Bab 61

Romance Series 7350

Kapal Mewah Al Saffron. 12:30 tengah malam.

Kapal mewah itu bergoyang perlahan, menandakan enjin sudah mula berkuasa penuh. Dari luar, ia tampak tenang di tengah laut gelap. Namun di dalam dewan lelongan utama, suasana masih rancak gelak tawa, suara tukang lelong, dan tepukan tangan bersatu.

Team Ghost sudah menyusup masuk ke dalam dewan. Ivan, Zareen, Rafiq, dan Khal sudah mengambil posisi di atas balkoni teknikal, tersembunyi di balik struktur pencahayaan. Mereka meninjau dewan melalui scope micro-optic.

Zareen berbisik ke alat komunikasi.
“Visual on Rizz. Target confirmed. Auction live.”

Ivan mengangguk, matanya kekal ke bawah. “Maintain overwatch. Jangan trigger.”

Di sisi lain, Black Shadow turut berada di dalam. Tubuhnya santai, tetapi matanya liar, menyapu setiap wajah di ruangan itu. Bibirnya melukis senyum tipis. Inilah yang dia mahu. Mangsa. Penjenayah kelas atasan, pedagang senjata, penyeludup manusia semua berkumpul di sini.

Tangannya perlahan menyentuh HK di pinggang, seperti bayangan maut yang sedang menunggu masa. Arahan “Do not engage” langsung tidak dipedulikan. Bagi Black Shadow, hanya ada satu prinsip: neutralize.

Suara Hadif masuk melalui saluran komunikasi utama, tenang tapi tegas:

“Ghost, be advised. Unknown hostile ID confirmed. Black Shadow. Two tangos down. Black Shadow start engaging.”

Suara itu jelas menusuk ke telinga Ivan, Zareen, Rafiq, dan Khal. Sekelip mata, semua menyedari masalah besar baru bermula.

“Movement detected. Sector Charlie-Two,” bisik Rafiq, matanya terpaku pada skrin tablet taktikal. Suhu panas tubuh terpampang jelas dalam mod thermal, siluet merah menyala bergerak laju.

Mereka tahu itu bukan pengawal biasa. Itu Black Shadow.

Rafiq mengetap bibir, menekan butang push-to-talk.

“Ghost to command. Confirmed visual on hostile movement, Charlie-Two sector. Possible Shadow contact.”

Khal, designated marksman pasukan, sudah meniarap di posisi overwatch. Nafasnya terkawal, crosshair melekat pada sasaran. Tetapi hanya seketika. Siluet itu tiba-tiba hilang, lenyap seolah-olah ditelan gelap.

“Contact lost. Black Shadow’s off the grid!” Ivan menggeram, suaranya rendah tapi jelas dalam alat komunikasi.

Rafiq segera membetulkan antena mikro UAV mini, cuba mencari isyarat semula. Namun kosong. Senyap.

“Confirm. Black Shadow adaptive. He knows he’s being tracked.”

Ketegangan meningkat. Zareen menghela nafas perlahan, matanya menyorot lorong-lorong sempit kapal dari HUD dalam goggles. Dia sedar mereka kini bukan sekadar pengintai.

Black Shadow bukan sahaja terdeteksi. Dia juga tahu mereka sedang mengintainya.

Bagi Ghost Team, itu bukan lagi sekadar misi. Ia adalah isyarat bahawa permainan telah berubah dan mungkin kini mereka sendiri hanyalah buah catur dalam permainan Black Shadow. Black Shadow tahu, objektif mereka adalah menangkap Tengku Rizz hidup-hidup.

Dalam masa yang sama, di lorong sempit berlapis karpet merah kapal mewah itu, bayangan hitam menyusup seperti bayang. Senyap. Nafasnya terkawal. Black Shadow tahu dirinya sedang diperhatikan.

Dia berhenti di hujung lorong, kepala sedikit menoleh. Senyuman tipis terukir di wajahnya di sebalik topeng separuh muka.
“Ghosts… aku boleh bau kau orang dari jauh.”

--------

Di bawah bilik tahanan, Kai Lin memerhatikan koridor menuju ke tangga bawah. Dia tahu mereka tidak ada banyak masa sebelum pengawal menyedari kehilangan dua orang anggota mereka yang sudah dibunuh Black Shadow.

“Clear,” suara garau Kai Lin bergema melalui alat komunikasi.

Knight Team bergerak serentak, formasi rapat, Zulaikha diapit di tengah. Tubuh wanita itu separuh diangkat, setiap langkahnya berat. Dia masih dalam keadaan lemah, tapi tekadnya jelas. Koridor kapal sempit, hanya diterangi lampu merah kecemasan yang berkelip perlahan seakan menghitung masa yang makin suntuk.

Mereka turun menuju dek servis bawah, terus ke palka penyelenggaraan yang sudah ditandakan Team Viking lebih awal. Kai Lin buka panel, air laut kelihatan bergelora di bawah.

“Insertion point confirmed,” bisik Kai Lin.

Benji dan Seif sudah bersedia di dalam air, gear rebreather penuh, night vision aktif. Kai Lin hulurkan harness khas. Zulaikha dipakaikan wetsuit ringan dan topeng rebreather. Walaupun lemah, gerakannya masih mengikut arahan.

Satu demi satu mereka turun ke laut, tenggelam dalam kegelapan pekat. Tiada buih, hanya cahaya IR kecil di lengan wetsuit yang hanya boleh dilihat melalui goggle mereka.

Di kedalaman lima meter, SDV (Swimmer Delivery Vehicle) sudah menunggu, enjin elektrik senyap berdengung perlahan. Kapsul hitam itu cukup untuk menampung enam operator dan seorang tambahan.

Zulaikha dibantu masuk ke ruang kecil di belakang, harness dikunci kemas pada rel. Seorang operator duduk di sisinya, pastikan oksigen dan tekanan topengnya stabil.

Kai Lin masuk terakhir, memberi isyarat tangan kepada pilot SDV.

Motor elektrik diaktifkan. SDV meluncur perlahan, meninggalkan bayang gelap Al-Saffron di belakang. Kapal mewah itu terus belayar tanpa menyedari tahanannya sudah hilang.

Misi Team Knight: Silent extraction via SDV. Berjaya.

-------

Kapal Mewah Al-Saffron. Koridor Dek Bawah

12:45 tengah malam

Lampu koridor berkelip perlahan, bergema dengan bunyi kipas angin industri dan deruan enjin di perut kapal. Dua pengawal musuh sedang melakukan rondaan rutin.

“Clear. Check bilik tahanan," arah seorang pengawal dengn loghat campuran.

Mereka bergerak ke arah kabin yang digunakan untuk menahan Zulaikha. Bau logam makin pekat. Salah seorang pengawal menolak pintu perlahan.

Pintu terbuka.

Mereka berdua terus kaku.

Di dalam, dua mayat pengawal sudah tergeletak. Satu dengan tekak terkelar, satu lagi berlumuran darah di dada. Lantai kabin melekit, dinding berpercikan merah.

“Shit...?” sumpah salah seorang, senjata terangkat, jari hampir ke picu.

Rakannya cepat-cepat masuk, memeriksa sekeliling. Kerusi besi kosong. Tahanan tiada.

“Hostage hilang! Hostage hilang!”

Dia terus menekan radio di bahu.

“Eagle-3 to Control! Kabin bawah breach! Dua KIA, hostage missing! Possible intruder onboard!”

Suara di radio meletup panik, penuh statik.

“Lock down deck bawah! Semua unit, cari tahanan! Jangan biar sesiapa keluar! Cari sampai jumpa-”

Belum sempat habis arahan, koridor tiba-tiba bergema dengan bunyi

Thud…thud…thud…

Seperti tapak but berat menggesel lantai logam.

Pengawal pertama segera membidik ke arah bayang gelap di hujung koridor.

“Siapa di sana?! Show yourself!”

Namun yang kelihatan hanya bayangan bergerak pantas, menghilang di simpang lorong.

Degupan jantung mereka makin laju. Bunyi kipas berputar perlahan bercampur dengan hembusan nafas panik dua pengawal yang masih cuba menjejak.

Di celah bayang, sepasang mata gelap dari balik topeng half-face memerhati. Nafas Black Shadow terkawal, senyap. Pisau komposit hitam di tangannya berkilat samar terkena cahaya lampu malap.

Dia menekan tubuh rapat pada dinding logam, bergerak senyap seolah bayangan itu sendiri.

Pengawal pertama melangkah, lampu suluhnya bergetar kecil. Cahaya putih melibas dinding… tetapi tidak menyentuh Black Shadow yang sudah menyusup dari sisi.

SHUKK!

Pisau dilibas tepat ke lehernya. Darah memercik. Tubuhnya rebah tanpa sempat melepaskan jeritan.

Pengawal kedua tersentak, berpaling.

“Contact! Contact—”

Belum sempat habis menjerit, Black Shadow sudah melompat dari bayang, menolak senapang automatik pengawal ke sisi. Tangan kiri menghentam rahang, tangan kanan menghunus pisau masuk ke rusuk bawah. Sekali tikam, terus sunyi.

Pengawal itu menggelupur sebentar, kemudian senyap.

Black Shadow memegang bahu mangsanya perlahan, menurunkan tubuh ke lantai agar tidak berbunyi. Dia berdiri semula, tubuhnya tegak, bahunya naik turun dengan nafas berat.

Matanya tajam.
Tiada belas.

Dia bergerak kembali ke koridor, meninggalkan hanya mayat-mayat di belakang.

Dari radio salah seorang pengawal yang masih terbuka, suara pengawal lain kedengaran jelas.

“Unit bawah, lapor! Unit bawah, status?!”

Tiada jawapan. Hanya bunyi statik.

Black Shadow menyambutnya dengan senyuman kecil di balik topeng.

Biar panik merebak sendiri. Dia terus melangkah, memburu mangsa seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience