Bab 18

Romance Series 7113

Hotel Sri Andaman, Kuala Lumpur. Majlis pertunangan Tengku Rizz.

8:30 malam.

Dari atas bumbung menara Park Royale yang menghadap terus ke Hotel Sri Andaman, dua figura bersembunyi dalam kelam. Deruman enjin kenderaan dari jalan raya besar sesekali memecah keheningan malam.

Angin malam meniup lembut, cukup kuat untuk mengganggu stabiliti senapang.

Zayan menyesuaikan posisi Accuracy International AXMC miliknya, senapang jarak jauh yang telah diubahsuai dengan peredam bunyi, sistem optik termal, dan sokongan balistik digital. Jari telunjuknya rehat di sisi picu, sementara sebelah mata ditutup rapat.

Di sebelahnya, Khal, spotter berpengalaman, memegang tablet taktikal dan laser spotting scope. Dia tekun memerhati setiap gerakan dari Hotel Sri Andaman dan kawasan kolam renang, tempat berlangsungnya majlis pertunangan Tengku Rizz, salah seorang ahli tertinggi ECLIPSE. Majlis itu turut dihadiri orang-orang kenamaan, ahli korporat dan selebriti.

“Visual confirmed. Perimeter luar bersih. Heat signature normal. Belum ada pergerakan luar biasa,” lapor Khal, nada tenang namun fokus melalui alat komunikasi.

Di dalam sebuah SUV hitam Defender di ruang parkir Hotel Sri Andaman Ivan menghadap enam paparan skrin dan dua papan kekunci mini. Satu set peralatan signal interception terbuka di hadapannya, memintas terus suapan kamera keselamatan dari jaringan hotel melalui sambungan bypass yang diatur dari bumbung.

Tiba-tiba, grafik di satu skrin menunjukkan gangguan.

“All units, this is Ghost One. Ada gangguan pada sistem CCTV. Terdapat aktiviti anomali dan data spike. Kemungkinan bypass sedang berlaku."

“Alpha Two copy, bergerak ke bilik CCTV," suara tegas seorang wanita membalas. Dee dan Rafiq memasuki bilik CCTV di aras bawah. Tangannya menekan butang override sistem, namun beberapa paparan kini hanya menunjukkan skrin hitam atau looped footage tanda sistem sedang digodam.

“Mereka sudah masuk. Kami kunci semula pintu servis lif barat. Teruskan pengepungan,” sambung Dee dan mereka segera menuju ke ruang kolam renang semula. Nalurinya mengatakan sesuatu akan berlaku.

Sementara itu, di tingkat 18 laluan servis. Seorang wanita tinggi lampai berjalan tenang, menyusur lorong servis hotel. Sut taktikal hitam melekap pada tubuhnya. Wajahnya dilitupi balaclava penuh, hanya sepasang mata gelap yang kelihatan kosong, dingin, tanpa riak.

Di bahunya tergalas beg hitam berisi M110 Semi-Automatic Sniper System. Dengan tenang, dia membuka pintu bilik suite yang menghadap ke kolam renang, memasang tripod dan mula membidik.

Di bawah, bunyi gemuruh hadirin semakin reda saat Tengku Rizz mengangkat gelas untuk menyampaikan ucapan.

Tiba-tiba, satu garis laser merah melintas tepat ke dadanya.

“Contact! Laser lock on VVIP!” jerit Zafran, dari sudut kolam, tangannya pantas memegang pistol yang tersorok di dalam blazer.

Seorang pengawal peribadi bertindak refleksif, tangan kiri menarik kolar belakang Tengku Rizz, tangan kanan mengunci pinggangnya lalu menundukkannya ke belakang.

Dari atas bumbung, Zayan menarik nafas panjang. Satu tembakan dilepaskan.

Bang!

Peluru .338 menembusi udara, menghentam bingkai logam tingkap bilik suite di tingkat 18 hanya beberapa inci dari muncung senapang penembak wanita yang dikenali sebagai Black Cat. Dia tersentak sedikit, lalu menutup skop, tahu misinya sudah diganggu.

Orang ramai bertempiaran. Operatif Team Bravo menarik keluar VVIP dengan formasi perlindungan. Rafiq dan Dee mengawal perimeter, mengiringi hadirin keluar dari kawasan berisiko.

Sementara itu, Zafran dan Hanif telah mula mendaki tangga kecemasan ke tingkat 18.

Pintu bilik suite ditendang terbuka. Zayan masuk terlebih dahulu, dia melihat bayang tubuh wanita sedang berlari ke arah palang tepi balkoni.

Tanpa ragu, wanita itu melompat dari balkoni tingkat 18. Tali abseiling yang sudah siap terikat pada harness di pinggangnya menegang sebaik tubuhnya menjunam ke bawah. Angin malam menyambut tubuh rampingnya.

Di atas bangunan seberang, Zayan mengekori pergerakan itu melalui teropong senapang. Jari telunjuknya bersedia di picu. Nafas ditahan. Mata tidak berkelip.

Bang!

Peluru memecut deras, menghentam kabel keluli yang bergoyang di udara, meleset dari sasaran utama.

Wanita itu segera menendang masuk ke balkoni tingkat lima belas, mendarat dengan cekap. Dalam sekelip mata, dia membelok masuk ke dalam sebuah bilik kosong yang telah diatur sebagai laluan pelarian.

“Sial.”

Ini kali kedua penembak wanita itu berjaya melepaskan diri dari tembakannya.

“Terlepas lagi,” ujar Khal, geram. Dia menurunkan teropong malam dari wajah, menggeleng perlahan. “Banyak nyawa betul Black Cat ni.”

Zayan menggenggam senapangnya erat. Degupan jantungnya masih laju, bukan kerana panik, tapi kerana rasa tidak puas hati yang membuak.

Black Cat, nama kod yang sudah menghantui mereka sejak operasi TRASH-11. Wanita itu licik, tangkas, dan berani. Dia jarang bertindak sendirian. Biasanya, dia berpasangan dengan seorang lagi pembunuh upahan yang digelar Sphynx. Dan berdasarkan corak operasi, Zayan yakin Sphynx lah yang telah memintas sistem CCTV hotel malam ini.

Duo wanita itu semakin berani. Dan mereka semakin berani menyasarkan ahli tertinggi ECLIPSE.

“Target escaped…” suara Zafran kedengaran melalui alat komunikasi.

Zayan mengetap rahang.

Sorry gais. Pada mulanya novel ni Romance + action. Tapi nampaknya action yang banyak dari romance.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience