Seminggu kemudian.
Bilik Taklimat Utama, Markas ECLIPSE
Papan skrin digital di hujung bilik menayangkan wajah seorang lelaki bertubuh sasa, berusia lewat 30-an, berparut, berwajah serius, dan bermata tajam.
Di bawah gambar itu, tertulis:
Nama: Kamal bin Adnan
Nama Kod: Raptor
Di sebelahnya, peta satelit kawasan Tumpat, Kelantan dipaparkan, lengkap dengan beberapa titik merah menandakan lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai kemungkinan persembunyian suspek.
Hadif berdiri tegap di hadapan pasukannya, lengkap dengan pakaian taktikal ringan. Suaranya tegas dan lantang.
“Agen risikan kita mengesahkan lokasi terakhir Raptor di Tumpat. Kami percaya dia sedang bersiap untuk menyusup ke Thailand melalui laluan tikus,” jelasnya sambil menuding ke arah skrin.
“Objektif utama: tangkapan hidup. Kita perlukan maklumat yang dia simpan.”
Ivan, Zayan dan Rafiq bertukar pandangan. Wajah masing-masing serius, fokus.
"We all know that Raptor is an aggressive individual and was one of our best operatives in the past. Jika berlaku konflik atau situasi mendesak, buat apa yang perlu. You’re cleared to engage.”
Slaid pada skrin bertukar. Peta dan gambar digantikan dengan pelan operasi dan pembahagian pasukan.
“We’ll be joining forces with Team Knight. They’ll operate as the strike team, while we Team Ghost will serve as the tactical support unit. Our roles include securing the perimeter, running intel sweeps, and standing by for extraction if necessary.”
Hadif berpaling ke arah barisan hadapan. Zayan, Ivan dan Rafiq.
Ketiga-tiganya memberi isyarat anggukan serentak, tanda bersedia.
"Ivan, Zayan, Rafiq, you’re going to the field tonight," arah Hadif sambil menghulurkan sebuah fail kepada Ivan. “You’re leading, Ivan. Koordinasi terus dengan Knight.”
Ivan menyambut fail itu tanpa sepatah kata. Wajahnya seperti biasa, santai dan fokus. Sebagai seorang Data Analysis & Digital Tracing, dia mahir menganalisis data lokasi, komunikasi, dan metadata untuk mengenal pasti jejak digital musuh.
Ivan juga boleh menggodam sistem mudah untuk mendapatkan maklumat lokasi atau latar belakang individu.
“Understood, bos" jawab Ivan ringkas.
Hadif bersandar di hujung meja, nada suaranya sedikit menurun. Suasana dalam bilik mesyuarat turut menjadi lebih tenang, seiring dengan perubahan nada itu.
“Saya tak akan ikut misi kali ini. Ada perjumpaan penting dengan klien dari luar negara,” katanya tenang, namun tegas. “Zareen akan ikut saya sebagai pengiring peribadi.”
Sebagai Ketua Eksekutif Hansel Group Auto, Hadif tidak punya banyak pilihan. Dia perlu bijak mengimbangi tuntutan dunia korporat yang kian mencengkam dengan tanggungjawabnya sebagai ahli tertinggi ECLIPSE, sebuah organisasi rahsia yang mengendalikan operasi berskala tinggi di peringkat lokal dan global.
Ivan mengangkat kening, memandang sekilas ke arah Zayan. Sejak Zareen menyertai pasukan mereka, kakak Zayan itu sering menjadi pilihan Hadif untuk tugasan peribadi.
Zayan yang duduk di bahagian belakang, bersilang tangan dan bersandar ke dinding, hanya mengangguk perlahan. Wajahnya serius, namun ada sesuatu dalam pandangannya, seperti sedang memikirkan sesuatu yang berat.
“Kau okay ke, bro? Lain macam je sejak dua, tiga hari ni. Moody semacam. Kau pun ada mood swing ke sekarang?” usik Ivan, cuba meredakan suasana.
Namun Zayan tidak membalas. Dia diam, tidak seperti biasa. Pandangannya kosong, seolah-olah jiwanya tidak berada di situ.
“Damn. What’s wrong with you?” rungut Ivan perlahan, sebelum melangkah keluar dari bilik taklimat.
--------
TUMPAT, KELANTAN
Jam 3:00 pagi
OPS TRASH-01
Kabus subuh masih menebal, menyelubungi kawasan pelabuhan lama di Tumpat. Udara bercampur bau air masin, minyak diesel, dan hanyir ikan. Jeti kayu yang uzur berkeriuk perlahan ditiup angin. Di kejauhan, sempadan Thailand seolah-olah hanya sejengkal jauhnya, dibatasi sungai selebar dua puluh meter.
Di dalam sebuah van taktikal berwarna hitam tanpa sebarang tanda, Ivan yang lengkap berpakaian gelap sedang menunggu dalam senyap.
"Radio check. Ghost Two to Knight, confirm position." Suara Zayan tenang namun tegas, disampaikan melalui alat komunikasi. Dia berada di posisi overwatch di dalam stor ikan lama, tersembunyi . Senapang Barret M82 disandar kukuh pada bahunya. Matanya tidak berkedip memantau sekeliling melalui skop. Satu peluru, satu nyawa.
"Knight One in position. We have eyes on the target. Dua lelaki bersenjata di perimeter, kemungkinan spotter. Tango Three berada dalam rumah terapung, kanan bot biru." Suara Knight One berbisik dalam nada profesional. Dia dan rakan sepasukan telah menyusup melalui lorong belakang pelabuhan lama sejak sejam yang lalu.
Ivan yang bertindak sebagai ketua misi memantau koordinat melalui tablet pelan satelit.
“Knight One, ambil flank kiri. Knight Two, susup dari bawah air.”
“Copy that.”
Knight Two tubuh kecil tapi tangkas menyelam ke dalam air hitam kehijauan yang berbau kelat. Wajahnya tersembunyi di sebalik topeng selam malam. Glock 17 dengan penyenyap dipegang erat, sedia digunakan.
Knight One pula bergerak secara senyap, menyelinap di tepi tebing berbatu sambil mengelak kawasan berlampu. Gerak langkahnya hampir tiada bunyi, seperti bayang-bayang malam. Sewaktu tiba di kedudukan yang ditetapkan, dia memberi isyarat tangan. Serangan bermula.
Bang!
Tembakan senyap tepat ke kepala spotter yang sedang berjaga di jendela rumah terapung.
Knight Two muncul dari bawah lantai papan rumah yang reput, naik dari air seperti siluman. Dia menyelinap masuk tanpa disedari.
Knight One pula menerpa ke pintu belakang. Tidak berkunci. Musuh tidak menjangka sebarang serangan seawal ini. Serbuan mereka tepat, cepat dan tanpa kompromi.
Jeritan panik dalam bahasa Siam kedengaran dari dalam.
Bang!
Satu lagi tembakan dilepaskan dari Zayan. Seorang lelaki yang cuba melarikan diri melalui balkoni terus rebah. Peluru 50 BMG dari senapang penembak tepat Zayan menembusi dada kiri lelaki itu, terus melayang ke belakang.
Tangan Knight One mencengkam kuat tengkuk Raptor yang cuba melarikan diri dengan teknik 'rear naked choked'. Melumpuhkan bekas operatif ECLIPSE itu seketika. Dalam sekelip mata, Knight Two menyerbu dari sisi lalu menusukkan picagari berisi midazolam ke otot paha luar lelaki itu. Satu dos yang cukup untuk melumpuhkan tindak balas agresif tanpa membahayakan nyawa.
"Target secured. Tango down," lapor Knight One tegas melalui radio taktikal yang terpasang di bahunya.
Raptor mengerang kesakitan. Darah meleleh dari hujung bibirnya kesan tumbukan padu yang diterima sewaktu dia meronta ganas sebentar tadi. Tubuhnya ditolak ke sisi.
Knight Two segera membalikkan badannya, menekan bahunya ke lantai sebelum mengunci pergelangan tangan lelaki itu dengan gari taktikal. Nafas Raptor mula tidak teratur perlahan-lahan di bawah pengaruh ubat penenang yang mula menyusup masuk ke sistem sarafnya.
Dadanya turun naik, berat... sebelum akhirnya longlai. Anak matanya separuh terbuka. Sedar, tapi lumpuh ditelan pengaruh midazolam yang mematikan amuk dalam diam.
“Kita keluar ikut pelan asal. Ghost Three, sediakan exit route dengan bot. Sekarang.” Knight One mengeluarkan pisau taktikal dan memotong tali pengikat di jendela belakang sebagai laluan keluar alternatif.
“Copy that. LZ clear. ETA tiga minit.” balas Rafiq, bertindak sebagai pemandu bot khas yang sedang menunggu mereka berhampiran kawasan jeti lama.
Zayan menyesuaikan semula posisi senapangnya. Matanya tajam, mengimbas sekeliling. Hatinya belum tenang. Mungkin ada penembak hendap dari pihak lawan juga sedang menunggu peluang.
"Sekejap." Knight One membongkok memeriksa kasut Raptor. Ada sesuatu tidak kena.
Dia membuka lidah kasut suspek.
“Dia sorokkan sesuatu. USB.”
Knight Two mengambilnya dan menyimpan ke dalam poket kalis air di dalam vest taktikalnya.
Tiba-tiba, ledakan kecil berlaku di belakang mereka di rumah bot lama yang ditinggalkan. Zayan segera beralih sasaran, namun tiada pergerakan mencurigakan.
“Charlie cuba musnahkan bukti. Let’s move, now.” Ivan mengarahkan mereka segera berundur.
Ketika mereka bergerak ke arah jeti belakang, bunyi enjin bot Rafiq sudah kedengaran perlahan menghampiri.
Langit mula cerah sedikit. Misi mereka tamat sebelum subuh menjelma sepenuhnya.
Ops TRASH-01 berjaya. Raptor berjaya ditangkap hidup-hidup. Namun adakah mereka akan berjaya mengorek maklumat dari lelaki itu?
------
Lebuh Raya Timur-Barat (Gerik-Ipoh)
6:45 pagi.
Dua buah SUV hitam jenis Toyota Fortuner bercermin gelap meluncur laju menempuh kabus tebal di lebuh raya sunyi. Lampu tinggi terpasang, membelah pekat malam di jalan berbukit yang dingin dan berliku.
Di dalam SUV hadapan, Zayan memegang stereng dengan tenang, penuh waspada. Di kerusi penumpang hadapan, seorang lelaki bersenjata lengkap dari Team Knight duduk memerhati jalan. Tempat duduk tengah pula dihuni seorang lelaki bertubuh sasa, tangannya digari dan dipautkan ke tali pinggang tempat duduk. Kepalanya terhuyung-hayang, mata separuh terbuka. Mulutnya komat-kamit, meracau dalam bisikan yang sukar difahami.
“Dos midazolam, 5 miligram intramuskular. Dia dah mula hilang kesedaran,” ujar Rafiq, yang duduk di sebelah lelaki itu sambil memeriksa denyutan nadi melalui jam biometrik di pergelangan tangan.
“Tekanan darah stabil. Tapi kalau dia ‘snap’, kita kena top-up dengan haloperidol.”
“Biarlah dia tidur sampai ke Kuala Lumpur,” balas Ivan dari tempat duduk belakang, matanya masih kekal ke arah jalan.
SUV kedua mengikuti rapat di belakang mengekalkan jarak taktikal lima meter. Dua anggota elit ECLIPSE dari Team Knight di dalamnya lengkap berperisai, bersenjata M4 carbine. Mereka duduk dalam formasi berjaga, memantau gerakan melalui tablet taktikal yang disambung ke sistem kenderaan hadapan secara langsung.
Tiba-tiba, lelaki bergari itu mengerang. Kepalanya berpaling ke kanan, suaranya semakin kuat.
“Shit... shit... kau orang semua akan mati...”
Ivan menjenguk dari tempat duduk belakang, tenang.
“Kuat lagi tu. Tambah sikit lagi. Bagi dia terbang ke bulan.”
Rafiq tersengih, mengangguk. “1 miligram haloperidol. IM.”
Dia membuka kotak logam kecil, menyedut ubat ke dalam picagari, dan menyuntik ke bahu kiri tahanan dengan cekap.
Beberapa detik berlalu. Mata penjenayah itu tertutup rapat. Nafasnya menjadi stabil.
Zayan mengetap rahang, jari jemarinya mencengkam stereng. Fikirannya melayang jauh memikirkan keadaan Zulaikha.
Misi memburu sampah-sampah pengkhianat ECLIPSE baru saja bermula.
Demi Tan Sri Rizal. Demi Zulaikha.
Share this novel