Bab 59

Romance Series 7113

Operasi Dark Hunter. Fasa 2B

Perairan Langkawi. Sektor Barat Kapal Al-Saffron
11:40 malam

Laut gelap terbentang luas, hanya berkilau sedikit bila bulan terpantul di riak ombak. Bunyi enjin bot laju hampir tidak kedengaran, direka khusus untuk operasi senyap. Di dalamnya, empat operator Team Knight sudah siap bersenjata penuh.

Kai Lin, ketua Team Knight, duduk di hujung bot. Matanya tidak pernah lepas dari siluet Al-Saffron yang makin jelas di horizon. Di sisi, operatif muda berbangsa India, Aarav sedang memeriksa suppressed SCAR-L di tangannya, jari lembut menepuk receiver.

“ETA tiga minit,” bisik pemandu bot, suara tertahan kerana fon telinga radio.

Kai Lin angguk. Dia membuat isyarat tangan. Final check.

Aarav, Benji dan, Seif serentak lakukan pemeriksaan.

Night vision goggles flip ke bawah.

Comms intra-team diuji, hanya satu klik pendek di radio.

Senjata siap dengan suppressor; chamber round sudah masuk.

Harness climbing kit di pinggang tali cangkuk, karabiner, grappling gun ringan.

“Knight actual to Eclipse,” Kai Lin berbisik perlahan ke radio. "Knight approaching sector west. Ghost confirm in position?”

Suara Hadif bergema di headset, tenang dan penuh kawalan.
“Copy, Knight. Ghost already inside. Hold stealth approach. Time on target: zero-zero-hundred.”

Kai Lin senyum tipis. “Roger. Knight moving.”

11:47 malam. Bot perlahan mati enjin kira-kira 500 meter dari kapal Al-Saffron. Hanya bunyi ombak dan angin yang tinggal.

“Overboard,” arahan ringkas Kai Lin.

SPLASH!

Seorang demi seorang operator terjun ke laut. Tenggelam ke dalam laut gelap. Bot segera berpatah balik, menghilang ke kegelapan.

Team Knight berenang dengan fin, tubuh mereka dilindungi dry suit hitam. Senjata masing-masing tersimpan dalam beg kalis air diikat rapat.

Di hadapan, kapal mewah itu kelihatan bagai benteng bercahaya di tengah gelap. Lampu flood berkilau di geladak, CCTV berputar perlahan, dan pengawal bersenjata kelihatan seperti bayang hitam berlegar.

Aarav berbisik rendah melalui alat komunikasi khas kalis air. “Eyes on two guards portside. Patrol interval: thirty seconds.”

Kai Lin balas cepat.
“Wait for dead zone. Then move.”

Mereka sampai di dinding barat kapal, betul-betul di sektor bayang yang terlindung dari cahaya. Kai Lin keluarkan grappling gun, menembak cangkuk logam ke tepi rel dek. Bunyi ketukan kecil logam bertemu logam, tetapi hilang dalam deru ombak.

“Hook secure,” lapor Kai Lin

Tali ditarik ketat. Seorang demi seorang mula panjat, kaki menjejak dinding kapal licin. Pergerakan pantas tapi senyap, hanya desiran pakaian taktikal digesel angin.

Aarav sampai dulu di tepi dek. Dia intai perlahan. Seorang pengawal berjalan menjauhi posisinya, bahunya santai, senapang digantung tanpa disiplin.

Aarav angkat tangan buat isyarat ke bawah. Kai Lin naik, diikuti yang lain. Dalam kiraan beberapa detik, empat orang operatif Team Knight sudah berada di dek barat, senjata terangkat.

Kai Lin buat isyarat: stack, move interior.

Mereka berlari senyap ke arah pintu servis. Aarav keluarkan lock pick gun, bekerja pantas. Dua saat.

Klik.

Pintu terbuka sedikit. Bau pendingin hawa mewah bercampur wain menyapa mereka. Dari dalam, kedengaran muzik klasik samar, tanda acara bakal bermula.

Kai Lin aktifkan radio. “Knight actual to Eclipse. Knight inside perimeter. Moving to sync point with Ghost.”

Hadif jawab segera.
“Copy Knight. Ghost already near auction hall. Black Shadow status unknown. Proceed with caution.”

Kai Lin beri isyarat tangan kepada pasukan. Mereka masuk seorang demi seorang. Senjata kemas diangkat, mata tajam memeriksa setiap sudut.

