Bab 4

Romance Series 11562

Pagi Nirmala. Cahaya mentari mula bekerja, menyuluh seantero alam walaupun masih tersegan silu. Suara kicau burung bersahutan kedengaran tenang, menjadi halwa telinga. Sudah menjadi resmi alam, sekalian makhluk melata mula keluar dari sarang mereka untuk mencari rezeki di awal pagi. Di sebatang jalan, sebuah motosikal bergerak laju membelah angin dingin. Rizal tidak terkecuali untuk keluar bekerja, mencari rezeki. Walaupun dia menuju ke tempat kerja dengan berat hati, namun cabaran daripada bapanya perlu disahut. Dia hanya perlu bertahan selama enam bulan dalam menjalankan pekerjaan yang dianggap rendah dan tidak disukainya.

Sampai ditempat kerja, Rizal segera mematikan enjin motosikalnya. Dia dengan santai berjalan menuju ke arah pintu masuk bangunan. Walaupun hanya bekerja sebagai seorang pekerja pembersihan, namun gaya berjalan dan lagak Rizal masih terlihat angkuh seperti kebiasaannya selama ini. Lelaki itu segera menuju ke arah stor penyimpanan barangan kebersihan dan mendapatkan batang mop dan baldi. Tugas pertama dia pada pagi itu adalah untuk memastikan lantai dimop bersih. Tanpa berlengah, Rizal mula mencuci lantai yang terbuat daripada mozek. Walaupun ditekan rasa malas dan malu, dia terpaksa melaksanakan pekerjaan yang diminta oleh bapanya itu. Tidak lama kemudian, seorang lelaki masuk ke ruang yang sedang dibersihkan Rizal. Tiba-tiba lelaki itu tergelincir dan hampir rebah. Nasib baik sahaja lelaki itu sempat menyeimbangkan badannya dan lantai juga sudah tidak terlalu basah dan licin.

"Eh, bodoh! kau buat kerja macam mana ni? dah tahu nak mop lantai, letak la papan tanda amaran tu.. takde la orang lalu, tergelincir.. dasar cleaner bangang! buat kerja pun tak reti!" Ikmal memaki Rizal yang sedang bekerja. Lelaki yang memakai baju kot dan berkemeja biru itu adalah salah seorang pengurus di syarikat tersebut. Mendengar makian yang dihamburkan kepadanya, Rizal segera menoleh.

"Wei musibat, kau buta ke? dah nampak orang tengah mop lantai tu, takkan tak faham lagi lantai tu tengah basah.. mata kau letak kat mana? kat kepala lutut?" Rizal langsung membalas. Padahal Rizal baru menyedari kesilapannya yang tidak meletakkan papan tanda amaran ketika mengemop lantai. Dia awalnya sudah merasa bersalah, namun disebabkan bahasa kasar yang digunakan oleh Ikmal, Rizal tidak ingin berdiam diri dan terpaksa membalas semula dengan kata-kata yang serupa.

"Kurang ajar punya cleaner! Kau tahu tak aku siapa?" Ikmal semakin menggelegak darahnya apabila dimaki oleh seorang pekerja rendahan.

"Aku peduli apa kau tu siapa.. habis kau kenal tak aku siapa?" Rizal masih membalas.

"Kau memang nak cari pasal dengan aku nampaknya.. tak guna punya budak miskin.." Ikmal yang geram mula menuju ke arah Rizal. Di fikirannya, dia sudah membayangkan untuk menumbuk muka pekerja kebersihan tersebut sebelum menghalau lelaki itu dari syarikat. Melihat Ikmal yang sedang meluru ke arahnya, Rizal segera mengangkat batang mop ditangannya untuk dijadikan senjata bertahan jika dirinya diserang. Tak disangka, air dari hujung mop tersebut telah terpercik dan mengenai Ikmal.

"Puiihh!!" Ikmal terundur ke belakang beberapa langkah sambil meludah beberapa kali apabila air kotor dari mop mengenai muka dan badannya. Tidak semena-mena, lelaki itu kemudian tergelincir dan terjelepok ke lantai. Rizal yang tidak menyangka akan terjadi adegan sebegitu mulai tercengang. Sedetik kemudian, lelaki itu langsung ketawa terbahak-bahak seolah sedang memerli Ikmal. Suara ketawa Rizal yang bergema itu mula menarik perhatian orang sekeliling. Mata setiap orang mula terpaku ke arah Ikmal yang sedang terduduk di lantai yang masih basah dan masing-masing mula tersenyum sinis dan ada pula yang ikut ketawa terkekek-kekek. Sambil menahan malu, Ikmal mula bangkit berdiri.

"Tak guna! Kau memang nak mati nampaknya.. dasar si miskin kurang ajar!" Ikmal memaki lagi kepada Rizal untuk menutup rasa malunya yang sudah menjadi tumpuan orang.

"Aku miskin? kau tu yang betul-betul miskin sampai jadi buta.. setakat kuli macam kau, gaji sebulan kau tu baru duit belanja aku dua, tiga hari je.." Rizal segera membalas tanpa menyedari dirinya sekarang hanyalah seorang pekerja pembersihan. Mendengar ucapan Rizal, Ikmal pula membalas dengan ketawa.

"Aduh, buang masa betul aku duk layan orang gila.. parah dah tahap miskin kau ni, sampai jadi gila.. boleh pulak berangan kaya.. kenapa tak cakap syarikat ni milik bapak kau je.." Ikmal meneruskan tawanya.

"Laa.. memang syarikat ni milik bapak aku pun.." Rizal menjawab dengan selamba. Pada hakikatnya, syarikat tersebut sememangnya milik bapanya, Tan Sri Hanafi. Mendengar ucapan Rizal, Ikmal semakin mengencangkan ketawanya.

"Nah, kan.." Rizal terus tertawa.

"Dah! Hari ni aku nak kau berambus dari sini.. Kau jangan muncul lagi depan aku kalau kau taknak kena pijak." Ikmal menuding jarinya ke arah Rizal dengan riak wajah yang serius.

"Wah, baru pakai baju kot, dah berlagak macam bos besar.. tak sedar diri betul."

"Aku manager kat sini! aku ada kuasa! kau, penjilat sampah, mulai sekarang, kau dipecat! Aku taknak tengok lagi muka kau kat office ni!" Ikmal cuba menunjukkan kekuasaannya.

"Ah, peduli bapak kau! aku bukan kerja bawah jabatan kau, bongok! memandai nak pecat orang sesuka hati.. bidang kuasa jabatan sendiri pun tak tahu.."

"Babi!" Ikmal sudah tidak mampu mengawal emosinya apabila dipermainkan oleh Rizal. Segala cacian dan kata-kata kesat sudah terluah di mulutnya. Kini dia nekad, dia perlu ajar pekerja pembersihan di hadapannya itu dengan menggunakan kaki dan tangannya. Tangannya dikepal kemas dan Ikmal mula meluru ke arah Rizal. Melihatkan situasi, Rizal juga bersiap sedia dengan batang mop di tangannya. Alat pembersihan itu dipegang kemas pada tangannya dan dia akan menghayunkan batang tersebut ke arah Ikmal, tepat pada masanya.

"Marilah!" Rizal bersedia untuk menyerang seraya menantikan kedatangan lawannya.

"Berhenti!" Satu suara berkumandang keras. Langkah Ikmal langsung terhenti. Setiap mata yang berada di sana mula berkalih pandang ke arah pemilik suara yang memberikan arahan. Kelihatan seorang lelaki separuh umur berdiri tegak dan segak bergaya. Lelaki yang terlihat berwibawa itu merenung tepat ke arah Ikmal dan Rizal yang berkelahi.

"Apa yang korang bising-bising pagi hari ni hah? orang lain sibuk nak mulakan kerja, korang pulak sibuk nak bertekak.. apa kau ingat sini pasar? tempat wrestling? boxing?" Jalal mula mengherdik dua lelaki muda di hadapannya. Lelaki separuh umur itu adalah Ketua Pengarah di syarikat Jentayu Emas dan berperanan sebagai ketua kepada para pekerja di sana.

"Takde apa Encik Jalal.. ini, budak cleaner yang baru kerja ni nak cari pasal dengan saya.." Ikmal memberikan alasan dengan menyalahkan Rizal. Jalal langsung menatap ke arah Rizal.

"Saya dah buat kerja saya.. dari tadi saya duk mop lantai ni.. datang lahabau ni, terus nak cari gaduh.. saya tak kacau dia pun.. dia yang kacau kerja saya.." Rizal pula memberikan alasan.

"Kau! buat kerja tak betul! dah tahu nak mop lantai, tapi kau tak letak papan amaran.." Ikmal masih ingin menyalahkan Rizal.

"Kau tu yang buta! dah nampak orang mop lantai, kena alert la.. mesti tahu la, lantai tu licin.. orang lain takde apa-apa pun.. kau sorang je ada masalah.. nampak sangat otak kau tak betul.. entah macam mana orang bodoh macam kau dapat jadi manager." Rizal tidak ingin kalah dan masih memaki hamun lawannya.

"Sudah! tak payah nak bertekak lagi!" Jamal bersuara lantang.

"Ikmal! kau pun satu hal.. benda kecik macam tu pun kau nak buat kecoh habis satu pejabat.. Rizal ni baru kerja 2 hari.. memang tak pelik la kalau dia buat silap, tak tahu cara kerja yang betul, lupa itu ini.. jangan duk jadikan isu sangat benda remeh macam tu! lagipun kau tu seorang pengurus! Kendalikan pengurusan dengan cara yang betul. Bukan duk ikut emosi tak tentu hala.. nak guna kuasa sebagai pegawai atasan dengan sesuka hati, menindas orang lain, itu bukan sikap yang betul bagi seorang pengurus.. Kalau orang buat silap, tegur.. bagi tunjuk ajar cara yang betul.. bukan tunjuk samseng, pukul orang, pecat orang.. itu kerja gengster!" Jamal mengomel. Ikmal terus tertunduk, menjatuhkan pandangan wajahnya ke lantai apabila dimarahi oleh Jamal. Dia tidak berani untuk membantah kata-kata orang tua dihadapannya itu.

"Dah, pergi cuci pakaian kau tu.. aku taknak tengok dah kau buat masalah kat sini.. dan ingat.. lepas ni, kau jangan cari pasal dengan Rizal ni lagi." Jamal memberikan peringatan kepada Ikmal.

"Baik Encik Jamal.." Ikmal patuh. Dia mengangguk seraya berjalan meninggalkan kawasan tersebut dengan perasaan sebal. Matanya sempat menjeling tajam ke arah Rizal ketika mereka berpapasan. Sejenak kemudian, Jamal berjalan menghampiri Rizal. Setelah memastikan hanya mereka berdua yang berada di sana ketika itu, Jamal langsung berbisik kepada Rizal.

"Kat sini, hanya saya sorang je yang tahu identiti sebenar awak.. Tan Sri sendiri yang nak awak kerja macam ni dan nak awak sembunyikan daripada pengetahuan orang lain mengenai hubungan awak dengan Tan Sri Hanafi.. satu lagi saya nak pesan, mulai sekarang, awak bekerja di sini tanpa ada apa-apa keistimewaan.. awak akan dilayan sama saja macam pekerja lain.. sama macam cleaner yang lain.. dengan pegawai-pegawai pun sama.. jadi, sesiapa yang berkuasa pun, boleh pecat awak daripada bekerja, bukan saya sorang je.. Saya cuma boleh bantu awak, kalau awak ada masalah yang tak dijangka dalam urusan kehidupan awak je.. kalau dalam urusan kerja, saya tak akan campur tangan. kalau awak cari masalah, awak digantung atau dipecat, saya takkan ambil peduli. Tapi saya akan laporkan hal tu kat Tan Sri.. Itu semua kehendak daripada Tan Sri sendiri. Saya harap awak boleh faham dan kendalikan diri awak sebaik mungkin.. Jangan bergaduh dan berlawan dengan sesiapa pun.." Jamal memberikan peringatan kepada Rizal agar lelaki muda itu lebih berhati-hati dalam tindakannya di masa akan datang.

Rizal pula mengangguk perlahan. Fikir Rizal, ayahnya benar-benar ingin menyusahkan hidupnya. Dia khawatir jika kejadian yang sama seperti tadi berulang kembali, dia pasti tidak mampu untuk bertahan. Rizal tidak akan berdiam diri jika dirinya ditindas oleh sesiapa. Namun jika dia bergaduh atau di buang kerja, maka dia akan kehilangan peluang untuk mewarisi empayar perniagaan milik ayahnya. Rizal mula mengeluh. Matanya menatap Jamal yang sudah beredar meninggalkan dirinya.

"Rizal, apa yang duk kecoh tadi?" Tiba-tiba Amira muncul dan menyapa Rizal.

"Ah, Mira.. takde apa-apa.. masalah dengan pegawai bodoh, berlagak macam syarikat ni bapak dia yang punya.." Rizal tersenyum hambar.

"Sabarlah.. perangai orang kaya memang macam tu.. ramai yang suka menindas orang miskin macam kita ni.. Mereka tak sedar, pangkat, harta mereka tu Allah bagi pinjam sementara je.. takde yang kekal dalam dunia ni. Sekelip mata harta tu semua Allah boleh ambil dan beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.. Allah kata jadi, maka jadilah.." Amira cuba menenangkan suasana hati Rizal. Ucapan gadis itu bagai menjentik hati Rizal. Gadis di depannya itu seolah sedang menyindir dirinya. Rizal benar-benar terpukul. Kata-kata Amira itu ada benarnya. Selama ini, Rizal hidup dan membesar dalam kemewahan, berlimpahan wang emas. Namun kini, dia kehilangan segalanya. Walaupun keadaan ini hanya akan berlangsung selama enam bulan, tetapi dua hari yang berlalu sahaja umpama sudah merenggut separuh hidup Rizal. Malah, jika dia gagal menyempurnakan tugasan ini dalam masa enam bulan, Rizal akan kehilangan hak untuk mewarisi harta kekayaan bapanya. Rizal mulai risau. Dia takut jika dia gagal bertahan selama enam bulan mendatang, dia akan terus hidup terseksa sebegini. Hidup sebagai orang miskin yang menyapu sampah, membersihkan lantai.

"Awak.. rasa saya ni miskin ke?" Rizal bertanya kepada Amira.

"Hmm.. tak peduli la awak miskin ke, kaya ke..itu bukan ukurannya untuk menilai seseorang.. hidup ni hanya ujian.. ada orang Allah uji dengan kemiskinan, ada orang Allah uji dengan kekayaan.. yang penting, hati kita. Sentiasalah menjadi manusia yang merendah diri dan bermanfaat untuk orang lain. Itulah sebabnya Allah jadikan kita sebagai manusia ni, khalifah di muka bumi. Untuk memakmurkan dunia ni mengikut jalan yang diredhaiNya." Amira memberikan ceramah singkat. Gadis itu kemudian melanjutkan lagi ucapannya.

"Allah sebutkan dalam al-quran, tidak aku ciptakan jin dan manusia itu semata-mata untuk beribadat kepadaKu. Jadi, kita miskin ke, kaya ke, itu tak penting. Tapi macam mana kita nak jalani hidup kita ni untuk beribadat kepada Allah. Ibadat ni, bukan semata kita duk berzikir, sembahyang je.. setiap perbuatan kita pun boleh jadi ibadat.. pekerjaan kita pun satu ibadat.. seorang petani menanam sayur, niatkan pekerjaannya dilakukan kerana Allah, untuk memudahkan manusia lain mendapatkan makanan.. itu dah jadi ibadat. kita makan, tidur pun. niat kerana Allah untuk sihatkan tubuh kita supaya kita dapat terus beribadat di masa akan datang. itu pun dah jadi ibadat."

Rizal terpempan. Pengetahuan agama gadis itu benar-benar menarik perhatian dan menempelaknya. Dia semakin kagum dengan Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience