BAB 19

Romance Completed 36813

Asyaa duduk bersila di atas sofa.Mulutnya tidak henti-henti mengunyah kerepek kentang yang dah tinggal separuh plastik.Dia ketawa tekekek-kekek apabila melihat Running Man yang menjadi rancangan tv kegemarannya.Sesekali kerepek kentang akan tersembur keluar dari mulutnya.

'Asyaa,daddy nak cakap sikit,tegas Dato Zainal.Dia duduk berhadapan dengan Asyaa.Kaki disilangkan.'

'Apa masalah kamu sebenarnya?Kenapa cakap macam tu kat Raqib semalam?Kamu tak reti nak hormat orang ke?Daddy dengan mummy tak pernah beri didikan agama?soal Dato Zainal bertubi-tubi.Perasaan yang dipendam sejak semalam dilontarkan.'

Asyaa berhenti ketawa serta merta.Dia diam sejenak.Cuba menyusun ayat untuk menjawab semua persoalan yang dilontarkan oleh daddynya.

'Yang bermasalah tu bukannya Asyaa but mamat sewel tu,jawab Asyaa selamba.'

'Kamu boleh tak jangan nak menguji tahap kesabaran daddy?marah Dato Zainal.Dia berdiri sambil mencekak pinggang.'

'Asyaa cakap benda yang betul.Apa masalah semua orang dalam rumah ni hah?Kenapa semua nak bela sangat mamat tak guna tu?suara Asyaa sedikit meninggi.'

'Apa yang Raqib dah buat pada kamu sampai kamu benci sangat kat dia?Cuba beritahu daddy,ujar Dato Zainal.'

'Daddy tak tahu apa yang dia buat kat Asyaa masa tinggal kat rumah dia.Kalau daddy nak tahu dia selalu buli Asyaa.Suruh Asyaa buat itu ini.Basuh kainlah,kemas rumah,bersihkan bilik dia.Macamlah Asyaa ni orang gaji dia,Asyaa meluahkan segala yang terbuku di hatinya tentang mengapa dia sangat membenci orang yang bernama Raqib Syah.Bibir dicebikkan.'

'What!?Dia suruh kamu buat semua tu?suara Dato Zainal sedikit meninggi.Dia terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut anaknya itu.Dia berfikir sejenak.'

'So what's the problem.Baguslah dia suruh kamu buat kerja macam tu,ujar Dato Zainal selamba yang mengundang kemarahan Asyaa.'

'Daddy! Takkan daddy tak marah dia buat Asyaa macam tu?soal Asyaa dengan wajah serius.'

'No.Daddy tak marah but I like it.At least Asyaa dapat jugak belajar cara buat kerja rumah macam tu.Daripada sebelum ni asyik goyang kaki je or keluar dengan kawan,ujar Dato Zainal dengan senyuman.'

'How dare you say this to me.Mesti daddy dah tak sayang Asyaa lagi,balas Asyaa.Bibir dimuncungkan panjang sedepa.Dia lantas bangun dari sofa sebelum mengatur langkah ke bilik tidurnya.Dia berjalan sambil menghentak-hentakkan kakinya.Daun pintu dihempas kasar.Terkejut Dato Zainal dibuatnya.'

Dato Zainal tersenyum melihat perangai anaknya itu.Dia kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu.Kaki disilangkan.Surat khabar yang berlipat di atas meja dicapai.

'Abang apa yang kecoh sangat ni?Saya kat dapur pun boleh dengar,soal Datin Zana yang baru keluar dari dapur.'

'Nothing.Awak tanyalah anak kesayangan awak tu,jawab Dato Zainal.Bibir dimuncungkan kepada Asyaa.Matanya masih fokus membaca surat khabar.'

Datin Zana geleng kepala melihat kelakuan suaminya itu.Macam-macamlah dua beranak ni.Asyik bergaduh je.Dah macam budak-budak,getus Datin Zana.Dia mendaki anak tangga satu per satu.Pintu bilik Asyaa diketuk namun tidak berbalas.Dengan perlahan daun pintu ditolak.Dia melihat sekujur tubuh yang sedang tidur di atas katil dengan berselimut yang menutupi hingga paras kepala.Sok sek - sok sek kedengaran seperti orang sedang menangis.

'Sayang kenapa ni?Tak selesai lagi ke pasal hari tu?soal Datin Zana lembut.Lengan Asyaa yang dilitupi selimut digosok perlahan.'

'Macam mana nak selesai kalau daddy asyik nak bela mamat tak guna tu,jawab Asyaa dengan marah.Dia masih berada dalam selimut.'

'Mummy tak tahu apa salah Raqib kat kamu but i think you should forgive him.Mungkin dia nak cuma nak berkenalan dengan kamu tapi cara dia tak betul.Sebab tu kamu marah kan?Datin Zana meneka sendiri.'

'No!Dia memang sengaja buli Asyaa,ujar Asyaa dengan sedu-sedan.'

Datin Zana mengeluh kecil.Payah betul nak pujuk anaknya yang keras kepala macam batu.Dengan perlahan dia membuka selimut yang menutupi wajah anaknya itu.Matanya kelihatan merah.Mukanya basah dengan air mata.Datin Zana menyapu sisa air mata di pipi Asyaa dengan jarinya.

'Asyaa semua orang buat silap.Tapi kita tak boleh nak terus marah macam ni sebab hati kita takkan pernah rasa tenang kalau kita simpan dendam terhadap orang lain.Asyaa kena belajar maafkan orang ye sayang,nasihat Datin Zana dengan nada lembut berharap agar anaknya mendengar nasihat yang diberikan.Kepala Asyaa digosok perlahan.'

'Oklah mummy Asyaa dah ngantuk.Nak tidur dulu,air mata disapu dengan belakang tapak tangan.Dia merebahkan badannya lalu menarik selimut hingga menutupi paras dada.'

'Aik,awalnya tidur.'

'Asyaa tiba-tiba rasa mengantuk,dia mencari alasan kerana tak mahu diceramah oleh mummynya.'

'Oklah kalau macam tu mummy turun dulu,Datin Zana menepuk lembut bahu Asyaa.Asyaa hanya mengangguk.Bayang mummynya hilang di sebalik pintu.'

Asyaa mengeluh kasar.Kenapa aku yang kena maafkan mamat sewel tu pulak?Lagipun dia yang mulakan semua ni.Bukannya salah aku pun.What everlah.Malas aku nak fikir buat semak otak aku je,bebel hati kecil Asyaa.Dia memejam rapat matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience