak Nab ada nampak Asyaa tak?'soal Datin Zana kepada pembantu rumahnya itu.

Mak Nab berfikir sejenak.

'Maaf datin.Saya tak ada nampak pula Cik Asyaa ke mana,'jawab Mak Nab sambil tangannya ligat memotong bawang untuk dimasak makanan tengah hari.

'Takpelah macam tu.Mungkin dia ada dalam bilik kut,'kakinya melangkah menaiki anak tangga.Mak Nab hanya mengangguk.Dia menyambung kerja memasaknya.

Tombol pintu dipulas.Dengan perlahan-lahan pintu bilik dikuak dari luar.Terbuntang mata Datin Zana dibuatnya.Dia geleng kepala melihat bilik anak perempuannya itu yang tak ubah seperti tongkang pecah.Dengan bantalnya tercampak entah ke mana.

Asyaa...Asyaa.Matahari dah terpacak atas kepala pun tak reti-reti nak bangun lagi.Asyik nak membuta je kerja.Haish...ada anak sorang pun dah tak larat nak jaga apatah lagi ramai,bebel Datin Zana.Dia berdiri sambil berpeluk tubuh.Asyaa yang sedang nyenyak tidur itu dipandang lama.

'Asyaa bila kamu nak bangun ni? Dah tengah hari dah ni.Cepat bangun mandi.Sekejap lagi kita makan sama-sama,'ujar Datin Zana.Pipi Asyaa ditepuk-tepuk lembut.

'Ok mummy,'jawab Asyaa malas.Dia masih berada dalam keadaan mamai.Matanya terasa berat untuk dibuka.Dia menguap besar sambil menggeliatkan badanya.

Datin Zana bangun sebelum menghilangkan diri untuk ke dapur.Walaupun sudah ada pembantu rumah tetapi dia tetap rajin masuk ke dapur untuk memasak atau pun membantu Mak Nab apa yang perlu.

Dengan rasa berat Asyaa segera bangkit dari tidur.Mata ditenyeh-tenyeh.Tuala yang tersidai dicapai sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air.Setelah siap membersihkan diri Asyaa mengatur langkah ke meja makan.Kerusi ditarik sebelum melabuhkan punggungnya.Datin Zana turut serta.

'Asyaa kamu takde plan apa-apa ke masa kamu tengah cuti dalam dua tiga hari ni?'soal Datin Zana membuka bicara.Nasi disendukkan ke dalam pingganya.

Plan? Soal Asyaa kepada dirinya sendiri.Otaknya ligat berfikir.Nasi di dalam mulut dikunyah perlahan-lahan.Oh tak ye.Macam manalah aku boleh lupa.Haish...Takpe esok aku akan teruskan dengan rancangan seterusnya,omel Asyaa dengan senyum sumbing.

'Asyaa kenapa kamu diam je? Kamu dengar tak apa yang mummy cakap?' soal Datin Zana lagi apabila pertanyaannya itu dibiarkan sepi.

'Dengar.Asyaa ada kerja sikit yang nak kena buat.Mummy sekejap lagi Asyaa nak jumpa kawan boleh?' ujar Asyaa sambil mengunyah sisa makanan di dalam mulutnya.

'Pergilah tapi jangan balik lambat pula.Jangan nak buat mummy risau lagi macam hari tu,'pesan Datin Zana.

'Ok mummy.Lagipun Asyaa kan dah besar nanti pandailah Asyaa jaga diri,'ujar Asyaa dengan senyuman di bibir lalu meneguk segelas air sirap sebelum habis dengan hanya sekali teguk.

'Oh sebelum mummy lupa.Semalam mummy ada bincang dengan daddy kamu untuk buat majlis makan kecil-kecil je sebelum Asyaa mula kerja kat company daddy tu,'ujar Datin Zana.Nasi goreng disuakan ke bibirnya.

Ooo...Asyaa membulatkan bibirnya.

'Siapa lagi yang datang mummy?'

'Tak ramai pun.Daddy kamu ada ajak beberapa orang staf kat syarikat dia and termasuk kawan-kawan dia sekali.'

'Anak buah kesayangan daddy tu ada datang jugak ke?'soal Asyaa lagi.

'Raqib?'

Asyaa membalas dengan anggukan.

'Ada,'balas Datin Zana pendek.

Asyaa senyum lebar.Datin Zana yang melihat kelakuan Asyaa itu diserang rasa pelik.

'Ni kenapa pulak kamu senyum seorang-seorang?'

Takde apa-apa,Asyaa laju sahaja menggeleng kepalanya.

Asyaa bangun sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.Dia bersiap-siap untuk keluar.Asyaa hanya mengenakan seluar palazo dan blaus.Tudung bawal hitam yang menjadi pilihannya disarung.

'Hello Fara.Kau kat mana sekarang? Kau busy tak?'soal Asyaa sejurus sahaja Fara menjawab panggilannya.

'Aku tengah lunch sekarang ni.Sekejap lagi dah nak masuk ofis.Kenapa?'soal Fara pelik.Dia bermain-main dengan penyedut minuman.

'Takde apa-apalah.Saja je aku nak jumpa kau sebab dah lama kita tak keluar lepak sama-sama.Bila kau free?'soal Asyaa lagi.

'Oooo boleh je.Aku pun rindu sangat nak berborak dengan kau.Kalau petang ni ok tak?'Sebab kebetulan aku habis kerja awal hari ni,ujar Fara sambil mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya.

'Boleh.Nanti kita jumpa kat kafe tempat biasa,'balas Asyaa sambil senyum nipis di bibir.Hatinya berasa sangat gembira untuk berjumpa sahabat baiknya itu.

Asyaa meletakkan keretanya berhadapan dengan kafe.Enjin kereta dimatikan.Pintu dibuka.Dia segera melangkah masuk ke kafe itu.Alisa melambaikan tangannya apabila ternampak susuk tubuh sahabatnya itu.Asyaa segera meluru ke arah Fara dengan senyuman lebar di bibir.Mereka berpelukan.

'Rindunya aku kat kau.'

'Aku pun sama.Rindu sangat dengan sahabat aku yang sorang ni,'balas Fara.

'Jomlah duduk dulu.Banyak benda yang aku nak cerita kat kau ni,'ujar Asyaa dengan senyuman lebar di bibir.

'Ha,cerita apa yang kau beria-ria sangat nak bagitahu aku ni?'soal Fara sebelum menghirup air bandung.Dia membetulkan duduknya.

Asyaa bermain-main dengan penyedut minuman.

'Aku nak ajak kau datang rumah aku hujung minggu ni.Family aku ada buat makan-makan sikit.Boleh kan?'pujuk Asyaa.Dia mengelip-ngelipkan matanya.

'InsyaAllah aku datang.Tapi family kau buat makan-makan untuk apa? Birthday kau kan lambat lagi,'ujar Fara.Dia tertanya-tanya.

Fara membulatkan matanya.

'Ke...ada orang datang nak merisik kau ataupun kau dah nak bertunang.'Fara membuat andaian sendiri.

Laju sahaja tangan Asyaa mencubit lengan Fara.Dia mengaduh kesakitan.Lengannya yang dicubit itu digosok-gosok.

'Sakitlah.'

'Padan muka kau.Siapa suruh kau cakap benda bukan-bukan.Tulah makan dia,'wajah Asyaa masam mencuka.

'Salah ke apa yang aku cakap? Bukan ke kau sepatutnya bersyukur kalau ada orang yang berkenan kat kau.Lagipun bukan senang nak cari orang yang boleh layan perangai kau ni,'usik Fara lagi.Dia ketawa kecil.

'Amboi,kau ingat aku ni tak laku ke? Ramai je yang berkenan kat aku cuma aku je jual mahal,'balas Asyaa tidak mahu kalah.

'Yelah yelah.Kau menang.By the way,family kau buat majlis apa sebenarnya?'soal Fara ingin tahu apabila tidak mendapat jawapan dari Asyaa.

'Nantilah aku cerita kat kau.Dah lewat petang ni.Nanti mummy aku bising pulak.Tapi kau jangan lupa datang tau?'

'Ye.Promise,'Fara mengangkat tangannya seperti orang sedang berikrar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience