Bilik Operasi, ECLIPSE SAFE HOUSE.
Hari Keempat. 8:05 malam
Pencahayaan dalam bilik operasi malap, hanya disinari sinar kebiruan dari skrin besar yang memaparkan lokasi terkini sasaran. Di tengah ruang, Hadif berdiri tegak di hadapan layar utama, wajahnya serius dan fokus.
Di sekeliling meja bujur, lima figura utama Team GHOST telah bersedia Ivan, Zareen, Zafran, Rafiq, dan Khal. Tiada siapa bersuara. Ketegangan terasa dalam diam.
“This is a classified mission for Team Ghost,” suara Hadif memecah hening. “Nama operasi: Black Cat. Objektif utama: tangkap hidup subjek bernama Zulaikha Isabelle. Kod ancaman: Level 4.2 Behavioural Deviation, Threat Adaptable.”
Hadif meneliti setiap wajah operatifnya, sebelum kembali fokus.
“Zayan dikecualikan daripada misi ini,” Hadif menyambung dengan nada yang lebih berat. “Saya ulang, dikecualikan. Atas sebab konflik kepentingan… dan hubungan peribadi dengan subjek.”
Kelima-lima operatif saling berpandangan. Sedikit kejutan terselit di wajah masing-masing.
“Zayan… dengan Cik Zulaikha?” soal Zareen, cuba mendapatkan kepastian.
Hadif mengangguk perlahan. “Ya...mereka pasangan kekasih sebelum ini."
Mata Zareen membulat. Wajah Zafran, Khal dan Rafiq turut berubah. Reaksi mereka berbeza, terkejut, bimbang… dan sedikit rasa tidak percaya.
“You think he’s compromised?” Khal bertanya, suaranya mendatar namun tajam.
“Emotionally, yes,” balas Hadif tanpa ragu. “Not fully… but enough to be a liability. If Zulaikha is playing us, Zayan is the crack in our wall.”
Zafran mengangkat muka ke arah skrin. “Status lokasi subjek?”
Ivan sudah bersedia. Tangannya pantas menaip. “Tingkat bawah. Koridor timur. Zayan mengawal di situ.”
Beberapa detik berlalu dalam diam.
“Kita tak boleh tunggu lagi,” ujar Hadif tegas. “Operasi penangkapan bermula dalam tiga puluh minit. Target akan dipindahkan ke Secure Detention Facility Echo untuk soal siasat. Dalam masa yang sama, aku nak dua orang anggota take down Zayan.”
Rafiq segera mengangkat tangan. “Aku dan Zafran.” Rafiq yang pernah berkhidmat di dalam unit 21 Gerup Gerak Khas memilih Zafran yang pernah berkhidmat dari Unit yang sama.
Hadif mengangguk. “Bagus...”
“We have to take down the 'Black Shadow', guys,” sahut Rafiq sambil tersengih.
“Secara fizikal, jika perlu,” tegas Hadif. “Restrain him without causing damage. Kita tak boleh ambil risiko. Tak boleh delay lagi, sebab kita takut Zayan bertindak bodoh. Mungkin dia cuba selamatkan Zulaikha...kita semua tahu apa yang terjadi jika protokol keselamatan dilanggar." Semua operatif terdiam.
Hadif menyerahkan satu fail hitam bertanda ‘BLACK CAT’ kepada Ivan.
“Ivan, Zareen dan Khal, assault team. Fokus utama kita ialah Zulaikha. Tapi dalam masa yang sama, kita kena lindungi Zayan ,termasuk daripada dirinya sendiri. Jangan biar perkara ini bocor ke team lain," ujar Hadif dengan nada serius.
"Dan...Tengku Rizz, aku akan uruskan nanti."
Kelima-lima anggota GHOST mengangguk serentak.
Arahan telah diterima. Masa untuk bertindak.
------
SAFE HOUSE ECLIPSE
Ruang Tamu, Jam 9:30 malam
Banglo dua tingkat itu tenggelam dalam keheningan. Silent mode masih aktif sistem komunikasi dikunci, hanya pemantauan dalaman terus berjalan. Di ruang tamu, cahaya lampu dinding menyimbah perabot minimalis berwarna gelap. Bayang-bayang berayun perlahan di dinding.
Zulaikha duduk diam di atas sofa. Matanya tertumpu ke jendela yang tertutup rapat. Wajahnya kosong namun tubuhnya tegang. Tengku Rizz telah dibawa keluar oleh pengiring khas kira-kira dua puluh minit lalu. Atas urusan apa, Zayan sendiri tidak diberitahu.
Di hujung ruang, Zayan berdiri tegak di sisi dinding, kedua-dua tangan dalam saku. Dia tidak berkata apa-apa, tapi matanya tidak lepas memerhati Zulaikha. Sudah dua jam... tanpa sepatah kata. Dan sekarang, firasatnya semakin kuat ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita itu.
Klik!
Sistem kunci utama dibuka secara paksa. Bunyi "shhk" mekanikal terdengar disusuli dengan derapan sepatu taktikal.
CQB Formation aktif. Gempur, tempur jarak dekat. Lima anggota Team Ghost menyelinap masuk dengan formasi ketat, dua dari arah utama, dua dari lorong sisi, satu dari arah dapur belakang. Laras senjata diangkat tinggi, laser merah menyasar tepat ke arah sasaran utama.
“Clear left. Clear right. Target in sight.” suara Khal kedengaran dalam saluran komunikasi dalaman.
Zafran sebagai point man bergerak di depan, diikuti Khal 'breacher' dan Rafiq 'support cover'. Zareen mengambil posisi kanan sebagai flank, manakala Ivan menyusup dari koridor kiri dalam mod senyap. Hadif memantau dari bilik kawalan bawah tanah, melalui paparan tactical HUD.
“Proceed. Tangkap hidup. No trauma triggers.” Arah Hadif melalui alat komunikasi.
“Jangan bergerak! Beri kerjasama!” laung Zareen, tegas dan bersedia.
Zulaikha menoleh sedikit. Gerakan refleks pantas. Dia bangkit dan merentap laras pistol Zareen menggunakan teknik pusingan dan tekanan sendi 'disarm wrist strip', membuatkan pistol tercampak.
Zareen melangkah ke belakang dan melancarkan tendangan sisi ke abdomen Zulaikha 'side push kick'. Tubuh Zulaikha terdorong ke belakang dan terjatuh, tapi sempat menahan dengan tangan.
Khal datang dari belakang, melompat ke arah Zulaikha dan menekan tubuhnya ke lantai menggunakan berat badan dan lutut ke belakang bahu. Satu tangan menekan pergelangan Zulaikha, yang satu lagi mengunci lengan.
“Target secured.” lapor Khal.
Zayan yang menyaksikan semuanya terasa darahnya mendidih naik ke muka. Team Ghost ada operasi sulit tanpa dia mengetahui apa-apa.
“Apa kau orang buat ni?!” jeritnya, melangkah laju ke arah kumpulan itu. “What's the hell happen?! Aku tak tahu apa pun?" Wajah Zayan sudah merah padam.
Zafran dan Rafiq segera bergerak ke hadapan, membentuk buffer zone.
“Zayan, Tolong bagi kerjasama. Ini arahan rasmi.”
“Arahan?! Ini arahan tangkap atau tembak?!” suara Zayan tinggi nadanya penuh amarah. “Kau orang dapat arahan tangkap aku jugak ke?!”
“Zayan, tolonglah...ni cuma protokol. Contain and confirm," jelas Rafiq serba-salah.
Zayan menggeleng tidak percaya. Adakah hubungannya dengan Zulaikha sudah terbongkar? Jadi dia dikeluarkan dari operasi ini? Terasa bagai dikhianati rakan-rakan sendiri. Rasanya dia belum buat apa-apa tindakan yang membuatkan dia patut ditahan.
Bengang...Tiba-tiba, Zayan mara ke depan. Dia mengelak ke kanan. Siku kiri ke rusuk Rafiq. Lelaki itu terdorong ke belakang, terbatuk.
Zafran cuba menangkap lengan Zayan, tapi Zayan memutar pergelangan sendiri dan mengalih bahu keluar dari kuncian teknik shoulder slip evasion. Zafran hampir hilang imbangan.
“Jangan paksa aku, bro!” Rafiq memberi amaran.
Zayan menjeling tajam. “Kau orang buat operasi rahsia untuk tangkap aku dan suruh aku bertenang? Ini gila!”
Dia mara untuk serangan kedua tapi Zzzzzzzapppp!!
Rafiq telah menembak taser gun dari arah belakang.
Tubuh Zayan tersentak. Dia terhuyung. Lututnya lemah.
“Taser in. No effect.” kata Rafiq.
Zzzzzzappp! tembakan kedua kali ini di bahagian rusuk.
Zayan jatuh melutut. Masih menggigil. Masih cuba bangkit.
Zzzzzzappp! ketiga.
Zzzzzzappp! keempat.
Tubuhnya rebah perlahan ke lantai. Rafiq menahan kepala Zayan agar tidak terhentak ke lantai jubin. Nafas kasar. Mulutnya berdarah sedikit akibat tergigit bibir ketika ditembak dengan taser gun tadi.
Zafran segera mencangkung, mengikat kedua-dua tangan Zayan ke belakang dengan gari taktikal.
“Target kedua neutralized. Status: Emotionally Compromised.”
Zayan terbaring lemah, nafasnya perlahan. “Sial...” sumpahnya perlahan. Marah, kesal, semua perasaan bercampur-baur.
Sementara itu, Zulaikha masih bergelut di lantai. Khal menekan bahunya dengan lutut. Zareen mengeluarkan satu botol kecil dari poket jaket taktikal yang dipakai.
“Medazolam 1mg.”
Khal menyuntik picagari ke otot bahu Zulaikha.
“Suntikan masuk.” Nafas Zulaikha mula perlahan, otot mula kendur. Matanya separuh terbuka.
Operatif ECLIPSE biasa menggunakan suntikan Medazolam 1mg untuk menenangkan atau mengurangkan tekanan pada tahanan. Menghalang mereka dari bertindak agresif semasa proses evakuasi.
Share this novel