Misi baru sahaja bermula dan Team Knight berjaya menyusup masuk ke dalam kapal.

-------

Di geladak atas, muzik jazz halus bercampur dengan derai gelas kristal. Para pembeli senjata berkumpul, menunggu acara lelongan bermula. Lampu chandelier berkilau, aroma mahal cerut Cohiba memenuhi udara.

Namun jauh dari cahaya itu, Team Viking masih berada di lokasi overwatch. Di pulau Kecil, 700 meter dari kapal mewah Al-Saffron.

Di celah batu karang dan hutan bakau, empat operator Viking berbaring dengan ghillie suit hitam-hijau, teleskop panjang mengintai ke arah kapal Al-Saffron.

Di telinga mereka, suara mission commander ECLIPSE, Hadif masuk perlahan melalui alat komunikasi.

“Ghost sudah dalam kapal. Knight standby di dek kargo bawah. Viking, report status.”

Operator Viking Two menekan PTT.

“Visual confirm. Pengawal dek luar ada enam orang. Pola rondaan setiap tujuh minit. Lelongan akan mula bila jam kapal berdentang tengah malam. Crowd penuh.”

Viking One menukar lensa thermal ke night optic, fokus pada sisi kanan kapal. Bayangan dua penyelam pengawal musuh dilihat turun naik sekitar dinding kapal.

“Dive guard confirmed. Dua lelaki, selang sepuluh minit. Laluan bawah air clear selepas itu.”

-------

Sementara itu, di dek servis bawah,

Ruang bawah kapal itu gelap, hanya cahaya neon biru samar dari laluan kecemasan. Antara peti besi wain dan bilik simpanan, Zayan yang berpakaian taktikal hitam perlahan-lahan bergerak.

Zayan sudah menunggu berjam-jam dalam ruang ventilasi sempit, hampir tidak bergerak. Kini, saat lelongan hampir bermula, dia keluar dari persembunyian. Langkahnya senyap, kasut selamnya dipadankan dengan tapak lembut getah.

Dia mengekori laluan sempit teknikal, tubuhnya rapat ke dinding, setiap gerakan seperti bayang-bayang yang hidup.

Di bilik kawalan dalaman Ghost. Ivan, Ketua Team Ghost, memerhati melalui fiber-scope yang dipasang di celah pintu servis. HUD helmetnya mengesan siluet bergerak.

Dia berbisik rendah ke dalam radio khas. “Eclipse, Ghost confirm visual. Ada subjek bergerak di sektor dek servis bawah. Bukan hostiles biasa. Cara jalan… trained.”

Zareen yang menunggu di sisi hanya memerhati.

Ivan mengetap rahang. Ada tetamu tidak di undang. Matanya mengekori sosok hitam itu yang melewati koridor sempit, menghilang ke arah dek tengah.

Di dek kargo, tempat Team Knight berada.Team Leader Knight, Kai Lin menerima feed thermal dari salah satu kamera tersembunyi yang mereka pasang awal. Siluet hitam muncul di monitor bergerak cepat, tapi disiplin.

Kai Lin menarik nafas.

“Knight to Eclipse. Confirm sama visual dengan Ghost. Black figure in motion. Highly tactical. Kita tak boleh engage, crowd terlalu dekat.”

Suara semua laporan masuk hampir serentak di headset Hadif. Dia berdiri di command post jauh di Thailand, mata fokus pada peta digital.

“Roger. Ghost, Knight, maintain shadow-tracking. Jangan dedah posisi. Aku repeat, jangan engage. Kita belum tahu dia hostile atau friendly. Priority masih hostage.”

Zayan menuruni tangga besi perlahan, tubuhnya hampir melekat pada dinding. Dia berhenti seketika, mendengar bunyi pengawal bercakap di dek atas. Nafasnya dikawal, hampir tak kedengaran.

Di pergelangan tangannya, jam digital menunjukkan 11:59 malam.

Matanya terarah ke satu pintu besi laluan menuju kabin bawah, tempat Zulaikha dikurung.

Jam di kapal berdentang 12 kali. Auction bermula.

Dan pada saat itu, Ghost & Knight hanya mampu menonton sosok hitam itu bergerak dalam senyap. Mereka tidak dapat bertindak.

*Stack = formasi masuk/ susun barisan

*Move = bergerak/ maju

*Interior =ruang dalam/ masuk dalam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience