Bab 23

Romance Series 11562

PERKAHWINAN diantara Rizal dan Amira berlangsung dengan lancar dalam suasana yang sederhana. Walaupun upacara ijab dan qabulnya dilakukan secara tertutup, tanpa sanak saudara atau sahabat handai, namun Amira tetap gembira. Dia bahagia kerana pada akhirnya, hubungannya dengan Rizal telah pun menjadi halal.

Bagi Rizal, dia turut gembira setelah memperisterikan Amira. Walaupun dia tidak jelas mengenai hubungannya dengan Amira sebelum ini, namun dia gembira apabila melihat senyuman daripada bibir perempuan itu. Setidaknya, Rizal tahu Amira adalah perempuan baik yang sudah banyak membantunya sejak dia sedarkan diri di hospital pada tempoh hari. Tidak mungkin wanita yang mengaku sebagai tunangannya itu sengaja menipu dan mengambil kesempatan terhadapnya.

Fikir Rizal, tiada apa-apa keuntungan pun kepada Amira dan tiada pula kerugian kepada dirinya sendiri jika Amira cuba menipunya. Bahkan dia sendiri sudah banyak terhutang budi kepada gadis yang baik hati itu. Rizal sendiri dapat merasakan keikhlasan Amira terhadapnya melalui segala tindakan yang dilakukan oleh perempuan itu terhadapnya.

Malah, setidaknya Rizal sendiri yang akan rugi kerana akan mengalami kepayahan untuk menguruskan dirinya sendiri selama sakitnya itu sekiranya tanpa bantuan daripada Amira. Jadi Rizal sama sekali tidak keberatan untuk menjadikan Amira sebagai isterinya. Kebaikan Amira terhadapnya sudah melekat di dalam jiwa. Bahkan yang merisaukan Rizal, dia khawatir jika dirinya sebelum ini mempunyai wanita lain tanpa sepengetahuan Amira. Dia risau jika suatu hari nanti, ketika dia kembali mendapatkan ingatannya, Amira merupakan orang kedua dalam hidupnya. Rizal risau jika dia nanti bakal menyakiti Amira.

Tiba waktu malam, Rizal yang keletihan mula meminta diri untuk menuju ke bilik tidurnya. Namun lelaki yang berjalan terhincut-hincut dengan bantuan tongkat yang menompang dirinya ditahan oleh Amira.

"Awak nak ke mana?" Soal Amira.

"Masuk bilik, tidur la.." Jawab Rizal dengan ringkas.

"Maaf, bilik yang awak duduk selama ni, tu bilik Anas.. mulai sekarang, Anas nak guna semula bilik dia tu.." Ujar Amira.

"Habis tu, saya nak tidur kat mana? kat ruang tamu ke?" Rizal mulai cemas. Wajahnya jelas menunjukkan jika dirinya sedang terpinga-pinga.

"Awak tu kan dah ada isteri.. pergi la tidur kat bilik isteri awak.." Amira sengaja ingin mengusik lelaki yang baru menjadi suaminya itu.

"Eh, bilik isteri? kat mana?" Rizal masih kebingungan. Dia yang sedang keletihan sebenarnya gagal memahami ayat yang dilontarkan oleh Amira.

"Berapa isteri yang awak ada? pergi tidur bilik saya la.." Amira lantas memaut lengan Rizal. Lelaki itu pula tersengih-sengih menahan malu. Otaknya baru mampu berfikir dan memahami maksud Amira.

Amira yang berada di sisi kiri Rizal memaut badan lelaki itu dan memimpin suaminya itu untuk menuju ke kamar mereka. Rizal yang berjalan dengan bantuan Amira dan tongkat pada tangan kanannya masih terhincut-hincut. Kedua mereka mulai terasa kekok. Walaupun sudah berkahwin, namun itu adalah kali pertama mereka rapat, berpelukan tubuh dan menyentuh satu sama lain.

Masuk ke bilik Amira, suasana di dalam bilik terlihat sedikit meriah. Bilik tersebut sudah pun dihias serba sedikit bagi menaikkan seri sebagai bilik pengantin. Amira membantu Rizal melabuhkan punggungnya dibirai katil sebelum mengambil tongkat lelaki itu dan disandarkan pada dinding. Amira kemudian tersenyum sambil menatap suaminya itu.

"Kenapa awak senyum macam tu tengok kat saya?" Rizal perasan dengan perubahan Amira. Gadis itu pula berjalan perlahan-lahan mendekati Rizal dengan mengulum senyum pada bibirnya.

"Awak tahu tak? malam sebelum awak kemalangan, kita sambut birthday saya kat restoran.. malam tu awak nak buat tu.. tapi saya elak sebab hubungan kita belum halal.." Amira terbayangkan saat Rizal cuba menciumnya suatu ketika dahulu.

"Bu.. buat tu?.. buat apa?.. apa yang saya nak buat kat awak sebelum ni?" Rizal cemas. Dia risau jika dirinya berperlakuan buruk terhadap Amira sebelum ini.

"Sekarang kita dah halal.. apa kata kita cuba buat sekarang.." Amira mendekatkan wajahnya ke arah wajah Rizal.

"Saya tak.." Rizal masih risau. Namun belum sempat dia menghabiskan kalimat, bibir Amira dengan pantas menyentuh bibir lelaki tersebut. Rizal terpaku. Bibir mereka menyatu beberapa detik. Tanpa sedar, Rizal memainkan lidahnya. Aksinya bagai orang yang sudah berpengalaman. Namun Amira yang pertama kali merasai nikmat sebegitu agak terkejut. Kepalanya ditarik seketika ke belakang untuk memisahkan mulutnya dan Rizal. Sejenak kemudian, Amira kembali menyambung aksi mesranya bersama sang suami. Dari bermain mulut, Amira kemudian mengalihkan bibirnya ke arah leher Rizal. Rizal yang sangat menikmati itu mula memejamkan matanya dengan kepala sedikit mendongak.

Tiba-tiba fikiran Rizal terbayangkan dirinya sedang bersama perempuan lain. Satu susuk wanita cantik dan berkulit putih yang dia tidak kenali sedang melakukan aksi asmara bersamanya. Rizal terkejut. Bayangan wanita yang muncul dalam fikirannya ketika itu adalah Juana. Namun Rizal sama sekali tidak mengenali wanita tersebut. Seluruh tubuh Juana yang tidak mengenakan seurat benang pun muncul, terus mengganggu fikiran lelaki itu.

Rizal terkejut. Dia langsung menolak Amira agar menjauhi dirinya. Amira pula yang terperanjat dengan perlakuan suaminya itu.

"Riz.. kenapa?" soal Amira. Rizal pula terdiam seketika. Fikirannya masih diganggu oleh keindahan bentuk tubuh Juana. Setiap inci bahagian tubuh wanita itu dia dapat bayangkan. Namun yang menjadi masalah buat Rizal kini, dia langsung tidak mengenali wanita dalam bayangannya itu.

"Tak..takde apa-apa.. saya cuma terkejut.. tak biasa.." Rizal menjawab dengan berpura-pura. Tidak mungkin sama sekali untuk dirinya mengatakan jika dia sedang terbayangkan wanita lain saat bersama isterinya.

"Saya pun tak biasa.. ini kali pertama saya bersama awak.. saya pun malu kalau awak tak nak.." Wajah Amira merona kemerahan.

"Emm.. ada ke saya kata tak nak? saya cuma terkejut je.." Rizal merangkul badan Amira yang merebahkan badannya ke katil. Amira turut tertarik dan menindih badan Rizal.

"Ish, baik-baik.. kaki awak patah tu.." Amira memberikan nasihat agar Rizal tidak terlalu galak memandangkan suaminya itu masih sakit dengan kakinya yang patah berbalut simen. Dia risau jika kecederaan Rizal akan bertambah buruk jika suaminya itu melakukan pergerakan yang keras.

"Jangan la risau.. satu kaki je yang patah.. kaki lain masih elok.." Rizal berseloroh.

"Ish, naughty.. saya maksudkan kaki awak tu masih sakit.. jangan la bergerak terlalu kuat.. ni kalau saya tertindih kaki awak tu macam mana? Slow-slow dah la.."

"Slowly but surely.." Rizal ketawa terkekek-kekek. Amira pula langsung menepuk dada suaminya itu. Sejenak kemudian, Amira perlahan-lahan membuka butang baju Rizal. Namun wanita itu kemudian terjerit kecil akibat terkejut apabila Rizal tiba-tiba memeluk erat dan membalikkan tubuh mereka. Rizal yang berada di atas tubuh Amira menatap wajah isterinya itu seketika. Lelaki itu kemudian mengucup seluruh wajah Amira. Sang isteri memejamkan mata, menikmati cumbuan daripada suami. Tatkala Rizal mula merapatkan bibirnya ke leher Amira, gadis itu mula mendesah. Semakin lama semakin laju dan kuat desahannya.

DUA hari berlalu. Amira kini berada di rumah neneknya. Dia datang membawa Rizal bersama untuk tinggal di kampung halamannya itu. Wanita itu bersyukur kerana segala perancangannya berjalan dengan lancar. Kini dia mampu fokus untuk menjaga dua orang yang sakit di dalam satu rumah. Amira turut bersyukur dan berterima kasih kepada sepupu ibunya yang sanggup menjaga neneknya beberapa hari sebelum kedatangannya. Mulai sekarang, giliran Amira pula untuk mengambil alih tugas untuk menjaga neneknya itu.

Selepas menguruskan neneknya, Amira duduk di beranda rumah, termenung sendirian. Seolah ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya. Fikirannya jauh mengelamun sehingga perempuan itu tidak menyedari kehadiran Rizal yang terhincut-hincut dari arah belakangnya. Lelaki yang bertongkat itu perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di bendul muka pintu seraya meletakkan kayu tompang yang menjadi alat sokongan untuk dia berjalan.

"Mira.. kenapa duk termenung tu?" Rizal memulakan bicara, menegur isterinya yang sedang termenung. Sapaan lelaki itu seraya mematikan lamunan Amira.

"Eh, Rizal.. emm.. takde apa-apa.. saya teringatkan kenangan lama bila tengok suasana sekeliling kampung ni.." Amira segera membalas setelah dikejutkan oleh sapaan suaminya.

"Hmm.. tapi muka awak nampak resah je.. awak ada masalah apa sebenarnya? Kita kan dah jadi suami isteri.. kalau ada apa-apa masalah, bagitau je saya.. kita bincang sama-sama.. jangan duk pendam dalam hati awak sorang diri.." Rizal bijak meneka. Amira langsung melepaskan satu nafas kecil yang bergelumang keluhan. Wanita itu segera berjalan mendekati Rizal dan duduk di samping suaminya itu.

"Sebenarnya.. saya duk fikir pasal perbelanjaan kita.. kita kena dapatkan sumber pendapatan untuk makan minum, beli barang-barang dapur.. saya tak nak la susahkan ibu untuk kirim duit kat kita.. gaji ibu pun cukup-cukup je untuk perbelanjaan hidup dia dan Anas.. nak bayar sewa rumah lagi.. bil api, air lagi.. lagipun Anas pun akan exam tahun ni.. itu pun nasib baik, yuran tuisyen dia, dia pakai duit dia sendiri dari duk jual burger tu.. Sekarang ni, awak pun masih sakit.. saya pulak tak kerja.. duit simpanan saya pun dah tak banyak sekarang ni.. saya rasa, saya kena cari kerja.." Amira menyampaikan masalah yang sedang membelenggu fikirannya. Rizal hanya diam, fokus mendengar.

"Saya nak minta izin awak, tolong benarkan saya pergi cari kerja.. awak sendiri pun masih sakit, tak boleh nak kerja.. sekarang hanya saya je yang mampu untuk cari nafkah buat keluarga kita." Amira melanjutkan kata-kata.

"Tapi.. awak pun dah sibuk nak kena uruskan rumah.. nak kena jaga saya dan tok ma lagi.. larat ke awak nak buat semua tu?" Rizal mulai merasa kasihan terhadap pengorbanan Amira. Pada masa yang sama, dia turut merasa bersalah kerana telah menjadi beban kepada isterinya itu.

"Itulah namanya tanggung jawab dan pengorbanan.. saya masih kuat untuk buat semua tu.. saya janji akan jaga awak dan tok ma dengan baik.. sebelum pergi kerja, saya akan selesaikan semua urusan kat rumah.. balik kerja lepas tu, saya akan uruskan rumah.. sekarang saya cuma perlukan izin awak je sebagai suami saya.. tolong benarkan saya keluar bekerja untuk cari nafkah untuk keluarga kita.."

"Tapi.. memenuhi nafkah keluarga itu kan tugas saya sebagai suami.." Rizal kesal dengan dirinya yang tidak mempunyai kemampuan buat masa sekarang.

"Awak kan masih sakit.. awak berehat la dulu, sampai kaki awak tu betul-betul dah sembuh.. sekarang biar saya je yang uruskan dulu pasal kewangan keluarga kita." Amira berkeras dengan pendapatnya.

"Huh, baiklah.. kalau itu yang awak mahukan, saya izinkan awak bekerja.. tapi saya betul-betul malu.. saya minta maaf.. sebab dah lepaskan tanggung jawab saya kepada awak.." Rizal menundukkan wajah, menatap lantai beranda.

"Apa yang nak dimalukan? kita kan suami isteri.. segala susah dan senang, kita akan hadapi bersama.." Amira memegang tangan kiri Rizal dengan kedua-dua belah tangannya.

"saya janji, selepas kaki saya sembuh, saya akan bekerja.. saya akan bahagiakan awak.." Rizal tersenyum hambar. Dia gembira dan bangga mempunyai seorang isteri yang baik dan tabah. Namun pada masa yang sama, dia turut mengutuk kelemahan dan kekurangan dirinya sendiri. Sebagai seorang suami, dia tidak sepatutnya melepaskan tanggung jawabnya kepada Amira.

"Saya tahu awak seorang lelaki yang bertanggung jawab.. saya bahagia dapat bersama awak.. dan saya yakin nanti awak akan berusaha untuk terus membahagiakan saya.." Amira tersenyum sambil menggenggam kemas tangan Rizal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience