Bab 27

Romance Series 7113

Dua hari kemudian.

Parkgreen Pavillion, Bukit Jalil. Kondominium Hadif dan Zareen.

01:00 pagi.

Suasana dalam unit kondominium mewah Type E yang berkeluasan 1905 kaki persegi itu sunyi dan gelap. Lampu koridor dan ruang tamu dimalapkan, hanya cahaya dari luar bangunan mencuri masuk melalui celahan langsir. Semua penghuninya sedang lena dibuai mimpi.

Hadif tiba-tiba terjaga. Tekaknya terasa kering. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil, berhati-hati agar tidak mengejutkan Zareen yang sedang tidur nyenyak di samping si kecil, Ayra, dada dan perut beralun perlahan di sisi ibunya.

Dia melangkah keluar dari bilik tidur menuju ke dapur. Baru sahaja tiba di ruang tamu, langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi dari arah bilik bacaan.

Dahi Hadif berkerut. Jam menunjukkan pukul satu pagi. Siapa pula yang berada di bilik bacaan pada waktu begini?

Dia segera berpatah balik ke bilik tidur, membuka laci meja sisi katil, dan mengeluarkan sepucuk pistol CZ P-10 C. Dengan senjata digenggam kemas, dia bergerak pantas namun senyap ke arah bilik bacaan.

Pintu sedikit terbuka. Hadif menyandarkan tubuh di dinding, kemudian menjenguk ke dalam. Matanya membulat apabila ternampak kelibat seorang wanita berseluar taktikal hitam, bertopeng separuh muka, dan sedang menyusun semula buku-buku yang jatuh berselerakan di lantai.

"Don't shoot," ujar wanita itu, tenang dan yakin, walaupun masih membelakangi Hadif.

Langkah Hadif terhenti sejenak di ambang pintu bilik bacaan. Pistol CZ P-10 C masih diacukan ke arah wanita yang berdiri tegak di hadapan rak buku. Dalam samar cahaya dari luar tingkap, kelibat itu seperti bayang-bayang gelap, senyap.

"Who's the hell are you?" soal Hadif, nada tajam, penuh amaran.

Wanita itu berpaling perlahan-lahan. Gerakannya terkawal. Dengan satu gerakan, dia menurunkan topeng separa muka yang menutup bahagian bawah wajahnya. Mata mereka bertemu.

Wajah itu… Hadif menegang. Nafasnya seperti terhenti sesaat.

"Zulaikha Isabelle," katanya perlahan. "Kod nama: Black Cat."

Hadif menggenggam pistol lebih erat, jari telunjuknya hampir menyentuh picu.

"Mustahil... Macam mana kau boleh keluar dari wad tahanan? Siapa yang lepaskan kau?"

Tanpa menjawab, Zulaikha membuka jaket hitam taktikalnya dan mengeluarkan sebuah pemacu USB. Dia meletakkannya dengan perlahan di atas meja bacaan Hadif, lalu bersandar sedikit ke dinding. Kedua belah tangan diangkat ke udara.

"Agen Knight BC -09-117 Code Name-Black Cat datang untuk lapor diri, tuan. Arahan daripada Dr. Zara." Hadif terkedu. Agen Knight. Operatif Tan Sri Rizal? Bukan anak Tan Sri Rizal ke?

"Dan tuan... secara rasmi, adalah handler saya yang baru."

Hadif masih diam, cuba memproses maklumat yang tiba-tiba memberatkan benaknya. Dia menurunkan pistol perlahan-lahan dan duduk di kerusi meja. Laptop dibuka, USB dicucuk ke port.

Skrin menyala. Paparan fail sulit muncul.

Nama sebenar: Isabel Matthews
Kod Nama: Black Cat
Nombor Agen: BC-09-117
Unit: Knight — Risikan & Undercover Operations

Status: Aktif
Mod: Agen Tidur (Sleeper Agent)
Nama Samaran: Zulaikha Isabelle
Tempoh Operasi: 2017–Sekarang

Butiran Operasi:
Zulaikha telah dimasukkan ke dalam program pemadaman memori jangka panjang untuk menyamar sebagai Zulaikha Isabelle, anak angkat Tan Sri Rizal, dan pewaris syarikat R&R Group. Objektif: menyusup dan membongkar jaringan rasuah & pengkhianatan dalam sektor korporat dan kerajaan.

Hadif mengangkat wajahnya memandang Zulaikha yang berdiri tegak di hadapannya, tangan di belakang badan seperti seorang tentera melapor diri.

"Jadi... kau bukan anak Tan Sri Rizal."

Zulaikha mengangguk perlahan.

"Zulaikha Isabelle adalah nama samaran saya sepanjang misi. Pada tahun 2017, saya secara sukarela menjalani prosedur pemadaman ingatan di bawah program sleeper agent Eclipse. Saya menjadi Zulaikha sepenuhnya dengan perwatakan yang telah ditetapkan. Bila Tan Sri Rizal, handler saya dibunuh pada Oktober 2020, keperibadian saya retak. Saya mengalami PTSD yang teruk dan dihantar ke Kanada oleh isteri allahyarham untuk rawatan. Tapi rawatan itu menyebabkan memori saya terpecah. Saya terperangkap dalam kekeliruan identiti.”

Hadif mengerut dahi, wajahnya makin tegang.

"Kemudian, kau ditangkap Team Ghost dan dihantar semula ke Eclipse?"

"Ya, dan mod memori saya telah diaktifkan semula. Semua ingatan saya sebagai Isabel Matthews kembali. Termasuk identiti asal saya sebagai Black Cat."

Hadif menyandar. Dia menutup mata sejenak.

Dia pandang semula Zulaikha. "Dan kau… dengan Zayan?"

Zulaikha menarik nafas dalam. Matanya tidak berganjak dari wajah Hadif.

"Semasa saya menjadi Zulaikha Isabelle, saya jatuh cinta pada Zayan. Tapi sebelum itu, sebelum misi penyamaran saya dah kenal siapa Black Shadow. Kami pernah bekerjasama dalam satu misi risikan di Thailand. Saya... mungkin sudah mula tertarik secara diam waktu itu. Jadi, walaupun ingatan saya dipadam, sebahagian dari perasaan itu masih tersembunyi. Bawah sedar saya mungkin terus mencari dia. Dan saya jumpa dia semula sebagai Zulaikha Isabelle.”

Suasana sunyi seketika. Hadif meraup wajah. "Aku sakit kepala dengan hubungan korang ni. Kau dah porak-perandakan hidup dia, tahu?!"

Zulaikha hanya menunduk sedikit. Faham. Namun dia bukan sengaja. Dia masih dalam misi. Atas sebab itu jugalah Tan Sri Rizal memutuskan hubungan mereka dulu.

Hadif bangun perlahan dari kerusinya.

"Baik. Sekarang jawapan paling penting. Kau ada maklumat siapa dalang yang bunuh Tan Sri Rizal?"

Zulaikha mengangguk perlahan. Tatapannya bertukar serius.

"Tengku Rizz. Dia adalah dalang sebenar. Dia bertunang dengan saya, sebagai Zulaikha untuk mendapat akses penuh kepada R&R Group. Selepas pembunuhan Tan Sri, dia cuba manipulasi struktur korporat dari dalam. Saya ada bukti dalam USB tu."

"So sekarang aku kena pulihkan watak Zulaikha Isabelle?"

"Ya, Tuan dah tangkap saya sekarang. Saya dalam tahanan ECLIPSE. Saya kena kembali ke sisi Tengku Rizz," jawab Zulaikha tegas.

Hadif menggosok leher yang terasa tegang.

"Zayan akan patah hati lagi kalau 'Zulaikha Isabelle' bertunang dengan orang lain," bisik Hadif sambil tersengih hambar.

"Maaf Tuan. Saya akan jelaskan sendiri pada Zayan setelah misi undercover saya selesai." nada suaranya jelas serba-salah.

"Aku faham. Sebagai agen undercover macam kau, jika identiti kau bocor boleh membahayakan nyawa." Hadif terdiam seketika. "Cuma...," Hadif tidak menghabiskan kata-kata.

Entah apa yang perlu dia jelaskan pada Zayan jika tiba-tiba 'Zulaikha Isabelle dibebaskan dari wad tahanan nanti. Sejak Zulaikha ditahan, setiap hari adik iparnya itu pergi melawat 'Zulaikha.'

"Macam mana kau menyelinap masuk ke tingkat 45 macam ni tanpa disedari?"

Zulaikha tersenyum kecil. "Sebab itu saya diberi kod nama Black Cat, tuan. Susup masuk ke sesuatu tempat adalah antara kemahiran saya."

Hadif mengangguk kecil tanda bersetuju. "Kau jugak pandai menyamar sebagai 'Zulaikha Isabelle'. Watak kau sangat hidup. Aku pun tertipu."

"Ketika itu memori saya dipadam tuan. Semua kebolehan taktikal dan skills saya turut ditidurkan."

Hadif berdiri, dia bersandar ke sisi meja. "Baiklah, kau boleh balik semula ke wad tahanan. Esok aku akan uruskan prosidur keluar."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience