Bab 38

Romance Series 7113

Penang State Art Gallery, Pulau Pinang
10:00 pagi

Cahaya semula jadi yang lembut masuk melalui tingkap kaca besar galeri seni, menyimbah ke dinding putih yang dipenuhi karya lukisan kontemporari dan klasik tempatan. Suasana tenang dan teratur, hanya diserikan oleh derapan perlahan tapak kaki para pengunjung dan sesekali suara anak kecil bertanya tentang lukisan.

Hadif dan Zareen melangkah perlahan di tengah ruang utama galeri. Mereka mengenakan pakaian kasual sedondon, kemeja biru pastel dan jeans Levi’s seolah-olah pasangan muda yang sedang menikmati hujung minggu berdua. Zareen melilit shawl krim di kepala. Sesekali dia tersenyum memandang Hadif yang turut mengikut rentak lakonan Zareen. Tangan mereka bertaut erat, meyakinkan sesiapa yang memandang bahawa mereka hanyalah sepasang kekasih biasa.

Namun di sebalik senyuman itu, mata mereka awas, dan pergerakan penuh kira-kira.

Di satu sudut berhampiran pintu utama, Rafiq dan Khal turut menyamar sebagai pengunjung. Rafiq berpura-pura meneliti lukisan cat minyak bertemakan urban Kuala Lumpur, manakala Khal berdiri di sisi rak brosur pameran. Kedua-duanya memegang telefon pintar, dan alat komunikasi kecil yang hampir tidak kelihatan terpasang di telinga.

“Target one masuk, arah 12:00,” bisik Khal perlahan melalui alat komunikasi.

Seorang wanita melangkah masuk. Rambutnya disanggul kemas, tubuhnya dibaluti blazer kelabu, blaus satin putih dan skirt pensil hitam, Sofea, setiausaha peribadi Tengku Rizz.

Langkahnya tenang, namun matanya liar, memerhati setiap inci ruang galeri. Dia melangkah perlahan, berpura-pura meneliti lukisan-lukisan pameran.

Beberapa minit kemudian, muncul seorang lagi wanita. Anggun dan penuh karisma. Dalam lingkungan usia lewat 50-an. Dress labuh berwarna hitam arang membaluti tubuh rampingnya. Selendang mewah dililit rapi, menutupi sebahagian rambut dan wajah. Cermin mata hitam besar menyembunyikan riak ekspresi, namun aura elegannya membuatkan beberapa pengunjung menoleh dua kali.

“Target two muncul,” bisik Rafiq perlahan sambil menyentuh alat komunikasinya.

Serentak, Hadif dan Zareen menukar arah. Mereka berpura-pura tertarik pada lukisan berhampiran kedua-dua wanita itu. Khal bergerak pantas ke pintu utama, mengawal laluan keluar.

Hadif menarik nafas panjang sebelum menghampiri.

“Puan Sri?” sapanya dengan senyuman profesional.

Puan Sri Helena kelihatan terkejut. Wajah di sebalik cermin mata hitam berubah riak. Spontan dia melangkah ke belakang, hampir terlanggar Sofea. Sofea pula reflek meraba sarung pistol di paha.

“Puan Sri... please. Saya bukan musuh puan.” Hadif mengangkat sedikit tangannya, memberi isyarat damai. Wajah Hadif tenang.

“Bukan musuh?” Nada Puan Sri tajam, namun ditahan rendah. “You’re from ECLIPSE, right? Orang-orang kamu yang bunuh Rizal. Kamu semua... orang Rizz.”

Nada suaranya bergetar, dan matanya mula berkaca.

“Arwah Tan Sri Rizal juga dari ECLIPSE, Puan Sri,” jawab Hadif perlahan namun tegas. “Kami kehilangan seseorang yang penting malam itu. Kami tidak pernah mengkhianatinya.”

Puan Sri Helena menggeleng perlahan. Wajahnya tampak tegas, namun sorot matanya sarat dengan kekeliruan dan amarah yang ditahan.
"No. I know ECLIPSE killed him."

“Puan Sri… tolong beri kami peluang untuk jelaskan semuanya. Kami… kami dah berjaya pulihkan ingatan Zulaikha,” ujar Hadif, suaranya tenang namun mendesak.

Puan Sri Helena membeku. Tangannya spontan menekup mulut. Air mata mula bergenang.

“Dia... dia dah ingat semuanya?”

“Ya, Puan Sri. Zulaikha ingat siapa dirinya. Dia tahu siapa musuh sebenar. Dan dia...nak jumpa puan sri.”

Puan Sri menunduk sedikit. Nafasnya tidak teratur. Sofea di sisi cuba menenangkannya dengan menyentuh lembut lengannya.

“ECLIPSE tak pernah berniat mengkhianat. Kami disabotaj dari dalam. Kami perlukan bantuan puan , Cik Sofea dan Zulaikha, demi mencari kebenaran tentang kematian Tan Sri Rizal.”

Puan Sri Helena mendongak semula. Matanya berair, namun renungannya tajam.

“Kalau saya ikut awak... kalau saya percaya... macam mana saya tahu ini bukan satu perangkap?”

Hadif menghulurkan telefon.

“Mama?” Suara Zulaikha kedengaran di hujung talian, lembut dan merayu. “Can't you please follow them? I'll explain this later. I'm waiting for you.”

Puan Sri Helena memejam mata. Nafasnya berat. Lama dia diam sebelum perlahan-lahan mengangguk.

“Baiklah. Tapi satu syarat. Saya nak tahu segalanya. Tiada lagi rahsia sulit.”

“Deal.” Hadif menekan butang PTT pada alat komunikasinya. “Ivan, execute extraction. Laluan selatan. Sekarang.”

Di dalam kenderaan pemantau, Ivan menekan beberapa kekunci pada konsol mudah alih. Sistem keselamatan galeri digodam secara senyap. Paparan CCTV terhenti selama beberapa saat, memberi ruang buta sementara.

“Visuals scrambled. You’re clear,” lapor Ivan.

Zareen menghampiri Puan Sri Helena, satu tangan di fon komunikasi, satu lagi bersedia untuk kawalan fizikal jika perlu. “Puan, ikut saya sekarang. Jangan berhenti.”

Rafiq mengiringi Sofea dari sisi kanan, memastikan close protection sepanjang laluan. Hadif dan Khal mengawal perimeter, menyapu pandangan ke setiap sudut, jari bersedia di suis keselamatan senjata.

“Alpha Team, moving. Lima puluh meter ke pintu belakang,” lapor Khal dengan suara rendah.

Mereka bergerak dalam formasi tertutup, langkah senyap tetapi pantas. Pintu evakuasi di sebelah selatan telah dibuka secara automatik oleh Ivan.

Di luar, SUV hitam sudah menanti dengan enjin hidup, posisi condong untuk quick exit. Ivan berada di tempat pemandu, mata ralit mengawasi paparan drone feed di tablet.

“Go! Go! Go!” arahan terakhir diberikan.

Zareen membuka pintu belakang SUV dengan pantas tetapi terkawal, matanya masih aktif memerhati sekeliling.

“Clear,” lapornya ringkas.

Ivan di tempat pemandu mengekalkan enjin dalam mod idle, bersedia untuk bergerak bila-bila masa.

Puan Sri Helena dibantu masuk ke dalam kenderaan, duduk di tengah antara Zareen dan Sofea. Tangan kirinya menggenggam erat tas tangan kulit, jari-jarinya sedikit menggigil, satu-satunya petunjuk emosi yang sedang bergolak. Wajahnya kekal tenang namun rahangnya mengeras, cuba menyembunyikan ketakutan dan marah yang berselirat.

Hadif, duduk di tempat penumpang hadapan, berpaling sedikit ke belakang. Suaranya terkawal, rendah dan profesional.
“Kita akan terus ke lokasi selamat di Ipoh. Zulaikha sedang tunggu di sana.”

Nada suaranya bukan sekadar memberi arahan, tetapi juga menstabilkan keadaan, khasnya untuk Sofea yang tampak resah sejak dari galeri tadi.

Puan Sri Helena tidak membalas. Pandangannya tetap pada cermin sisi, memerhati jalan yang semakin jauh di belakang mereka.

Zareen hanya memerhati dari sisi, tubuhnya condong sedikit ke hadapan. Walaupun senyap, matanya sentiasa bergerak, memantau pergerakan luar dan dalam.

Sofea duduk tegak di sebelah Puan Sri. Wajahnya serius. Bahunya tegang, otot-otot kecil di rahang turut kelihatan menegang. Tangan kanannya diletakkan atas paha, hanya beberapa sentimeter dari thigh-holster yang tersembunyi di bawah blazer kelabu. Dia masih dalam mod siap siaga.

Selama perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh, suasana di dalam kenderaan kekal senyap hanya ditemani bunyi kenderaan di jalan jalan dan deruan angin di luar tingkap.

Misi mereka mengatur pertemuan rahsia antara Puan Sri Helena dan Zulaikha di sebuah safehouse milik ECLIPSE di pinggir bandar Ipoh. Lokasi itu hanya diketahui oleh ahli Shadow Council terpilih dan operatif kanan.

Puan Sri hanya membuang pandangan ke luar tingkap, memerhati kenderaan yang bersilih ganti. Sudah hampir dua tahun dia tidak menjejakkan kaki ke tanah air, melarikan diri dari bayang Tengku Rizz yang semakin berpengaruh.

Selama itu, dia hanya berkomunikasi dengan Zulaikha melalui Sofea, orang kepercayaannya, dan bekas operatif Team Knight yang dulu berkhidmat di bawah arahan Tan Sri Rizal. Nama kodnya: Sphinx.

Sofea terus menyembunyikan identitinya selepas pembunuhan Tan Sri Rizal, yakin bahawa ECLIPSE, khususnya ahli Shadow Council bersekongkol dengan Tengku Rizz.

Kini, semuanya bakal terbongkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience