Bab 2: Awal Bahagia

Romantic Comedy Series 1124

Lepas SPM, sementara tunggu result keluar, Deyuanna tak duduk diam. Dia mohon kerja apa saja yang ada, asalkan halal. Akhirnya, dia diterima kerja sementara sebagai cleaner kat satu syarikat automotif. Tak sangka, kat situlah dia jumpa Kahar — staf pejabat yang selalu lalu lalang dengan kemeja kemas dan senyuman manis.

Mula-mula Deyuanna cuma tegur bila perlu, tak nak bagi salah faham. Tapi Kahar lain — dia tak pernah pandang rendah kerja Deyuanna. Tak pernah buat Deyuanna rasa kecil walaupun dia cuma ‘budak sapu lantai’ di situ.

“Awak kerja rajin ya. Nanti kalau jadi nurse mesti ramai pesakit suka,” usik Kahar satu hari.

Dari situ, mereka mula berkawan. Borak masa lunch. Tukar nombor. Dan entah sejak bila, perasaan tu datang perlahan-lahan — macam hujan yang mula dengan renyai tapi berakhir dengan lebat yang menenggelamkan semua rasa ragu.

Mereka jatuh cinta.

Deyuanna rasa dihargai. Rasa dilindungi. Kahar masa tu sangat penyayang, sanggup hantar Deyuanna balik setiap hari walaupun rumah dia jauh. Kalau Deyuanna demam sikit, dia orang pertama sampai depan pintu dengan ubat dan air kotak.

Tapi segalanya mula berubah… selepas Deyuanna dapat tawaran masuk kolej kejururawatan.

Tiga bulan kemudian, cinta mereka diuji.

Kahar makin sibuk. Katanya, kerja makin berat. Masa untuk Deyuanna makin kurang. Kadang seminggu sekali baru mesej panjang. Panggilan pun makin jarang.

Dan dalam kekosongan tu… Deyuanna rasa sunyi. Dia rindukan perhatian. Dia rindukan rasa disayangi.

Dan waktu itulah… seorang lelaki lain datang hulurkan telinga, mata, dan bahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience