Bab 21

Romance Series 11562

KERETA BMW meluncur masuk ke pekarangan rumah Tan Sri Hanafi. Setelah tiba di ruangan parkir, Shahira keluar dari kereta tersebut dengan girang. Dia sungguh gembira kerana telah kembali ke rumah dan bakal menemui kedua orang tuanya sempena cuti semester universitinya. Sebelum menutup pintu kereta, gadis itu sempat melihat ke arah pemandu kereta tersebut.

"Pakcik Razak.. tolong bawa beg Ira ya.. Ira tak larat la.. letih.. tangan pun sakit ni.." Pinta gadis tersebut kepada pemandu keluarganya.

"Iyalah.. kamu pergi la masuk dalam rumah.. beg tu biar Pakcik Razak bawa masuk." Balas pemandu itu dengan tersenyum.

"Okey.. terima kasih." Shahira membalas seraya menutup pintu kereta.

Tanpa membuang masa, Shahira berlari menuju ke pintu rumah agam milik keluarganya. Dia sudah tidak sabar untuk memeluk ibu dan ayahnya untuk melepaskan kerinduan. Sudah beberapa bulan dia tidak menemui ahli keluarganya itu.

"Mama.. Ira dah balik.." Sapa Shahira selepas melihat kelibat ibunya.

"Ira! dah sampai pun anak mama.." Puan Sri Rohayu tersenyum lebar setelah melihat kemunculan anak gadisnya itu. Shahira segera bersalam dan mencium tangan ibunya sebelum mereka melanjutkan dengan adegan berpelukan dan mencium pipi.

"Hah, Ira.. dah balik pun." Tan Sri Hanafi bersuara setelah melihat keberadaan anak perempuannya.

"Papa.. i miss you so much.." Shahira segera menuju ke arah bapanya dan bersalaman seraya memeluk dan mencium lelaki tersebut. Gadis yang manja itu kemudian memeluk erat lengan bapanya dan melentokkan kepalanya dibahu Tan Sri Hanafi.

"Abang Riz mana? keluar lepak lagi ke? ke dari semalam tak balik rumah lagi?" Tanya Shahira mengenai keberadaan abangnya.

"Hmm.. entahlah.. baru ni dia sibuk bekerja.. tapi sekarang dah tak kerja, tapi masih tak balik ke rumah.. tak tahu la ke mana dia pergi.. Papa call pun tak boleh." Tan Sri Hanafi menjawab pertanyaan anak gadisnya.

"Hah, abang Riz dah start kerja? Dia kerja dengan papa? kat syarikat mana?"

"Papa hantar dia ke Pahang.. kat cawangan syarikat Jentayu Emas.. tapi baru kerja tiga minggu, dia dah berhenti kerja lepas bergaduh dengan pengurus kat sana.."

"Bergaduh dengan pengurus? Eh, berani betul pengurus tu cari gaduh dengan abang Riz.. emm..eh, aikk.. kenapa pulak abang yang berhenti kerja? macam mana dia boleh berhenti sebab bergaduh dengan pengurus yang cuma pegawai rendah?" Shahira semakin pelik untuk memahami kejadian yang telah berlaku.

"Hmm.. kat sana, papa suruh dia kerja jadi cleaner.." Tan Sri Hanafi membalas dengan terkidum-kidum.

"Hah?! jadi cleaner? biar betul papa ni? dah tu, nak pulak abang Riz terima..." Shahira terperanjat besar.

"Itu je caranya papa nak baiki semula perangai abang kau tu.. tapi, itulah.. tak berjaya jugak.. sekarang, nak contact dia pun tak boleh.. tak tahu kenapa.. mungkin dia marah kat papa kot sebab buat dia macam tu.. padahal papa buat semua tu untuk kebaikan diri dia jugak.. mungkin dia tak faham, atau salah faham dengan maksud papa.." Tan Sri Hanafi meluahkan rasa kesal. Kini dia sendiri bingung dan tidak tahu bagaimana untuk menghubungi anak lelakinya itu.

"Tapi abang Riz kan baik.. Papa nak baiki dia macam mana lagi?" Shahira turut tidak memahami maksud bapanya. Mendengar pertanyaan anak gadisnya kali ini, Tan Sri Hanafi mula mendiamkan diri. Dia tidak ingin menjawab pertanyaan tersebut. Ini kerana adik perempuannya itu masih tidak tahu perangai sebenar Rizal ketika berada diluar rumah. Shahira tidak tahu jika abangnya itu suka membuli orang lain, kaki perempuan, kaki botol dan banyak lagi keburukan lainnya. Tan Sri Hanafi juga tidak ingin memburukkan anak sulungnya itu kepada si adik. Selama ini, Shahira cuma mengetahui abangnya itu suka berhibur bersama kawan-kawannya sehingga larut malam dan banyak berbelanja. Malah abangnya itu masih tidak mahu bekerja setelah menamatkan pengajiannya.

Selain itu, pada pandangan Shahira, Rizal adalah seorang abang yang baik dan menyayangi dirinya sebagai adik. Malah ibu mereka juga sangat menyayangi abangnya itu bahkan kadang kala Shahira merasakan kasih ibunya itu terhadap Rizal melebihi kasih terhadap dirinya yang adik. Cuma kadang kala, bapa mereka sahaja yang akan memarahi Rizal dan ingin Rizal segera bekerja di salah satu syarikat milik bapanya itu.

"Pa.. ish, orang tanya, tak nak jawab pulak.." Shahira ingin merajuk.

"Dah, dah.. pergi mandi, bersiap-siap dulu.. nanti kita makan sama-sama.." Tan Sri Hanafi memegang dan menarik lengan Shahira yang sedang menempel padanya.

"Aduh.. sakit la pa.. jangan la pegang kuat-kuat tangan Ira ni." Shahira mengadu.

"Eh, kenapa pulak? Ada yang tak kena ke dengan lengan Ira ni?" Tan Sri Hanafi bertanya.

"Tadi masa kat stesen bas, Ira ada terlanggar orang.. teruja punya pasal, sebab nak balik jumpa papa.. Ira jalan laju-laju takut Pakcik Razak dah menunggu.. sampai tak perasan, terlanggar orang.. itu yang sakit sikit.." Shahira menceritakan kembali pengalamannya tadi sambil mengurut-urut lengannya sendiri.

"Laa.. macam tu pulak.. habis, macam mana orang tu?"

"Dia takde apa-apa.. tapi Ira kesian tengok dia.. dia nampak macam lemah.. macam tengah ada masalah je.. nampak muka tu sedih je.." Shahira melanjutkan cerita. Wajah lesu dan sedih Amira kembali terbayang di fikirannya.

SETELAH menempuhi perjalan pulang dengan menaiki bas, Amira akhirnya kembali ke rumahnya. Gadis itu kecewa. Walaupun sudah berhabisan wang, tenaga dan masa, namun misinya ke Kuala Lumpur telah gagal. Dia terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Amira termangu sendirian. Gadis itu masih dibelenggu masalah mengenai latar belakang Rizal. Terkadang, timbul rasa kesal pada dirinya sendiri kerana sebelum ini, dia tidak pernah bertanya mengenai keluarga lelaki tersebut. Tiba-tiba ibunya, Shiela mendatangi Amira dengan kelam-kabut dan berwajah cemas.

"Mira.. ibu dapat call dari kampung.. Tok ma tengah sakit sekarang! Dia rebah kat bilik air.." Shiela menyampaikan khabar. Amira langsung tersentak. Terperanjat dengan berita yang tak terduga itu.

"Hah, Tok ma sakit? Macam mana dia sekarang?" Amira cemas.

"Dengar kata, dia pening masa pergi bilik air.. entah macam mana, tergelincir.. rebah kat situ.. sekarang tok ma tak boleh nak bangun.. tapi mujurlah dia takde luka.. cuma tergeliat kaki.. dah bawa pergi hospital.. doktor kata tok ma ada darah rendah.." Shiela memberi penjelasan mengenai berita yang baru dia terima.

Tok Ma adalah ibu kepada Shiela, sekaligus nenek kepada Amira. Kini wanita tua itu tinggal sendirian di kampungnya. Padahal selama ini Shiela sudah berkali-kali mengajak ibunya itu untuk tinggal bersama mereka, namun wanita tua itu selalu menolak kerana enggan meninggalkan rumahnya di kampung. Di sebabkan itu, wanita yang digelar tok ma oleh Amira itu tinggal bersendirian di kampungnya. Kini, mendengarkan keadaan wanita tua itu yang sedang sakit sendirian, menyebabkan Amira dan Ibunya semakin resah.

"Jadi, macam mana bu? kita kena balik jaga tok ma?" Amira bertanya mengenai perancangan ibunya.

"Hmm.. itu yang jadi masalah.. Ibu sekarang busy kat pejabat.. minggu ni memang tak boleh nak cuti sebab kena uruskan projek penting.."Shiela menjelaskan keadaan dirinya yang sibuk di tempat kerja.

"Habis tu macam mana? Mira pun nak tinggalkan Rizal macam mana? Takkan la nak biarkan dia kat rumah ni.. Anas pun dah nak ambil STPM tahun ni.. mana boleh tinggalkan sekolah dia." Amira pula menjelaskan keadaan setiap dari mereka.

"Tapi, nak tak nak, kita tetap kena balik jaga Tok ma kat kampung tu.. takkan nak biarkan orang tua tu duk sakit sorang-sorang.. dah Anas tengah sekolah, sekarang ni, Mira je la yang tak kerja.. Mira tolong la balik kampung, jaga tok ma.." Shiela cuba memujuk Amira.

Amira pula semakin serba salah. Di luah mati mak, ditelan mati bapa. Di rumahnya, Rizal sedang sakit terlantar dan perlukan penjagaan dan rawatan. Manakala neneknya di kampung juga mempunyai masalah yang sama.

"Nak bawak tokma tinggal kat sini pun susah.. dah la dia tengah sakit sekarang.. Rizal pun, waktu Anas pergi sekolah, dan ibu pergi kerja, nanti takde orang nak jaga. Tapi kalau nak bawa Rizal balik ke kampung tokma, nanti apa pula kata orang.. Rizal dan Mira tak kahwin lagi.." Amira meluahkan rasa bingungnya. Dia semakin mati akal untuk menyelesaikan masalah yang bertimpa-timpa menimpa dirinya.

"Hmm.. tapi Mira dan Rizal dah bersetuju untuk kahwin sebelum ni kan?" Shiela bertanya kepada anak gadisnya. Amira hanya mendiamkan diri.

"Kalau Mira dah yakin untuk bersama Rizal, menikah la.." Shiela memberi saran.

"Tapi ibu.. Rizal kan masih sakit sekarang ni.. dia langsung tak tahu siapa diri dia, kat mana keluarga dia.. macam mana kami nak kahwin?"

"Dia lelaki.. tak perlu bagitau keluarga dia untuk dia kahwin.. lagipun dengan keadaan dia sekarang, susah Mira nak jaga dia kalau korang berdua tak kahwin.. Mira kahwin la dulu dengan Rizal.. setidaknya, nanti dah takde batas antara Mira dengan Rizal.. Aurat pun dah bebas.. pasal ingatan dia tu, nanti la.. insyaallah, perlahan-lahan dia akan sembuh.. setidaknya sekarang ni, halalkan dulu hubungan Mira dan Rizal untuk memudahkan Mira nak jaga dia.." Shiela memberi penerangan untuk memujuk anak gadisnya.

Amira hanya mendiamkan diri. Ucapan ibunya itu ada benarnya. Namun Amira masih tidak yakin untuk bersama Rizal tatkala lelaki itu langsung tidak mempunyai ingatan lalu, bahkan Amira sendiri tidak tahu bagaimana perasaan Rizal sekarang terhadap dirinya. Fikiran dan jiwa lelaki itu terlihat kosong buat masa sekarang.

"Ikut je kata ibu.. Mira kahwin dulu dengan Rizal.. bawa dia tinggal kat rumah tok ma dulu sambil Mira tolong jagakan tok ma sekali.. nanti bagitau Anas.. walaupun dia masih bersekolah, tapi sekarang dia je wali mujbir Mira. Dia pun umur dah 19 tahun.. dah cukup umur untuk jadi wali kakak dia." Shiela menyambung percakapannya.

Amira semakin serba salah. Namun sebagaimana yang dikatakan oleh ibunya, itu adalah jalan terbaik yang harus diambil. Mahu atau tidak, Amira harus bertanggung jawab untuk balik ke kampung dan menjaga neneknya. Untuk tidak mengabaikan Rizal, jalan terbaik adalah berkahwin dengan lelaki tersebut dan membawa lelaki itu bersamanya pulang ke kampung. Dengan begitu, Amira nanti akan dapat menjaga kedua-dua orang yang sakit itu sekali gus.

Lama berfikir, Amira membulatkan tekad. Dia harus berbincang dengan Rizal untuk meneruskan perancangan perkahwinan mereka sebelum ini. Namun di fikirannya, dia masih ragu-ragu. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan hal yang berlaku kepada Rizal. Malah paling meresahkan gadis itu, dia khawatir jika Rizal menolak perkahwinan mereka kerana kondisinya yang sedang kehilangan ingatan.

Perlahan-lahan Amira masuk ke dalam bilik yang menempatkan Rizal. Lelaki itu terlihat terbaring di atas katil dan tak mampu bergerak bebas kerana kakinya yang patah. Amira yang mendekat, masih bingung untuk memulakan bicara.

"Rizal.." Amira memberanikan diri untuk berkata-kata walaupun sangat gugup. Rizal hanya menatap wajah gadis yang mendatanginya itu. Amira pula mengunci mulut. Dia semakin bingung dan ragu untuk menjelaskan tujuan kedatangannya. Beberapa detik berlalu dengan sepi. Rizal semakin tertanya-tanya. Dia tahu gadis di depannya itu sedang resah dan terganggu fikirannya mengenai sesuatu.

"Kenapa Mira? Awak ada nak bagitahu apa-apa kat saya?" Rizal mula bersuara.

Amira masih terbungkam. Masih tidak tahu bagaimana untuk menyusun kata. Jari jemari tangannya digerakkan dan saling menggaru-garu.

"Kalau ada apa-apa, awak bagitahu je kat saya.. kalau pasal keluarga saya, awak tak jumpa cari pun, takde masalah.. saya tak salahkan awak. Itu salah saya sendiri sebab takde simpan apa-apa maklumat pasal keluarga saya selama ni.. awak pun dah banyak tolong saya. Saya tak tahu bagaimana nak balas budi baik awak.. kadang-kadang, saya terfikir, betapa bertuahnya saya ada tunang sebaik awak.." Rizal menyampaikan kata-kata. Ucapan lelaki itu tak semena-mena menyuntik semangat buat Amira. Gadis itu tiba-tiba merasa teruja dan dihargai.

"Rizal.. apa kata kalau kita menikah? Sebelum kemalangan pun, awak dah berjanji untuk menikah dengan saya.. Sekarang awak terlantar sakit macam ni dan perlukan rawatan.. tapi kita sekarang masih bukan mahram.. kalau kita dah menikah, halalkan hubungan kita, saya boleh jaga awak dengan lebih baik, dari hujung rambut sampai hujung kaki.." Amira lancar mengucapkan kata-kata.

Rizal pula tersentak. Dia langsung tidak menduga gadis di depannya itu akan mengajaknya untuk berkahwin. Malah perkahwinan mereka adalah demi untuk Amira merawatnya dengan lebih baik. Melihat Rizal yang terdiam, Amira mula mengutuk dirinya sendiri.

'Aduh, Mira.. apa maksud kau nak jaga dia dari hujung rambut sampai hujung kaki? Nampak aku ni macam gedik sangat.' Monolog Amira sambil matanya dipejam dan mengetap bibir.

"Kalau itu kemahuan awak, saya akan turutkan.. walaupun saya tak ingat, tapi saya dah berjanji dengan awak.. awak dah jadi tunang saya. Jadi saya akan pegang janji saya untuk kahwin dengan awak." Ujar Rizal. Mendengarkan jawapan balas dariapda lelaki tersebut, Amira langsung menguntumkan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience