Tiga Minggu Kemudian
Pejabat Hansel Group Auto. 10:45 pagi
Pintu bilik mesyuarat dibuka oleh seorang pembantu peribadi. Zulaikha Isabelle melangkah masuk dengan penuh keyakinan. Blazer kelabu ashy tersarung kemas di atas dress satin putih paras lutut, dipadankan dengan tali pinggang bergaya dari jenama ZARA. Di tangannya tergenggam sebuah briefcase kulit berisi dokumen penting.
Di hujung meja kaca yang panjang, Hadif sedang meneliti beberapa helaian kertas sebelum segera bangun menyambut kehadirannya dengan senyuman profesional.
“Selamat datang, Miss Zulaikha. Lama saya tunggu wakil R&R datang bincangkan hal ini.”
Zulaikha menghulurkan tangan, berjabat dengan sopan. “Terima kasih, Encik Hadif. Kami di R&R juga sangat terbuka untuk kerjasama strategik, terutamanya bagi projek pembangunan tanah di Ulu Langat nanti.”
Zulaikha menghadiahkan senyuman kecil. Tapi jauh di sudut hati, dia menyimpan satu lagi tujuan.
Lelaki misteri itu.
Sudah tiga minggu sejak kejadian di lif malam itu. Sejak itu, bayang lelaki itu tidak pernah hilang dari fikiran Zulaikha.
Namun, sejak dia melangkah masuk ke pejabat Hansel Group Auto, kelibat Zayan belum kelihatan. Dia yakin lelaki itu pasti ada kaitan dengan dua beradik pemilik syarikat itu, Hadif dan Hadi.
“Miss Zulaikha,” Hadif bersuara sambil menutup fail. “Boleh kita terus ke lokasi sekarang? I’d appreciate your input for this land viewing.”
“Of course. Hmm... are we driving separately?” soal Zulaikha, berlagak santai walau hatinya tetap tertanya-tanya.
Hadif tersenyum. “No, let me drive you there. It’s my pleasure.”
Zulaikha mengangguk dan mengambil briefcase dari atas meja. Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik mesyuarat menuju ke lif.
Setibanya di tempat parkir bawah tanah, Hadif membukakan pintu penumpang untuk Zulaikha sebelum mengambil tempat di tempat duduk pemandu.
“Thank you,” ucap Zulaikha sopan sambil melangkah masuk ke dalam Mercedes-Benz GLE milik Hadif.
Kereta mewah itu bergerak perlahan keluar dari tempat parkir. Serentak, sebuah SUV hitam turut keluar dari lot parkir, mengekori dari belakang dengan jarak selamat.
Zayan memandu dengan tenang. Matanya fokus, namun mindanya tertumpu pada satu individu. Hadif.
-----
Tapak Projek, Ulu Langat. 12:25 tengah hari
Cuaca agak redup. Angin gunung Banjaran Titiwangsa sesekali bertiup, membawa bersama bau tanah lembap dan dedaunan basah yang jatuh dari kanopi hutan.
Mercedes-Benz GLE milik Hadif perlahan-lahan memasuki kawasan berbukit yang masih belum diteroka, kawasan yang dicadangkan sebagai lokasi pembangunan resort eko-luxury. Di sekeliling mereka, pokok-pokok hutan simpan berdiri megah bukti bahawa kawasan ini masih ‘perawan’.
SUV hitam yang dipandu Zayan berhenti tidak jauh di belakang. Dia segera keluar dari kenderaan, berdiri sejenak di bawah bayangan pokok, memerhati persekitaran dengan tenang dan penuh kewaspadaan.
"Tempat ni ada potensi besar," ujar Hadif sambil membuka pintu penumpang dan menoleh ke arah Zulaikha. "Tapi saya nak dengar pendapat awak sendiri, dari sudut pelaburan dan hartanah.”
Zulaikha turun dari kereta dengan anggun, tangan kirinya memegang briefcase, kaki melangkah penuh yakin walaupun tumit tingginya sesekali tenggelam sedikit di tanah lembut.
“Pemandangan cantik, dan suasana sekeliling ada elemen eksklusif. Tapi kita perlu pastikan status tanah ni bebas daripada isu hak milik kekal atau tanah rizab Melayu,” jawabnya profesional.
Zayan memerhati dari jauh. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi, tetapi mata tajamnya jelas mengekori setiap gerak-geri Hadif dan Zulaikha.
Zulaikha perasan. Jadi, betullah Zayan bekerja dengan Hadif. Atau lebih tepat lagi dia mungkin ada kaitan langsung dengan Hansel Group Auto.
Ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuatkan jantung Zulaikha berdegup sedikit laju. Wajah itu, sikapnya yang tenang, dingin... tapi penuh misteri.
Usaha aku tak sia-sia, bisiknya dalam hati, bibirnya mengukir senyuman nipis.
“Miss Zulaikha?” Hadif menegur apabila menyedari wanita itu seakan-akan hilang fokus.
“Y-Yes?” Zulaikha cepat membetulkan postur, cuba menyembunyikan rasa terganggu. Anak rambutnya yang terlepas dari sanggul ditiup angin, lalu disisir perlahan ke belakang telinga.
Hadif tersenyum kecil. “Saya tanya tadi, kalau pihak R&R setuju untuk jadi pelabur utama, kita boleh mula fasa pertama seawal suku ketiga tahun ini. Saya perlukan confirmation dalam masa dua minggu.”
Zulaikha mengangguk. “Saya akan bawa kertas cadangan ni ke lembaga pengarah. Secara peribadi, saya nampak ini sebagai peluang pelaburan jangka panjang yang menarik.”
“Good. Nanti saya minta pasukan legal draft MOU untuk semakan,” balas Hadif sambil menuding ke arah bukit kecil yang sedang dipetak sebagai ‘villa zone’.
“Kalau ada masa, saya boleh bawa Miss Zulaikha ke spot yang lebih tinggi. Ada viewpoint cantik dekat atas tu.”
“Sure.” Zulaikha mengangguk, namun belum sempat mereka bergerak, deringan telefon bimbit Hadif mencelah ketenangan siang itu.
Dia menoleh seketika, mengangkat tangan isyarat minta izin lalu melangkah menjauh sedikit.
“Excuse me, call penting.”
Zulaikha sekadar mengangguk sopan, membiarkan lelaki itu menjawab panggilan.
Zayan yang sejak tadi memerhati dari sisi SUV mula melangkah ke arah mereka apabila menerima isyarat dari Hadif melalui anggukan kecil.
Beberapa minit berlalu sebelum Hadif kembali, wajahnya sedikit tegang. Telefon masih dalam genggaman.
“Miss Zulaikha, saya minta maaf. Saya perlu ke Cyberjaya sekarang. Ada isu mendadak dengan pelabur dari Jepun. Kena selesaikan hari ini juga.”
“Oh, no problem. Saya faham.” Zulaikha membalas dengan senyuman profesional.
“Saya minta tolong Zayan hantar awak pulang ke pejabat Hansel Group, boleh?"
Zayan yang baru sampai berdiri di sisi mereka, kelihatan bersahaja.
Zulaikha menoleh padanya, jantungnya berdetak sedikit lebih laju.
ZAYAN?
Nama dia ZAYAN? Mata Zulaikha membulat memandang Zayan.
Zayan hanya mengangguk sopan. “Kalau puan bersedia, saya boleh bawa sekarang.”
“Okay.” Zulaikha mengangguk. “Let’s go.”
Zayan bergerak ke arah SUV dan membuka pintu penumpang untuknya. Zulaikha masuk perlahan, memegang kemas briefcase di pangkuan.
Hadif sempat menoleh dari jauh sambil mengangkat tangan. “Thanks again, Miss Zulaikha. I’ll follow up through email.”
“Noted, Encik Hadif.”
Pintu SUV ditutup kemas, dan beberapa saat kemudian, kenderaan itu mula bergerak menuruni jalan berbukit menuju keluar dari kawasan projek.
Zulaikha diam seketika, menoleh sedikit ke sisi. Zayan fokus memandu, wajahnya masih tenang seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara mereka.
Share this novel