Bab 49

Romance Series 60635

MENDENGAR Shahira ingin pergi mencari Amira di kampungnya, Rizal yang terlantar lemah tiba-tiba bengah dari pembaringan. Tindakan lelaki itu secara langsung mengejutkan Tan Sri Hanafi dan Shahira yang berdiri di sana.

"Kita pergi sama-sama.. abang perlu cari Amira.." Rizal yang sudah beberapa hari terlantar akibat demam panas kembali bersuara. Lelaki itu menguatkan dirinya untuk turun dari katil dan bangkit berdiri. Namun tindakannya itu segera di halang oleh Shahira.

"Abang.. jangan bangun.. abang masih tak sihat lagi."

"Abang tak peduli.. abang kena cari Amira sampai jumpa.. Kalau Ira nak pergi ke kampung dia, abang nak pergi sama.. kalau Ira tak nak pergi, biar abang pergi sorang je." Rizal tetap berkeras dengan keputusannya.

"Tapi abang masih tak sihat.. jangan paksa diri.." Shahira tetap menolak bahu Rizal agar abangnya itu tidak bangun dari katil. Namun tiba-tiba Tan Sri Hanafi pula memegang bahu Shahira. Lelaki itu menggelengkan kepala kepada anak gadisnya itu.

"Ira bawalah abang Riz balik ke kampung.. mana tahu, Kak Mira ada kat sana.." Tan Sri Hanafi tidak ingin Shahira terus menghalang niat Rizal. Dia tahu anak sulungnya itu akan tetap berkeras. Tidak ada gunanya jika mereka terus menahan Rizal yang sedang kegalauan itu.

"Baiklah.. kalau macam tu, pagi esok kita bertolak. Tapi Ira nak abang dengar satu syarat dari Ira.. abang kena makan ubat dan tidur dulu cukup-cukup.." Shahira mengemukakan syarat kepada abangnya itu. Rizal hanya terdiam sambil menunduk menatap lantai. Fikiran lelaki itu hanya sarat mengenai isterinya sahaja. Di dalam hati, dia berdoa agar isterinya itu dalam keadaan yang baik dan mereka akan segera dipertemukan semula. Dia sudah tidak sanggup untuk menahan rasa rindu yang membuak-buak di dalam hatinya.

KEESOKAN harinya, di restoran milik Delisha, Juana kembali mendatangi premis tersebut. Setelah masuk ke dalam restoran, dia segera mendapatkan tempat duduk. Melihatkan kehadiran Juana, Delisha segera mendekati temannya itu.

"Aku rasa sakit badan la hari ni.. sendi-sendi habis lenguh.." Juana mengeluh sambil menggerak-gerakkan tangannya. Wajahnya berkerut melihat ke arah Delisha.

"Kau ni kenapa pulak?.. ada je masalah.." Delisha menarik senyuman ketat.

"Entahlah Sha.. aku bangun tidur pagi tadi, rasa sakit satu badan.."

"Hmm.. kau nak minum apa? Fresh Orange? aku nak pergi tandas jap.. memulas perut pulak." Delisha bertanya sambil memberi penjelasan. Tangannya diletakkan pada perutnya, menahan diri untuk pergi ke tandas.

"Ah, buatkan je la fresh orange.. kau pergi la dulu.. kang tercirit kat sini pulak." Juana membalas sambil melepaskan tawa.

"Huh!" Delisha menampar bahu temannya itu dan segera meninggalkan Juana di sana. Wanita itu kemudian menghampiri Amira dan menyampaikan pesanan yang telah dibuat oleh Juana sebentar tadi. Delisha kemudian tergesa-gesa berlalu untuk menuju ke tandas bagi menunaikan hajatnya.

Tidak lama kemudian, Amira membawakan segelas jus oren dan menghampiri Juana yang sedang menunggu sendirian di meja makan. Baru sahaja Amira berdiri di sebelah Juana dan cuba meletakkan gelas di meja, Juana yang berpaling langsung terkejut. Dia yang pernah melihat Amira sebelum ini masih mengingati wajah perempuan tersebut. Tanpa disengajakan, Juana yang tersentak menggerakkan tangannya dan terlanggar tangan Amira yang sedang memegang gelas.

Gelas pada pegangan tangan Amira terlepas dan jatuh ke lantai. Jus oren tumpah dan membasahi meja dan lantai.

"Maaf.." Amira segera meminta maaf dan merasakan dirinya sebagai pelayan yang telah berbuat silap terhadap pelanggannya. Namun wanita itu turut tersentak apabila menyedari wajah Juana yang duduk di depannya. Wajah wanita itu masih jelas dalam ingatannya.

"Maaf, saya tak sengaja.." Amira mengulangi permintaan maafnya dan segera menundukkan pandangan wajahnya. Seraya itu juga dia mengeluarkan sehelai kain. Jus oren yang tertumpah pada meja segera dilap. Juana pula masih tertegun. Dia masih tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat oleh matanya. Dia yakin wanita itu adalah isteri kepada Rizal. Namun yang menjadi persoalan di dalam benaknya, bagaimana isteri kepada lelaki tersebut menjadi seorang pelayan di restoran milik sahabatnya.

"Macam mana kau buat kerja? nak bawa air segelas pun tak boleh ke?" Juana meninggikan suara. Tidak berpuas hati dengan khidmat daripada pelayan di restoran Delisha itu. Dia cuba menafikan kesalahan yang dia sendiri lakukan dan ingin menyalahkan semua kesalahan tersebut kepada Amira. Namun pada masa yang sama, dia masih tertanya-tanya mengenai kemunculan Amira di sana.

"Maaf, saya tak perasan tadi.. nanti saya gantikan fresh orange yang lain.." Amira tetap menunduk, tidak berani bertatapan mata dengan wanita di depannya.

"Hilang dah selera aku nak minum fresh orange.. aku nak kau buatkan aku kopi.. kopi panas!" Juana membalas dengan galak.

"Baiklah." Amira patuh dan menganggukkan kepala. Dia segera membuka langkah menuju ke dapur sambil membawa gelas yang terjatuh tadi. Fikir Amira, mujur sahaja gelas tersebut tidak pecah. Jika tidak, dia terpaksa membayar ganti rugi kepada majikannya. Setelah Amira berlalu pergi, Juana masih menatap wanita itu dari arah belakang.

"Dia tu kan isteri Riz,.. macam mana dia boleh kerja jadi pelayan kat restoran Delisha? Delisha memang kenal ke perempuan tu? Sebab tu dia tak nak tolong aku dapatkan semula Riz.." Juana mula berteka teki sendiri. Hatinya penuh dengan penasaran.

Tidak lama kemudian, Delisha kembali dan segera mendatangi Juana. Juana hanya diam menatap ke arah temannya itu dengan pandangan mata yang tajam.

"Hah, macam mana dengan kau?" Delisha bertanya.

"Sha.. kenapa kau tak bagitau aku, isteri Riz kerja dengan kau? Kau sengaja nak kenakan aku ke apa?" Juana segera bertanya dengan nada suara yang tegas. Matanya tidak berkedip memandang ke arah Delisha.

"Hah, isteri Riz? bila masa pulak aku ambil isteri Riz kerja dengan aku? aku kenal pun tak dengan isteri Riz.." Delisha terkejut. Dia benar-benar tidak tahu dan tidak memahami butir perbicaraan Juana kepadanya.

"Oh, jadi kau tak kenal la siapa isteri Riz?" Juana bertanya lagi.

"Mana la aku kenal.. aku mana pernah jumpa isteri dia.. kau jangan la duk mengarut tak tentu hala.." Delisha sedikit mengeluh dengan ucapan sahabatnya itu.

Ketika itu juga, Amira sekali lagi mendatangi meja tersebut dan meletakkan secawan kopi di atas meja. Pandangannya diturunkan ke bawah, tidak ingin memandang wanita yang pernah berhubungan dengan suaminya itu.

"Aik, kenapa bawakan kopi? bukan saya bagitau buat fresh orange ke tadi?" Delisah pelik dan mula bertanya. Amira hanya diam tidak berkutik.

"Oh, kau tak kenal ya? habis tu, dia ni siapa?!" Juana segera mencapai cawan yang mengandungi air kopi dan menyimbah air panas yang kehitaman itu ke arah Amira. Amira segera terundur beberapa langkah sambil menjerit kesakitan.

"Ju! Kau dah gila ke? kenapa buat pekerja aku macam tu?" Delisha segera bangkit dan mendekati Amira.

"Mira, awak tak apa-apa ke?" tanya Delisha kepada pekerjanya itu. Amira hanya menggelengkan kepala.

"Takkan kau tak tahu.. dia ni la bini Riz!" Jerkah Juana. Delisha dan Amira langsung terkejut. Amira sememangnya mengenali wajah Juana walau tidak pernah berbicara dengan wanita tersebut. Namun dia benar-benar tekejut apabila mengetahui Juana mempunyai dendam terhadapnya disebabkan dia adalah isteri kepada Rizal. Padahal dia sendiri sudah pun meninggalkan suaminya itu agar lelaki tersebut dapat bersama kembali dengan Juana.

"Apa yang kau mengarut ni Juana? Dia ni datang dari kampung.. bila masa pulak dia jadi isteri Riz? Kau ni terlalu gila kat Riz sampai otak kau pun dah tak betul.." Delisha membantah ucapan sahabatnya itu.

"Ya, aku gilakan Riz.. aku takkan benarkan orang lain bersama dia, lagi-lagi perempuan kampung macam ni! Aku tak tahu kau betul-betul tak tahu atau pura-pura tak tahu yang dia ni bini Riz, tapi apa pun, hari ni aku mesti ajar betina ni!" Juana segera bangkit berdiri dan meluru ke arah Amira. Tangannya dilayangkan ke arah wajah Amira sehingga menyebabkan wanita itu rebah ke lantai. Juana yang menggila ingin meneruskan lagi serangannya kepada Amira, namun kali ini berjaya di halang oleh Delisha. Delisha terpaksa bertindak pantas dan berdiri di tengah antara Amira dan Juana.

"Dah, Ju! Cukup!.. kau jangan nak buat kacau kat sini.. aku tak tahu sama ada betul dia ni isteri kepada Riz atau bukan, tapi sekarang ni dia adalah pekerja aku.. aku tak nak kau apa-apakan pekerja aku.. dan aku juga taknak kau buat kacau kat restoran aku ni.. tolong hormatkan aku Ju! Kalau kau nak bergaduh, tolong cari tempat lain.. bukan kat sini.. sini tempat aku nak berniaga!" Delisha terpaksa berkeras agar Juana tidak terus mengganggu perniagaannya dan mencederakan Amira.

"Baik! Kali ni aku lepaskan dia sebab kau.. lain kali, aku takkan bagi muka lagi.." Juana mendengus. Dia segera berpaling dan mencapai tas tangannya di atas meja, lalu melangkah pergi meninggalkan restoran tersebut.

Melihatkan Amira yang terjelepok di atas lantai, Delisha mencapai wanita itu dan membantunya untuk bangkit berdiri.

"Awak macam mana?" okey ke?" tanya Delisha untuk memastikan keadaan Amira. Wanita yang menjadi mangsa Juana itu hanya membisu dan menjatuhkan pandangannya.

"Jom la kita pergi klinik.." Delisha semakin khawatir dengan keadaan Amira. Dia risau jika pekerjanya itu mengalami kecederaan akibat serangan daripada Juana sebentar tadi.

"Tak.. tak perlu pergi klinik.. saya tak apa-apa.." Amira menggelengkan kepala, cuba menolak kebaikan Delisha kepadanya. Delisha pula memandang Amira dengan penuh rasa kasihan. Fikirnya wanita itu benar-benar bernasib malang. Sudahlah sebelum ini hidupnya bergelandangan, kini dia terpaksa pula menjadi mangsa keganasan Juana.  Tiba-tiba satu persoalan kembali muncul di benak Delisha.

"Mira.. awak ni betul ke isteri Rizal, anak Tan Sri Hanafi?.." Delisha terpaksa bertanya untuk mendapatkan kepastian. Dia sebenarnya masih ragu-ragu jika wanita gelandangan itu sebenarnya adalah menantu seorang jutawan. Namun pertanyaan daripada Delisha itu tidak terjawab. Amira masih mendiamkan diri dan menunduk ke lantai.

"Apa sebenarnya yang dah terjadi? Kalau awak isteri Riz, kenapa awak hidup bergelandangan?" Delisha masih mendesak dengan pertanyaannya. Kini Amira sudah tidak mampu menahan perasaannya. Setelah nama Rizal berkali-kali tertangkap di cuping telinganya, wanita itu mula beremosi. Dia benar-benar merindukan suaminya itu. Namun demi takdir, dia terpaksa berpisah dengan lelaki yang dicintainya itu. Amira mula menangis dan menggelengkan kepala. Melihat keadaan Amira, Delisha segera memeluk wanita tersebut untuk menenangkannya.

"Cuba ceritakan apa sebenarnya yang dah terjadi.. awak jangan risau, saya kawan kepada Riz.. kalau awak perlukan pertolongan, bagitau je kat saya, saya akan tolong.." ujar Delisha. Telapak tangannya perlahan-lahan mengusap belakang tubuh Amira.

"Tolong, jangan bagitau Riz dan keluarga dia pasal saya.." pinta Amira sambil tersedu sedan menahan tangis. Delisha tersentak.

"Cuba awak bagitau, apa sebenarnya yang dah berlaku?" Delisha masih ingin tahu. Dia benar-benar bingung dengan keadaan Amira. Bagaimana seorang menantu kepada jutawan tersohor kini menjadi gelandangan dan bersendirian untuk kembali ke kampungnya.

DI kampung, Rizal dan Shahira pula kecewa apabila mendapati Amira tiada di sana. Malah Rizal menjadi semakin resah. Dia sangat khawatir dengan keadaan isterinya itu. Entah di mana wanita tersebut berada. Isterinya itu menghilang dengan sehelai sepinggang tanpa membawa apa-apa. Fikir Rizal, sudah pasti Amira sekarang berada di dalam keadaan sengsara dan kesusahan. Malah lebih merisaukan lelaki itu apabila memikirkan keadaan isterinya itu yang sudah berbadan dua.

Pulang ke kampung halaman isterinya, Rizal terpaksa berbohong kepada ibu mentuanya jika dia dan Shahira berada di sana disebabkan urusan kerja. Mereka hanya mengambil peluang untuk singgah menjenguk ibu mentua dan neneknya di sana. Malah Rizal juga turut mengatakan jika Amira sekarang berada di dalam keadaan baik di rumah mereka demi tidak membuatkan keluarga isterinya itu turut kerisauan.

Disebabkan Amira tidak berjaya ditemui di kampung halamannya, Rizal dan Shahira terpaksa kembali dengan segera. Mereka perlu mencari keberadaan wanita itu secepat mungkin. Bagi Shahira pula, dia turut merisaukan keadaan kesihatan abangnya itu. Rizal yang masih demam itu terpaksa menguatkan dirinya demi mencari isterinya. Ketabahan Rizal benar-benar membuatkan Shahira terharu. Malah gadis itu turut berbangga dengan cinta yang dimiliki oleh abangnya itu. Padanya, Rizal benar-benar seorang lelaki yang sangat mencintai isterinya. Mereka adalah pasangan yang saling sayang menyangi. Namun semuanya menjadi kacau disebabkan oleh ibu mereka sendiri. Terkadang, Shahira turut merasa kesal dengan tindakan ibunya kepada Amira. Harapannya, semoga sahaja Rizal dan Amira akan kembali bertemu dan ibu mereka juga akan turut berubah dan akan menerima Amira dengan hati yang lebih terbuka.

Share this novel

Erna Md Nordin
2025-03-08 22:15:21 

kurang asam punya Juana, suka suki je nk belasah org..hrap² cepatlah Rizal jumpa dengan Amira kembali..


NovelPlus Premium

The best ads free experience