Dewan lelongan. 1:30 tengah malam.
Black Shadow melangkah masuk ke dewan lelongan, M4 carbine teguh di tangan.
TAT! TAT!
Dentuman pertama memecah keheningan, bergema seperti halilintar dalam ruang bertutup. Peluru .223 Remington menembusi dada seorang pengawal; tubuhnya terhumban ke atas meja mahogani yang sarat dengan fail kontrak. Jeritan panik segera meletus. Para tetamu lelongan, lelaki bersut mahal, wanita bergaun mewah, berebut lari, menolak antara satu sama lain. Kaca berderai, lampu gantung berayun liar.
Black Shadow berdiri di ambang pintu, siluetnya hitam pekat. Laras karbin pendek masih berasap. Dari balik topeng separuh muka, sepasang mata yang tajam dan dingin menyapu seluruh ruangan.
Tiada amaran. Tiada rundingan. Hanya tembakan yang datang berturut-turut, teratur. Setiap picu ditekan dengan tenang namun kejam. Mana-mana pengawal yang cuba mengangkat senjata rebah seketika kemudian, peluru menghentikan mereka sebelum sempat bertindak.
“Shit!” Ivan tersentak. Zareen, Rafiq, dan Khal di posisi overwatch turut tergamam.
Ivan segera tekan PTT, suara mendesak: “Eclipse, Ghost. Situation compromised! Black Shadow engaged. Auction blown, I say again, auction blown!”
Tiada jawapan. Hanya statik berdesir di telinga.
“Shit.” Ivan menggertap gigi, kemudian buat isyarat tangan: Abort infil.
Rafiq masih terpaku di terminal sisi bilik lelongan, cuba tarik data terakhir. Namun alarm sudah meraung, lampu merah kecemasan berkelip tanpa henti. File gagal diambil. Intel burn.
Zareen menarik bahu Ivan kasar, matanya membulat. “Kita dah burn. RQF, sekarang!”
Ivan angguk, rahang mengeras. Dia tekan PTT lagi. “Eclipse, Ghost. Mission abort. Request QRF immediate deploy. Over.”
Kali ini suara Hadif muncul, tegang, cepat.
“Ghost, copy. Abort confirmed. QRF inbound—ETA three mikes. Hold until breach.”
Black Shadow melangkah perlahan di antara kerusi terbalik. Tangan kirinya memusing pistol, tangan kanan kekal pada karbin. Dia tidak menembak membabi buta. Setiap tembakan terarah kepala, dada, arteri. Senyap selepas jeritan terakhir.
Di sudut dewan, kamera keselamatan masih berkelip merah. Black Shadow menoleh sekejap. Senyuman tipis terukir di balik topeng.
Dia menghilang ke bayang tangga besi, memburu mangsa seterusnya.
Khal sempat menjeling ke bawah. Dari tingkap kecil dek sisi, dia nampak bayangan bot RHIB musuh menghampiri, enjin deras membelah ombak.
“Ivan!” bisiknya tegang. “Kita ada company. Strength heavy. Satu platoon at least.”
Ivan mengetap rahang, tarik nafas panjang. “Alright. Ghost, regroup! Defensive fallback. Hold position sampai QRF masuk. Clear extraction route dengan civilian!”
Suasana semakin kacau. Dari dek bawah kedengaran dentuman kecil. Mungkin bom tangan, mungkin tembakan panik. Atau mungkin Black Shadow yang sedang mengamuk.
Ivan menjeling sekilas ke arah pasukannya. Misi infil dan kumpul intel? Burn. Sekarang cuma satu objektif.
Survive.
Sekarang mereka bukan lagi pemburu.
Mereka mangsa yang terkepung di dalam perut kapal.
Bunyi tapak kaki berlari menghentak besi. Jeritan perintah dalam bahasa asing bercampur dengan deruman bot yang baru merapati kapal. Seorang demi seorang pengawal bersenjata AK naik melalui tangga tali dan grappling hook.
Ghost Team sudah dalam formasi Ivan di depan, Khal cover belakang, Zareen dan Rafiq tengah. Semua senjata mereka compact, HK416C dan MP7, sesuai untuk CQB.
Tapi situasi tidak terkawal. Black Shadow sudah mula menembak di dek bawah, setiap dentuman mengundang panik.
Ivan hulur mirror kecil di hujung, pandang selekoh. Dua pengawal sedang mara, senjata terangkat.
Dia isyarat tangan. “Ambush.”
Khal golek flashbang kecil ke lantai
BAM!
Dentuman putih membutakan seketika. Ivan dan Zareen tembak serentak, dua target rebah.
Namun bunyi tembakan itu menarik lebih ramai. Dari hujung koridor lain, sekumpulan pengawal mara agresif, menjerit, menembak rambang.
“Contact front, multiple!” Rafiq melaung.
Peluru menghujani dinding besi, percikan api dan serpihan terbang. Ghost terpaksa masuk satu bilik kecil sebelah untuk berlindung.
Dalam bilik simpanan wain, nafas Zareen laju. “Ivan, kita tak boleh bertahan lama. Mereka masuk gelombang demi gelombang.”
Ivan menggertap gigi. “Kita ikut rentak dia…”
“Dia?” Rafiq bingung.
BRRT-BRRT-BRRT!
Sebelum Ivan sempat menjawab kedengaran bunyi tembakan dari luar. Satu demi satu jeritan pengawal terputus. Bila Ivan intai, lorong sempit itu sudah berlumuran darah.
Black Shadow.
Dia berjalan perlahan, pistol suppressor di tangan kanan, karbin di tangan kiri. Mayat bergelimpangan, semua ditembak di titik vital.
Ivan pandang sekilas tubuhnya memang Zayan, tapi mata itu lain. Dingin. Brutal.
“Holy shit…” bisik Khal.
Black Shadow berhenti, menoleh pada Ghost. Senyum tipis di balik topeng. Tiada kata. Hanya angkat pistol dan terus mara.
Ivan tidak ada pilihan. “Ghost, ikut Zayan. Kita tak survive kalau main textbook. Ikut tempo dia.”
Pengawal masuk lagi, kali ini 6 orang serentak. Black Shadow tidak berlindung lama, dia keluar, mara agresif. Tembakan maut ke kepala atau dada, terus bergerak tanpa henti.
Ghost terpaksa ikut. Ivan keluar bersama Zareen, tembakan bertubi, pendek dan terkawal, cover kiri kanan Black Shadow.
Rafiq balas tembakan ke belakang, Khal jaga flank. Mereka bergerak ke depan bukan bertahan. Taktik offensive CQB.
Lorong kapal jadi neraka kecil. Kelongsong peluru berterabur, bau mesiu menyesakkan paru-paru. Darah meleleh di lantai besi licin.
Black Shadow mara tanpa ragu, seolah tahu arah musuh datang. Setiap gerakan pantas, kejam, nyaris tidak bagi ruang Ghost ikut protokol.
Ivan terpaksa abaikan SOP. “Zareen, flank kiri! Rafiq, suppress! Khal, close in!”
Dia tahu kalau cuba lawan rentak Black Shadow, mereka habis. Cara untuk bertahan hanya dengan masuk dalam irama brutal itu.
Dan perlahan-lahan, Ghost mula menyedari…
mereka bukan lagi mengawal misi.
Mereka hanya menumpang arus gelap yang dipacu oleh Black Shadow.
Peluru terus berdentum. Api kecil mula marak dari panel dinding yang ditembusi tembakan. Lorong kapal dipenuhi asap mesiu, bau darah, dan jeritan pengawal yang semakin panik.
Ivan bergerak rapat di belakang Black Shadow. Dia tahu lelaki itu bukan lagi Zayan.
Mata dingin di balik topeng balaclava itu hanya tahu satu benda.
Memburu.
“Maintain tempo. Jangan pisah dari Zayan.” Ivan arah tegas melalui alat komunikasi.
Zareen mengetap bibir, suaranya berat. “Kau tahu apa jadi kalau kita biar dia loose sepenuhnya.”
Ivan tidak menjawab. Dia tahu. Mereka semua tahu. Tapi sekarang, brute force Black Shadow adalah satu-satunya jalan untuk menembusi defensive line kapal mewah ini.
Mereka tiba di sebuah Ballroom VIP. Para pembeli senjata eksotik, taikun asing, broker gelap, malah pegawai tentera korup, duduk di kerusi baldu, segelas champagne di tangan.
Namun suasana itu runtuh bila pintu sisi dihentak terbuka.
Black Shadow masuk tanpa salam.
Tat! Tat!
Dua pengawal depan rebah dengan peluru menembusi kepala mereka.
Jeritan bergema. Tetamu panik, meja terbalik, kaca pecah.
“CQB, CQB!” Ivan melaung. Ghost masuk formasi, tembakan presisi cover kiri kanan.
Tapi rentak Black Shadow terlalu agresif. Dia mara terus ke depan, menendang meja, menembak tanpa ragu, double tap setiap target. Peluru AK dari pengawal musuh berdesing, tapi seakan tidak langsung melambatkan langkahnya.
Ghost terpaksa ikut rentak
Khal, yang biasanya paling tenang, kini menjerit:
“Contact kanan! Aku suppress!”
Dia lepaskan burst pendek, MP7 berasap.
Rafiq tarik flashbang, golek ke bawah meja.
PAM!
Dentuman putih. Black Shadow gunakan momen itu melompat ke atas meja utama, sliding shot, dua pengawal tumbang serentak.
Zareen tembak cover kiri, tapi ekor matanya masih terarah pada Black Shadow. “Tskk...sial, Zayan.”
Ivan bercakap tanpa menoleh, terus menembak: “Jangan lawan arus.”
Sedar tak sedar dah bab 62. Novel lain tak pernah sampai 60 bab. Terima kasih kepada semua pembaca dan terima kasih sangat² pada reader yang komen. Saya jadi bersemangat nak menulis bila baca komen anda. Saya sangat² hargai pembaca dan penulis komen.
Share this novel