Bab 53

Romance Series 7113

Highway Cheras-Kajang. 7:18 malam

SUV hitam itu meluncur deras, lampu jalan mula menyala. Hanif menekan pedal minyak, cuba memecahkan jarak dengan kenderaan lain. Di belakang, MPV gelap yang sama dari lorong tadi sudah mengejar rapat.

Zafran menoleh ke cermin sisi, wajahnya tegang.

“Mereka lock on kita. Minimum tiga orang dalam MPV tu. Driver, shooter, dan satu lagi spotter.”

Hanif mengetap bibir, cuba fokus pada laluan.

“Kita tak boleh bawa ustaz terus ke safehouse kalau diekori. SOP: putuskan tail dulu.”

SUV bergoyang sedikit saat Hanif memotong sebuah lori di lorong kiri. Dari belakang, lampu tinggi MPV menyala tanda mereka cuba intimidasi.

Izzudin di tempat duduk belakang sudah pucat lesi, jemarinya menggenggam erat tali pinggang keledar. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Cuba menenangkan diri.

Zafran menoleh sekilas. Suaranya garang tapi terkawal.

“Ustaz, tunduk. Jangan angkat kepala. Biarkan kami uruskan.”

Tiba-tiba, muncung laras senjata automatik menjulur keluar dari tingkap sisi MPV. Kilauan besi itu jelas di bawah lampu jalan.

“Contact kanan!” jerit Zafran.

Hanif segera membelok tajam ke lorong kiri, SUV hampir melanggar penghadang jalan. Serentak, tembakan meletus-

Drrrattt!

Deretan peluru 9mm menghentam pintu sisi SUV. Cermin belakang retak, serpihan kaca beterbangan.

Izzudin menekup kepala dengan kedua tangan. Nafasnya semakin pendek, panik memuncak.

“Ya Allah… mati aku malam ni!”

"Tunduk rapat ke lantai, ustazzzzz..."

Zafran segera memusing badan. Dia menurunkan tingkap belakang sebelah kanan, menarik pistol P229 dari holster dan melepaskan tiga das tembakan terarah ke tayar hadapan MPV.

Dor! Dor! Dor!

Satu peluru mengenai bampar, satu lagi tembus cermin sisi, yang terakhir hampir mengenai tayar tetapi MPV sempat mengelak.

Hanif mendengus.

“Tembakan kita tak cukup stopping power. Musuh guna kenderaan ringan berperisai, body reinforced. Kita tak boleh engage lama. Priority: keselamatan VIP.”

SUV terus dipandu laju, meluncur masuk ke lebuh raya utama. Lalu lintas waktu puncak Maghrib menambah risiko. Kereta-kereta lain membunyikan hon, pemandu panik melihat adegan kejar-mengejar bersenjata.

MPV gelap itu masih mengekori rapat. Kali ini penembak mereka menukar posisi. Berjongkok di pintu gelangsar terbuka sambil mengacukan submachine gun MP5K.

Zafran mengetap rahang.

“Mereka escalate. Full auto incoming!”

Brrrraaaaaattttt!

Peluru berhamburan, menghujani sisi SUV. Hanif menjerit, menunduk sedikit sambil mengawal stereng. Cermin sisi kanan pecah berkecai.

Zafran segera membalas dengan taktik "suppressive fire". Dia menembak ke arah penembak musuh, bukan untuk kena pasti, tetapi untuk paksa mereka berlindung.

“Hanif, ambil exit Bukit Dukung! Kita guna terrain!”

Hanif memutar stereng kiri secara mengejut, SUV meliuk masuk ke selekoh curam. MPV cuba ikut, tetapi hampir terbabas kerana kelajuan terlalu tinggi.

Beberapa saat tegang itu memberi mereka sedikit ruang.

Hanif menekan butang kecil di dashboard-komunikasi khas.

“Ghost One-Alpha, ini Echo-2. Code Red. Kami under pursuit armed convoy. Lokasi Bukit Dukung exit. Request immediate QRF.”

Suara radio berdesir sebelum balas.

“Echo-2, QRF on the way. ETA 8 minutes. Hold and evade until intercept.”

Zafran menghembus kasar.

“Lapan minit… lama tu. Kita kena bertahan sendiri dulu.”

SUV menuruni jalan sempit berbukit, lampu jalan jarang-jarang. Ustaz Izzudin menggigil, suara bagai tersekat di kerongkong. Inilah kali pertama dia melihat senjata api dan aksi tembak-menembak depan mata. Rasanya seperti berada di zon perang.

MPV sudah muncul lagi di cermin sisi, kali ini lebih dekat.

“Hanif, brake check!”

Tanpa amaran, Hanif menekan brek kecemasan kuat-kuat. SUV menjunam ke depan secara mengejut. MPV yang terlalu hampir tidak sempat brek, lalu menghentam bampar belakang dengan dentuman kuat.

BAMM!

SUV bergoncang hebat, Izzudin hampir tercampak ke depan kalau tidak kerana tali pinggang keledar.

Zafran mengambil peluang, dia membuka pintu sedikit, berpaling dan melepaskan dua das tembakan tepat ke arah radiator MPV.

Dor! Dor!

Asap mula berkepul dari enjin MPV. Ia masih bergerak, tetapi jelas semakin perlahan.

Hanif terus menekan pedal minyak semula, SUV meluncur deras memotong kenderaan awam lain.

Zafran menutup tingkap semula, wajahnya masih serius.

“Belum habis. Mereka ada pasukan kedua. Ustaz, kuatkan semangat. Ini baru permulaan.”

SUV hitam yang dinaiki meluncur laju di lorong tengah. Hanif menekan pedal minyak sehingga enjin meraung, manakala Zafran terus berjaga dengan pistol di tangan, matanya tajam memerhati cermin sisi kiri.

Di belakang, sebuah lagi MPV gelap semakin hampir. Lampunya sengaja dipadam, gerakan mereka agresif, memaksa SUV hanya beberapa saat dari pertembungan.

Zafran menekan butang radio di dashboard sekali lagi.

“Ghost One-Alpha, ini Echo-2. Code Red. Kami dalam kejaran bersenjata di jalan Bukit Dukung. Request QRF segera. Repeat, request QRF segera!”

Bunyi desiran radio sekejap, kemudian suara Ivan yang tegas masuk.

“Copy Echo-2. QRF Bravo sedang bergerak dari sektor Batu 9. ETA lima minit. Tahan sampai kami sampai.”

Hanif mengetap rahang. Lima minit di lebuh raya dengan musuh bersenjata. Terlalu lama. Jika mereka terus diserang, bukan saja keselamatan VIP, nyawa mereka berdua pasti turut melayang.

MPV gelap itu memecut ke tepi SUV, cuba menghimpit. Dari tingkapnya, muncung senapang laras pendek terjulur keluar.

“Hanif, brake check sekarang!” arah Zafran.

SUV mengerung, tayar berdecit. MPV terkejut, terhuyung sedikit ke depan. Zafran segera keluarkan SIG Sauer dan melepaskan satu das tembakan terkawal ke arah tayar belakang MPV. Dentuman kuat kedengaran, MPV tersasar sebentar tetapi masih cuba mengawal.

Izzudin menekup telinga, wajahnya pucat.

Dari arah bertentangan, dua buah motosikal sport tiba-tiba masuk ke lorong kanan, menutup laluan. Masing-masing berpenunggang bertopeng, jelas sebahagian dari pasukan penculik.

“Ini dah level konvoi serangan,” Zafran menggeram. “Ustaz, jangan angkat kepala, apa pun jadi!”

SUV kini terperangkap di kiri konkrit pembahagi jalan, di kanan dua motosikal, di belakang MPV gelap.

Tiba-tiba, dari radio, suara Ivan masuk semula.

“Echo-2, standby. Bravo-1 visual on you. Lima saat ke intercept.”

Hanif dan Zafran saling berpandangan.

Sekelip mata kemudian, bunyi deruman enjin besar kedengaran dari arah depan. Dua kenderaan taktikal Land Cruiser berperisai memotong laluan, datang dari lorong kecemasan. Lampu strobo biru-merah menyala, kaca gelapnya menampakkan muncung laras M4 yang sudah terjulur keluar.

QRF Bravo tiba.

Izzudin terperosok di sudut kerusi, tubuhnya masih menggigil. Tali pinggang masih di tubuh.

Kenderaan QRF segera mengambil formasi, satu memintas MPV dari sisi, manakala satu lagi masuk ke belakang SUV, menutup ruang. Bunyi tembakan terkawal bergema. Penunggang motosikal terpaksa berpatah balik apabila dihalang, dan MPV dipaksa menghentam pengadang jalan hingga berpusing.

Hanif terus memacu SUV masuk ke dalam konvoi QRF.

“Echo-2 secured. Target dalam custody. Bawa ke Safehouse Charlie.” suara Ivan tegas, tenang.

SUV kini berada di tengah kepungan QRF, bergerak deras meninggalkan lokasi kejaran.

Izzudin memejam mata rapat. Dalam hatinya hanya satu doa berulang kali,

“Ya Allah, selamatkan aku. Jika ini jalanMu, aku redha.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience