Bab 2: The Beginning

Romance Series 61412

“Rose”

Kedengaran suara serak Ray mengejutkan Rose dari lenanya. Angin yang mengenai tubuhnya membuatkan Rose terlelap sebentar akibat kepenatan. Rose memandang wajah Ray. Dia tersenyum.

“Kita dah sampai.”

Kemudian, Ray meletakkan tubuh Rose lalu membantunya menstabilkan diri untuk berdiri. Perasan akan dirinya sudah sampai di destinasi membuatkan Rose memandang ke belakang.

KELIHATAN sebuah istana agam yang berdiri megah.  Terdapat pintu pagar hitam yang besar dengan pengawal di hadapannya. Rose menoleh melihat Ray. Ray memberi isyarat kepada salah seorang pengawal. Pengawal tersebut mengangguk lalu membuka pintu pagar besar yang mepunyai tanda mahkota di tengah-tengahnya.

Kecantikan istana itu sungguh tidak terkata. Terkedu dia melihat struktur bangunan istana yang gah itu. Tetapi satu perasaan sayu wujud di hati Rose. Mahupun istana itu kelihatan gah tetapi halaman di situ amatlah hening dan sunyi. Cuaca juga mendung seperti istana itu tidak mengalukan kedatangan tetamu ataupun sesiapa sahaja.

“Mulai daripada sekarang, awak ikut dan dengar je apa yang saya kata. Jangan sesekali awak bersuara. Okay?” Ray menghamburkan kata-kata berbaur amaran. Rose mengangguk tanda faham. Dengan perasaan takut dan berdebar-debar Rose mengikuti langkah Ray dari belakang.

Setibanya mereka di hadapan sebuah bilik. Terdapat dua orang pengawal berbadan tinggi dan tegap bersenjatakan tombak sedang mengawasi pintu itu. Wajah pengawal-pengawal tersebut tidak dapat dilihat jelas oleh Rose seperti ada bayang-bayang hitam melindunginya.

Pintu besar itu terbuka luas membenarkan Rose dan Ray masuk ke dalam. Gelap gelita ruang di dalam bilik itu. Hanya bertemankan sedikit pancaran cahaya matahari.

Di hujung bilik itu, seorang lelaki sedang duduk di atas takhta. Sekali lagi wajah lelaki itu tidak dapat dilihat kerana hampir separuh badannya ditutupi bayang-bayang hitam. Hanya kakinya sahaja dapat dilihat.

“Your Highness, allow me to express my gratitude towards this woman.” Ray menundukkan kepalanya menunjukkan tanda hormat kepada raja. Rose juga menundukkan kepalanya mengikuti gerak geri Ray.

Raja itu tidak memberi sebarang respon. Suasana diam mula memenuhi ruang.

Beberapa minit kemudian, raja itu menjawab ringkas. Tanpa sedar, Rose merasakan dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata. Mujur Rose memakai robe bagi menutupi kepala dan seluruh tubuhnya.

“Who’s this slave?” Suara garau milik Raja itu menyapa telinga Rose. Jantungnya berdengup laju saat mendengar suara itu. Raja itu mempunyai aura yang sangat menggerunkan dirinya.

Takut.

Satu-satunya perasaan yang Rose rasai ketika ini. Kepalanya masih ditundukkan.

“She saved me, Your Highness. I manage to kill our enemy but then I get badly injured. She’s the one who treat me.” Jawab Ray berhati-hati.

Ray merupakan sepupu serta pengawal peribadi Raja. Dia yakin bahawa Raja akan menerima gadis itu. Ray tahu Raja menganggapnya orang penting dan akan menerima permintaan itu.

“I see… Then, I shall accept her.” Kata Raja.

Ray menghembuskan nafas perlahan. Mendengarkan persetujuan Raja, dia terus berlalu keluar bersama Rose.

Agak menghampakan. Sedikit pun Rose tidak faham apa yang dibicarakan mereka. Maklumlah, dia tidak diberi peluang pendidikan. Dia hanya mahir melakukan kerja rumah dan memasak sahaja.

Rose dibawa ke kamar mandi. Terpegun melihat kecantikan kamar mandi itu. Dihiasi dengan lukisan keemasan berbentuk bunga. Sangat terperinici dan elegan.

Beberapa pembantu istana perempuan membantu Rose membersihkan diri. Terkejut Rose apabila salah seorang pembantu itu cuba membuka dress lusuh yang dipakainya.

“Maaf, saya boleh buka sendiri.” Lembut suaranya memberitahu pembantu itu.

“Ini tugas kami. Cik tetamu perempuan yang pertama jejak di istana ni. Biarkan kami uruskan cik.” Tegas pembantu itu.

Kening Rose bertaut aneh mendengar penjelasan pembantu itu.

Aku tetamu perempuan yang pertama? Hatinya berbisik.

Usai bersiap, kedengaran pembantu-pembantu berbisik antara satu sama lain sehinggalah seorang dari mereka membuka mulut.

“Kami minta maaf ya cik disebabkan kami kurang sopan. Kami semua sebenarnya terpegun melihat kecantikan cik. Rambut hitam cik yang panjang mengurai dan ikal mayang sesuai dengan wajah cik yang comel ni. Kulit cik yang putih gebu sangat mempersonakan. Cuma cik terlalu kurus mungkin kalau cik makan makanan di istana ni, cik akan nampak lebih sihat.”

Seorang lagi pembantu menyiku lengan pembantu yang bercakap itu. Takut menyinggung perasaan Rose.

Rose ketawa kecil mendengar kata-kata pembantu tersebut.

“Terima kasih sebab tolong saya. Saya harap kita sama-sama dapat berkenalan.”

Aku mesti kerja hari ni jugak. Tuanku dah bagi aku tinggal kat sini takkan aku nak senang-lenangje. Hatinya nekad.

Hampir sebulan berlalu, Rose berada di istana. Keberadaan Rose membuatkan suasana istana lebih riuh rendah daripada biasa. Semua pekerja istana mengenali Rose dengan lebih rapat dan amat menyayanginya. Kebanyakan masanya dihabiskan dengan membaca buku di perpustakaan istana untuk mempelajari sejarah kewujudan makhluk seperti serigala jadian. Kini, dia juga mahir dengan budaya di tempat ini. Selebihnya, dia meluangkan masa untuk berbual dengan para pembantu istana dan Ray yang merupakan satu-satunya kawan yang dia miliki.

“Hey girl, how you’re doing?” Ray mengukir senyum. Tangannya diseluk ke dalam poket ladder jacket yang tersarung di tubuhnya.

“Ray!” Rose menoleh kearah suara yang amat dikenalinya lalu memeluk tubuh Ray.

“Care to spend time with me?” Tanya Ray dengan suara yang menggoda.

Keningnya terangkat. Langsung tidak faham dengan kata-kata Ray.

“Awak tak sibuk kan sekarang?” Kepala digeleng-gelengkan. Ketawa kecil keluar dari mulut Ray terhibur dengan Rose yang tidak faham dengan bahasa inggeris.

Rose mengangguk sambil tersenyum malu. Lantas dengan itu, Ray menarik tangan Rose untuk mengikutinya.

“Jap, saya tak tukar baju lagi.”

“Tak payah, awak pakai apa-apa pun cantik.”

Ray memeluk tubuh Rose dari belakang. Wangian yang menerpa masuk ke dalam rongga hidung Ray membuatkan lelaki itu mendekatkan kepalanya ke leher jinjang milik Rose.

“Awak gelilah.” Kata Rose.

“Hmm… Tulah siapa suruh wangi sangat.”

Rose mengulas senyuman lalu mereka pergi meninggalkan perkarangan istana itu menaiki motor milik Ray.

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience