Bab 42

Romance Series 7113

Restoran Italian Apetito, Kuala Lumpur.

8:00 malam.

Lampu chandelier kristal berkilauan lembut, memantulkan cahaya ke meja makan berlapik kain putih bersih. Hiasan bunga mawar putih segar di tengah meja menambah aura eksklusif. Aroma campuran herba Itali dan minyak zaitun memenuhi udara.

Zulaikha duduk tegak dengan tenang, mengenakan gaun satin biru gelap yang membalut tubuhnya anggun. Rambutnya disanggul kemas, hanya beberapa helai anak rambut di sisi dibiarkan jatuh lembut menghias wajah. Di hadapannya, Tengku Rizz berkemeja putih, sut gelap terletak sempurna di tubuh memandang Zulaikha dengan senyum yang cuba kelihatan santai, walaupun matanya menyimpan pelbagai agenda tersembunyi.

Pelayan yang baru menghidangkan menu utama steak wagyu untuk Tengku Rizz, salmon panggang dengan sos lemon butter untuk Zulaikha berundur perlahan sebelum memusing tubuh meninggalkan meja mereka.

“I dah fikir masak-masak. I nak kita buat majlis pertunangan sekali lagi. Kali ni, I akan pastikan majlis berlangsung tanpa gangguan.”

Zulaikha mengangkat kening sedikit, gerakannya perlahan ketika memotong salmon.

“Pertunangan… lagi sekali? Sekarang? You tak takut pembunuh tu serang kita lagi?”

Tengku Rizz menyandarkan badan ke kerusi, satu tangan bermain dengan garfu, matanya tidak lepas dari wajah Zulaikha.

“I tak takut. Dia nak bunuh I, bukan you. Kenapa you yang lebih risau?”

Zulaikha meletakkan garfu dan pisau di pinggan, bersandar, senyum nipis menghias bibir. Namun, di mata, ada riak yang lebih kompleks.

“Pembunuh tu nak bunuh future husband I. Of course I risau.”

Tengku Rizz tersenyum kecil. “Future husband… sound good.”

Zulaikha mengangguk perlahan, tetapi nada suaranya kembali serius. “You sepatutnya tangkap pembunuh tu dulu. Bila keadaan dah selamat, baru kita fikir pasal pertunangan.”

Tengku Rizz terdiam seketika, memusing gelas airnya perlahan.

“Dan satu lagi… I nak masuk syarikat semula.I nak Jawatan lama I.”

Nada tegas itu membuat Tengku Rizz mengangkat muka, merenungnya lama.

“Kalau you nak masuk syarikat semula, kita kena jugak buat pertunangan ni. Macam mana I nak yakinkan lembaga pengarah yang you betul-betul dah sembuh? Susah dia orang nak percaya kalau kita masih… jauh.”

Zulaikha diam, bibirnya bergerak sedikit seperti mahu berkata sesuatu tetapi ditahan.

“Baiklah… I setuju. Tapi I nak tahu satu benda. You nak kahwin dengan I sebab cinta… atau sebab lain?”

Tengku Rizz menghela nafas pendek.

“Apa yang you merepek ni, sayang? Of course I love you. Kalau Pak Ngah masih ada, dia pun akan pilih I jadi menantu.”

Zulaikha tersenyum tipis, menunduk sedikit, menyembunyikan sesuatu di balik ekspresi tenang itu.

“…Dan lagi satu, I nak mak ngah ada masa majlis pertunangan tu. Untuk elakkan persepsi negatif orang. I tak nak orang fikir I gunakan You, untuk dapatkan kuasa dalam syarikat.”

Zulaikha mengangguk perlahan, meneguk air dari gelasnya.

Tidak jauh dari meja itu, Zayan berdiri di tepi bar, berpura-pura membelek menu minuman. Namun telinganya menangkap setiap patah perkataan. Rahangnya mengetap, dia kurang senang jika Zulaikha terpaksa bertunang dengan Tengku Rizz demi misinya.

Di luar tingkap restoran, lampu neon kota berkelip-kelip. Dari pandangan luar, ia sekadar malam yang indah di tengah kota. Tetapi di meja itu, sebuah permainan kuasa sedang berlangsung dan belum tentu siapa yang akan menang.

Selesai makan malam, Tengku Rizz dan Zulaikha bangun meninggalkan restoran. Zayan setia mengekori dari belakang, langkahnya mantap namun matanya tajam memerhati. Tangan kiri Tengku Rizz santai memaut pinggang Zulaikha, seolah mahu menunjukkan sesuatu.

Kening Zayan berkerut. Aneh. Zulaikha tidak menolak pautan itu. Ketika mereka bercinta dahulu, tidak pernah dia menyentuh Zulaikha sebegitu. Adab Melayu dan batas agama dia jaga rapi. Malah, sewaktu Zulaikha tercedera dua minggu lalu, dia hanya mencuci luka wanita itu sekali sahaja selepas itu langsung tidak masuk ke biliknya apabila Zulaikha sudah mampu menguruskan diri sendiri.

Mengikut maklumat dalam USB yang Zulaikha serahkan kepada Hadif, agama asalnya adalah Katolik. Namun, dia tahu penganut Katolik juga menjaga batas pergaulan. Zayan mengetap rahang. Geram melihat Zulaikha membiarkan pinggangnya dipaut begitu sahaja.

Sampai di kereta, barulah Tengku Rizz melepaskan pautan.

“You naik kereta I. I hantar balik.”

“I-”

“Maaf, cik. Cik perlu naik kereta dengan saya. Demi keselamatan cik.” Belum sempat Zulaikha membalas, suara Zayan memotong dengan nada tegas.

“Eh, kau siapa hah? Kenapa dia nak ikut cakap kau?” Nada Tengku Rizz meninggi.

“Maaf Tengku. Ini protokol. Saya hanya menjalankan tugas.”

“Kau tu makan gaji. Orang macam kami tak perlu dengar nasihat orang macam kau. Buat kerja kau betul-betul, jangan lebih-lebih.”

“Arahan saya jelas, Tengku. Cik Zulaikha perlu naik kereta dengan saya-”

“Hei-”

Kolar sut hitam Zayan dicengkam kemas. Mata Tengku Rizz membulat, rahangnya mengetap. Tercabar dengan kata-kata orang bawahan seperti Zayan.

“Rizz!”

Panik, Zulaikha pantas menarik tangan Tengku Rizz sehingga terlepas cengkaman itu.

“I nak ajar sikit bodyguard you.”

“Enough. Dia cuma buat kerja dia.”

Tengku Rizz spontan berpaling, lalu mencengkam dagu Zulaikha perlahan. Pandangan matanya penuh sindiran.

“Kenapa? You risau I pukul bodyguard you? You suka dia ke?”

Zulaikha terkedu sebelum menepis kasar.

“You jangan nak merepek.”

“I know, sayang. Cara you pandang dia… you kata you all dah kenal lama, kan?” Tengku Rizz tersenyum sinis.

Dia membuka pintu keretanya dan masuk. Enjin dihidupkan, meninggalkan Zulaikha berdiri kaku di lot parkir restoran. Dadanya berdebar, marah bercampur gementar.

Zulaikha menoleh ke arah Zayan, pandangannya tajam.

“Kenapa dengan awak hari ni? Kenapa awak nak marah?”

“Saya tak marah. Saya cuma buat kerja saya.” Zayan berpaling ke sisi.

“Jangan bohonglah, Zayan. Saya tahu bila awak marah. Nada suara awak dah cukup untuk bagitahu saya. Bukan sehari dua, saya kenal awak.” Suaranya tegas, sedikit kasar. Wajahnya jelas tertekan.

Zayan menjeling sekilas. Dia menyeluk poket sut yang dipakainya untuk mengambil kunci kereta. “Saya tak mahu bergaduh. Jom masuk kereta dan balik.”

“No," Zulaikha menempik. "Sekarang juga kita selesaikan. Awak dah tak ada hubungan dengan saya, tapi tindakan awak menunjukkan sebaliknya.”

“Ya. Hubungan kita dah putus tiga tahun lalu.” Nada Zayan mendatar, sukar dia hendak menerima hakikat itu.

“Fine." Zulaikha menjungkit kening. Dadanya berombak kasar. "Tapi kenapa awak cemburu? Awak tak layak cemburu. Awak yang tinggalkan saya! Awak tak tahu pun apa yang awak nak. Jadi berhenti kelirukan perasaan saya.”

“Saya tak cemburu. Saya cuma tak suka awak biarkan Tengku Rizz sentuh awak.”

Zulaikha terkedu, matanya merenung Zayan lama. Nafasnya sedikit berat. Kecewa dengan jawapan Zayan. Begitulah Zayan, dari dulu tidak pernah jujur dengan perasaan sendiri.

Malam yang sepatutnya berakhir tenang kini terasa seperti medan yang baru dibuka untuk perang yang lebih besar.

Hi gais.! Jangan lupa follow TikTok Aishah Gazali_Author.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience