R&R Group HQ. Pejabat Tengku Rizz. 8:30 pagi.
BRAKKK!!
Bunyi hentakan kuat memecah kesunyian pagi. Fail-fail di atas meja terpelanting ke lantai, berselerakan bersama helaian laporan penting. Sebuah pemberat kertas kaca pecah berderai di tepi dinding.
Tengku Rizz berdiri menghadap tingkap besar pejabatnya. Dadanya turun naik, nafasnya berat menahan marah.
“Macam mana kau boleh terlepas pandang?” Suaranya dalam, garau, dan cukup tajam. Dia berpaling perlahan.
"They made it all the way into the secret room. Took the documents from the safe and walked out like nothing happened." Buku lima Tengku Rizz bergetar. "What the hell were you doing at the time?!” jerkah Tengku Rizz sambil buku limanya dihayun tepat ke wajah Farhan.
Bukk!
Farhan terdorong sedikit ke belakang. Matanya terpejam, cuba menahan sakit yang mula menjalar di muka. Darah merah mengalir dari bibir yang pecah.
“Saya terlepas pandang, Tengku. Ada dua penceroboh. Tapi saya berjaya tembak salah seorang-”
“Apa gunanya kau tembak kalau mereka dah terlepas?” Tengku Rizz menghentak meja. Suaranya tinggi dan kasar. “Kau tahu apa yang ada dalam peti keselamatan tu? Kalau benda tu jatuh ke tangan orang luar, habis kita! R&R akan runtuh... dan aku akan dipijak!”
Farhan hanya diam. Tidak guna dia menjawab. Apa saja yang keluar dari mulutnya hanya akan membuatkan Tengku Rizz lebih marah.
“Check semua hospital. Klinik. Cari mereka sampai dapat. Kalau gagal...nyawa kau jadi galang ganti.” Arahan Tengku Rizz kedengaran perlahan, tapi nadanya cukup mengancam.
Farhan menelan liur. “Saya syak... kemungkinan besar, ini kerja operatif ECLIPSE. Atau orang dalam.”
Tengku Rizz menyeringai kecil. Sinis.
“Kalau betul ECLIPSE dah campur tangan, itu bermakna… Hadif dah tahu sesuatu.”
Wajah Farhan berubah.
“And now he's hunting for pak ngah killer," ujar Tengku Rizz perlahan, matanya terpaku ke arah potret besar Allahyarham Tan Sri Rizal di dinding pejabat. “And if I have to... I’ll throw the damn killer right at his feet,” tambahnya dengan nada penuh sindiran.
Farhan menelan liur. Bukan kali pertama Tengku Rizz mengancamnya begitu. Rahangnya mengetap.
“Saya faham,” jawab Farhan, suaranya tertahan.
Tengku Rizz berpaling semula ke arahnya.
“Aku nak fail tu semula. Bunuh siapa saja yang perlu. Aku tak peduli. Yang penting, fail tu kembali ke tangan aku.” Jari telunjuknya mengetuk permukaan meja.
Farhan hanya mengangguk perlahan. Itu bukan sekadar ugutan. Dia tahu benar siapa Tengku Rizz di sebalik imej korporat yang ditunjukkan pada media. Sisi gelapnya hanya Farhan yang tahu. Dan dia tahu apa yang lelaki itu sanggup lakukan.
Farhan melangkah keluar dari pejabat Tengku Rizz
Tengku Rizz duduk bersandar dikerusi pejabatnya. Jari-jemarinya bermain dengan penutup pen. Wajahnya tampak tenang, namun kilauan matanya tajam seolah-olah sedang menyusun strategi licik di dalam kepala.
Ketukan dua kali memecah kesunyian bilik pejabat itu.
“Masuk,” arah Tengku Rizz tanpa mengalihkan pandangan.
Sofia melangkah masuk dengan tertib. Sudah lama dia bekerja di bawah lelaki itu. Sudah lali dengan tekanan dan suasana dingin yang sentiasa menyelubungi ruang ini.
Tengku Rizz akhirnya mengangkat wajah. “Aku mahu kau aturkan semula majlis pertunangan aku dengan Isabelle.”
Sofia kaku seketika. “Tapi semalam... Cik Isabelle menolak tarikh yang kita-”
“Kali ini dia tak ada pilihan,” pintas Tengku Rizz, suaranya tegas bernada amaran. “Kalau dia masih mahu kembali bekerja dalam syarikat ni..., dia perlukan aku untuk meyakinkan lembaga pengarah yang dia dah sembuh.”
Tengku Rizz bersandar ke kerusi, senyuman sinis terukir di bibir.
“Pastikan semua media mendapat maklumat ini. Pertunangan antara dua waris utama R&R Group mesti menjadi pengetahuan umum.”
Sofia hanya menunduk, mencatat tanpa sepatah kata. Dia tahu, apabila Tengku Rizz bercakap begitu... itu adalah keputusan muktamad.
Sofia keluar. Tengku Rizz masih duduk bersandar ke kerusi. Kerusi di pusing menghadap tingkap cermin. Matanya merenung jauh ke luar tingkap.
"Berhentilah bersembunyi, mak ngah. Isabelle perlukan mak ngah... Ahli lembaga pengarah perlu nampak mak ngah bahagia dengan pertunangan kami. Atau... mereka akan mula bertanya, dan kita tak nak itu berlaku, kan?"
Senyuman sinis terukir di bibirnya, licik dan penuh permainan minda.
--------
Imbas kembali,
Tiga tahun lalu.
R&R Group HQ. Tingkat 29. 02:12 petang.
Puan Sri Helena melangkah tergesa-gesa keluar dari lif sebaik pintunya terbuka. Langkahnya deras menuju ke bilik mesyuarat. Ada mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan tanpa pengetahuannya.
Pintu bilik mesyuarat ditolak kasar.
Namun, ruang itu lengang. Mesyuarat telah pun selesai. Hanya tinggal Tengku Rizz yang duduk tenang di hujung meja, jemarinya bermain dengan pen.
"Rizz... mak ngah tak sangka kamu sanggup hasut lembaga pengarah untuk singkirkan Ika daripada jawatan Penolong Pegawai Eksekutif syarikat."
"Ika sakit, mak ngah. She needs proper treatment. Pak ngah dah tak ada. Seseorang perlu ambil alih tanggungjawab jaga syarikat." Tengku Rizz bangkit perlahan dari kerusi, melangkah tenang menghampiri wanita itu. "Mak ngah tak perlu risau. Saya akan kahwin dengan Ika. Dia masih pemegang 20% saham syarikat. Saya perlukan dia..." bisiknya perlahan di telinga Puan Sri Helena.
Pap!
Satu tamparan singgah di pipinya. Wajah Tengku Rizz terpaling ke sisi, namun bibirnya masih mengukir senyum.
"Aku tak akan biarkan kau kahwin dengan anak aku!" bentak Puan Sri Helena, matanya merah menahan amarah.
Tengku Rizz tersenyum sinis. “Kalau mak ngah tak mahu kehilangan hak mak ngah juga dalam syarikat. Mungkin...mak ngah patut fikirkan cadangan saya?" Tengku Rizz menunduk sedikit. "Ika...Dia dah... hilang ingatan. Dia tak dapat tolong mak ngah lagi," nada suara Tengku Rizz perlahan, namun bernada ancaman.
“K–kau yang cadangkan rawatan tu pada aku! Apa yang kau dah buat pada anak aku, hah?!” jerit Puan Sri Helena sambil cuba menampar lagi.
Namun, pergelangan tangannya ditangkap kemas oleh Tengku Rizz.
“Saya cuma buat dia lupa... perkara-perkara yang tak penting,” bisiknya, suaranya bergetar halus, cukup untuk menyentak naluri seorang ibu.
Puan Sri Helena tergamam. Wajahnya membeku. Anak matanya menggigil mencerna maksud sebenar di sebalik kata-kata itu.
Tengku Rizz melepaskan tangannya, melangkah keluar dari bilik itu dengan penuh tenang.
Puan Sri Helena masih kaku. Nafasnya sesak. Lututnya longlai, lalu tubuhnya melurut jatuh ke lantai. Air matanya mula mengalir tanpa suara, mencengkam dada dengan rasa bersalah yang tidak terhingga.
Ternyata keputusannya membawa Zulaikha menjalani rawatan PTSD di Kanada adalah satu kesilapan. Setelah hampir setahun menerima rawatan keadaan Zulaikha makin merosot.
Zulaikha hilang ingatan! Dia tidak dapat berfungsi seperti Zulaikha yang dulu.
Dan kini anak saudaranya, Tengku Rizz mengambil alih syarikat.
Share this novel