Bab 8

Romance Series 11562

PAGI itu, Rizal baru tiba di depan bangunan tempatnya bekerja. Di muka pintu bangunan, Amira sudah pun berdiri, menantikan kedatangan lelaki tersebut. Di tangannya terdapat satu beg plastik berwarna biru. Baru sahaja Rizal mendekati, Amira langsung menghulurkan beg plastik tersebut.

"Nah, sarapan awak pagi ni.." Amira tersenyum sambil menghulurkan pemberiannya.

"Ah, terima kasih.. malu pulak saya.." Rizal menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambil menerima huluran daripada Amira.

Apa nak malunya.. kita kan kawan. Dah jadi tanggung jawab saya untuk bantu.. saya tahu awak tengah susah.. emm, hari ni hari awak.. mana tahu, esok lusa, hari saya pulak yang susah.. hidup ni macam roda.. ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah.." Amira membalas.

"Terima kasih sekali lagi.. terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong saya.. tak sangka, masih ada orang baik macam awak dalam dunia ni."

Amira ketawa sambil menekup mulutnya.

"Ramai lagi orang baik dalam dunia ni.. saya ni pun bukannya baik sangat.. okey, jumpa lagi nanti.. saya nak masuk punch card dulu." Amira yang merendah diri segera berlalu, masuk ke dalam bangunan.

Rizal tersenyum sendiri melihat pemergian gadis tersebut. Bekal makanan yang diberikan oleh Amira dilihatnya.

"Emm, bihun goreng.."

Rizal bersyukur kerana sekali lagi mendapat bantuan makanan daripada Amira. Dia benar-benar beruntung kerana mengenali gadis tersebut. Sedetik kemudian, dia terkenangkan teman-temannya sebelum ini.

"Hmm, dalam ramai-ramai kawan, sorang pun tak boleh harap.. alangkah baiknya jika semua orang perangai macam Amira.." Rizal berceloteh sendirian.

Tiba-tiba Ikmal muncul dari arah belakang. Lelaki yang berpakaian kemas, lengkap memakai kot dan bertali leher itu menyedut dalam asap rokok, lalu dihembusnya ke arah Rizal. Lantas lelaki itu mencampakkan puting rokok di tangannya ke lantai.

Rizal hanya diam menatap ke arah lelaki yang bergelar pengurus itu. Ikmal pula hanya menjeling dengan tatapan mata yang tajam.

"Kau tengok apa? bersihkan la lantai tu." Ikmal mengerling sesaat ke arah puting rokok yang baru dilemparnya. Dia sengaja ingin mempermainkan Rizal yang bertugas sebagai pekerja kebersihan itu. Lelaki itu kemudiannya segera berjalan masuk, melepasi muka pintu yang terbuat daripada cermin kaca.

Rizal menaham geram. Tangannya digenggam kuat. Ikutkan hati, ingin saja dia melepaskan penumbuknya ke arah muka Ikmal. Namun mengingatkan nasihat daripada Jamal, selaku ketua pengarah, Rizal memadamkan keinginannya. Dia tidak ingin mengambil risiko yang bakal membuat dirinya kehilangan kerja sekaligus menghalang dirinya daripada mewarisi keseluruhan syarikat konglomerat milik bapanya.

Kini Rizal mula teringat kembali kepada ayahnya, Tan Sri Hanafi. Kemarahannya mula dialihkan kepada orang tuanya itu. Rizal benar-benar geram. Fikirnya, bapanya itu sengaja ingin mengenakan dirinya. Mungkin kehidupannya yang sukar kini adalah rencana Tan Sri Hanafi untuk membuangnya dari keluarga.

Bapanya seringkali memuji adik perempuannya, Shahira. Manakala Rizal pula sering di lihat sebagai anak yang menyusahkan dan selalu menghabiskan harta orang tua. Tiba-tiba ucapan Juana semalam kembali terngiang.

"Kenapa kerja jadi cleaner? dah kena buang dengan family ke? memalukan.. i saranakan you mati lagi baik.. keluarga you sendiri pun tak nak kat you.. memalukan.."

Kata-kata daripada wanita yang dicintainya itu terus bergema difikiran Rizal.

"Mungkin betul, papa nak buang aku dari keluarga.. dia tahu aku takkan mampu bertahan lama kat sini.. papa sengaja nak buat alasan untuk aku terbuang, tak nak bagi aku warisi harta dia.." Rizal bergumam geram. Hatinya semakin sakit. Dia mulai merasa seluruh dunia sedang membencinya. Semua orang terdekatnya sedang menjauh dan membuang Rizal dari hidup mereka.

"Kita kan kawan.. dah jadi tanggung jawab saya untuk bantu awak." Kata-kata Amira pula muncul di benak Rizal.

"Amira..." Nama gadis itu terpacul dari mulut Rizal. Kini dia sedar, setidaknya masih ada orang yang peduli tentang dirinya. Amira sering membantu dirinya, sejak dari hari pertama perkenalan mereka.

"Hidup ni macam roda.. adakala kita di atas, ada kala kita di bawah.." Kata-kata Amira terus menghujani pemikiran Rizal. Ucapan gadis itu bagaikan satu mantera yang meresap di dalam jiwa Rizal.

"Ya.. hari ni aku jatuh ke bawah.. korang semua tunggu.. satu hari nanti, aku akan buktikan.. aku akan mendaki ke atas semula dengan kemampuan aku sendiri!" Rizal menanam tekad. Dia ingin buktikan kepada semua orang, suatu hari nanti dia akan bangkit dan berada di puncak. Dia akan kembali hidup dengan limpahan wang emas. Dia akan membuktikan keupayaannya agar tidak terus dipandang rendah oleh orang lain.

RIZAL baru selesai menyapu lantai. Satu nafas berat yang terkandung keluhan terluah dari mulutnya. Dia sudah kelelahan dan harus berehat seketika. Baru sahaja dia ingin merehatkan diri, tiba-tiba dia didatangi oleh Jamal, Ketua Pengarah di sana.

"Rizal, datang ke pejabat saya sekarang." Jamal hanya berhenti seketika untuk menyampaikan arahannya. Lelaki itu lantas meneruskan langkahnya dengan laju meninggalkan Rizal. Rizal pula terkedip-kedip matanya melihat ke arah Jamal. Lelaki itu bingung seketika dengan arahan yang diberikan.

"Nak apa pulak orang tua ni?.. nak rehat pun tak senang.. serabut betul." Rizal merungut kerana waktu rehatnya sudah tergendala. Namun dengan langkah yang berat, dia tetap mula melangkah, menuju ke arah bilik Jamal yang berada di tingkat atas.

Sampai sahaja di pejabat Jamal, Rizal langsung masuk setelah mengetuk pintu. Lelaki yang menjabat sebagai Ketua Pengarah itu terlihat duduk di kerusi empuk pada meja kerjanya.

"Datang sini.." Jamal memberikan arahan agar Rizal mendekat dan duduk berhadapan dengannya.

"Ada apa Encik Jamal nak jumpa saya?" Rizal masih tidak tahu tujuan dia dipanggil ke sana. Namun di dalam hatinya, dia agak runsing jika lelaki itu ingin memecatnya. Jika hal tersebut berlaku, Rizal akan kehilangan hak untuk mewarisi empayar perniagaan bapanya nanti.

"Hmm.. saya tengok awak buat kerja dengan bagus.. jadi saya nak beri awak sedikit insentif di atas usaha awak selama ni.. anggap je ini bonus untuk awak kali ni.." Jamal menyerahkan satu envelop kepada Rizal.

"Bonus? Aikk, saya baru kerja seminggu lebih.. gaji pun belum.. dah dapat bonus?" Rizal merasa pelik dengan pemberian yang diterimanya.

"Awak tak nak ke? kalau tak nak pun tak pe.." Jamal menadah tapak tangannya sebagai isyarat diserahkan kembali wang pemberiannya itu.

"Eh, bila masa pulak saya cakap tak nak.. cuma saya rasa pelik je.. gaji pun belum.. tapi dah Encik Jamal bagi ni, saya terima je la.. saya tak nak la kecilkan hati Encik Jamal kalau menolak pemberian ni." Rizal tersengih.

"Kalau macam tu, awak boleh pergi sekarang.." Jamal memberikan arahan.

"Baiklah Encik Jamal.. terima kasih atas insentif dari Encik Jamal ni.." Rizal tersenyum lebar. Dia kemudian segera melangkah keluar dari bilik tersebut.

Jamal memerhatikan pemergian Rizal. Setelah pemuda itu hilang daripada pandangannya, lelaki itu segera mencapai telefon bimbitnya. Satu panggilan dibuat.

"Assalamualaikum Tan Sri.. saya dah bagi duit 500 tu kat anak Tan Sri.."

"Baiklah.. tapi awak kena pastikan dia tak tahu duit tu daripada saya.." Suara Tan Sri Hanafi kedengaran dari corong telefon.

"Ya Tan Sri.. dia tak tahu.. saya cakap itu duit insentif daripada saya sebab dia dah kerja dengan bagus." Jamal memberikan khabar.

"Bagus! Cukuplah tu 500.. kalau bagi lebih kan, nanti dia syak pulak.. kerja cleaner je.. gaji pun cuma 1,500.. takkan la dapat bonus sampai seribu.. dah la baru kerja seminggu.." Tan Sri Hanafi berbicara disebalik panggilan.

"Betul tu Tan Sri.. tadi pun dia dah pelik.. sebab dia baru je kerja.. gaji pun belum dapat, tapi dah terima bonus.."

"Jadi, macam mana prestasi dia kat sana? Dia boleh bekerja dengan baik ke?"

"Hmm.. saya rasa okey je.. baru ni dia ada la bergaduh sikit dengan salah seorang pengurus kat sini.. tapi sekarang nampak dah macam takde masalah.. dia datang kerja pun awal, tepat waktu.. sampai pejabat, dia terus buat kerja.." Jamal memberi laporan.

"Semoga dia terus dapat bertahan.. saya takde cara lain dah.. mungkin ini je cara yang ada untuk saya kikis rasa sombong dalam diri dia.. biar dia tahu macam mana rasanya hidup susah, hidup tanpa pangkat dan harta.."

"Saya faham Tan Sri.. saya tahu Tan Sri sendiri bertujuan baik untuk anak Tan Sri sendiri.."

"Dia adalah harapan saya.. satu-satunya anak lelaki saya.. saya nak dia berubah dalam masa enam bulan ni.. buat masa sekarang, saya serahkan dia kat awak.. awak tolong la tengok-tengokkan dia.. Kalau ada apa-apa yang mendesak, terlalu menekan dia, awak tolong la bantu.. tapi ingat, jangan layan dia dengan istimewa.. jangan sampai dia tahu saya dah bantu dia melalui awak." Tan Sri Hanafi terus memberi peringatan.

"Baiklah Tan Sri.." Jamal mengangguk, memahami arahan yang diberikan oleh pemilik syarikat yang juga majikannya.

Setelah itu, panggilan segera dimatikan. Jamal menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil. Dia sedikit geli hati dengan perlakuan Tan Sri Hanafi. Lelaki itu sangat menyayangi anak lelakinya namun enggan menunjukkan kasih sayangnya. Namun tindakan Tan Sri Hanafi itu ada kewajarannya. Demi mengubah tabiat buruk anak lelakinya itu, Tan Sri Hanafi terpaksa memberi anaknya itu kehidupan yang susah terlebih dahulu. Kadang kala, kehidupan yang susah akan lebih mengajar manusia erti kesabaran, kesyukuran dan hati yang lebih kental. Malah keadaan yang susah juga akan menyebabkan manusia lebih menghargai dan merendah diri terhadap orang lain. Jamal mengerti, anak manja yang dibesarkan dalam kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah seperti Rizal, pasti sukar untuk memahami penderitaan orang lain, malah orang seperti itu sering memandang rendah terhadap orang lain.

Senyuman terukir dibibir Rizal. Dia benar-benar gembira dan bersyukur dengan wang yang diberikan oleh Jamal kepadanya. Dia semakin yakin dengan nasihat yang diterimanya daripada Amira.

"Jika bersyukur, Allah akan menambahkan lagi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.. Alhamdulillah.. syukur Ya Allah.." Rizal menatap wang ditangannya selepas mencium helaian kertas tersebut.

"Rizal, awak buat apa kat sini? Eh, banyak betul duit kat tangan awak.. dari mana awak dapat?" Amira tiba-tiba muncul dan menyapa.

"Oh, Mira.. saya takde buat apa-apa.. saja berehat je, hilangkan penat kat sini.. ni duit bonus, Encik Jamal yang bagi.. dia kata dia puas hati dan suka dengan hasil kerja saya kat sini.. jadi dia berikan bonus ni sebagai insentif.." Rizal memberi penjelasan.

"Aik, gaji pun belum, dah dapat bonus? bertuah betul awak ni.. alhamdulillah, rezeki awak.." Amira turut terkejut.

"Tu la.. saya pun tak sangka.. dapat durian runtuh macam ni.. betul kata awak, jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan rezeki kita.."

"Hmm.. bukan saya yang cakap.. itu Allah sendiri yang bagitahu.. Allah sendiri dah berjanji.. tak mungkin Allah mungkiri janji.. Ingat, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat.. dia tahu isi hati kita dan keperluan kita.. Allah dah janji akan beri kita kekayaan dan kecukupan.. Allah tak pernah beri kita kemiskinan.. Kemiskinan tu, kita sendiri yang cipta.. Susah macam mana sekalipun diri kita, Allah dah janji akan sentiasa beri kita kucukupan.. Jadi segalanya pasti akan cukup buat kita." Amira memberi tazkirah singkat. Gadis itu menyambung lagi ucapannya.

"Jadi awak nak buat apa dengan duit tu?"

Rizal terdiam sejenak.

'duit ni kalau digunakan untuk makan minum, nanti akan habis jugak.. tapi kalau aku invest.. walaupun tak boleh dapat pulangan yang banyak, setidaknya dapat untuk makan hari-hari pun dah okey.. kalau nak harapkan dapat gaji nanti pun, berapa je gaji aku sebagai cleaner.. setidaknya gaji aku nanti boleh simpan untuk kegunaan kecemasan..' fikir Rizal dibenaknya.

"Saya ingat nak buat modal berniaga la.. dapat jugak cari duit lebih.." Rizal meluahkan hasratnya kepada Amira.

"Wah, baguslah.. awak boleh mula buat perniagaan kecil-kecilan dulu.. dapat untung sikit-sikit pun takpe la dari takde langsung. Jadi, awak nak berniaga apa?" Amira teruja dengan pemikiran Rizal yang ingin mengubah hidupnya.

"Emm.. kalau berniaga burger macam adik awak?"

"Boleh jugak.. haaa, rasanya adik saya ada satu lagi kuali yang tak guna.. nanti boleh la awak ambil.. gunakan kuali tu je.. tak perlu beli yang baru dah."

"Kalau nak bukak gerai burger yang proper, modal 500 memang tak cukup.. tapi setakat nak jual sikit-sikit dulu, rasanya dah boleh.. dapur dan tong gas kat rumah saya dah ada.. saya pun tak pernah guna selama ni.. nanti boleh la guna untuk buat berniaga.. rasanya belakang rumah saya tu pun ada kayu-kayu yang tak guna.. boleh la guna untuk buat meja dan bangsal tepi jalan.. almari cermin tak penting pun.. takde pun takpe.. orang nak beli burger, bukan nak tengok almari cermin.." Rizal mula merancang.

"Betul tu.. paling penting meminimumkan kos. Kalau nak seribu daya." Amira bersetuju.

"Kalau macam tu, malam ni saya pergi rumah awak, belajar masak burger dari Anas." Rizal dan Amira masing-masing tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience