Imbas Kembali. Semalam. 7:15 malam
(waktu yang sama kes penculikan Izzudin)
Jalan Raja Chulan- Pavilion- Arah Bukit Bintang
Audi RS7 hitam metalik baru sahaja keluar dari parkir bawah tanah Pavilion. Di dalamnya, Zulaikha duduk di kerusi belakang sambil membuka fail yang dibawanya dari pejabat. Dee memerhati lalulintas dengan hati-hati.
“Cik, kita terus balik rumah?” tanya Dee, suara rendah.
Zulaikha mengangguk, kelihatan penat. Baru beberapa hari dia mula bekerja di pejabat R&R semula. Sepulang dari kerja mereka singgah di Pavilion.
“Ya, Dee. Saya nak rehat. Esok pagi ada board meeting.”
Dee mengangguk tanpa bersuara panjang. Tetapi sesuatu tidak kena: sebuah Hilux kelabu dan sedan hitam kekal mengekori sejak mereka keluar dari parkir Pavilion. Jaraknya terlalu konsisten.
Tangannya menekan butang komunikasi di dashboard.
“Base, Juliet-2. Possible tail. Dua kenderaan maintain jarak sejak exit Pavilion. Mohon confirm.”
Suara Kai Lin, operator bilik kawalan, berdesis dari radio.
“Copy Juliet-2. Uji dengan tukar laluan. Jangan provoke.”
Dee segera ubah lorong masuk ke arah Jalan Raja Chulan. Namun kedua-dua kenderaan itu turut sama berpindah, masih mengekori.
“Contact confirmed,” bisiknya.
Zulaikha perasan perubahan gaya memandu Dee. Dia menutup fail, tubuhnya condong ke depan. “Ada masalah?”
Dee menjawab ringkas. “Ada kereta ekori kita-,"
Belum sempat dia habis bercakap, sedan hitam itu memecut ke depan lalu menutup laluan kanan. Tingkap belakangnya terbuka, muncung rifle M4 terjulur.
“Tunduk!” jerit Dee.
Zulaikha menunduk ke lantai. Tembakan bertubi-tubi meletus.
TAT-TAT-TAT!
Kaca belakang Audi pecah berderai. Serpihan kaca kecil bertaburan ke seluruh kabin kereta. Ada serpihan kaca yang mengenai lengan dan tubuh Zulaikha.
Dee segera membelok tajam ke kanan, hampir menghimpit sebuah Myvi yang menekan hon panjang. Audi RS7 meraung dengan enjin turbo diperah habis.
Dee menekan pedal. “Pegang kuat-kuat!”
Dalam rempuhan kesesakan trafik, dia berjaya memberi sedikit jarak.
“Dee, bagi saya senjata.” Nada Zulaikha tegas, bukan panik.
Dee teragak sebentar, namun melihat mata majikannya yang yakin, dia segera mengeluarkan SIG Sauer P365 dari holster paha. “Safety off. Dua mag penuh. Cik tahu apa nak buat.”
Zulaikha tarik slide, periksa chamber dengan cekap. Pergerakan refleks, jelas bukan kali pertama.
Hilux kelabu kini menghimpit dari kiri. Dee sengaja beri ruang lurus. “Line clear!”
Zulaikha membuka sedikit tingkap sisi, membidik rendah. Dua das tembakan.
Dor! Dor!
Tepat ke tayar depan Hilux. SUV itu hilang kawalan, berpusing sebelum menghentam divider.
“Nice shot,” Dee sempat mengulas, rahangnya tetap tegang.
Namun masalah bertambah, sebuah Alphard hitam tanpa nombor plat muncul dari belakang konvoi. Dari dalamnya, muncung senjata automatik menyembur tembakan.
DRAAATTT!
Cermin sisi kanan AUDI RS7 pecah.
“QRF on route. E.T.A. empat minit!” suara Kai Lin memecah radio.
“Empat minit!?" Dee mendengus. Dalam tempoh empat minit macam-macam boleh jadi.
Dia cuba menggunakan lorong kecemasan untuk memintas, namun sebuah Land Cruiser tiba-tiba melintang di hadapan. Blocker unit.
“Tak guna…!” Dee menekan brek, cuba brek tangan untuk U-turn, tetapi momentum Audi RS7 terlalu tinggi. Dari belakang, Alphard merempuh sisi kanan.
Audi RS7 berpusing, dua kali berputar sebelum menghentam divider konkrit. Airbag meletup, kabin berisi asap putih.
Dee terhantuk, darah mengalir di pelipis. Dia masih cuba capai Glock di pinggang. Namun pintu pemandu dibuka kasar. Muncung AK-47 menekan dadanya.
“DROP IT! HANDS UP!” jerit lelaki bertopeng, suara bercampur loghat asing.
Zulaikha di kerusi belakang, walaupun pening, masih cuba mengangkat pistol. Namun kepala Zulaikha dihentak dengan belakang senapang. Pandangannya kabur. Pistol terlepas, tubuhnya ditarik keluar. Tangannya diikat dengan zip-tie.
“Target secured!”
Dee diseret ke atas tar, wajahnya ditekan kasar ke jalan, tangan diikat. Dia masih sempat melihat sekilas, Zulaikha diseret masuk ke dalam Alphard.
Konvoi musuh segera beredar, meninggalkan Audi RS7 remuk di lorong kecemasan.
Dee mengetap gigi, pandangannya kabur. Nafasnya berombak. Dalam hatinya hanya satu kalimat.
“Tak guna...Aku gagal lindungi VIP…”
Asap putih dari airbag masih berkepul di sekitar Audi RS7 yang remuk. Lampu hazard berkelip samar. Bau getah terbakar dan minyak tumpah menusuk.
Dee terbaring di jalan, kedua tangannya diikat zip-tie, wajahnya berlumuran darah yang keluar dari luka di pelipis. Nafasnya kasar, cuba sedaya upaya mengekalkan kesedaran.
Bunyi enjin motor berkuasa tinggi semakin dekat
WRAAAAMMM!
Sebuah Yamaha MT-09 hitam matte berhenti mengejut di sisi lorong. Penunggangnya turun, tangannya membuka visor helmet.
“Dee!”
Suara itu dikenali. Zayan.
Mata Dee terbeliak sedikit. “Z…Zayan?!”
Zayan cepat-cepat melutut, pisau lipat kecil dikeluarkan dari poket jaket hitam. Dalam beberapa gerakan pantas, zip-tie Dee dipotong.
“Kau boleh jalan?” tanya Zayan, nada tegas.
Dee menahan sakit, cuba bangun. Kakinya terhincut tapi masih mampu berdiri. “Cik Zulaikha… mereka ambik dia.”
Zayan mengangguk, matanya mengekori kelibat lampu belakang konvoi musuh yang baru sahaja hilang di hujung susur lebuh raya. “Kita kejar. Low profile. Jangan contact radio.”
Dee sempat ragu. “QRF dalam perjalanan…”
“Kalau tunggu QRF, mereka hilang terus,” potong Zayan. “Kau naik belakang.”
Dee tanpa banyak soal naik ke bonceng Yamaha MT. Zayan pecutkan motor, masuk ke lorong sempit di sisi tol, menggunakan kelebihan kelincahan motosikal untuk mengekori Alphard hitam dari jarak jauh. Lampu motor dimatikan, hanya bayang bergerak di celah kenderaan.
--------
Beberapa minit kemudian, konvoi QRF dari Team Knight tiba di lokasi kemalangan.
Kenderaan hitam Ford Everest dengan lampu strobo biru tersembunyi berhenti mendadak. Lima operator QRF lengkap plate carrier segera mengamankan kawasan.
“Clear area! Check for survivors!” jerit ketua unit.
Mereka mendapati Audi RS7 kosong, pintunya ternganga. Darah bertompok di jalan.
Seorang operator menjerit, “VIP tak ada! Negative on visual!”
Kai Lin di radio:
“Confirm…? Ulang, VIP status?”
Ketua QRF menggertap gigi. “Cik Zulaikha missing. Dee pun tak ada. Kemungkinan hostile extract mereka berdua.”
Kamera dash QRF memancarkan suasana kereta remuk itu ke bilik kawalan.
Kai Lin mengetap bibir. “Shit. Kita terlambat…”
---------
Sementara itu, jauh di depan, Yamaha MT membelah malam Kuala Lumpur. Zayan menunduk, fokus mengekori konvoi Alphard dari jarak selamat.
Dee memegang erat belakang jaketnya, wajah keras.
“Apa pun jadi, kita tak boleh biar mereka bawa Cik Zulaikha keluar dari KL.”
Zayan sekilas menoleh.
“Relax. Eyes on target. Kita maintain pergerakan senyap, jangan trigger musuh. Bila ada ruang, baru kita strike.”
Lampu neon bandar Kuala Lumpur berkelip di sisi jalan. Konvoi musuh terus meluncur ke arah luar bandar.
Misi pengejaran senyap baru sahaja bermula.
Share this novel