Klinik Medivita 24 Jam, Petaling Jaya. 2:11 pagi
Kelopak mata Zulaikha bergetar. Silau lampu putih di siling terasa terlalu terang. Dia menggeliat perlahan, cuba membuka matanya yang terasa berat. Dada turun naik, nafasnya masih belum stabil.
Perlahan-lahan, otaknya mula memproses keadaan sekelilingnya.
Klinik...? bisik Zulaikha dalam hati. Pandangannya kabur, tetapi bau antiseptik yang kuat mengesahkan tekaan itu. Dia cuba bangun, namun kepalanya berpusing hebat.
“Don’t rush. You’re safe here,” ujar seorang jururawat dengan suara lembut, mendekati katil sebaik menyedari pergerakannya.
Zulaikha mengerutkan dahi, cuba memahami situasi.
“Saya... saya dekat mana ni. K-kenapa saya ada dekat sini?” soalnya perlahan, kerongkongnya terasa kering.
“Klinik Medivita. Awak pengsan tadi. Ada seorang lelaki hantar awak ke sini. Doktor sahkan awak... mungkin minuman awak dimasukkan sesuatu. Tapi tak serius. Awak dah stabil. Kami dah beri rawatan awal dan air garam.”
Zulaikha terpinga-pinga. Jantungnya berdetak lebih laju.
“S-siapa yang hantar saya?” soal Zulaikha cemas. Mula panik. Spontan dia meraba pakaiannya. Masih sama seperti baju yang dia pakai di kelab malam.
Jururawat itu tersenyum kecil sambil mengangkat bahu.
“Seorang lelaki. Dia masih berada di luar. Kami guna telefon awak untuk hubungi Cally, kawan awak. Mungkin dia sedang dalam perjalanan."
Belum sempat Zulaikha bertanya lebih lanjut, pintu bilik rawatan dikuak perlahan. Seorang lelaki menjenguk dari balik pintu, bertubuh tinggi, berpakaian gelap, bertopi hitam. Pandangan mereka bersatu buat seketika.
Mata lelaki itu... tajam, tenang… dan dingin. Seolah tiada emosi.
Zulaikha terkesima. Perasaan takut dan cemas yang tadi mula menguasai terasa sedikit tenang.
Dia... lelaki dari kelab malam tadi!
Namun saat dia cuba bersuara, pintu ditutup semula. Lelaki itu menghilang seperti bayang-bayang.
Zulaikha tidak sempat menahan atau menyoal.
Siapa dia sebenarnya...?
Perlahan-lahan, Zulaikha menyandar di kepala katil. Matanya menatap siling yang kosong. Hatinya berdebar apabila teringat kembali apa yang berlaku malam tadi.
Namun jauh di sudut hati, dia yakin.
Tiada apa-apa yang berlaku! Pasti lelaki itu sempat menolongnya sebelum sesuatu yang buruk terjadi. Seperti...sebelum itu.
Tapi...siapa lelaki misteri itu.
Dua kali, lelaki itu muncul tiba-tiba dan menyelamatkannya. Tapi menghilang tanpa dia sempat mengucapkan terima kasih.
------
Lot Parkir Klinik Medivita. 2:30 pagi
Enjin SUV hitam masih hidup, tetapi pendingin hawa sengaja dimatikan. Suasana hening, hanya disulami bunyi deruman kenderaan yang sesekali melintasi jalan utama.
Zayan duduk di kerusi pemandu. Bahunya bersandar malas, tangan kiri masih menggenggam stereng, manakala tangan kanan memicit pelipis yang terasa tegang. Di tempat duduk penumpang, Ivan sedang mengunyah wafer coklat, bekalan wajib dalam poket taktikalnya.
“So, misi berjaya. Target dah disuntik, bukti dah ditanam, CCTV semua dah ‘wipe’ bersih. Satu hal settle.” Ivan menghembus nafas panjang. “Tapi... ada satu hal yang tak settle.”
Zayan diam, matanya masih menatap cermin sisi.
“Princess,” tambah Ivan, mengangkat sebelah kening. “Nak aku tanya terus terang ke?”
“Jangan nak mula,” balas Zayan perlahan, tetapi cukup tegas.
Ivan tersenyum sinis.
“Aku pelik. Kau tak pernah ambil kisah pasal civilian. Tapi tadi kau bukan saja ‘kacau’ dia, kau angkat dia, kau selamatkan dia, kau tunggu dia sedar dekat klinik. Dan sekarang... kau tunggu kawan dia datang.”
Zayan tidak menjawab. Jarinya sekadar mengusap stereng perlahan.
“Dia bukan civilian biasa,” jawabnya akhirnya. “Dia anak Tan Sri Rizal. VVIP.”
Ivan bersiul perlahan.
“Betul. Tapi aku kenal kau, bro. Kalau setakat anak orang kaya, kau takkan peduli. Mesti ada benda lain yang tarik perhatian kau.”
Zayan menghela nafas panjang dan berat.
“Kita pernah selamatkan dia dulu, kan? Misi Bali dua tahun lepas. Kau lupa? Kalau kau yang masuk kelab malam tadi, kau sanggup tengok je dia kena heret dengan lelaki mabuk?”
Zayan menjeling malas. Ivan angkat tangan mengalah.
“Alright, chill. Aku tanya je.”
Tiba-tiba, sebuah Chevrolet Camaro hitam masuk ke lot parkir. Beberapa saat kemudian, seorang wanita muda berbangsa Cina keluar dari kereta, kelihatan tergesa-gesa.
“Tu mesti kawan Princess tu,” teka Ivan sambil mengunyah coklat terakhir.
“Masuklah. Confirm cepat. Kita nak balik ni. Aku nak tidur,” rungut Zayan, nada suaranya masih mengandungi sisa geram.
“Heh... aku ingat kau yang nak masuk. Nak cakap hi ke, goodbye ke...” usik Ivan dengan senyuman nakal.
“Aku hempuk kepala kau karang...” balas Zayan, mengertap bibir. Matanya menjeling tajam. Ivan yang membuka pintu kereta, hanya ketawa kecil. Reaksi Zayan hari ini lain macam. Defensif betul.
“Hehe... kau tahu tak, antara skills yang aku tulis dalam portfolio aku? Profiler and data analyst...” Ivan membuat isyarat pistol dengan jarinya, menghala ke arah Zayan.
“Bang!”
Ivan ketawa kecil lalu melangkah keluar dari SUV.
Zayan menjulingkan mata, mencebik. “Menyampah la.”
------
Dalam Klinik Medivita
"Hey... are you okay?" Cally segera menghampiri katil tempat Zulaikha terbaring. Tanpa sepatah kata, Zulaikha terus memeluk sahabatnya itu erat.
"I told you. Let it go. I don’t care about Shaun anymore. I'm going to divorce him," tutur Cally lembut, cuba menenangkan.
"I saw him... with that woman..." suara Zulaikha serak, wajahnya jelas masih terguncang.
"Ika... it’s okay. Forget about him. Let’s focus on you, okay? Something happened? Someone drugged you, babe,” ujar Cally dengan nada kesal. Dia sudah berkali-kali menasihatkan Zulaikha agar tidak mengekori Shaun ke kelab malam. Tiada gunanya menyiasat sesuatu yang sudah jelas.
"Aku rasa... aku okay." Zulaikha cuba menenangkan diri, walaupun dia sendiri tidak pasti sepenuhnya.
"If you’re not sure... how about I arrange a sexual assault forensic exam for you?” Cally menggosok perlahan belakang tubuh Zulaikha, memberi sokongan.
Zulaikha terdiam. Nafasnya pendek dan berat. Akhirnya dia mengangguk perlahan. “Sure…”
Sementara itu di luar klinik.
Ivan menutup perlahan pintu bilik rawatan dan berjalan keluar menuju tempat SUV diparkir. Dia masuk ke tempat duduk penumpang sambil menghela nafas panjang.
"Dia nak buat pemeriksaan forensik serangan seksual," maklum Ivan ringkas.
Dahi Zayan berkerut. "Untuk apa?"
"Mungkin... dia fikir dia kena rogol?" Ivan mengangkat kening, nada suaranya agak berhati-hati.
Zayan menggeleng perlahan. "Tak ada apa pun jadi. Aku nampak dia masa tu... dia masih dalam kelab. Belum sempat keluar ke mana-mana."
"Well... mungkin kau patut jelaskan dekat dia tentang itu," cadang Ivan.
Zayan terdiam seketika. Pandangannya kosong memandang ke arah cermin hadapan. "Biarlah. Kalau itu boleh buat dia rasa selamat, teruskan. Tanggungjawab kita setakat ni saja."
Zayan menekan brek tangan, kemudian membelok keluar dari lot parkir dengan tenang.
Misi selesai. VVIP selamat.
Share this novel