Lampu kristal gantung menyinari dewan mewah itu. Muzik klasik bergema perlahan, bercampur dengan suara tetamu elit yang duduk di kerusi baldu merah. Setiap meja dihiasi gelas kristal dan botol wain import.
Di pentas, Tengku Rizz muncul dengan tuxedo hitam, langkahnya penuh keyakinan. Dia mengangkat gelas wain, senyumnya lebar, matanya tajam.
“Ladies and gentlemen… tonight, history is being made. Items that cannot be bought on the open market… are now reserved only for those truly worthy.”
Sorakan kecil kedengaran. Semua tetamu adalah orang berpengaruh tauke senjata, broker minyak, bekas jeneral yang korup.
Di sisi pentas, beberapa kotak kayu dibawa naik. Dilengkapi segel besi, di dalamnya, senjata eksotik yang bakal dilelong.
Di pentas, Tengku Rizz menepuk tangan. Kotak pertama dibuka. Di dalamnya rifle prototaip dengan sistem penembakan yang hanya segelintir orang pernah lihat.
Sorakan kecil bergema. Tawaran pertama bermula.
Lelongan di dewan utama makin rancak. Gelak tawa dan tepukan tangan bercampur suara tukang lelong.
Di koridor sempit dek bawah, Knight Team bergerak perlahan. Senjata tersandang, night vision ON, nafas teratur, formasi rapat. Fokus: extract Zulaikha.
Kai Lin angkat tangan, fist closed- hold. Semua berhenti. Dari sudut lorong, bunyi langkah seseorang. Bukan pengawal. Lebih senyap. Lebih terkawal.
Seif berbisik, “Contact… bukan guard.”
Sementara itu, Ghost Team atas balkoni.
Ivan memerhati melalui thermal optic. Ada siluet bergerak di koridor bawah, dekat sektor Knight. Pergerakannya tersusun.
Ivan segera buka alat komunikasi.
“Knight, be advised. Unknown unit in your sector. Movement abnormal. Possible hostile.”
Di ruang teknikal, Zayan berhenti. Nafasnya mula berat. Bunyi auction dari atas makin jauh, seolah-olah tenggelam dalam kepalanya. Dia tersandar di dinding kapal.
Suara kecil berbisik dalam fikirannya, “Biar aku bertindak, Zayan. Kau lambat. Aku lebih pantas.”
Zayan menutup mata, cuba tarik nafas, cuba kawal. Tapi tekanan di kepala semakin kuat. Otot leher menegang, jari bergetar.
Kawalan hilang.
Nafasnya berubah kasar. Pandangannya menjadi gelap, lebih tajam. Black Shadow mengambil alih. Pergerakannya kini tangkas dan agresif.
Zayan bukan lagi Zayan.
Langkahnya berubah jadi gerakan predator. Pisau combat ditarik, bergerak senyap seperti bayang. Dia tidak lagi fikir extraction atau ROE. Hanya satu naluri. Neutralize semua halangan.
Dari koridor, dua pengawal muncul. Sebelum sempat buka mulut,
SHHK!
Pisau menembusi tekak pertama. Badan kedua dipulas, dihentak ke dinding, senyap tanpa tembakan. Darah menitis ke lantai besi.
Kai Lin dan dua anggota Knight terdengar bunyi benda jatuh. Mereka gerak ke corner, IR scope naik.
Apa yang mereka nampak membuatkan maaing-masing terpegun. Seorang lelaki berpakaian gelap, half-face mask dengan balaclava berdiri di sisi dua mayat pengawal. Tangan berlumuran darah, mata liar. Jelas bukan sebahagian dari orang Tengku Rizz. Tapi siapa?
Kai Lin segera menekan alat komunikasi.
“Eclipse, Knight to command. Eyes on unknown hostile. Negative ID, brutal. Hostile engaging. Two tango down.”
Zayan bergerak cepat, langkah senyap tapi pasti. Setiap sudut lorong diperiksa dengan pantas.
Matanya terus memerhati pintu bilik tahanan. Setiap pergerakan di koridor diambil kira, setiap bayang disiasat. Tiada ruang untuk kesilapan.
Dia capai pemegang pintu bilik tahanan, menarik perlahan tangan tetap pada pistol, night vision menyorot gelap ruang. Di dalam, Zulaikha duduk di kerusi. Lemah namun dalam keadaan berjaga.
Pintu kabin berderit perlahan, sengaja tidak dihempas. Bau besi berkarat bercampur bau laut tiba-tiba dilapisi sesuatu yang lebih pekat, bau peluh bercampur minyak senjata.
Zulaikha mendongak. Nafasnya tertahan.
Dari celah pintu, muncul siluet serba hitam. Topeng half-face matte, balaclava menutupi wajah, hanya mata yang kelam dan dingin menembus ruang.
Bayangan itu berdiri tepat di hadapannya.
Senyap. Hanya bunyi nafas rebreather masih terpasang.
“Siapa?” suara Zulaikha perlahan, bergetar.
Lelaki itu tidak menjawab. Hanya kepala sedikit condong, seakan sedang menilai situasi.
Bayangan itu membongkok sedikit, wajahnya hampir sejajar dengannya. Mata tajam di balik topeng hitam. Yang ada hanyalah tatapan dingin yang menekan.
"Siapa?" soal Zulaikha lagi. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak nampak apa-apa di dalam kabin yang gelap.
Suara bayang itu akhirnya keluar, sedikit serak dan datar
”Stay down."
Mata Zulaikha membulat." Z-Zayan?" Dia kenal suara itu, walaupun kali ini sedikit serak dari biasa. "Zayan?" panggil Zulaikha lagi. Mahu kepastian.
"Shhh...Zayan tiada, hanya aku yang ada, Isabel." Bayang itu bersuara lagi. Dahi Zulaikha berkerut. Keliru. Zayan tidak pernah memanggilnya Isabel?
Dengan satu gerakan keras, pisau itu memutuskan zip-tie di tangannya.
Zulaikha menggenggam pergelangan tangannya yang luka dan lebam. Dalam kelam, dia cuba tatap mata lelaki itu lagi, cuba memastikan jika itu Zayan.
Zulaikha berbisik hampir tidak bersuara.
“Zayan… itu awak, kan?”
Black Shadow tidak menjawab. Dia hanya berdiri, bahunya naik turun, seakan menahan diri. Tangannya masih menggenggam pisau, darah musuh tadi masih melekat di mata pisau yang berkilau samar.
Dia berpaling ke arah pintu. Perlahan-lahan, dengan nada dingin, dia hanya berkata, “Kau tunggu sini… Team Knight akan ektrak kau.”
Kemudian Black Shadow keluar semula, meninggalkan Zulaikha tanpa jawapan.
Beberapa detik kemudian, bunyi derapan but taktikal bergema di koridor kabin. Pintu dikuak perlahan. Knight Team masuk, nafas terkawal, senjata siap, formasi rapat. Hujung laras senjata dihala ke arah depan, setiap sudut bilik disapu oleh optic mereka.
Melalui night-vision goggles, mereka nampak Zulaikha berdiri di sudut kabin. Tangannya sudah bebas.
Kai Lin memberi arahan tegas:
“Hands up, ma’am.”
Zulaikha perlahan-lahan mengangkat tangan. Seif dan Aarav segera menghampiri, memeriksa keadaan serta mengesahkan identiti sebelum bersedia untuk ekstrak.
Kai Lin menekan butang komunikasi perlahan:
“Eclipse, Knight to command. Eyes on hostage." Kai Lin menghampiri Zulaikha yang nampak lemah dan keliru.
"Mana Zayan? Dia masih ada misi lain?" soal Zulaikha.
Kening Kai Lin berkerut. Memang tadi ada unknown hostile masuk ke bilik ini. Itu zayan? atau lebih tepat lagi, Black Shadow. Jadi Black Shadow yang telah membunuh dua pengawal tadi.
Kai Lin menekan butang komunikasi. "Eclipse, Knight to Command. Possible ID on Unknown Hostile… likely Black Shadow.”
Di ruang command, Hadif meraup wajah dengan tangannya. Akhirnya, nama itu muncul kembali.
“Roger that, Knight. Do not engage. Keep your profile low. Priority is hostage extraction.”
Share this novel