Bab 3: You And Me

Romance Series 61412

TW!!!

Bunyi dentuman petir yang kuat kedengaran. Malam tiba, hujan turun lebat membuatkan suasana dingin.

Slam!

Berdentum pintu menggegarkan ruang istana.

"ARGHHHHH!"

Suara jeritan seorang lelaki kuat kedengaran memecahkan kesunyian istana.

Pantas Rose berlari ke arah jeritan tersebut.

Setibanya, dia di hadapan sebuah bilik yang besar. Ramai pembantu-pembantu istana berkerumun. Suasana menjadi bising dengan bisikan-bisikan dan percakapan mereka. Kesemua pembantu istana huru-hara dengan keadaan Raja mereka.

Rose mendekati mereka lalu bertanya kepada salah seorang pembantu istana.

"Apa yang terjadi Lia?"

"Maaf cik Rose tapi Tuanku baru pulang dari peperangan. Dia agak tidak terkawal dan tiada siapa yang berani untuk memasuki bilik ini untuk membantunya. Butler George dan Tuan Ray tiada sekarang. Kami sedang memanggil mereke berdua" Jawab Lia ketakutan.

Rose memandang ke pintu kamar raja yang terbuka itu.

Kelihatan seorang lelaki di sebelah katil sedang membelakanginya dalam posisi duduk. Keadannya seperti tidak terurus. Ketika itu, lelaki tersebut memegang kepalanya.

Itu ke Raja? Rose tertanya.

Crack! Boom!

Bunyi petir berdentum di langit semakin kuat. Rose meneliti suasana dalam kamar itu. Terdapat kepulan asap hitam mengelingi tubuh lelaki itu.

"ARGHHHH!"

Sekali lagi lelaki itu meraung seperti kesakitan.

Tidak tahan melihat situasi itu, Rose memberanikan diri untuk memasuki kamar tersebut. Langkah demi langkah sehingga seorang daripada pembantu memberi amaran kepadanya.

"Cik Rose, jangan masuk. Ini terlalu bahaya!"

Entah apa yang merasukinya, Rose melepaskan genggaman pembantu tersebut daripada tangannya dan menangguk tanda semuanya akan selamat.

Keadaan perabot bersepah. Kerusi dan meja terbalik. Kegelapan menguasai kamar itu.

Di situ, kelihatan Xavier di sebelah katil sedang mencengkam dadanya dan tangan kiri memegang kepala. Rose perlahan-lahan berjalan menghampiri Xavier. Hatinya rapuh melihat lelaki itu.

Dia bergerak ke depan lelaki itu. Tangannya menggigil mahu menyentuh wajah Xavier. Semakin lama semakin dekat.

Terasa seperti renjatan di wajah Xavier. Pantas Xavier memandang Rose. Mata mereka bertaut lama. Panahan mata Xavier menusuk jiwa Rose. Anak mata milik lelaki itu berbentuk seperti helang berwarna merah dan kehitaman.

Tiba-tiba mata yang memandangnya seperti binatang yang ingin membaham mangsanya beransur menjadi normal. Kepulan- kepulan asap hitam juga semakin hilang.

Sentuhan Rose merangsang Xavier. Matanya tidak lepas daripada memandang mata Rose. Perasan dengan situasi yang berlaku.

"Who are you?" Tanya Xavier.

Riak wajah Rose jelas tidak faham dengan apa yang diperkatakan itu.

"Ha, ammm maaf saya tak faham."

"What, Are you an idiot? Who the hell give you permission to enter my room? Now get out!"

Terkejut Rose dengan suara Xavier yang naik seoktaf itu. Jantungnya terasa ingin melompat keluar dari tubuhnya. Rose menarik nafas dalam dan menghembuskannya perlahan.

Dirinya tiba-tiba menjadi berani. Dia tidak berputus asa dan menolong Xavier untuk bertenang.

Xavier mengubah posisinya dengan berdiri. Amarahnya semakin tidak terkawal.

"Get out! Before I kill you!"

Buat pertama kali dalam hidupnya berada di istana, Rose dapat melihat wajah Xavier secara dekat. Pancaran matahari yang sedikit itu menyerlahkan ketampanan dan kecantikan rupa paras lelaki itu. Tubuhnya yang gagah dan kulitnya yang putih. Terdapat juga kesan calar dan darah di permukaan kulitnya. Rose terpegun melihat makhluk di depannya.

Melihat Rose yang tidak berganjak, Xavier berjalan mendekatinya. Dengan pantas Rose bangkit dan berlalu keluar meninggalkan kamar raja tersebut.

Malangnya, wajah tak setaraf sifatnya yang baran membuatkan Rose tidak puas hati dengan tindakan Xavier. Niatnya hanya mahu membantu lelaki tersebut.

Keesekon harinya, di dalam kamar diraja.

"What's that slave doing in my bedroom yesterday? Where were you?" Xavier bertanyakan soalan dengan angkuh kepada Butler George.

"As you can see Your Highness, that girl is not a slave. She has the power that could cure your curse." Jawab Butler George tenang.

Power? Dahinya berkedut sejuta.

"What nonsense are you spouting George? That slave has nothing to do with me! She didn't even understand what I'm saying!"

Butler George hanya menggelengkan kepalanya malas dengan sikap tuan muda nya yang ego menafikan situasi yang berlaku semalam.

"If it's not because of her. You will be a threat to other workers or maybe you could have just slaughtered them all. Well, its also a fact that she doesn't speak English"

Xavier terdiam.

That girl. Impossible. Hatinya bermonolog sendirian.

Satu keluhan berat dilepaskan daripada mulutnya. Masih lagi menindakkan kata-kata Butler George yang sudah berkhidmat dan menjaga keluarganya selama beratus tahun lamanya.

Seminggu berlalu sejak kejadian itu, hati Rose resah. Dia tidak menjumpai Xavier dan dia berasa agak kecewa kerana tidak dapat melihat keadaan Xavier di depan mata. Walaupun pembantu-pembantu istana mengatakan Tuan mereka sihat. Ini tidak membuktikan keadaannya yang sebenar sehingga dia sendiri yang mengesahkan menggunakan kedua-dua matanya.

Macam mana nak jumpa Tuan Xavier ni kalau asyik makan minum pembantu hantar dalam bilik. Asyik berkurung je dalam biliktu.

Rose tidak tahu mengapa dia tidak rasa sedikit pun gentar dengan Xavier sejak kejadian haritu. Malah dia lebih tertanya-tanya dengan keadaan lelaki itu. Sebelum ini dia tidak pernah ambil peduli tentang Raja istana ini. Ini kerana Ray menyuruhnya untuk tidak bertanya apa-apa soalan berkenaan raja itu. Apa yang Rose tahu hanyalah nama raja itu. King Xavier.

Rose mengalihkan fikirannya kepada perkara lain dan mula berjalan-jalan di koridor. Sejak tinggal di istana, Rose merasakan dirinya menjadi lebih periang. Di sini dia dapat menjadi dirinya yang sebenar berbanding di rumahnya yang seperti penjara.

"La, la, la, la. Aduh!" Badannya terjelepuk di atas lantai permata itu. Kepalanya diusap menggunakan tangan. Dia terasa seperti terlanggar sesuatu yang keras lalu dia mengankat wajahnya dari bawah ke atas.

Tingginya!

"Eh, Tuan Xavier!"

Terus berubah riak wajah Rose kepada gembira.

"Badan Tuan tak panas!" Belakang tangannya diletakkan di dahi Xavier. Kakinya dijengketkan untuk menyaingi ketinggian Xavier.

Alangkah terkejut Xavier dengan perlakuan Rose itu.

"Hei perempuan jangan biadap! Siapa kau nak sentuh aku sesuka hati!" Tangan Rose ditepis kasar.

Sakit tangannya ditepis kuat. Rose memandang tepat ke mata Xavier. Sakit hatinya diperlaku sebegitu.

"Saya tahu saya terhutang budi dengan tuan. Tapi tak bermaksud saya boleh diperlaku seperti ini. Saya tahu saya ni bukan sesiapa untuk dijaga atau dijemput di istana mewah tuan. Saya tahu saya ni hanya kuli je di mata tuan tapi tuan kena ingat saya masih punya perasaan!"

Kemudian, Rose berjalan pergi meninggalkan Xavier yang tersentak dengan kata-kata Rose.

Segaris senyuman sinis terpamer di wajah Xavier.

Very interesting. That Idiot!

Di dalam bilik, Rose berjalan mundar-mandir.

"Alamak! Apa yang aku dah cakapni. Tuan Xavier tak akan halau aku kan dari istana ni?" Rose mengetuk-ngetuk dahinya. Rasa takut mula menyelubungi diri.

Setelah empat hari berlalu, kedengaran sekali lagi suara Xavier meraung menahan sakit. Mengikut kiraan, ini sudah kali ketiga jeritan itu menyapa di telinga Rose. Kali kedua ia berlaku Butler George dan Ray dapat membendung situasi tersebut.

Justeru itu, Rose berlari sepantas kilat menaiki tangga untuk ke kamar Raja. Dia tidak kisah dengan amaran yang diberikan oleh Ray kepadanya. Perkara penting baginya sekarang adalah menggunakan kuasa pemulihannya untuk membantu Xavier.

Creak!

Pintu dibuka.

Kepalanya ditoleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa di dalam kamar raja ini.
Tubuh badan Xavier kelihatan menggeletar dalam kegelapan. Keadaan cuaca seringkali mendung dan kepulan asap hitam yang tebal memenuhi ruang kamar itu.

Rose menghampiri Xavier.

Hampir sahaja tangan Rose menyentuh tubuh Xavier. Kehadirannya disedari lalu dengan pantas Xavier mencekik leher Rose.

Kuat!

"Argh! Tuan lepaskan saya! Tolong bagi saya peluang untuk tolong tuan. Saya terhutang budi... kerana tuan sanggup bagi saya peluang...untuk tinggal di sini... Tolong! Bagi saya peluang. Lepaskan saya..."

Beberapa saat kemudian pegangan di leher Rose dilepaskan.

Gedebuk!

Tubuhnya jatuh di atas lantai. Rose terbatuk-batuk menahan cengkaman tangan Xavier yang melemaskan pernafasannya.

Seketika Rose menahan rasa sengal yang mecucuk-cucuk belakangnya. Rasa perit tubuh badannya akibat hentakan yang kuat.

ARGHHHHH!!!

Jeritan demi jeritan keluar daripada mulut Xavier. Jeritan kasar membingitkan telinga Rose secara tidak langsung dia menekup telinganya menggunakan kedua-dua tangan.

Xavier mengaduh kesakitan.

Asap hitam berbentuk awan mula memenuhi ruang kamar menjadikan tempat itu sejuk serta-merta.

Kamar itu bergegar hebat menyebabkan Rose hilang keseimbangan. Kepalanya terasa berpusing-pusing. Udara di sekitar tampaknya tipis menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas. Kuasa kegelapan yang sudah pun menyelubungi Xavier menolak tubuh Rose menjauh darinya.

Kedengaran jelas suara Xavier meraung kesakitan. Tubuh badannya dikaburi dan dilindungi kuasa kegelapan menunggu masa untuk membunuhnya.

Crack!!!

Timbul garisan retak di dinding dan lantai. Kilat menyambar sini sana.

Terbuntang luas mata Rose melihat tragedi di hadapannya. Dengan segala kudratnya, Rose berlari ke arah kuasa kegelapan itu.

Dia melawan kuasa yang menolaknya. Merasakan dirinya sudah hampir dengan Xavier. Tangan dihulur untuk mencapai tubuh lelaki itu lalu dia memeluknya erat.

Tiba-tiba...

Renjatan melalui sentuhan dua tubuh badan itu membuatkan Rose merasakan dunianya seakan-akan terhenti. Waktu berhenti berdetik. Tubuhnya kaku tidak mampu digerakkan.

Imbasan memori silam bagai bergentayangan di ruang mata. Imbasan memori yang bermain di layar kepalanya membuatkan air matanya mengalir di pipi.

Memori kisah gelap Xavier sewaktu kecil.

Rose seperti terpukau.

Xavier tidak mampu bergerak disebabkan cahaya yang muncul menerangi segenap ruang menarik tubuhnya ke tubuh Rose.

Perlahan-lahan cahaya itu menerangi hatinya yang hitam.

BOOOMMM!!!

Kuasa graviti menolak tubuh mereka berdua ke belakang.

Beberapa minit berlalu, Rose tersedar lalu membuka matanya. Rasa sakit di kepala.

Kedengaran suara nyaring seorang kanak-kanak lelaki menyapa gegendang telinganya.

"Ayah lepaskan saya! Sakit ayah! Sakit! Lepaskan ibu! Ibu tak bersalah. Tolong jangan seksa ibu lagi. Bunuh saya je ayah! Ayahhhhhh! Jangannnn!!!!!"

Kanak-kanak itu memandang ayahnya memegang sebilah pedang lalu menghunus tepat ke jantung milik ibunya.

"TIDAKKKKKK!!!"

Kuasa kegelapan yang menakutkan keluar dari tubuh kanak-kanak lelaki itu. Meletus dan mengahancurkan seluruh struktur istana.

"Malapetaka sudah pun terjadi!" Laung bapanya kuat sebelum tubuh badannya hancur berkecai akibat kuasa kegelapan. Darah memancut keluar sehingga terpecik mengenai wajah kanak-kanak lelaki itu.

Matanya seperti helang berwarna merah pekat dan kehitaman. Tubuh kecil itu terduduk kaku.

Pandangan Rose segera menekur ke lantai melihat sekujur tubuh terbaring mengerang perlahan.

Air mata yang merembas keluar diseka oleh Rose.

Hatinya pilu. Rose merangkak ke tubuh itu. Dia mengangkat kepala Xavier dan membaringkan kepalanya di peha Rose.

"Shhhh.... Saya kat sini." Suara Rose yang cukup perlahan itu sambil menangis tersesak-esak.

Tangan Rose menggenggam tangan Xavier. Air mata Rose mengalir jatuh di atas dahi Xavier.

Perlahan-lahan, kelopak matanya terbuka. Anak matanya yang berbentuk helang berwarna merah kehitaman bertukar seperti sediakala.

Jari-jemarinya diangkat menyentuh wajah Rose. Sentuhan lembut.

"Who are you, really?" Xavier berbisik.

DOOM! DOOM! DOOM!

Ketukan pintu jelas kedengaran. Butler George dan pengawal istana cuba memecah masuk pintu kamar itu.

Nafas Xavier semakin perlahan lalu matanya tertutup membiarkan image wajah Rose kabur.

Sakit hatinya melihat insan ini. Jemari Rose mengusap lembut rambut Xavier dengan penuh kasih sayang.

Ketika itu, satu perasaan baru menular ke dalam hatinya.

Pintu berjaya dibuka lalu semua pekerja bergegas masuk.

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience