IKS 3

Romance Series 10131

Jeritan Anara bergema dalam ruang kosong dan suram itu, dinding konkrit memantulkan suara kepasrahan dan ketakutan yang hanya didengari oleh mereka yang tidak punya belas kasihan. Tangannya diikat ke belakang, tubuhnya berbalut sehelai kain lusuh yang langsung tidak mampu menutup maruahnya. Tubuhnya menggigil—bukan hanya kerana kesejukan malam, tetapi juga kerana ketakutan yang tidak berpenghujung.

“Lepaskan aku… tolong… saya tak buat salah…” rayunya dalam esakan yang makin lama makin perlahan.

Salah seorang lelaki bertopeng menghampirinya, membawa sebotol air mineral dan sebungkus roti. “Nah, makan. Kau perlukan tenaga… banyak lagi 'kerja' kau lepas ni,” ucapnya dengan nada sinis.

Anara hanya memandangnya dengan mata penuh benci. Namun, dia juga tahu—jika dia enggan makan, tubuhnya akan lemah dan mereka akan mengambil kesempatan dalam keadaan dia tidak sedar. Dengan penuh hina dan terpaksa, dia mencapai roti itu dan mengunyah perlahan sambil menahan air mata.

Di tempat lain, Azri duduk di ruang tamu rumah agam mereka, rambutnya kusut dan wajahnya tidak terurus. Setiap jam berlalu terasa seperti sehari. Polis masih belum membawa berita, dan CCTV dari pusat beli-belah masih belum dibuka kerana memerlukan surat kebenaran rasmi.

Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi—mesej masuk dari nombor tidak dikenali. Tangan Azri menggigil ketika membuka mesej tersebut.

“Lelaki sehebat kau tak layak dapat wanita sepertiAnara. Tengok sendiri betapa hinanya dia sekarang.”

Disertakan sekali dengan gambar yang membuatkan dunia Azri terhenti seketika. Wajah Anara yang menangis sambil dipeluk lelaki bertopeng. Gambar itu kabur, namun cukup jelas untuk menghancurkan kepercayaan seorang suami.

“Ya Allah…” Azri terduduk, telefonnya jatuh ke lantai. Nafasnya terputus-putus, jiwanya bagai ditikam ribuan kali.

Namun, jauh di sudut hatinya—Azri tahu. Itu bukan kemajuan Anara yang sebenar. Isterinya bukan wanita hina. Sesuatu sedang dirancang oleh manusia keji untuk menghancurkan kehidupan mereka.

Dan Azri bersumpah biar seluruh dunia menentangnya, dia akan cari Anara. Dan dia akan musnahkan setiap manusia yang menyentuh isterinya.

6bulan Yang lalu,
Hani termenung lama, Sejak pemergian Ashram tiga tahun lalu, dunia Hani bagaikan runtuh. Suaminya maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang daripada kerja malam. Sejak itu, hidup Hani tak pernah sama lagi. Dia kini membesarkan dua orang anak lelaki yang masih kecil – Adam, 8 tahun dan Aiman, 5 tahun – seorang diri, tanpa tempat bergantung.

Hani tinggal di rumah kecil peninggalan arwah suaminya di pinggir bandar, yang sudah mulai uzur dan memerlukan banyak pembaikan. Dengan hanya bergantung kepada bantuan Ibu tinggal daripada JKMdan kerja sambilan di sebuah kedai serbaneka, pendapatan Hani tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian, apatah lagi keperluan persekolahan anak-anak.

Setiap pagi, Hani akan mengejutkan Adam untuk ke sekolah, manakala Aiman ditinggalkan di rumah jiran yang baik hati menjaga sementara dia bekerja. Wajahnya sentiasa letih, matanya layu kekurangan tidur. Namun, dalam diam, hatinya menyimpan dendam dan cemburu bukan pada nasib hidupnya, tetapi pada kebahagiaan yang masih dimiliki oleh abang iparnya, Azri, dan Anara isterinya.
Pagi tadi, berita pelantikan Azri sebagai Presiden Syarikat Megah Holdings terpampang di dada akhbar dan tular di media sosial. Gambar Azri tersenyum segak dalam sut mahal menyakitkan hati Hani.
Hani melihat kehidupan Azri kini begitu mewah dan bahagia. Isteri Azri sering dipuji orang, lemah lembut dan disayangi ramai. Dalam diam, Hani merasa marah. “Kenapa hidup aku begini sedangkan aku juga pernah ada keluarga yang bahagia?” Itulah suara hati yang sering berbisik dalam fikirannya.

Luka kehilangan Ashram masih berdarah. Namun dendam yang tumbuh dalam hatinya lebih dalam dari itu. Dia mula memikirkan jalan untuk 'meraih kembali' apa yang dirasakan telah dirampas daripadanya oleh takdir dan orang sekeliling.

Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi petang itu. Hani berdiri di hadapan pagar rumah banglo dua tingkat milik Azri dan Anara. Nafasnya turun naik, tangan menggenggam beg tangan lusuh yang sudah bertahun digunakannya. Dalam fikirannya hanya satu – dia tak boleh berdiam diri lagi.

"Ashram pernah cakap, dia akan Minta abangnya Azri untuk jaga aku dan anak-anak kalau sesuatu jadi pada dia. Mana janji tu, Azri?" bisik Hani sambil menggigit bibir.

Ketika pintu rumah terbuka, Azri terkejut melihat Hani berdiri di situ, basah dan menggigil. “Hani?” soalnya, berkerut dahi.

“Aku nak cakap sikit,” balas Hani tegas, tanpa salam atau senyum.

Azri memberi laluan, dan Hani masuk dengan langkah penuh kecewa. Isteri Azri, yang sedang menatang dulang teh di ruang tamu, terpaku melihat iparnya tiba-tiba muncul tanpa sebarang berita.

“Aku dengar kau dah jadi Presiden. Tahniah, Azri,” ujar Hani sambil duduk tanpa dipelawa. Matanya menikam wajah Azri tajam. “Tapi kau lupa satu benda penting.”

“Apa maksud kau, Hani?” soal Azri, tenang namun sudah dapat mengagak hala tuju perbualan.

“Janji kau pada Ashram. Kau janji nak jaga aku dan anak-anak kalau dia tak ada. Sekarang? Kau senang-lenang, anak aku makan nasi dengan kicap setiap hari!” Suara Hani mula meninggi, matanya berair menahan sebak.

Azri terdiam. Kenangan bersama arwah Ashram berputar dalam kepalanya. Memang benar, satu malam selepas kemalangan kecil yang nyaris meragut nyawa Ashram sebelum ini, dia pernah berkata, “Kalau apa-apa jadi kat aku, aku harap kau tengok-tengokkan Hani dan anak-anak aku…”

Tapi Azri tidak pernah menyangka janji itu akan menjadi realiti. Dan selama ini, dia menganggap bantuan kecil setiap bulan sudah memadai.

“Aku tak mintak simpati. Tapi aku tuntut janji. Kalau kau betul abang Ashram, buktikan,” kata Hani tegas, sebelum bangun dan melangkah keluar, meninggalkan keheningan dan rasa bersalah dalam hati Azri.

Selepas Hani melangkah keluar dari rumah itu dalam keadaan marah dan kecewa, Anara meletakkan cawan teh ke meja. Tangannya menggigil sedikit.

“Abang… kalau betul abang nak bantu dia, buatlah. Tapi jangan sampai dia pijak kepala kita. Saya bukan tak kesian, tapi saya juga isteri abang… saya pun ada hati dan anak-anak kita juga perlukan ruang.”

Azri mengangguk perlahan. Malam itu dia duduk termenung lama di beranda, memikirkan janji pada arwah Ashram dan keadaan Hani yang semakin terdesak. Keesokan paginya, dia membuat keputusan.

Petang berikutnya, Hani dipanggil semula ke rumah itu. Dia datang dengan wajah tegang, bersedia untuk mendengar ‘syarat’ yang mungkin bakal menghina maruahnya sebagai balu.

Azri duduk berhadapan Hani, manakala Anara berdiri di sisi suaminya, tenang dan penuh diplomasi.

“Hani,” Azri membuka bicara. “Aku takkan abaikan janji aku pada Ashram. Aku akan bantu kau dan anak-anak, tapi dengan cara yang lebih seimbang dan terhormat.”

Hani senyap, keningnya terangkat sedikit.

“Aku tawarkan kau tinggal di rumah rumah lama peninggalan ayah aku Di belakang rumah Agam ni, rumah tuBesar dan selesa, tak perlu bayar sewa. Tapi dengan satu syarat…”

“Apa dia?” Hani menyilang tangan, menahan jantung yang berdebar.

“Kau mestikerja di sini. Bantu urus rumah ni — kemas, masak, tengok anak-anak bila perlu. Gaji tak banyak, tapi kau boleh tinggal percuma. Makanan dan keperluan asas kami tanggung, yuran pengajian anak anak jsubjuga Kami tanggung.

Sunyi.

Hani menggigit bibir. Hatinya tercalar. Dia datang menuntut janji — bukan untuk dijadikan pembantu rumah kepada iparnya sendiri. Tapi dia juga sedar, realitinya sekarang dia tak mampu pun bayar sewa bilik di bandar, apatah lagi menyekolahkan anak-anak dengan sempurna.

Dia menunduk. “Kalau itu cara satu-satunya untuk hidup… aku terima.”

Anara menarik nafas lega. Tapi dalam hati Hani, muncul satu janji baru dia akan buktikan, walaupun dianggap hanya pembantu, dia bukan perempuan yang mudah diinjak.

maaf lama diam, Che da Ada masalah sikit dirumah ni, sekarang ni Dah ok sikit Baru boleh teruskan menulis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience