Bab 31

Romance Series 7113

R&R Group HQ

9:15 pagi

Pintu lif terbuka perlahan, disertai bunyi desiran halus. Langkah tumit tinggi bergema di lantai marmar koridor eksekutif. Beberapa staf yang sedang melintas berhenti secara spontan. Seorang wanita berpenampilan kemas dan anggun melangkah keluar.

Berbaju blouse sutera putih gading dari Chanel, seluar panjang jahitan khusus jenama Dior, dan rambut disanggul rapi. Wajahnya terlindung di sebalik cermin mata hitam berbingkai emas. Di belakangnya, seorang lelaki tinggi bertubuh tegap berpakaian smart casual mengiringinya, penuh waspada.

“Eh… tu bukan…?” bisik salah seorang staf.

“Mustahil… takkan lah itu Cik Zulaikha…”

Zulaikha Isabelle tidak mengendahkan pandangan sekeliling. Langkahnya tenang, penuh keyakinan. Zayan pula kekal 1.5 meter di belakang, memantau sekeliling dengan mata tajam.

Sampai di kaunter eksekutif, receptionist terus berdiri dalam keadaan panik. “C-Cik Zulaikha?!”

Sudah tentu semua staf terkejut, kerana hampir tiga tahun wanita itu tidak menjejakkan kaki ke syarikat itu selepas kematian Tan Sri Rizal.

Zulaikha menanggalkan cermin mata hitam perlahan-lahan, lalu meletakkannya di kaunter. Wajahnya tetap tenang, namun sorotan matanya dingin.

“I nak jumpa Tengku Rizz. Sekarang.”

Receptionist terpinga. “B-baik, Cik. Saya call Tengku sekarang...”

------

Bilik Ketua Eksekutif R&R Group. Pejabat Tengku Rizz

Tengku Rizz sedang berdiri membelakangi bilik, jari jemarinya menggenggam kemas telefon.

“Kalau kau tak jumpa dia minggu ni, aku akan pastikan kau menyesal!” jerkahnya kepada seseorang di hujung talian. Nafasnya masih berat, mata merenung ke luar tingkap cermin dengan gelisah.

TUK! TUK!

Ketukan di pintu memotong lamunannya. Belum sempat dia menjawab, pintu dikuak dari luar.

Di hadapan pintu, Zulaikha berdiri dengan gaya anggun. Wanita itu nampak hidup. Tidak seperti Zulaikha Isabelle sebelum ini.

“You tak perlu cari I sampai ke hujung dunia, Sayang” ujar Zulaikha perlahan, suaranya lunak namun dominan. “I boleh datang sendiri.”

Tengku Rizz tergamam. “I-Isabelle?!”

Zayan turut masuk dan berdiri tiga kaki di belakang Zulaikha. Matanya tajam memerhati drama di depan mata.

Tengku Rizz segera meluru ke arah Zulaikha. “Where have You been? What happened to You? Hadif bawa You ke mana?” Soalannya bertalu-talu, nadanya tinggi menahan emosi.

Zulaikha menjawab tenang, “I tak sihat. I tak sedarkan diri lepas You tinggalkan rumah. Hadif bawa I jalani rawatan di pusat rehabilitasi khas milik ECLIPSE.”

Tengku Rizz memegang kedua bahu Zulaikha, wajahnya penuh kekhuatiran. “Tolong jangan buat macam ni lagi. I separuh gila cari You, Isabelle.”

Zayan mengecilkan mata melihat tangan Tengku Rizz mendarat di bahu Zulaikha. Wajahnya berubah sedikit tegang, namun dia tetap diam, cuba mengawal ekspresi wajahnya.

Mata Tengku Rizz beralih ke arah Zayan. “ Kenapa dia ada dekat sini?”

“Dia bodyguard I” jawab Zulaikha cepat, selamba.

“Bodyguard?” Dahi Tengku Rizz berkerut. “Kenapa You perlukan bodyguard? I boleh sediakan bodyguard peribadi untuk You, yang lebih-”

“I nak dia,” potong Zulaikha, suaranya kekal lembut. “Dia bodyguard lama papa. I rasa...lebih selamat dengan dia. Lagipun You tahu, I masih dalam pemulihan. I perlukan orang yang I memang dah kenal untuk pulihkan ingatan I."

Zulaikha menjeling sekilas pada Zayan. Lelaki itu kekal tenang, walaupun hatinya mula terasa semacam apabila mendengar nada suara Zulaikha. Terlalu lembut... terlalu manja... bukan nada biasa Zulaikha Isabelle.

Tengku Rizz diam seketika sebelum mengangguk kecil. “Kalau itu buat You rasa selamat, okay.”

“Thanks,” balas Zulaikha pendek. Mengukir senyuman manja. “Sekarang, I nak ajak bakal tunang tak jadi I pergi makan. I lapar.” Zulaikha memaut lengan kanan Tengku Rizz.

Tengku Rizz teragak-agak. “Isabelle… You nampak lain sangat sekarang-”

“Lain? Lain macam mana tu?" nada suara Zulaikha berubah sedikit tajam. “You tak suka I macam ni? You lebih suka I yang murung dan selalu sakit kepala?"

Tengku Rizz pantas menggeleng. "Bukan macam tu. You nampak ceria. Of course... I suka You dah sembuh macam ni."

"I pun tak sangka doktor dekat pusat rawatan ECLIPSE tu bagus. Banyak perubahan dah berlaku dekat I. Jom lah kita makan." Lengan Tengku Rizz ditarik manja. Mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat Tengku Rizz.

Zayan hanya mengekori dari belakang dengan wajah tegang. Matanya sukar dibaca.

------

Restoran Kafe R&R Group, Tingkat 10

Suasana di ruang makan eksklusif itu tenang, diterangi cahaya semula jadi yang menyimbah masuk melalui tingkap kaca besar menghadap panorama kota. Zulaikha duduk di meja bulat berhampiran tingkap, memandang manja ke arah Tengku Rizz yang sedang meneliti menu.

Zayan berdiri tidak jauh dari situ, memerhati dari sisi dengan riak wajah serius. Sesekali dia melarikan pandangan ke arah lain. Muak juga melihat drama pasangan kekasih itu.

"I ada sesuatu nak beritahu pada you."

Tengku Rizz meletakkan menu, memberi sepenuh perhatian kepada Zulaikha. "Sesuatu apa, sayang?"

"I ingat... I nak kerja dalam syarikat semula."

Kening Tengku Rizz terangkat sedikit. Rahangnya mengetap. Raut wajahnya berubah serius. "You masih tak sihat. Tak perlulah paksa diri dan tambah tekanan—"

"Sayang, please..." Suara Zulaikha merendah, penuh rayuan. Jemarinya meramas lembut tangan Tengku Rizz di atas meja.

Zayan mendengarnya dengan jelas walaupun tidak berniat untuk mencuri dengar. Dia mendengus perlahan, namun dia tetap kekal berdiri tenang.

Tengku Rizz diam seketika sebelum akhirnya mengangguk perlahan. "Okay. But don’t stress yourself." Dia bangkit dari tempat duduk. "Excuse me, sayang. I nak ke toilet sekejap."

Zulaikha mengangguk. Setelah kelibat Tengku Rizz hilang dari pandangan, dia berpaling ke arah Zayan yang masih tegak berdiri. Pandangan mereka bersabung seketika. Namun seperti biasa, Zayan cepat-cepat melarikan mata. Ada riak cemburu yang terbit secara tidak sengaja. Hanya Zulaikha yang mampu membacanya. Dia kenal benar garis-garis halus pada wajah lelaki itu. Dia tahu bila Zayan sedang menahan rasa.

Zulaikha menahan senyum.

"Zayan, awak dah makan?" soalnya sambil sedikit menoleh ke arah Zayan.

Zayan mengangkat bahu. "Cik Zulaikha tak perlu risaukan saya."

"Boleh duduk sekali." Suaranya sengaja bernada usik.

Zayan mengetap rahang, namun masih mengekalkan senyum nipis. "Saya lebih selesa berdiri."

Zulaikha mengukir senyum kecil. Ada sesuatu yang menggembirakannya. Sesuatu yang Zayan tak mampu sembunyikan darinya.

Zayan menoleh ke luar tingkap semula, kononnya menikmati pemandangan. Namun ekor matanya masih setia mencuri pandang ke arah wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience