Bab 58

Romance Series 7113

Kapal Mewah Al-Saffron. Kabin Bawah.

Jumaat. 10:00 pagi

Kabin bawah kapal mewah itu bergema dengan bunyi kipas industri yang berputar perlahan, diselang-seli dengan hentakan ombak ke badan kapal. Bau logam, minyak, dan sisa asap cerut menyelubungi ruang sempit berkeluli itu.

Zulaikha masih terikat pada kerusi besi. Rambutnya kusut, wajah letih, namun renungan matanya tetap tajam. Pergelangan tangannya pedih, kulitnya melecet akibat kabel zip-tie yang mengikat kuat.

Pintu kabin berderit kasar lalu dibuka kuat dari luar. Dua pengawal bersenjata masuk terlebih dahulu, laras AK mereka tegak dalam posisi bersedia. Kemudian, seorang lelaki melangkah masuk dengan langkah tenang.

Tengku Rizz.

Sut hitamnya terletak kemas, rambut tersisir rapi, senyuman tipis menghiasi wajah dingin yang tidak terusik oleh suasana sekeliling.

“Zulaikha Isabelle…” suaranya rendah, sarat dengan sindiran. “…atau patutkah aku panggil kau… Isabel Matthews?”

Dia berjalan mengelilingi kerusi, seperti seekor pemangsa menilai mangsanya. Jemarinya menyentuh bahu Zulaikha.

Zulaikha mendongak, menentang pandangannya. Suaranya serak namun tegas.
“Sekarang kau dah tahu aku tak ada nilai untuk kau.”

Tengku Rizz ketawa kecil, kasar. “Tak ada nilai? Jangan naif, Isabelle. Kau masih berguna untuk aku. Aku hanya perlukan salah seorang. Kau… atau si budak tu. Apa namanya? Izzudin?”

Dia berhenti betul-betul di hadapan Zulaikha, menunduk sedikit sehingga wajah mereka hampir bersentuhan. Mata hitamnya berkilat dengan aura kejam yang diselindungi senyuman.

“Kau cuma perlu tandatangan dokumen ni. Serahkan semua saham tu pada aku. Itu saja.”

Zulaikha mengetap rahang. “Lebih baik kau bunuh aku.”

Senyuman Tengku Rizz melebar. Dia berdiri tegak semula. “Nampaknya pak ngah pilih orang yang betul-betul jujur. Kau langsung tak teringin hidup mewah… macam sekarang?”

Zulaikha menyeringai sinis, walau tubuhnya bergetar menahan sakit.
“Gaji aku sebagai orang bawahan Tan Sri pun dah cukup senang.”

Tengku Rizz diam sejenak, sebelum tersenyum nipis. Dingin dan sinis. Dia melangkah keluar, meninggalkan kabin. Pintu logam itu ditutup kuat.

Zulaikha menarik nafas panjang, menggenggam jarinya perlahan. Darah masih mengalir dari pergelangan yang melecet. Bibirnya bergetar, suara hanya berbisik di ruang sempit itu.

“Mana awak, Zayan… mungkin kali ini saya tak sempat tunggu. Awak selalu lambat…”

-------

Lapangan Terbang Tentera, Thailand Selatan.

Operasi Dark Hunter. Fasa 1
Jumaat, 10:15 malam

Hangar besar itu samar diterangi cahaya merah malap. Empat operator Team Ghost, Ivan, Zareen, Rafiq dan Khal duduk mengelilingi meja holo-peta. Di hadapan mereka, Hadif, mission commander ECLIPSE, menerangkan rancangan operasi. Di udara, imej holografik kapal mewah Al-Saffron berputar perlahan, berlabuh di perairan Langkawi.

Dinding hangar kosong. Tiada bendera, tiada tanda unit rasmi. Identiti mereka dirahsiakan. Satu-satunya patch yang dipakai hanyalah logo kecil hantu kelabu di bahu kiri, tanda panggilan mereka. Ghost.

Hadif menekan pointer ke arah imej 3D kapal.

>Objektif Utama: pastikan lokasi Zulaikha, mesti hidup. Jika sahih, tandakan untuk extraction.

>Objektif Sekunder: kumpul intel senjata dan senarai pembeli.

>Objektif Tertiari: jika peluang ada, tangkap Tengku Rizz.

“Team Knight akan buat penyusupan laut dari sektor barat,” suara Hadif tenang tapi tegas. “Ghost, turun dari atas. HALO jump, tiga puluh ribu kaki. Masuk waktu auction berlangsung. Jangan engage kecuali musuh nampak dulu. Rules of engagement: eyes only, sampai tebusan confirm.”

Ivan, selaku team leader, angguk sekali. “Roger. Ghost ready.”
Yang lain hanya diam, fokus. Tapi renungan mata mereka tajam, penuh bersedia.

-------

Pesawat C-130 Hercules. Udara Laut Andaman

Bunyi kipas besar bergema, menggetarkan lambung pesawat. Lampu merah kecemasan memandikan kabin dengan cahaya samar.

Ivan bangun, suaranya mengarah ringkas.
“Oxygen check.”

Semua operator menyarung topeng oksigen kecil di dada, tarik nafas penuh, pastikan bekalan berfungsi.

“Kit check.”
Senjata ringan, HK416C, MP7, Glock 19 sudah tersimpan dalam beg kalis air.

“Parachute check.”
Harness HALO dipasang ketat, parasut utama dan backup diperiksa. Di kaki, fins lipat tersangkut, siap untuk operasi penyusupan bawah air.

“Nav system.”
Wrist GPS dan paparan helmet diselaraskan pada penanda satelit ECLIPSE.

Satu persatu mereka saling memeriksa. Rafiq tepuk harness Khal. “Clear.”
Hadif sendiri semak valve oksigen Zareen. “Good.”
Tiada ruang untuk silap.

Suara pilot masuk ke headset.
“Approaching drop altitude. ETA, ten minutes.”

Hadif angkat tangan, beri isyarat. Semua bangun, bergerak ke ramp belakang. Angin tipis mula menyelinap, menderu garang.

Tiada kata-kata lagi. Hanya genggaman tangan di bahu tanda,

Ready.

Pintu ramp terbuka. Angin deras menghentam, udara tipis menusuk paru-paru. Lampu merah berkelip. Operator menurunkan visor mask penuh, kerana altitud ini boleh membunuh sesiapa yang silap kawal nafas.

Lampu hijau menyala.

Hadif memberi isyarat tangan.
“Go, go, go!”

-------

Terjunan HALO

Seorang demi seorang terjun.

SUPP!

Tubuh meluncur hilang ke kegelapan langit. Udara menghentam 200 knot, dada bergetar kuat. Ghost team jatuh dalam formasi panah, tubuh melengkung sedikit untuk stabil. Nafas terkawal di balik topeng oksigen.

Altimeter bergerak pantas.
30,000… 15,000… 10,000 kaki.

Di bawah hanya hamparan hitam Laut Andaman, dengan bayang samar Langkawi di kejauhan.

Ivan membuat isyarat tangan, menunjuk pada HUD. Arah penerjunan masih tepat. Angin silang sederhana, tapi terkawal.

4,500 kaki.
Mereka tarik ripcord. Parasut persegi terbuka senyap, kejutan singkat menegangkan harness.

Kini mereka meluncur perlahan, formasi ketat. Parasut dikawal halus menuju penanda titik masuk, tiga batu nautika dari kapal mewah.

Tiada suara. Hanya kain parasut berdesir, ditiup angin laut malam.

300 kaki.
Ivan nyalakan flare IR kecil, hanya kelihatan pada goggle yang mereka pakai. Air clear.

Ghost team tarik riser, dan

SPLASH!

Mereka mendarat tepat di laut gelap.

Dalam beberapa saat, parasut diputuskan, gear kalis air ditarik keluar. Senjata selamat, kering.

Khal angkat tangan, isyarat ringkas.
“Form underwater infil.”

Topeng selam diturunkan, rebreather dipasang. Tiada buih keluar. Sistem senyap penuh.

Empat bayangan hitam menyelam serentak, fin bergerak tenang. Tubuh mereka hilang di bawah permukaan. Team Ghost kini menuju ke kapal Tengku Rizz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience