Bab 46

Romance Series 7113

Sehari Kemudian

Kelab Malam 7 Heaven, Singapura

Lampu neon berkelip liar, muzik EDM berdentum hingga dinding kaca bergetar. Bau asap rokok bercampur alkohol menusuk hidung, menyesakkan ruang.

Di tingkat atas, ruang VIP Lounge dipenuhi kemewahan sofa kulit hitam, meja kaca dihiasi botol arak import, asap cerut berlegar tebal.

Seorang lelaki tegap berusia awal 40-an bersandar sambil meneguk whisky merah.
Luqman bin Razak, bekas pengawal peribadi Tan Sri Rizal. Kini, dia hidup mewah sebagai orang kanan Tengku Rizz. Penyeludupan senjata, dadah, dan wanita antara urusan kotor di bawah kendaliannya. Tangannya rakus merayap di paha seorang wanita muda di sisi.

Beberapa pelayan wanita kelas satu yang dipilihnya sendiri menari manja, ketawa menggoda.

Sudah tiga tahun dia bebas dengan perlindungan Tengku Rizz. Malam itu, di kelab malam paling eksklusif di Singapura, dia merasa kebal. Tidak menyangka selepas tiga tahun, giliran dia pula yang akan diburu.

“Boss, semua clear.”
Seorang pengawal melapor selepas meninjau tingkap kecil.

Luqman mengangguk malas, matanya separuh berat. Beberapa gelas whisky sudah menumpulkan deria.

Namun tiba-tiba, lampu VIP Lounge berkelip-kelip.
Sekejap terang, sekejap gelap.
Wanita-wanita berpakaian seksi terdiam, saling berpandangan resah.

Dalam kelam, pintu bilik itu terkuak perlahan. Tiada siapa menyedarinya.

“Argh-”

Satu jeritan tersekat di kerongkong pengawal belakang.
Lehernya dipulas pantas, krak! patah dalam sekelip mata. Tubuhnya jatuh ke lantai.

Seorang lagi pengawal sempat menoleh, namun das .45 ACP subsonic berperedam menyusul.

Pfft!
Peluru kecil menembusi tengkoraknya. Darah memercik ke dinding kaca, tubuhnya tumbang.

Wanita-wanita terkejut, menekup mulut menahan jeritan.

Luqman tersentak, berdiri tergesa dengan Glock 45 terhunus. Matanya liar membelah kegelapan.
“Sial?! Siapa di sini?!” jerkah Luqman. Panik.

Suara garau, tenang, keluar dari balik bayang.
“Scorpion… S-04-235. Lama tak jumpa, comrade.”

Nafas Luqman tersekat. Jantungnya berdegup deras.
Mustahil.

Tiga tahun dia menyembunyikan diri. Dunia percaya Scorpion, agen Team Knight ECLIPSE, sudah mati terkubur selepas pembunuhan Tan Sri Rizal. Dia sendiri memalsukan kematiannya.

Namun suara itu… mustahil salah.

“Tak mungkin… Agen ECLIPSE?!” Luqman menjerit, panik.
Peluh dingin membasahi pelipisnya.
Mereka berjaya jejaknya sampai ke sini?

Dia cuba melepaskan tembakan.
Namun tiga das senyap lebih pantas.

Pfft! Pfft!
Dua peluru menembusi dada. Nafasnya tersekat, tubuhnya goyah.

Pfft!
Das terakhir kemas menembusi kepala. Darah mengalir deras, membasahi sofa dan meja kaca.

Mayatnya terkulai. Glock terlepas dari genggaman.

Dari balik gelap, seseorang melangkah keluar.
Seluruh tubuh hitam berbalut sut taktikal, wajah tertutup balaclava. Tatapan matanya dingin, menusuk.

Dia menyarungkan sidearm Heckler & Koch USP .45 Tactical ke holster.
Pisau taktikal ditarik perlahan, bilah berkilat samar di bawah lampu neon. Tenang, dia menggores tanda silang kecil di atas meja kaca, tepat di hadapan mayat Luqman.

Jeritan histeria wanita-wanita akhirnya pecah. Mereka berebut lari keluar, kasut tumit tinggi berketuk-ketuk di lantai.

Namun di luar, muzik EDM masih bergema menenggelamkan bunyi kematian yang baru berlaku.

Malam itu, selepas lapan tahun lenyap…
Black Shadow kembali memburu.

-------

Keesokan Paginya.

9:30 pagi
Kelab Malam 7 Heaven, Clarke Quay, Singapura

Cahaya pagi menembusi kaca pintu masuk kelab malam yang kini dipenuhi pita kuning polis. Lorong hadapan dipenuhi van forensik, trak polis, dan wartawan yang cuba menembusi sekatan.

Di tingkat atas, VIP Lounge ditutup rapat. Bau arak basi bercampur asap cerut masih melekat, namun kini digantikan dengan bau logam darah yang mengering.

Inspektor Daniel Tan, pegawai kanan Criminal Investigation Department (CID), berdiri di tengah bilik sambil memandang sofa kulit hitam yang sudah berlumuran darah. Mayat Luqman sudah dibawa keluar sejam lalu, tapi kesan ngeri masih jelas, peluru tepat di kepala dan dada, serta satu goresan berbentuk silang di atas meja kaca.

Seorang pegawai forensik melapor, memegang tablet dengan gambar close-up luka.

“Tuan, tembakan kemas. Kaliber besar, kemungkinan .45 ACP. Dari corak, peluru subsonic. Pistol dengan suppressor. Bunyi tak akan bergema kuat.”

Daniel mengangguk.

“Professional. Straight execution. No warning shots.”

Sarjan Harun, dari Special Investigation Section (SIS), masuk sambil menunjukkan fail laporan.

“CCTV dalam kelab blackout hampir sepuluh minit, tepat sebelum pembunuhan. Ada sistem digodam dari dalam. Footage kosong. Guests di bawah cuma dengar bunyi macam kayu jatuh, tiada letupan tembakan.”

Inspektor Daniel Tan tunduk, memerhati goresan silang kecil di meja kaca. Jari bersarung lateksnya menyentuh kaca yang retak halus.

“This… isn’t the work of a street gang. There’s a trademark.”

Forensik lain menyampuk, suaranya perlahan.

“Interpol pernah rekodkan corak ini di beberapa lokasi pembunuhan pembunuh upahan, lapan tahun lepas..."

Inspektor Daniel Tan mendongak, menatap Sarjan Harun dengan pandangan berat.

"Black Shadow!?... This is his trademark. Three shots, two to the chest, one to the head. And the X mark carved into the glass table…”

Suasana bilik senyap seketika, hanya bunyi kamera forensik klik klik.

Sarjan Harun menelan liur, wajahnya tegang.

“Kalau betul dia kembali… kita akan ada lebih banyak mayat. Lelaki ni bukan pembunuh biasa, dia pemburu. Lapan tahun hilang… sekarang muncul semula di Singapura.”

Inspektor Daniel Tan menarik nafas panjang, matanya masih terpaku pada tanda silang itu.

“And he doesn’t kill just anyone. Luqman bin Razak isn’t a small target. He’s tied to an international syndicate," tambah Inspektor Daniel Tan

Pegawai forensik membawa keluar satu plastik bukti cebisan fiber hitam, mungkin benang dari sarung taktikal.

Inspektor Daniel Tan menatapnya lama.

“Send it to the lab. Cross-check against Interpol’s database.”

Dia berpaling ke arah Sarjan Harun.

“We’re going to have a lot of work after this.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience